Anda di halaman 1dari 37

Agama dan Kepercayaan, Pengajian Am

Pengenalan

Ajaran sesat banyak diamalkan oleh golongan yang cetek pengetahuan agamanya.
Mereka mudah terpengaruhi ajaran sesat yang kononnya alim dan warak.

Kesan Ajaran Sesat terhadap diri keluarga dan masyarakat


1. Tentangan agama
Apabila terpengaruhi dengan ajaran sesat. seseorang itu akan terdedah dengan aktiviti
-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Hal ini termasuk melakukan perbuatan -perbuatan syirik dan khurafat.
Sebagai comtohnya, percaya kepada ibu duit, pemujaan kubur, memuja roh roh adalah
perbuatan khurafat.

2. Minda terkongkong
Apabila seseorang itu telah terjebak dan mengikuti ajaran sesat, akan menyebabkan
minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang
tidak rasional kerana sikap tetaksuban mereka.

3. Perpaduan masyarakat tergugat


Perpaduan dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran kegiatan ajaran sesat ini. Hal
ini demikian boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindasan sesama sendiri
kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.

4. Kedamaian negara terjejas


Boleh berlakunya pertelingkahan dan perbezaan pendapat yang ekstrem sekiranya
ajaran sesat tidak dibendung. Oleh hal yang demikian, rakyat hidup dalam ketakutan
kerana kestabilan dan keamanan negara terancam.

5. Lupa tanggungjawab terhadap keluarga


Mengikut kumpulan ajaran sesat ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa akan
tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau
dalam beragama.
Lebih serius lagi akan menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
Penutup

Kesimpulannya, umat Islam disarankan agar menjauhi golongan -golongan


pelampau agama iaitu mereka yang bertindak keterlaluan dalam beragama.
Pengajian Am, Politik dan Keselamatan
Pergolakan politik disebabkan oleh pertentangan fahaman perjuangan politik.
Kegawatan ekonomi dan kelemahan pihak pemerintah juga mencetuskan masalah.
Pergolakan politik tidak membawa sebarang manfaat selain keburukan.
Kesan-kesan Pergolakan politik

1. Keselamatan rakyat terancam


Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat mengadakan tunjuk perasaan jalanan.
Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya.

Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan.


Akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti
merosakkan dan membakar kenderaan serta bangunan.
Tunjuk perasaan jalanan boleh menjatuhkan kerajaan yang memerintah.
Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak yang berkuasa boleh berlaku.

2. Keruntuhan ekonomi dunia


Oleh sebab pergolakan yang berlaku, pelabur tidak mahu melabur di negara yang
dilanda pergolakan politik.
Sebagai contohnya, di Indonesia dan Filipina.
Pelabur -pelabur menghentikan operasi dan meninggalkan negara tersebut.
Akibatnya, sistem ekonomi negara tersebut runtuh dan menyebabkan krisis ekonomi di
kawasan serantau.

3. Pembangunan negara terjejas


Keadaan huru-hara dan tegang tidak dapat melakarkan pembangunan infrastruktur.
Ekonomi negara yang terjejas melambatkan pemabangunan.
Kesukatan ini akan mendorong kepada ketidakpuasaan hati rakyat.

4. Industri pelancongan terjejas


Industri pelancongan merupakan sumber pendapatan bagi kebanyakan negara.
Serangan pengganas terhadap WTC di Amerika Syarikat menjejaskan industri
pelancongan.
Terdapat lapangan terbang yang ditutup sementara waktu.
Orang ramai takut untuk menaiki kapal terbang.

Banyak negara mengalami kemerosotan kedatangan pelancong dan hal ini


menyebabkan industri yang ada kaitan dengan sektor pelancongan terjejas.

5. Semangat rakyat terjejas


Rusuhan dan tunjuk perasaan menjejaskan semangat rakyat.
Mahasiswa dan pekerja asyik mengadakan tunjuk perasaan.
Mereka telah mengabaikan tanggungjawab asal mereka sehingga wujudnya suatu
kumpulan pelampau Mereka menghasut remaja menyertai kumpulan militan dan dilatih
untuk melakukan keganasan serta menjadi skuad berani mati.

Penutup

Kesimpulannya, pergolakan politik menghalang perpaduan dan kemajuan negara.


Oleh itu, semua pihak harus sentiasa mengambil iktibar daripada negara asing yang
hancur akibat pergolakan supaya negara kita aman damai
Ekonomi, Pengajian Am
Pengenalan

Sektor pertanian negara semakin bertambah maju dengan perhatian khusus yang telah diberi
oleh pihak-pihak yang berkenaan. Sumbangan besar telah diberi kepada pendapatan negara.

