Anda di halaman 1dari 5

Tajuk :KISAH BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Salam sejahtera mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara,
Terima kasih saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana. Barisan guru-guru yang saya kasihi. Seterusnya salam perkenalan kepada rakan-
rakan yang turut bertanding pada hari ini.
Kawan-kawan ingin dengar cerita?
Saya ingin bercerita tentang kisah Batu Belah Batu Bertangkup.
Pada zaman dahulu kala, ada sepasang suami isteri yang bernama Pak Melur dan
MakTanjung. Mereka bekerja sebagai petani di sebuah kampung. Mereka mempunyai dua
orang anak iaitu Melur dan Pekan.
Pada suatu hari, Pak Melur jatuh sakit dan meninggal dunia. Walaupun sedih, Mak Tanjung
masih tabah menjaga kedua-dua orang anaknya yang masih kecil itu.
Pada suatu hari, Mak Tanjung berasa teringin untuk memakan telur ikan tembakul. Maka, dia
pun pergi ke sungai berhampiran untuk mencari ikan tembakul. Dia bernasib baik kerana
berjaya menangguk seekor ikan tembakul.
Dengan perasaan yang gembira dia membawa pulang ikan itu ke rumah dan berpesan kepada
Melur supaya memasak gulai.
“Melur, Pekan, kamu makanlah ikan itu, tetapi tinggalkan telurnya sedikit untuk ibu, ya”
pesan Mak Tanjung.
Kedua-duanya pun mengangguk. Lalu, Mak Tanjung pun keluar ke hutan untuk mencari
sedikit ulam sementara Melur memasak di dapur.
Semasa di dalam hutan, Mak Tanjung terlihat seketul batu belah yang sangat mengerikan.
Dia teringat cerita-cerita orang tua yang mengatakan bahawa batu belah batu bertangkup itu
batu berpuaka.
Ia akan terbuka jika lapar dan akan bertangkup kembali setelah mendapat mangsanya.
Dalam diam-diam Mak Tanjung berfikir di dalam hatinya tentang siapakah yang akan
menjadi mangsanya nanti.
Di rumah pula, Melur sudah siap memasak gulai. Pekan berasa sangat lapar lalu Melur
memberinya sedikit telur ikan. Pekan makan dengan gelojoh dan setelah habis, dia meminta
lagi.
Pekan menghentakkan kakinya ke lantai kerana mahukan telur ikan yang separuh
lagi.”Kakak, Pekan mahu lagi.Pekan mahu lagi”kata Pekan. Melur berasa sangat kasihan lalu
memberinya bahagian telur yang disimpan untuk ibunya.
Selepas seketika, Mak Tanjung pun pulang ke rumah sambil teringat tentang telur ikan
tembakul yang akan dimakannya nanti.
Namun, apabila ditanya tentang telur ikan tembakul itu, Melur mengatakan bahawa Pekan
telah memakan semuanya. Mak Tanjung yang berasa terkilan itu berkata sambil menangis
teresak-esak,
‘Sampainya hati kamu berdua, tidak meninggalkan sedikit pun telur ikan untuk ibu”
Mak Tanjung yang merajuk dan makan hati itu terus melarikan diri dan masuk ke dalam
hutan. Melur dan Pekan mengejar ibu mereka sambil meraung-raung,
‘Ibu, janganlah pergi! Kasihanilah kami berdua!”
Si ibu itu tidak mahu mendengar kata-kata anaknya dan terus berlari sehingga tiba di hadapan
batu belah yang sedang membuka mulutnya dengan luas.
Dengan sedihnya Mak Tanjung berkata,
“Batu Belah Batu Bertangkup,telanlah aku makanlah aku.
Anak-anak aku tidak sayangkan aku lagi. Makanlah aku!”
Mak Tanjung pun melompat masuk ke dalamnya.
Dengan cepatnya ia bertangkup kembali dengan meninggalkan kesan darah di tepi mulutnya
itu.
Apabila Melur dan Pekan tiba di situ,ibu mereka sudah tiada lagi. Mereka meraung-raung dan
menangis.
Mereka menyesal atas perbuatan mereka yang tidak menuruti keinginan ibunya
sehingga ibunya berasa sangat sedih dan membawa diri.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Dengan itu, berakhirlah sudah cerita saya mengenai batu belah berpuaka ini.
Moral yang kita boleh dapati daripada cerita ini ialah,
Kita perlu menuruti kata-kata ibu dan janganlah membuat mereka sedih.
Buat para ibu pula, bersabarlah dengan anak-anak, jangan sampai meninggalkan mereka.
Sebelum saya mengundurkan diri terimalah serangkap pantun penutup kata
Jika ada sumur di ladang,
Izinkan saya menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi
Sekian terima kasih.
KISAH RAJA BERSIONG

