Anda di halaman 1dari 19

CERITA RAKYAT MELAYU KLASIK

BATU
BELAH
BATU
BERTA
NGKU
P

Disediakan oleh :
Muadz bin Muhammad Amirullah
Tahun :
6 Ruby
Sekolah :
SK Taman Ehsan
CERITA RAKYAT MELAYU KLASIK

ISI
KANDU
Perkara Muka
Surat NGAN
Isi kandungan

Cerita

Pengajaran/ Nilai Murni


Pada suatu masa dahulu terdapat sebuah kampong bernama Kampung
Batu Belah. Nama tersebut berasal daripada suatu batu besar berbentuk
kepala manusia yang boleh terbelah dan ternganga.
Di kampong tersebut tinggallah Pak Tani dan isterinya, Mak Tani
berserta dua anak mereka, Melur dan Pekan. Pak Tani menghidap
penyakit lelah. Tidak lama kemudian dia jatuh sakit dan meninggal
dunia.
Selepas kematian suaminya, Mak Tani terpaksa bekerja untuk menyara
hidup keluarganya. Dia terpaksa ke kebun untuk menanam sayur, ke
hutan mencari kayu api dank e sungai untuk menangkap ikan.
Pada suatu pagi, Mak Tani ke sungai untuk menangkap ikan. Sungguh
malang nasibnya, tidak dapat seekor ikan pun. Namun ketika melangkah
pulang, Mak Tani ternampak ikan tembakul muncul di permukaan air.

Telur ikan tembakul amat digemari Pekan. Mak Tani menangkap ikan
tembakul tersebut dan mengambil telurnya.Setelah itu dia pun pulang ke
rumah.Setiba di rumah,dia menyuruh Melur memasak telur tersebut.
Selepas sembahyang Zohor, Mak Tani bersiap- siap hendak ke kebun.
Sebelum itu dia berpesan kepada Melur supaya menyimpan sedikit telur
tersebut untuknya. ‘ Baiklah, saya akan simpan untuk emak, ‘ janji
Melur.

Selepas siap dimasak, Melur pun memberikan adiknya makan lauk


kegemarannya itu. Pekan memakan sehingga habis. Setelah itu dia
meminta lagi. Atas rasa kasihan, Melur pun memberikan bahagiannya
kepada adiknya itu.
Setelah habis, Pekan meminta lagi. Kini lauk yang tinggal adalah
bahagian yang disimpan Melur untuk ibunya. Melur enggan memberikan
kepada adiknya. Akibatnya Pekan meraung-raung mahukan telur
tersebut.

Bila Melur tidak melayan kehendaknya, Pekan menangis berguling-


guling di atas lantai. Melur bertambah risau. Akhirnya dengan rasa
geram dia terpaksa memberikan telur tersebut kepada Pekan. “Nah,
ambillah!” kata Melur dengan geramnya.
Tidak lama kemudian Mak Tani pun pulang. Perutnya berasa lapar.
Sesampai di rumah, dia terus mencari telur ikan tembakul yang dimasak
Melur tetapi tidak terjumpa. Dia lalu bertanyakan kepada anaknya itu.
“Maafkan saya emak. Telur itu sudah habis dimakan oleh Pekan,”
beritahu Melur sedih. “Sampai hati kamu tidak menyimpan sedikit untuk
emak .Emak sangat kepingin merasanya,” kata Mak Tani kecewa.
‘Kamu tidak sayangkan emak .Kalau begini, biarlah emak ditelan batu
belah,’kata Mak Tani akhirnya .Mak Tani pun keluar dan berlari kea rah
batu belah yang berada tidak jauh dari rumahnya.

Melur dan Pekan pun berlari mengikut ibunya sambil menangis


kekesalan. “ Mak, Jangan tinggalkan Pekan dan Melur, “ raung kedua-
dua anak itu. Mak Tani tidak mengendahkan jeritan mereka.
Sesampainya di sana, Mak Tani menyorok di belakang batu belah
tersebut. Melur dan Pekan sampai di situ dan mendapati Mak Tani tiada
di situ. Mereka percaya emaknya telah ditelan oleh batu belah batu
bertangkup seperti yang telah mereka dengar tentang keajaiban batu
tersebut melalui cerita-cerita orang kampung. Mereka pun pulang
dengan berasa hampa.

Setelah dua malam berlalu, Mak Tani pun pulang ke rumah. Pekan dan
Melur yang sedang tidur ketika itu terbangun setelah dikejutkan oleh
ibunya. Mereka pun menangis sambil merayu agar ibunya pulang.
Dengan penuh kasih- sayang Mak Tani mengusap rambut mereka dan
memeluk dengan erat. Melur dan Pekan hanya menyangkakan mereka
bermimpi dengan kepulangan Mak Tani. Rupa- rupanya Mak Tani
masih hidup dan menceritakan apa yang berlaku kepada mereka.
Akhirnya, Pekan dan Melur pun meminta maaf daripada ibunya dan
sejak hari itu mereka berjanji tidak akan mengulangi kesilapan mereka
lagi.
PENGAJ
ARAN
1. Degil

DAN
Janganlah bersikap degil dan tidak mendengar kata orang yang lebih tua daripada
kita seperti Pekan dalam cerita ini.

MORAL
2. Tegas
Kadangkala kita perlu bertegas untuk mendidik orang lain dan tidak boleh
membiarkan mereka pentingkan diri sendiri.

3. Murah hati
Kita perlulah bersikap murah hati kepada orang lain selagi ianya tidak
mendatangkan keburukan kepada kita seperti Melur yang sanggup memberikan
bahagian makanannya kepada adiknya Pekan

4. Kasih sayang
Sebagai ibu bapa, haruslah mendidik anak kecil dengan pengajaran yang boleh
mendatangkan kesedaran kepada mereka agar mereka tidak mengulangi kesilapan
seperti apa yang dilakukan oleh Mak Tani.

5. Pengorbanan
Ibu bapa perlu mengutamakan anak- anak mereka lebih daripada keinginan diri
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai