Anda di halaman 1dari 3

1) Ketua pembangkang sedang menggolong hujah dalam pertandingan perbahasan yang

dilangsung di dewan sekolah itu.

Ketua pembangkang sedang menggulung hujah dalam pertandingan perbahasan yang


berlangsung di dewan sekolah itu.

2) Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk kelahiran masyarakat Malaysia yang
berdaya-saing patut disokong.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing patut disokong.

3) Daya prodaktiviti yang di tunjukkan oleh syarikat yang baru ditubuhkan itu sungguh
mengkagumkan sekali.

Daya produktiviti yang di tunjukkan oleh syarikat yang baru ditubuhkan itu sungguh
mengagumkan sekali.

1) Pemuda itu telah menempoh pelbagai rintangan dalam bidang berniaga sebelum berjaya
menjadi seorang jutawan.

Pemuda itu telah menempuh pelbagai rintangan dalam bidang perniagaan sebelum berjaya
menjadi seorang jutawan.

2) Majlis perlantikan beberapa orang Setiausaha Parlimen itu, akan diadakan dipejabat
Perdana menteri pada minggu depan.

Majlis pelantikan beberapa orang Setiausaha Parlimen itu, akan diadakan di pejabat Perdana
menteri pada minggu depan.

3) Usaha-usaha sedang dijalankan untuk menggalak pelajar pelajar melibatkan diri dalam
aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Usaha-usaha sedang dijalankan untuk menggalakkan pelajar pelajar melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah.

1) Miskin hidup bukan lagi merupakan faktor utama yang menghalang kejayaan seseorang
dalam bidang akedemik.

Kemiskinan hidup bukan lagi merupakan faktor utama yang menghalang kejayaan seseorang
dalam bidang akademik.

2) Akhir-akhir ini mata pelajaran teknik dan vokasyenal mula diberi perhatian dalam sistem
didikan di negara ini.

Akhir-akhir ini mata pelajaran teknik dan vokasional mula diberi perhatian dalam sistem
pendidikan di negara ini.

3) Langkah-langkah perlu diambil untuk penggalakan penyertaan gulungan remaja dalam


dunia penulisan kreatif.

Langkah-langkah perlu diambil untuk menggalakkan penyertaan golongan remaja dalam


dunia penulisan kreatif.
1) Pada 31 Ogos tahun ini, masyarakat negara kita akan menyambut ulangtahun merdeka
negara secara besar-besaran.

Pada 31 Ogos tahun ini, masyarakat negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan
negara secara besar-besaran.

2) Kenaikan harga minyak pada tahun ini telah terjejas ekonomi dan pembangunan negara-
negara diseluruh dunia.

Kenaikan harga minyak pada tahun ini telah menjejaskan ekonomi dan pembangunan
negara-negara di seluruh dunia.

3)Dalam era globelisasi hari ini, masyarakat negara kita perlu penguasaan kemahiran
komputer untuk bersaing dengan negara lain.

Dalam era globalisasi hari ini, masyarakat negara kita perlu menguasai kemahiran komputer
untuk bersaing dengan negara lain.

1) Langkah-langkah stratejik perlu diambil untuk peningkatan keberkesan kempen Cuti-cuti


Malaysia.

Langkah-langkah strategik perlu diambil untuk peningkatan meningkatkan kempen Cuti-cuti


Malaysia.

2)Bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada negara jiran yang mengalami
pelbagai bencana alam menunjuk rakyat negara ini perihatin terhadap orang yang susah.

Bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada negara jiran yang mengalami pelbagai
bencana alam menunjukkan rakyat negara ini prihatin terhadap orang yang susah

3) Fokas perbincangan dalam rencana itu lebih tertumpakan pada cara-cara untuk
menangani gejala rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.

Fokus perbincangan dalam rencana itu lebih tertumpu pada cara-cara untuk menangani
gejala rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.

1)Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha untuk penyebaran kepentingan
menyertai unit berunifom agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang.

Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha untuk menyebarkan kepentingan
menyertai unit beruniform agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang.

2) Kita perlulah berusaha dengan lebih gigih dan pro-aktif untuk meletakkan Malaysia
sebagai negara yang mengungguli dalam semua bidang.

Kita perlulah berusaha dengan lebih gigih dan proaktif untuk meletakkan Malaysia sebagai
negara yang terunggul dalam semua bidang.

3) Langkah yang afektif untuk pengurangan tekanan sebelum menghadapi peperiksaan


adalah dengan bersukan.

Langkah yang efektif untuk mengurangkan tekanan sebelum menghadapi peperiksaan


adalah dengan bersukan.

Anda mungkin juga menyukai