Anda di halaman 1dari 12

Kepentingan-kepentingan permainan tradisional.

Isi 1:
Isi

mempertahankan budaya Kesan


nenek moyang kita

Sebab

mencontohi tingkah laku


ibu bapa mereka

Contoh

bertutur secara sopan

Isi 2:
Isi

Sebab

Contoh

terbentuk dalam sanubari


anak-anak sejak kecil lagi

Rumusan sangat penting

dijadikan sebagai alat


hiburan

Kesan

melepaskan tekanan menyihatkan tubuh badan

menghiburkan hati mempraktikkan sikap


mulia
semangat berpasukan berfikiran kreatif

Rumusan

Isi 3:
Isi

Sebab

Contoh

Isi 4:
Isi

memangkinkan
lebih memahami budaya
Kesan
perkembangan industri
bangsa kita
pelancongan
menghayati corak budaya Rumusan Peranan yang penting
yang berwarna-warni di
negara kita
menyediakan tapak dan
alat permainan tradisional

mengukuhkan hubungan

Kesan

semangat perpaduan dapat


terbentuk

Sebab

bersama secara beramairamai

Rumusan

Contoh

berinteraksi dan bertukartukar pendapat

Karangan Lengkap
Pada zaman modenisasi ini, isu keruntuhan permainan tradisional telah
kian hari kian meningkat. Bukan itu sahaja, isu keruntuhan permainan
tradisional semakin serius dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, isu keruntuhan
permainan tradisional wajar diselesaikan sehingga ke akar umbi supaya tidak
menjadi duri dalam daging. Satu soalan yang menerjah benak kita ialah apakah
kepentingan-kepentingan permainan tradisional?
Bak kata peribahasa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan
warisan budaya yang tidak ternilai harganya. Hal ini dikatakan demikian
kerana permainan tradisonal merupakan warisan nenek moyang kita yang
melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Contohnya, congkak,
sepak takraw dan gasing merupakan sebahagian permainan tradisional yang
dapat menampilkan kekayaan budaya negara kita. Kesannya, sekiranya
permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda
mengenali budaya warisan mereka. Pendek kata, permainan tradisional ini
sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang
perlu dilestarikan untuk generasi akan datang.
Lebih-lebih lagi, permainan tradisional juga boleh dijadikan sebagai alat
hiburan untuk mengisi masa lapang masyarakat. Hal ini lantaran permainan
tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan hati tetapi juga mempraktikkan
sikap mulia dalam diri mereka. Misalnya, masyarakat dapat mempelajari
semangat berpasukan melalui permainan, berfikiran kreatif dalam permainan dan
semangat sedia berkorban demi kemenangan permainan. Akibatnya, mereka
dapat melepaskan tekanannya malah dapat menyihatkan tubuh badan. Bak kata
peribahasa serampang dua mata. Kesimpulannya, permainan tradisional
merupakan salah satu alat hiburan yang berfaedah dalam kehidupannya.

Selain itu, permainan tradisional juga dapat memangkinkan perkembangan


industri pelancongan tanah air kita. Hal ini disebabkan oleh permainan
tradisional sering menjadikan daya tarikan bagi pelancong menghayati corak
budaya yang berwarna-warni di negara kita. Tamsilnya, hotel- hotel lima

bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan
tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Impaknya,
para pelancong asing dapat lebih memahami budaya bangsa kita melalui
permainan tradisional. Bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta.
Tuntasnya, permainan tradisional memainkan peranan yang penting untuk
memajukan industri pelancongan.
Seterusnya, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan
masyarakat yang sibuk mengejar kekayaan duniawi. Hal ini berpunca daripada
permainan tradisional adalah dimainkan bersama secara beramai-ramai seperti
sepak takraw dan congkak. Umpamanya, mereka berpeluang untuk berinteraksi
dan bertukar-tukar pendapat tentang permainan tradisonal. Implikasinya,
semangat perpaduan dapat terbentuk dalam kalangan masyarakat untuk
menghadapi cabaran bersama pada masa depan. Bak kata peribahasa bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Jelasnya, hubungan masayrakat dapat
dieratkan melalui permainan tradisional.
Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan permainan tradisional. Oleh
itu, semua pihak haruslah bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan
permainan traisional negara kita supaya dapat diwarisi secara turun-termurun.
Bak kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Diharapkan
bahawa generasi pada masa yang akan datang dapat menikmati permainan
tradisional negara kita yang istimewa ini.

