Anda di halaman 1dari 6

Pt3 F3 BM Super Bm

Karangan Skor A
Cara-cara memupuk amalan budi bahasa.
[PUCHONG 2017, MARA 2016]

1 Insan kerdil

2 melentur buluh biarlah dari rebungnya

3 rahim ibu

4 ejen pembentukan karakter


sehelai kain putih, ibu bapalah yang

5 bertanggungjawab untuk

mewarnakan jiwa mereka
ketam yang mengajar anaknya
6
berjalan betul
7 menconteng arang
budi bahasa mencerminkan maruah
8
sesebuah keluarga
9 arkitek pembangunan manusia
pelajar ibarat pohon yang baru
10
ditanam
11 dipraktikkan

12 hangat-hangat tahi ayam

13 menyemarakkan ...

14 asas dan tunjang

15 sanubari

1|Page
Pt3 F3 BM Super Bm
Karangan Skor A
Pendahuluan
/ Pada zaman modenisasi ini, amalan berbudi bahasa semakin
diabaikan dalam kalangan masyarakat.

/ Fenomena ini tidak haruslah dipandang rendah oleh segenap


lapisan masyarakat supaya budaya baik ini dapat dikekalkan
dari semasa ke semasa.

/ Dalam konteks ini, segenap lapisan masyarakat memainkan


peranan yang penting untuk memupuk amalan membaca
anaknya.

Persoalannya, apakah ( )?

Penutup:
Rumusan Kesimpulannya, terdapat banyak ( ).

Cadangan + Oleh itu, Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu

bagai aur dengan tebing untuk memupuk amalan berbudi
bahasa.

Peribahasa Usaha mulia ini mestilah berterusan sehingga matlamatnya


tercapai kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Harapan Diharapkan bahawa amalan berbudi bahasa dapat


bercambah dalam jiwa generasi muda kerana mereka
diibaratkan tiang negara kita.

2|Page
Pt3 F3 BM Super Bm
Karangan Skor A
Isi 1:
Isi ibu bapa - peranan yang Kesan tidak akan bersikap biadab
penting

Sebab guru pertama dalam Rumusan -


kehidupan

Contoh hormat-menghormati,
beradab sopan dan bertolak
ansur

Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita, ibu bapa
memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan kerdil yang berbudi bahasa
tinggi sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan guru pertama dalam
kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi.
Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter
anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa.
Anak-anak yang dilahirkan diumpama sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang
bertanggungjawab untuk mewarnakan jiwa mereka dengan nilai-nilai berbudi
bahasa.

Oleh itu, ibu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-
menghormati, beradab sopan dan bertolak ansur sebelum mereka memasuki alam
sekolah. Selain itu, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar
anaknya berjalan betul sebaliknya harus mendirikan teladan yang baik kepada mereka.

Kesannya, anak-anak yang berbudi bahasa tidak akan bersikap biadab sehingga
menconteng arang ke muka keluarga sendiri. Kata orang tua-tua budi bahasa
mencerminkan maruah sesebuah keluarga.

Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak
dapat memupuk amalan budi bahasa dalam diri anak-anak.

3|Page
Pt3 F3 BM Super Bm
Karangan Skor A
Isi 2:
Isi pihak sekolah - Kesan erti akan sikap berbudi
meningkatkan amalan budi bahasa
bahasa
Sebab arkitek pembangunan Rumusan -
manusia

Contoh memberi didikan moral

Lebih-lebih lagi, pihak sekolah juga memainkan peranan untuk meningkatkan


amalan budi bahasa dalam kalangan remaja.

Hal ini disebabkan oleh para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan
manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan budi
bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu
dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya.

Misalnya, guru haruslah memberi didikan moral kepada remaja supaya mereka dapat
menghayati 36 nilai murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Moral misalnya nilai amanah,nilai kesederhanaan dan lain-lain.
**elite: Selain didedahkan teori melalui subjek yang diajar di sekolah, para
pelajar wajar didedahkan dengan praktikalnya sekali. Hal ini demikian kerana para
pelajar perlu didedahkan dengan realiti kehidupan. Antaranya membawa mereka
menziarahi para pesakit di hospital, melibatkan diri dengan kegiatan gotong-royong
dan menjalankan aktiviti kebajikan seperti membantu golongan miskin dan anak
yatim.

Secara tidak langsung hal ini dapat mengajar golongan remaja erti sikap berbudi
bahasa dan sopan santun.

Pendek kata, amalan budi bahasa sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

4|Page
Pt3 F3 BM Super Bm
Karangan Skor A
Isi 3:
Isi kempen kesedaran atau Kesan menyemarakkan dan
ceramah menyemai semula budi
bahasa
Sebab menyedarkan masyarakat Rumusan -

Contoh Kempen Budi Bahasa


dan Marilah Berbudi
Bahasa

Selain itu, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen kesedaran atau ceramah
yang berkesan bagi menghidupkan amalan berbudi bahasa.

Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu


menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam
kehidupan seharian kita.

Contoh kempen yang boleh dianjurkan untuk meningkatkan kesantunan


berbahasa ialah Kempen Budi Bahasa dan Marilah Berbudi Bahasa. Kempen
ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat
tahi ayam.

Dengan ini, diharapkan kempen ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula
budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta
meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita.

Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk membudayakan amalan


murni ini dalam kehidupan seharian kita.

5|Page
Pt3 F3 BM Super Bm
Karangan Skor A
Isi 4:
Isi media massa - Kesan berkekalan/tumbuh subur
menyampaikan mesej budi sepanjang masa
bahasa
Sebab teknologi yang paling Rumusan -
dekat dengan kehidupan
manusia
Contoh drama-drama, filem, lagu

Seterusnya, media massa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi


menyampaikan mesej budi bahasa dalam kalangan masyarakat.

Hal ini berpunca daripada media massa merupakan teknologi yang paling dekat
dengan kehidupan manusia dan pengaruhnya manusia sangat besar sehinggakan
boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen.

Umpamanya, media massa perlu menyiarkan drama-drama, filem, lagu, dan apa-
apa sahaja yang boleh membangkitkan amalan budi bahasa.

Implikasinya, amalan budi bahasa barulah dapat berkekalan/tumbuh subur


sepanjang masa dalam sanubari masyarakat.

Jelasnya, pihak media massa haruslah berusaha untuk mendidik masyarakat untuk
berbudi bahasa.

6|Page

Anda mungkin juga menyukai