Faktor-faktor majunya pertanian negara

1. Produk hiliran
Negara kita mempunyai keupayaan menghasilkan pelbagai produk hiliran.
Malaysia merupakan pengeluar getah dan kelapa sawit yang terbesar di dunia.
Pelbagai produk hiliran boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan mentah yang
dikeluarkan seperti tayar, sarung tangan, dan plastik.
Produk yang dikeluarkan oleh industri hiliran ini bermutu tinggi dan menyebabkan permintaan
terus meningkat di seluruh negara.

2. Penggunaan teknologi moden


Pelbagai jentera moden telah digunakan untuk memajukan sektor pertanian, penternakan, dan
perikanan.

Penggunaan teknologi moden telah berjaya menghasilkan baka padi, kelapa sawit, dan getah
yang bermutu tinggi seperti mempunyai daya rintangan terhadap penyakit yang lebih tinggi.
Hal ini demikian telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian negara.Selain
itu, pelbagai penyelidikan dan pembangunan telah giat dijalankan oleh pihak berkuasa seperti
FORIM dan RISDA.

3.Dasar-dasar kerajaan
Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi meningkatkan sektor pertanian supaya
setanding dengan sektor-sektor lain seperti Dasar Pertanian Negara Ketiga yang memberi
tumpuan untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian.
Dasar Agromakanan juga telah diperkenalkan secara tidak langsung dapat memajukan sektor
pertanian negara.
Pelbagai bantuan dan subsidi telah diberi kepada petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran
mereka seperti bantuan baja. racun, bernih yang bermutu tinggi dan lain-lain.
Kursus khas dan latihan juga ditawarkan kepada para petani yang berminat untuk
mengusahakan pertanian seperti pertanian hidroponik.

4.Faktor iklim dan tanah


Malaysia mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
Oleh sebab itu, pertanian amat sesuai untuk dijalankan.
Bekalan sawah air sepanjang tahun memudahkan sistem pengairan ke kawasan pertanian
seperti kawasan sawah padi yang memerlukan banyak air.
Tanah yang subur dan sesuai dengan pelbagai jenis tanaman tropika juga banyak membantu
kejayaan bidang pertanian.

Penutup
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk
kejayaan sektor pertanian negara agar ekonomi negara sentiasa berkembang maju

engajian Am, Sains dan Teknologi


Pengenalan

Teknologi maklumat semakin canggih pada masa kini. Pengeluaran pelbagai gajet
telah merubah sebahagian besar aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, iphone
dan sebagainya telah memudahkan lagi kehidupan manusia seharian.

Faedah yang diperoleh

1. Maklumat diperoleh dengan mudah


Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat lebih mudah diteroka dengan
menggunakan gajet melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu.
Pengguna boleh menggunakan Internet melalui telefon pintar untuk mengakses
maklumat dengan cepat dan pantas.

2. Memudahkan perhubungan

Oleh sebab perkembangan teknologi maklumat, jurang digital antara penduduk luar
bandar dan bandar telah dapat dikurangkan.
Syarikat-syarikat komunikasi telah menyediakan capaian tanpa wayar di kawasan luar
bandar untuk memudahakan komunikasi.
Maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada setiap lapisan
masyarakat.

3. Menjana pendapatan
Pengguna dapat melibatkan diri dalam perniagaan atas talian (online).
Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat melalui email dan
katalog jualan juga boleh dihantar kepada pembeli dengan segera untuk pengesahan
jualan.
Peniaga dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi dengan adanya
kemudahan Internet.

4. Memudahkan kegiatan seharian


Segala urusan dapat dilakukan secara atas talian.
Sebagai contohnya, urusan seperti pembayaran bil-bil atau cukai dapat diakses dengan
cepat dan mudah.
Masa dan tenaga dijimatkan.

Kesan negatif yang dihadapi

1. Penyebaran fitnah

Pengguna mengakses internet di lokasi yang lebih luas, dan menggalakkan lagi
penyebaran fitnah.
Maklumat yang berbentuk fitnah mudah disebarkan kepada orang ramai. Lebih serius
lagi, hal ini boleh berlaku juga dalam kalangan pemimpin dari segi politik.

2. Penipuan mudah berlaku

Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui gajet.
Sesetengah pengguna ditipu melalui pembelian barangan secara talian yang tanpa
jaminan.
Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka mengalami
kerugian beribu-ribu ringgit.

3. Kurangnya interaksi sosial

Pengguna yang taksub kepada gajet akan menghabiskan masa banyak masa sendirian
Kesannya hubungan antara ahli keluarga dan jiran terabai.
Mereka kurang keluar dari rumah untuk bersosial.

4.Kesihatan terjejas

Penggunaan gajet terlalu lama akan menjejas kesihatan.


