Anda di halaman 1dari 11

SET 1: BAHASA MELAYU PT3

Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan
daripada Bahagian D.
5
BAHAGIAN A
[25 markah]

10 1 Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan empat
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah berkenan untuk mencemar duli ke Majlis
15 Anugerah Cemerlang SMK Ibrahim. Semua warga sekolah itu teruja amat dengan
keberangkatan tiba baginda yang disambut dengan meriah sekali. Semasa berucap,
baginda menasihati murid-murid agar bijak memanfaatkan segala kemudahan
pendidikan yang kerajaan sediakan bagi meningkatkan kecemerlangan mereka. Mereka
juga diseru agar terus gigih menuntut ilmu demi untuk memenuhi aspirasi negara.
20 Sebelum berangkat pulang, baginda beramah mesra dengan para guru dan semua
murid-murid sekolah itu.

(i) ______________________________________

25 (ii) ______________________________________

(iii) ______________________________________

(iv) ______________________________________
30
[8 markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
35 tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Guru mata pelajaran Geografi menyuruh murid-muridnya menyediakan alat tulis
yang sesuai untuk memudahkan mereka melukis gambarajah proses
40 pembentukan tasik ladam.

_____________________________________

1
45 (ii) Demi keselesaan hidup rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman, kerajaan
sentiasa bersikap prihatin untuk mengambil pendekatan yang pro-aktif dalam
menjayakan projek yang dirancang.

_____________________________________
50
BAHASA MELAYU PT3_2015
(iii) Dengan menggunakan resepi yang diwarisi sejak turun-temurun, martabak yang
dijual di restoran itu amat enak sekali.
5
_____________________________________
[3 markah]

10
3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian
dengan perkataan atau rangkai kata yang bergaris.

15
(i) Kakak menulis surat kepada ibu.

_________________________________________________________________

20
(ii) Ali tidak hadir ke sekolah kerana demam.

___________________________________________________________

25
(iii) Murid-murid sekolah itu menghadiri program motivasi di Kem Bestari.

_________________________________________________________________
30

(iv) Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Kuala Nerang diadakan pada
minggu hadapan.

35 _________________________________________________________________

_________________________________________________________________.

40 (v) Jumlah pekerja di restoran Encik Azmi ialah 20 orang.

_________________________________________________________________

[10 markah]
45
2

50

BAHASA MELAYU PT3_2015


4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis
5 dua peribahasa yang sesuai.

10

15

20

25

30

35

40

45

50

55

60
(i) _________________________________________________________________.
3

65 (ii) _________________________________________________________________.

[4 markah]
BAHASA MELAYU PT3_2015
5
BAHAGIAN B
[30 markah]

10 5. Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah mereka sekalian, Daulat tuanku, patik mohon ampun dan
kurnia. Ada seekor pelanduk putih, besarnya seperti kambing, warna tubuhnya
15 gilang-gemilang. Itulah yang dihambat oleh anjing ini, tetapi pelanduk itu lenyap di
pantai ini.
Baginda segera berangkat di tepi pantai dan bertemu sebuah rumah yang dihuni
oleh sepasang suami isteri yang telah tua. Apabila ditanya oleh orang raja, orang tua
20 itu menjawab, Daulat tuanku, patik ini hamba jua pada ke bawah Duli Yang Maha
Mulia. Asal patik dari Kota Maligai juga. Pada masa Paduka Nenda berangkat
membuat negeri ke Ayuthia, patik juga ikut mengiringi Paduka Nenda. Apabila
sampai ke sini, patik terkena suatu penyakit lalu patik ditinggalkan. Kemudian
baginda bertanyakan nama orang tua itu. Orang tua itu menjawab, Nama patik
25 Encik Tani.
Pada malam itu, baginda berbicara dengan orang-orang besar untuk membuka
negeri di tempat pelanduk putih itu dijumpai. Rakyat dari Kota Maligai dan Lancang
dikerah membangunkannya. Kerja-kerja membuka negeri dapat disiapkan dalam
30 masa dua bulan lalu baginda berpindah ke negeri baharu itu. Negeri itu dinamakan
Patani Dar al-Salam, iaitu sempena nama Encik Tani. Tempat pelanduk putih lenyap
itu dibuat sebuah pangkalan dan dinamakan Pintu Gajah. Pangkalan tempat Encik
Tani turun naik ke laut dinamakan Jambatan Kedi.

35 (Dipetik daripada Hikayat Patani, antologi Harga Sebuah


Lukisan tingkatan 3, Dewan Bahasa
dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan prosa tradisional tersebut, apakah dua peristiwa penting
40 yang berlaku sebelum pembukaan negeri Patani? [3
markah]

___________________________________________________________________
45
4
___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
50
(ii) Siapakah Encik Tani seperti yang digambarkan dalam petikan tersebut?
[3
BAHASA MELAYU PT3_2015
markah]

___________________________________________________________________

5 ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

10

(iii) Tempat kediaman merupakan satu daripada keperluan asas manusia.


