Anda di halaman 1dari 2

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.


2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif .


1. Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.
5. Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.


1. Kami suka akan rumah yang kecil. Kami suka akan rumah yang selesa. 
2. Kanak-kanak itu menjerit. Kanak-kanak itu lari. 
3. Dia bernyanyi. Dia menari dengan rancaknya. 
4. Budak itu sedang berlari. Budak itu adik saya. 
5. Nenek sedang memasak nasi. Dia baru sahaja datang dari kampung.

Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi 2 ayat tunggal.


1. Guru yang baru berpindah ke sini mengajarkan Matematik kepada pelajar Tingkatan
Lima. 
2. Buku yang tebal itu ialah buku revisi Bahasa Melayu SPM. 
3. Kebun kelapa yang  luas itu terletak di sepanjang jalan raya itu. 
4. Penduduk kampung itu sedar bahawa kampung mereka akan mengalami banjir kilat. 
5. Keluarga itu berpindah ke dewan orang ramai untuk mengelakkan diri mereka daripada
bencana banjir. 

Tukarkan ayat susunan biasa berikut menjadi ayat susunan songsang


1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil
itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di
warung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan
sampah.
JAWAPAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF
1. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
2. Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.
3. Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.
5. Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

JAWAPAN AYAT PASIF– AYAT AKTIF


1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.

JAWAPAN AYAT TUNGGAL – AYAT MAJMUK


1. Kami suka akan rumah yang kecil tetapi selesa. 
2. Kanak-kanak itu menjerit lalu lari. 
3. Dia bernyanyi sambil dengan rancaknya. 
4. Budak yang berlari adik saya. 
5. Nenek yang sedang memasak nasi baru sahaja datang dari kampung. 

JAWAPAN AYAT MAJMUK – AYAT TUNGGAL


1. Guru itu baru berpindah ke sini. Dia mengajarkan Matematik kepada pelajar
Tingkatan Lima. 
2. Buku itu tebal. Buku itu buku revisi Bahasa Melayu SPM. 
3. Kebun kelapa itu luas. Kebun kelapa itu terletak di sepanjang jalan raya itu. 
4. Penduduk kampung itu sedar. Kampung mereka akan mengalami banjir kilat. 
5. Keluarga itu berpindah ke dewan orang ramai. Keluarga itu ingin mengelakkan diri
mereka daripada bencana banjir

Anda mungkin juga menyukai