Hal ini demikian berlaku pengguna taksub kepada gajet sehingga lupa makan atau
menjadi malas untuk melakukan aktiviti di luar.Sebagai contohnya bersenam dan
beriadah.
Mata akan rosak kerana lama tertumpu kepada gajet.

Penutup

Kesimpulannya, kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu


dimanfaatkan dengan baik supaya tidak memudaratkan pengguna. Oleh itu, semua
pihak harus megawal penggunaan gajet untuk menjamin kesejahteraan masyarakat
dan negara.

Ekologi, Pengajian Am
Cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada waktu
tengah hari. Manusia sering melakukan kerosakan di muka bumi, sehingga mendapat balasan
pemanasan global berlaku.

Punca-punca pemanasan global


1. Penebangan hutan secara tidak terkawal
Penebangan hutan bagi tujuan pembangunan telah menyebabkan hutan terpaksa ditebang.
Hal ini demikian menyebabkan suhu yang meningkat.
Akhirnya pemanasan global berlaku. Agen oksigen telah pupus dan agen penyerap karbon
dioksida juga semakin pupus.
Udara semakin panas akibat penebangan pokok-pokok yang tidak terkawal.

2. Penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa


Penggunaan kenderaan bermotor semakin meningkat begitu juga kilang-kilang banyak
mengeluarkan asap.
Gas sulphur dioksida yang dikeluarkan daripada asap-asap kenderaan dan kilang akan
menyebabkan hujan berasid ekoran pemanasan global berlaku.

3. Pencemaran industri

Pembuangan sisa-sisa toksid industri telah menyebabkan pencemaran air dan udara.
Udara tercemar dengan sulfur dioksida dan gas-gas karbon monoksida yang disebabkan oleh
pembakaran yang dihasilkan oleh bahan kimia seperti plastik, polivinil klorida dan pakaian.

4. Penipisan lapisan ozon


Apabila lapisan ozon nipis atau bocor, cahaya matahari akan terus terpancar ke bumi.
Cahaya ultra lembayung (UV) akan menembusi lapisan ozon dan terus ke bumi.
Pancaran UV akan meningkatkan suhu bumi. Oleh itu , fenomena pemanasan global berlaku.

Kesan pemansan global

1. Pencairan ais di kutub


Kenaikan suhu boleh mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut,
Risiko banjir besar boleh berlaku jika perkara itu berlaku, beberapa kepulauan kecil boleh
tenggelam.
Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak tetapi
tanah di situ menjadi cepat kering akibat peningkat suhu yang ketara.

2. Perubahan iklim
Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan.

Kejadian iklim ekstrem ini telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga
seperti di Afrika. Hal ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.

3. Kesihatan manusia terjejas


Perubahan suhu boleh menyebabkan gelombang panas 'heatwave' di beberapa tempat dan
penduduk kawasan tersebut terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heartstroke' .
Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan
seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.
Perubahan suhu yang ketara juga memberi kesan terhadap mutasi genetik dan akhirnya
mengakibatkan penyakit barah.

4. Kegiatan harian manusia terganggu


Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan
kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain.
Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik.
Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu ditempatkan di
kawasaan lain kerana banjir. Begitu tenatnya dunia sekarang yang tidak pernah henti-henti
diterokai oleh manusia.
Walaupun begitu, pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi amat bersalahan hingga
memdaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.

Penutup

Kesimpulannya, pemanasan global menjejaskan bumi kita. Untuk membendung fenomena


ini, kesedaran daripada semua pihak diperlukan.

Sosial dan Budaya

No comments

Kebanyakan keluarga Malaysia mengupah pembantu rumah warga asing. Pengambilan


tenaga wanita asing sebagai pembantu rumah dapat membantu wanita Malaysia yang
berkerjaya. Namun demikian, kehadiran pembantu rumah juga menimbulkan pelbagai
masalah. Apakah kepentingan dan kesan negatif pembantu warga asing?

Kepentingan Pembantu Rumah Warga Asing


1. Dapat menguruskan kerja rumah

Pada masa kini, sebilangan besar wanita Malaysia bekerja dalam pelbagai bidang.
Kerja rumah akan membebankan mereka.
Oleh itu, pembantu rumah dapat membantu suri rumah yang sibuk mengurus kerja
rumah.
Hal ini demikian akan secara tidak langsung meringankan beban wanita yang bekerja.

2. Menjaga anak-anak majikan


Anak-anak majikan yang masih kecil dan bersekolah perlu dibawah jagaan.
Memang tidak sesuai anak-anak dibiarkan bersendirian di rumah ketika ibu bapa perlu
berurusan di luar.
Pembantu rumah menjaga makan minum anak-anak kecil.
Mereka juga menjaga keselamatan anak-anak kecil yang nakal dan aktif.

