Anda di halaman 1dari 2

Sembah Sang Bubut, “Ampun tuanku,

beribu-ribu ampun. Sebab pun patik


memalu gendang perang dengan tiada
titah tuanku, patik lihat Sang Biawak
membawa pedang tercabut saja
berlari-lari, jadi kepada fikiran patik
musuh datang dari mana akan
melanggar Duli Yang Maha Mulia;
itulah sebab parti palu dengan
bersungguh-sungguh hati patik,
supaya diketahui sekalian juak-juak hulubalang Tuanku akan hal Duli Yang
Maha Mulia."

Baginda menyuruh memanggil Sang


Biawak. Belatuk pun menyembah pergi kepada
Sang Biawak. Seketika lagi sang biawak pun
mengadap Nabi Allah. Titah Baginda, " Hai Sang
Biawak, sebab aku memanggil engkau ini kerana
aduan Memerang mati anaknya dipijak Shah
Alam di rimba. Syah Alam di Rimba memijakkan
anak memerang itu oleh kerana Sang Bubut
memalu gendang perang. Sebab pun Sang Bubut
memalu gendang perang itu, oleh kerana engkau membawa pedang bersabut
konon; jikalau begitu engkau membawa pedang bercabut itu, musuh mana
akan datang melanggar beta ini?"

Telah didengar Sang Biawak titah baginda itu, Ia pun segera menyembah
menundukkan kepala ke tanah, sembah, " Ampun, Tuanku Shah Alam beribu-
ribu ampun, sembah patik pacal hina harapkan diampun. Ada pun sebab patik
membawa pedang mencabut itu, patik lihat Sang Labi-labi mudik
menyerendeng sahaja membawa perisai, patik pun datanglah membawa
pedang bercabut, sangka patik tentulah musuh yang besar melanggar tuanku."
Setelah didengar oleh baginda Sang Biawak itu, baginda pun bertitah
kepada Belatuk menyuruh memanggil Sang Labi-labi. Belatuk pun memohon
lalu terbang pergi. Seketika lagi, Sang Labi-labi pun datang lah mengadap
baginda. Titah Nabi Allah, " Hai Sang Labi-labi, sebabpun aku memanggil
engkau ini kerana aduan sang memerang
kepada aku, anaknya mati dipijak Syah Alam
di Rimba; sebab pun dipijak Syah Alam di
Rimba, ia mengingat langkah zaman dahulu
mendengarkan Sang Bubut memalu
gendang perang; sebabpun Sang Bubut
memalu gendang perang kerana ia melihat
Sang Biawak membawa pedang bercabut,
melihat engkau membawa perisai konon.
Maka engkau membawa perisai itu, musuh
mana yang akan datang melanggar beta?"

Telah didengar Sang Labi-labi titah baginda, ia pun berdatangkan


sembah, “ Ampun tuanku, beribu-ribu ampun; sembah
patik harapkan diampun. Sebab patik mudik membawa
perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa
tombak bercanggah mudik. Kepada fikiran patik tentulah
Duli yang Maha Mulia kedatangan musuh yang besar,
patik pun bersiaplah akan perisai patik.”

Telah didengar Nabi Allah, ia pun segeralah menyuruh Belatuk


memanggil Sang Udang. Sang Udang pun datang mengadap Nabi Allah. Titah
baginda, “Hai Sang Udang, yakah engkau mudik ini membawa tombak
bercanggah? Musuh mana yang akan datang?”
Sembah Sang Udang, : Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sebab pun
patik mudik membawa tombak bercanggah, patik lihat Sang Sebarau pun
mudik berikat pinggang melengkung sahaja, kesusahan lakunya patik lihat.
Patikpun bersamalah mudik hendak mengadap Duli yang Maha Mulia,
entahkan apa susah gaduhnya, musuh seteru dari mana akan melanggar
tuanku.”

Anda mungkin juga menyukai