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak

Taman Daya Bm
Skor A

Cerita berkisar pada watak saya yang hendak menelefon temannya tetapi
tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang
yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah
memberitahu Nana(saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan
banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah
berterima kasih kepada Nana(saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar
tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak
Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.
Belum sempat saya hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang
sebenar, talaian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat
malam tanpa henti. Saya cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetepi
panggilannya tidak dijawab. Saya bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir
pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan
makanan sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. Saya tertanya-tanya
sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinys sudah tiga bulan tidak
berasa cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada Mak
Piah.
Saya mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab
panggilan saya. Mak Piah meminta saya yang disangkakannya Nana agar
tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada saya agar
menjaga anak dan suaminhya sebaik-baik.
Saya ingin bertemu dengan Mak Piah supaya saya dapat melepaskan
rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah
merindui anak-anaknya. Saya merindui emaknya. Saya menemukan alamat
rumah Mak Piah di dalam buku panduan telefon. Saya pergi ke rumah mak
Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan saya
dengan ceria.

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak

Taman Daya Bm
Skor A

Kerja saya menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah
memberitahu saya bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala
Nana pula takut akan suaminya. Saya bertanya kepada Mak Piah tentang sebab
dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa
dia tidak mahu menunggu mereka di pusat pemindahan itu kerana keadaannya
yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke
bilik air. Saya berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak
Piah memeluk saya selepas mendengar kata-kata saya itu.
Saya mengajar Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang
masak dan menyuruh saya menghantar makanan itu. Saya mengangguk
sambil tersenyum. Saya terpaksa bohong dan menanggung dosa hanya kerana
hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan saya menolong Mak
Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang saya bawa ke
dalam peti sejuk. Saya memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk
mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta saya menyampaikan salam
kepada anaknya, Nana.
Sekembali ke rumah, saya diserang demam selama lima hari. Setelah sihat,
saya pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila
saya sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul.
Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera
semasa hendak membersihkan rumah selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa
kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran
bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah
berasa sangat gembira. Nana mengatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon
emaknya kerana emak mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa
mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk
menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya
terhadap emaknya selama ini.

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak
Tema:

Taman Daya Bm
Skor A

Ketabahan dan kesabaran Dia enggan berpindah ke


hati

seorang

tinggal
kampung.
Saya
Watak&
Perwatakan

Mak Piah

ibu

bersendirian

pusat

yang pemindahan kerana tidak mahu


di menyusahkan orang lain ekoran
masalah kesihatannya.
1. Anak yatim piatu
2. Seorang yang prihatin. Dia sanggup
mengharungi banjir untuk melihat
keadaan hidup Mak Piah yang tinggal
seorang diri.
3. Seorang yang mudah bersimpati. Dia
bersimpati dengan keadaan Mak Piah
yang tinggal keseorangan.
1. Seorang yang peramah.
2. Seorang
yang
kasih
sayang.
Walaupun anak anak Mak Piah tidak
mengambil
berat
tentang
kehidupannya di kampung, Mak Piah
masih menyayangi anak-anaknya.

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak

Taman Daya Bm
Skor A

1. Nilai
Nilai kasih
sayang

Persoalan
Pengajaran
Latar Masyarakat
Persoalan tentang Kita mestilah
Masyarakat yang
kepentingan sikap mengamalkan sikap mengamalkan sikap
kasih sayang dalam kasih sayang dalam
kasih sayang
dalam kehidupan. kehidupan.
kehidupan.
Contoh: Walaupun anakanak Mak Piah tidak mengambil berat tentang
kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anakanaknya.
2. Nilai
Persoalan
Pengajaran
Latar Masyarakat
Nilai
Persoalan tentang Kita mestilah
Masyarakat yang
keprihatinan kepentingan sikap mengamalkan sikap mengamalkan sikap
keprihatinan dalam keprihatinan dalam
keprihatinan
dalam kehidupan. kehidupan.
kehidupan.
Contoh: Kamal Hijaz sabar menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas
lukisannya sebelum pertandingan melukis.
3. Nilai
Nilai baik
hati

Persoalan
Pengajaran
Latar Masyarakat
Persoalan tentang Kita mestilah
Masyarakat yang
kepentingan sikap mengamalkan sikap mengamalkan sikap
baik hati dalam
baik hati dalam
baik hati dalam
kehidupan.
kehidupan.
kehidupan.
Contoh: Saya membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah
terputus bekalan makanan akibat kejadian kebanjiran.
4. Nilai
Nilai
bersimpati

Persoalan
Pengajaran
Persoalan tentang Kita mestilah
kepentingan sikap mengamalkan sikap
bersimpati dalam bersimpati dalam
kehidupan.
kehidupan.
Contoh: Saya bersimpati dengan keadaan Mak
keseorangan.