3. Wanita Malaysia dapat bergerak aktif dalam pembangunan sosioekonomi negara


Negara kita masih kekurangan tenaga manusia dalam sektor-sektor penting.
Banyak wanita di Malaysia berpendidikan. Oleh itu, tenaga profesional mereka
diperlukan untuk membangun negara.
Dengan pengambilan pembantu rumah asing negara kita mendapat sumbangan wanita
profesional.

Kesan Negatif Pembantu Rumah Warga Asing


1. Mutu kerja mungkin tidak memuaskan
Banyak pembantu rumah kurang kemahiran mengurus rumah.
Tugas mereka tidak menepati kehendak majikan.
Sesetengah pembantu rumah malas dan panjang tangan.

Hal ini demikian akan menambah tekanan jiwa majiakan

2. Kes penganiayaan dan kes seksual


Sesetengah pembantu rumah didera kerana prestasi kerja mereka tidak memuaskan.
Mereka tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.
Majikan mungkin mendera mereka setelah hilang kawalan emosi. Ada pula majikan
melepaskan geram dan tekanan jiwa terhadap pembantu rumah.

Penutup
Kesimpulannya, pihak majikan harus berhati-hati dan teliti dalam mengambil pembantu
rumah. Namun begitu, mengupah pembantu rumah juga ada kebaikannya
ngajian Am, Sosial dan Budaya

No comments

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu,
mereka hendaklah diberi untuk menangani kehidupan seperti anggota masyarakat. Bilangan
OKU semakin bertambah. OKU sudah mendapat pembelaan dan diberi kemudahan untuk
berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, masih wujud masalah yang melibatkan golongan
ini.

Masalah yang dihadapi oleh Orang Kurang Upaya

Antara masalahnya ialah sikap majikan. Majikan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap
OKU iaitu tidak boleh berdikari dan perlu bantuan dan sokongan orang lain. Golongan kurang
berupaya dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka. Masalah pergerakan dan tindak
balas yang lambaat akan menghalang proses kerja mereka.

Seterusnya ialah tanggapan masyarakat yang negatif. Masyarakat mempunyai tanggapan yang
tidak baik terhadap golongan OKU. Mereka dianggap tidak dapat bekerjasama dengan
golongan normal. Mereka dipandang rendah oleh golongan normal dan ada dalam kalangan
mereka mempunyai perasaan rendah diri.

Bukan itu sahaja, masalah lain ialah perlindungan ahli keluarga. Ahli keluarga OKU yang terlalu
mengongkong, terlalu prihatin dan tidak yakin OKU akan dapat berdikari atau bekerja. Mereka
hanya mengurus OKU sahaja tanpa mendidik anak untuk berdikari. Ahli keluarga kurang yakin
majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti pekerja normal. Golongan kaya tidak
menghantar OKU bekerja tetapi memberi kemahiran menguruskan hidup seperti orang normal.

Selain itu, kekurangan maklumat, sokongan, dan khidmat nasihat. Akses maklumat yang tidak
seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal. OKU sukar mendapatkan
maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan latihan kemahiran, pekerjaan, dan
peluang ekonomi. Di pusat penjagaan atau badan amal kurang disediakan khidmat nasihat
daripada kaunselor untuk mendapat pandangan, motivaasi, dan sokongan untuk berjaya.

Di samping itu, golongan OKU juga menghadapi masalah sokongan dasar dan perundangan.
Pihak berkuasa kurang menetapkan status OKu dari aspek kewajipan majikan atau pejabat
kerajaan mengambil OKU sebagai pekerja produktif. Kebanyakan melibatkan pekerjaan yang
kurang yakin dengan kemampuan OKU. Sektor awam pula tidak banyak menawarkan
pekerjaan produksif kepada golongan OKU. Dasar dan perundangan yang dapat membela
nasib OKU perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan OKU
dalam pembangunan negara.

Usaha untuk membantu golongan kurang upaya


Antara usahanya ialah memberi keyakinan kepada golongan OKU. Hal ini demikian dapat
dilakukan dengan meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif golongan OKU
menerusi

program

yang

berkesan.

Program

pemulihan

baru

bagi

selaras

dengan

perkembangan semasa dapat diwujudkan.

Seterusnya, meyediakan kemudahan khusus kepada golongan OKU. Penyediaan persekitaran


bebas halangan (barrier free), penggunaan peralatan termasuk kemudahan di dalam dan luar
bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam. Meningkatkan penyediaan
kemudahan perumahan serta ruang awam. Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di
semua peringkat, termasuk pendidkan sepanjang hayat.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan mahupun sektor swasta perlu membuka lebih banyak peluang
pekerjaan. Hal ini demikian dapat menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor
pekerjaan. OKU dapat bekerja sendiri dan berdikari.