15 Sekiranya anda ingin memiliki sebuah kediaman, apakah ciri-ciri kawasan
kediaman yang menjadi pilihan anda?
[4 markah]

___________________________________________________________________
20
___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

25 ___________________________________________________________________

6. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
30 dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Asap

35 Asap,
mengapaka
h bisamu
memedihkan mataku
40 menangis - tanpa
sebab?

Asap,
45 Mengapakah rongga-ronggamu
semakin lama semakin membesar
dan aku tenggelam lemas
tanpa airnya?
50
5 Asap,
hanya satu jantungku ini
telah kaurampas
55 berjuta-juta yang lain
tua dan muda
tanpa belas.

BAHASA MELAYU PT3_2015


Asap,
tidak dapat kurasai
dengan sentuhan
5 tetapi bahangmu cukup
memusnahkan segala
tanpa apinya.

MAYA IZA AZIZAN


10

(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan


1,
15 Dewan Bahasa dan
Pustaka)

20 (i) Dalam sajak tersebut, penyajak menyatakan beberapa kesan asap terhadap
manusia.
Nyatakan dua kesan asap tersebut. [3
markah]
25

___________________________________________________________________

30 ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

35 (ii) Pelbagai unsur gaya bahasa digunakan dalam sajak Asap.


Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Asap berserta contoh yang
sesuai. [3
markah]
40
___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

45 ___________________________________________________________________

(iii) Untuk mengatasi masalah pencemaran udara semua pihak haruslah memainkan
peranan.
50
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah pencemaran
6 udara? [4
markah]
55
___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
BAHASA MELAYU PT3_2015
___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
5

10

15

Novel 6:20 Novel Cempaka Putih Novel Merenang Gelora


Untukmu

20

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda
kaji di Tingkatan 3.

25 - 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim


- Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
- Merenang Gelora karya Ruslan Ngah
30
Watak sampingan merupakan watak yang membantu perkembangan cerita
dalam sesebuah novel. Banyak pengajaran yang dapat kita peroleh melalui
perwatakan watak sampingan.
Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, nyatakan satu pengajaran yang
35 dapat dikaitkan dengan perwatakan setiap watak sampingan yang telah
ditetapkan. Bagi setiap pengajaran yang diberikan, mestilah disokong dengan
contoh peristiwa yang sesuai.

40

BAHASA MELAYU PT3_2015


Pengajaran daripada Perwatakan
Watak Sampingan

5
[10 markah]

10

15

20
BAHAGIAN C

Watak Sampingan Watak Sampingan Watak Sampingan

Rafiq Satiah Jamil


Puan Delia/ Ibu
Sukma Pak Morit Cikgu Jailani

[15 markah]

25 9 Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

JUMLAH PENUMPANG YANG MENGGUNAKAN LAPANGAN TERBANG


30 PADA TAHUN 2012

35

40
8

45

BAHASA MELAYU PT3_2015


5

10

LAPANGAN
KLIA Kuching Kota Kinabalu
TERBANG
Jenis Dalam Luar Dalam Luar Dalam Luar
Penumpang Negara Negara Negara Negara Negara Negara
Peratus 20.79 48.21 11.46 0.99 12.17 6.38
JUMLAH 69.00 12.45 18.55

15 Sumber data : Kementerian Pengangkutan Malaysia


Penumpang dari dalam dan luar negara
Lapangan terbang bertaraf antarabangsa
20

BAHAGIAN D

25 [30 markah]

10 Gambar di bawah berkait dengan semangat patriotik dalam kalangan generasi


muda. Teliti gambar-gambar tersebut, kemudian pilih satu daripada tiga soalan
yang dikemukakan. Anda boleh memilih untuk menjawab sama ada Soalan 1,
30 Soalan 2, atau Soalan 3. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang
daripada 180 patah perkataan.

SEMANGAT PATRIOTIK
35

40

45

SEMUA BANGSA BERSATU PADU PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK


BAHASA MELAYU PT3_2015
5

10

15 BELI BARANGAN TEMPATAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

20

25

30
KIBAR JALUR GEMILANG BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA

35

10

BAHASA MELAYU PT3_2015


(i) Anda telah berpeluang untuk menyertai sambutan bulan kemerdekaan.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai sambutan tersebut.
5

(ii) Semangat patriotik seharusnya dipupuk dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil
lagi.

10 Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk memupuk semangat patriotik


dalam kalangan generasi muda.

(iii) Baru-baru ini anda telah menerima sepucuk surat daripada seorang rakan yang
15 tinggal di luar negara. Rakan anda itu ingin mengetahui tentang sambutan bulan
kemerdekaan yang telah diadakan di sekolah anda.

Balas surat rakan anda tersebut dengan menceritakan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan di sekolah anda.
20

Anda mungkin juga menyukai