Latar Masyarakat
Masyarakat yang
mengamalkan sikap
bersimpati dalam
kehidupan.
Piah yang tinggal

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak

Taman Daya Bm
Skor A

Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus


mencurahkan isi hati yang terpendam. Pada ruang jeda tanpa suara rintihnya,
mungkin dia sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan bicara,
saya menyelit soal.
Dah tu,, macam mana?
Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan,
tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang
rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor
rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur
kata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan
kisah yang sesetengah tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan
dengan penghargaan dan pesanan.
Terima kasihlah. Nana telefon juga, tanya khabar mak. Abang kau tu,
duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung... tak hirau keadaan mak dalam
banjir ni. Kirim salam pada suami dan anak-anak kau.
Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus dalam hujan
yang sudah empat hari empat malam lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan
televisyen menambahkan kekerapan siaran berita terkini. Aktiviti laut wajib
ditangguhkan dan bekalan ikan di pasar berhampiran dengan rumah saya
melambungkan harga ke paras menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah
tinggi telah merungut sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan
basah, tapi ikan kering. Ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja
hidangan. Ya Allah, saya tidak dapat menelan.
Dipetik daripada cerpen Banjir di Mata Emak,
antalogi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2.

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak

Taman Daya Bm
Skor A

1. Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan kejadian yang berlaku akibat


banjir yang melanda tempat tinggal penulis.
[3 markah]
aktiviti laut wajib ditangguhkan dan harga ikan di pasar telah naik.
jiran penulis yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala
kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tetapi digantikan dengan
ikan kering.
2. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas berserta
dengan contoh yang sesuai.
[3 markah]
peribahasa. Contohnya, isi hati.
sinkope. Contohnya, Abang kau tu
3. Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang boleh dihulurkan oleh
masyarakat kepada mangsa banjir?
[4 markah]
memberikan keperluan asas kepada mereka seperti makanan dan pakaian.
menyertai pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir berpindah
dan membersihkan rumah mereka.

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak

Taman Daya Bm
Skor A

Bacakan sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit
kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujahnujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan
butang panggilan ke nombor itu sekali lagi.
Tiada jawapan. Saya menunggu hingga ke deringan terakhir. Masih juga
begitu. Ke mana dia? Mungkinlah keluar membeli makanan? Dekatkah tempat
yang dituju? Rumahnya di mana? Dapatkah dia ke sana?
Adakah kedai yang masih dibuka dalam keadaan banjir telah melepasi
paras tingkap rumah tingkat bawah, seperti yang saya lihat di kaca televisyen?
Lebih buruk lagi, banjir kali ini telah menelan dua nyawa. Tapi adunya tadi, dia
tidak turun ke dapur atau ke mana-mana.
Mak takut ular.
Dipetik daripada cerpen Banjir di Mata Emak,
antalogi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2.

Antologi Baik Budi Indah Bahasa


Pt3 Banjir di Mata Emak

Taman Daya Bm
Skor A

1. Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan teknik plot yang digunakan.


[3 markah]
teknik pemerian. Saya capai telefon, mencari menu panggilan keluar. Saya
tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi.
teknik dialog. Mak takut ular.
teknik monolog dalaman. Ke mana dia? Mungkinlah keluar membeli
makanan?
2. Berdasarkan petikan cerpen di atas, berikan contoh gaya bahasa personifikasi.
[3 markah]
banjir kali ini telah menelan dua nyawa.
3. Pada pendapat anda, apakah nilai yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut?
[4 markah]
Nilai keprihatinan. Penulis prihatin terhadap keselamatan dan keadaan diri
Mak Piah yang tinggal bersendirian semasa banjir melanda.

Anda mungkin juga menyukai