Insentif perlu diberi kepada golongan OKU. Pelbagai skim perlu diwujudkan bagi membantu
menempatkan OKU dalam pekerjaan. Sebagai contohnya, menyediakan elaun pekerja cacat.
Selain itu, perlunya melatih OKU yang berpotensi dengan membekalkan mesin atau alatan
yang bersesuaian untuk membolehkan mereka bekerja dari rumah.

Di samping itu, usaha lain ialah menyediakan perkhidmatan sokongan. Perkhidmatan dan
kemudahan kepada OKU perlu dimantapkan. Hal ini demikian bertujuan untuk menggalakkan
penyertaan OKU dalam aktiviti sosial. Mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian
dengan keperluan OKU perlu dimantapkan.

Masyarakat juga perlu mengubah persepsi negatif terhadap golongan OKU. Pandangan negatif
masyarakt terhadap golongan OKU hendaklah diubah. Sumbangan golongan kurang upaya
dalam setiap program atau aktiviti masyarakat perlu diambil kira.

Penutup
Kesimpulannya, masalah OKU mesti ditangani secara bersama, bersepadu dan profesional.
Kerajaan memperuntukan dana yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU dan pihak
swasta juga perlu menghulurkan baantuan. Walau bagaimanapun, usaha tersebut turut
memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada masyarakat.

Pengajian Am, Sains dan Teknologi

Teknologi hijau merupakan jalan tepat kepada keresahan penduduk berikutan


fenomena pemanasan global dan pencemaran alam sekitar masa kini. Fenomena ini
turut mempengaruhi negara kita yang sememangnya perlu diatasi dengan segera demi
kepentingan bersama.

Usaha-usaha mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar


1. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui

Penghasilan tenaga elektrik secara hidro, angin, ombak, solar dan sebagainya

Sumber tenaga senang didapati, tidak pupus dan menjimatkan kos

Dapat mengurangkan pembakaran bahan bakar yang membebaskan karbon


dioksida ke atmosfera

2. Mengelakkan pembakaran terbuka

Semua pihak harus mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti membakar


pelbagai sisa secara terbuka

Kawalan melalui akta atau kempen kesedaran perlu diadakan dengan giat

Dapat mengatasi masalah pembebasan karbon dioksida ke atmosfera secara


berlebihan

3. Aktiviti Kitar Semula

Menggunakan semula bahan terpakai seperti besi, plastik, kaca, kertas dan
sebagainya

Mengelakkan kepupusan sumber dan masalah pembuangan sisa yang


mengancam alam sekitar

Dapat mengekalkan alam sekitar yang bersih dang berudara segar

4. Penggunaan peralatan canggih

Menggunakan peralatan elektrik, kenderaan dan sebagainya yang dapat


menjimatkan tenaga

Mengurangkan penggunaan bahan bakar yang membebaskan karbon dioksida


ke atmosfera

Menggunakan hasil ciptaan sains dan teknologi yang tidak menjejaskan kualiti
alam sekitar

5. Mengurangkan penggunaan bahan sukar luput

Menggunakan bekas sendiri semasa membeli-belah, berkelah dan membawa


bekalan ke tempat kerja

Mengurangkan penggunaan dan pembuangan sisa pelbagai plastik

Perlulah memelihara alam sekitar daripada pencemaran bahan yangg sukar


luput

Kesimpulan
Semua pihak haruslah menyokong keberkesanan aplikasi teknologi hijiau.
Kesedaran yang menyeluruh perlu dipupuk demi membina dan mengekalkan sebuah
kehidupan yang maju dan sejahtera
olitik dan Keselamatan

2 comments

Kestabilan politik memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara. Apakah faktorfaktor penentu kestabilan politik di Malaysia ?

Faktor-faktor Penentu Kestabilan Politik

1. Integrasi Kaum
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi
yang lain.
Kesanggupan semua rakyat untuk hidup bersama antara kaum dan berkongsi kemudahan yang
disediakan oleh pemimpin dapat melahirkan keharmonian antara kaum. Hal ini demikian akan
secara tidak langsung mewujudkan suasana yang aman dalam politik.

2. Pemimpin yang bertanggungjawab


Pemimpin yang bertanggungjawab untuk membina negara berlandaaskan visi yang khusus.
Sebagai contoh menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Misi Nasional dalam RMK-9 membuktikan tanggungjawab pemimpin negara kita untuk
meningkatkan tahap hidup rakyat secara adil.

3. Keupayaan Memimpin
Keupayaan pemimpin rakyat yang pelbagai kaum merupakan aset yang paling berharga dalam
mewujudkan kestabilan politik.
Kebijaksanaan pemimpin negara kita telah berjaya mengurus negara yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama, Tunjang utama yang dipegang adalah kesepakatan dalam
mentadbir negara.

4. Amalan Demokrasi
Negara kita mengamalkan dmokrasi dalam pemilihan pemimpin iaitu melalui piihan raya.

Parti yang menang majoriti akan dilantik menjadi Perdana Menteri.


Setiap kaum akan diwakili oleh parti politik masing-masing seperti UMNO, MCA, MIC, dan
Gerakan telah bergabung dan dikenali sebagai Barisan Nasional.
Keadaan ini dapat mengurangkan raasa tidak berpuas hati dalam kalangan rakyat yang
berbilang bangsa kerana suara mereka disalurkan melalui parti-parti politik masing-masing.

5. Modal insan berkualiti


Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pendidikan, motivasi, Bina Negara bagi
melahirkan generasi penerus mampu membangunkan negara.
Keupayaan dan kemampuan modal insan dalam pelbagai bidang merupakan aset penting
kepada ketamadunan Malaysia.
Negara juga tidak perlu bergantung kepada tenaga kerja asing kerana warga asing boleh
mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan dari segi amalan agama, politik dan sebagainya.

Sains dan Teknologi

No comments

Teknologi nuklear amat penting dalam era globalisasi. Tenaga nuklear bukan sahaja untuk bom
nuklear malah banyak kegunaan untuk kesejahteraan negara.

Kepentingan teknologi nuklear

1. Nuklear sebagai sumber tenaga alternatif


Sumber tenaga konvensional seperti petroleum, gas dan arang batu semakin kehabisan. Cara
mengatasinya dengan mencari sumber tenaga alternatif contoh nuklear.
Sumber tenaga yang bersih dan mesra alam digunakan secara meluas di negara-negara maju.
Jumlah penjanaan berkaitan adalah 6 hingga 7 kali ganda berbanding dengan negara-negara
sedang membangun.
Di Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi
pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021.

2. Nuklear dalam bidang kesihatan dan perubatan


Kegunaan nukelar untuk mengesan penyakit berbahaya pada manusia.
Teknik-teknik berkaitan nuklear digunakan dalam teknik mengimbas pesakit bagi mengdignosis
pesakit menggunakan X-ray.
Sinar gamma yang dihasilkan oleh bahan radioaktif dapat dikesan pada organ yang dikaji.
Bahan radioaktif yang lebih aktif akan digunakan untuk merawat penyakit tiroid, contohnya
Iodin-131.
Radio terapi digunakan untuk merawat kanser dengan membunuh sel-sel kanser.
Teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di banyak hospital di Malaysia. Contohnya
MRI.

3. Nuklear dalam bidang perindustrian

Dalam industri berat seperti kilang besi waja, teknik nuklear digunakan untuk mengawal mutu
produk yang dihasilkan.
Mereka dapat memastikan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

4. Nuklear dalam bidang pertanian


Tenaga nuklear dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti industri pertanian.
Pengaktifan neutron banyak digunakan dalam kajian tentang kesuburan tanah.
Teknik nuklear seperti spektroskopi sinar gamma juga digunakan dalam keberkesanan aktiviti
pembajaan tanah.
Penggunaan teknologi nuklear berjaya menghasilkan anak pokok, enzim serta baja yang
bermutu tinggi.

5. Nuklear dalam bidang makanan


Sebagai contohnya, penyiaran ke atas makanan dengan sinar gamma banyak membantu
meningkatkan tahap kegaran buah-buahan.

Penutup

Kesimpulannya, penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar
diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan,

penerangan, dan kajian yang mendalam.

Pengajian Am, Prasarana


Pengenalan
Pengangkutan awam sangat diperlukan oleh sesebuah negara. Kelemahan dalam
mengendalikannya akan menggangu perkembangan pembangunan negara tersebut.

Sumbangan pengangkutan awam


1. Mengelakkan kesesakan lalu lintas

Penggunaan

kenderaan

persendirian

dapat

Memberikan keselesaan kepasa orang ramai berurusan di bandar

dikurangkan

2. Menjimatkan kos dan masa pengguna


Mengurangkan masa perjalanan dan masa berurusan dapat dipercepatkan
Tambang pengangkutan awam lebih murah berbanding penggunaan kenderaan
persendirian

3. Membantu pembangunan ekonomi


Jaringan sistem pengangkutan yang cekap dapat memudahkan urusan dan
perkhidmatan
Pemangkin pertumbuhan ekonomi dan industri kerana keyakinan pelabur asing untuk
membuat

pelaburan

Dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah negara maju


berpendapatan tinggi

4. Mengurangkan kesan ke atas alam sekitar


Mengurangkan pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas beracun seperti
karbon

Sebagai

contoh,

monoksida

dan

sulphur

dioksida

Mewujudkan persekitaran yang mesra alam, tiada pencemaran udara, dan bunyi

Masalah yang dihadapi


1. Kekurangan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam

Jumlah

pengangkutan

Kekurangan

awam

kemudahan

Kemudahan

tidak

di

yang

tidak

stesen

mencukupi

terutama

bas

terminal,

hentian

bas

diselenggara

Ketidakselesaan

Ketidakcukupan pengangkutan awam sedia ada

kepada

dengan

baik
pengguna

2. Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap

Tidak

menepati

jadual

Kekerapan perjalan tidak menentu menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang


perjalanan

mereka.

Seringkali tergendala akibat kecuaian pengurusan

3. Kepercayaan pengguna kepada pengangkutan awam


Kenderaan awam tidak mementingkan aspek keselesaan dan keselamatan
Sikap pemgurusan yang mengutamakan keuntungan daripada kebajikan pengguna

Kesimpulan
Pengangkutan awam amat perlu kepada rakyat jelata terutamanya earga kota.
Kegagalan

pihak

kerajaan

menangani

masalah

pengangkutan

awam

menyebabkan kepercayaan kepada kerajaan semakin terhakis.


engajian Am, Prasarana

No comments

Kemajuan dalam bidang ekonomi memberi peluang kepada rakyat menikmati kemudahan
awam yang disediakan seperti jalan raya. Kemudahan ini memberi kesenangan dan dapat
digunakan untuk meningkatkan kemajuan negara dan diri sendiri.

akan

Kepentingan Jalan Raya

1. Pengangkutan utama

Kemudahan jalan raya memudahkan orang ramai ke destinasi dan menjalankan tugasan harian
dengan cepat.
Hal ini juga mempercepat penghantaran barangan dari kilang ke pelabuhan dan premis
perniagaan.
Secara tidak langsung dapat menjana kegiatan dan pertumbuhan ekonomi negara.

2. Sumber pendapatan organisasi dan negara

Pembayaran cukai kenderaan.cukai kutipan tol dan cukai pengangkutan kargo daripada
syarikat perdagangan.
Dapat mewujudkan pekerjaan berkaitan sistem pengangkutan seperti bas awam dan kargo.
Kontrak membina jalan raya dan laluan bertingkat.
Kontrak penyelenggaraan jalan raya dari semasa ke semasa.

Masalah yang dihadapi

1. Kesesakan jalan raya

Pertambahan penduduk dan kuasa beli yang tinggi menyebabkan bilangan kereta di jalan raya
meningkat.
Sistem jalan raya yang kurang sempurna seperti saiz jalan, tiada papan tanda, kerosakan jalan.
Sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti cara meletak
kenderaan selalunya menimbulkan kesusahan.

2. Kemalangan jalan raya

Sikap dan kecuaian pengguna jalan raya menyebabkan kemalangan berlaku.


Mereka memandu tidak berhemah dan memandu mengikut perasaan dan emosi.
Jalan rosak dan kurang papan tanda akan mengelirukan pengguna jalan raya.
Kemalangan jalan raya meragut nyawa dan membimbangkan pengguna yang lain.

3. Bayaran tol lebuh raya sentiasa meningkat

Pengguna dibebankan dengan bayaran tol yang sentiasa meningkat.


Hal ini demikian akan meningkatkan kos hidup rakyat dan menyulitkan perbelanjaan harian.
Ia juga adalah bebanan kepada pengguna yang terpaksa menggunakan laluan bertol setiap
hari.

Langkah penyelesaian masalah di jalan raya

1. Penguatkuasaan undang-undang

Undang-undang yang lebih ketat patut digubal bagi membolehkan pesalah jalan raya sedar
akan kesalahan mereka.
Pihak tertentu harus lebih teliti dalam pengeluaran lesen terutama kenderaan awam.

2. Membaik pulih jalan raya

Jalan yang rosak patut dibaiki dengan segera supaya pemandu dapat memandu dalam
keadaan yang baik dan selamat.
Jabatan kerja raya patut memeriksa jalan rosak dan segera menjalankan tugas membaik pulih.
Pembinaan lorong berasingan antara motor kereta dan motorsikal diperlukan untuk
mengelakkan kesesakan dan kemalangan berlaku.

3. Kempen kesedaran

Kempen kesedaran patut dilaksanakan bukan sahaja di kalangan pelajar malahan masyarakat
juga sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya.
Pihak kementerian pendidikan boleh menjadikan keselamatan jalan raya sebagai subjek di
sekolah.

Dengan itu, pelajar di sekolah akan lebih jelas bahawa keselamatan di jalan raya amatlah
penting dan perlu dijaga.

Penutup

Kemudahan yang disediakan alan memberi kesan negatif sekiranya pengguna tidak
menguruskannya dengan cara yang betul dan rasional. Semua pihak harus bekerjasama
menjaga keselamatan di jalan raya supaya kemalangan tidak berlaku dan negara tidak
kehilangan belia iaitu aset penting bagi negara.

Integrasi dan Perpaduan, Pengajian Am

No comments

Jenayah bukan indeks ialah jenayah seperti rasuah, pemalsuan wang, penipuan kad kredit dan
penyelewengan. Terdapat beberapa sebab berlakunya jenayah bukan indeks.

Punca-punca berlakunya jenayah bukan indeks

1. Sikap materialistik

Seseorang yang bersikap ingin mewah dalam kehidupan dan malas berusaha mudah terjebak
dalam jenayah bukan indeks.
Kekayaan melambangkan imej dan kebanggaan masyarakat moden dengan pelbagai
kemewahan seperti rumah besar, kereta besar, syarikat, dan saham-saham syarikat.
Sikap tamak dan mengikut nafsu haloba juga salah satu ciri sikap materialistik yang
menyebabkan seseorang itu melakukan jenayah bukan indeks.

2. Kurang penghayatan terhadap agama

Lemahnya iman dan pegangan agama menyebabkan mereka melakukan penyelewengan,


penipuan dan pelbagai jenayah bukan indeks.
Sudah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka dan mereka tidak berasa salah melakukanya.
Tiada keinsafan langsung ketika melakukan jenayah bukan indeks.

3. Kurang pemantauan atau kawalan pihak berkuasa

Kakitangan yang kurang menyebabkan pihak berkuasa sukar melaksanakan undang-undang


dengan tegas untuk membanteras pelaku jenayah bukan indeks.
Sukar untuk membanteras sepenuhnya kerana pengamal jenayah bukan indeks menggunakan
teknologi moden yang sukar dikesan.
Terdapat pengawal yang belot menyebabkan penguatkuasaan undang-undang gagal.

4. Pendapatan yang rendah

Gaji yang rendah menyebabkan mereka melakukan rasuah dan pecah amanah.
Mereka berbuat demikian kerana untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi
terutamanya di kawasan bandar.
Pelbagai keperluan hidup seperti rumah, kenderaan, makan minum dan keperluan anak-anak
sekolah semakin meningkat.
Kenaikan harga barang dan keperluan hidup yang lain lebih memberi tekanan kepada mereka
untuk melakukan rasuah, pecah amanah, dan penyelewengan.

Cara / Langkah mengatasi jenayah bukan indeks

1. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berterusan

Hukuman yang lebih lberat harus dikenakan ke atas pelaku jenayah bukan indeks.
Pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan
penipuan dan pecah amanah.
Membawa pesalah di mahkamah untuk tindakan yang sewajarnya.
Tingkatkan pemantauan dan rondaan dengan menambah bilangan kakitangan yang mahir
dalam teknologi maklumat.

2. Peranan pihak berkuasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu melakukan tugas mereka
dengan amanah, jujur dan tegas.
Agensi-agensi kerajaan tang terdedah kepada rasuah seperti kastam, imgresen, polis dan lainlain perlu penyediaan yang lebh ketat.
Dalam institusi kewangan, kelemahandalam transaksi wang perlu diatasi dengan segera.
Prosedur kerja perlu dikemaskinikan.

3. Peningkatan mutu perkhidmatan pihak berkuasa

Anggota polis dan badan pencegah rasuah iaitu SPRM perlu ditambah.
Anggota yang mahir diperlukan keran jenayah bukan indeks merupakan mereka yang
professional dalam bidang mereka.
Anggota yang mahir dapat mengesan penyelewengan yang amat halus dan sukar dikesan.
Menghantar pihak berkuasa berkursus untuk meningkatkan kepakaran mereka dalam bidangbidang tertentu.

4. Didikan agama/ moral

Pegangan agama yang kuat dapat memupuk nilai kejujuuran dan amanah.
Mereka akan taat kepada Tuhan dan takut kepadaNya sekiranya berbuat salah.
Pegawai-pegawai perlu dihantar berkursus atau motivasi untuk menyedarkan tentang
tanggungjawab mereka terhadapa agama, bangsa dan negara.

Penutup

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras gejala jenayah bukan
indeks supaya negara aman damai.

Anda mungkin juga menyukai