‘Bunuh, bunuh, pancung semuanya.Beta mahukan darah”

Salam sejahtera pembuka bicara,


Buat hadirin hadirat semua,
Datang ke sini menyampaikan cerita,
Sekadar hiburan kita bersama,

Raja Bersiong tajuk diberi,


Kisah dongeng mencuit hati,
Negeri Kedah asalnya peri,
Dengarlah kawan cerita ku ini

Pada zaman duhulu, negeri Kedah diperintah oleh seorang raja yang zalim iaitu Raja Ong
Maha Perita Deria.
Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa
Seluruh rakyat terpaksa taat dan setia akan baginda dan permaisurinya. Jika tidak mereka
akan dipenjara dan dibunuh.

Baginda berdua tinggal di sebuah istana yang indah.


Di dalam istana terdapat ramai pembesar dan panglima.
Mereka menjalankan tugas masing-masing.
Di istana itu juga terdapat hulubalang, dayang-dayang dan tukang masak.
Pada suatu hari, baginda telah pergi ke tempat memasak.
Baginda meminta tukang masak menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk baginda.
Setelah baginda pergi dari situ, ketua tukang masak itu pun menyediakan pelbagai jenis
makanan yang lazat. Tentu baginda akan berselera pada hari itu.

Tanpa diduga, semasa memotong sayur, tiba-tiba jari ketua tukang masak itu terkena pisau.
Jari ketua tukang masak itu pun luka dan berdarah. Namun, dia merahsiakan perkara itu.
Lauk yang dimasak itu bercampur dengan darah.
Ketua tukang masak sedar akan hal itu.
Baginda raja tidak mengetahui apa yang berlaku.
Setelah makanan siap, baginda raja pun menjamah masakan tersebut.
Baginda merasakan bahawa masakan pada hari itu lebih sedap dan lazat.
Baginda memuji ketua tukang masak itu.
Esoknya, ketua tukang masak terpaksa memasak untuk baginda lagi.
Namun, masakannya tidak seenak semalam.
Baginda raja menjadi murka.
-Kenapa hari ini masakan kamu tidak sedap?
tanya baginda kepada tukang masak.
Ketua tukang masak benar-benar berasa cemas.
-Kalau masakan kamu tidak sedap lagi, beta akan hukum kamu.-
titah baginda dengan murka.
Ketua tukang masak itu menggigil ketakutan.
Ketua tukang masak berfikir, mengapa masakannya pada hari ini tidak sedap.
Mungkin kerana tidak bercampur dengan darah,- katanya lagi.
Ketua tukang masak tidak mahu baginda murka lagi.
Kali ini, dengan darah tentu baginda akan lebih berselera menjamah masakan aku kali ini-
kata ketua tukang masak dalam hatinya.
Baginda amat gembira dan memuji keenakan makanan pada hari itu.
Senangnya dalam hati, perut sudah berisi,
seperti hai dunia beta miliki.
Kepada tukang masak, beta sayang padamu,
masakan memang sedap beta tak jemu,
Rupa-rupanya baginda telah ketagih makanan bercampur darah.
Ketua tukang masak telah menceritakan rahsia masakannya kepada baginda.
Namun,tiada siapa yang tahu akan hal sebenarnya.
0leh sebab baginda semakin ketagihkan darah, akhirnya gigi baginda ditumbuh siong
Lama-kelamaan siong itu semakin panjang dan tajam.
Pada suatu malam, baginda tidak dapat menahan ketagihannya itu,
Baginda terus menangkap seorang lelaki lalu menghisap darah pada tengkuk lelaki itu
Perbuatan baginda itu dilihat oleh beberapa orang yang berada di tempat itu.
Mereka benar-benar terkejut
Raja hisap darah.
Raja hisap darah
.- jerit mereka yang ternampak menghisap darah lelaki itu
Jeritan itu membuatkan semakin ramai rakyat baginda mengetahui akan perbuatan raja
mereka yang ketagih darah
‘Darah, beta mahu darah. Beta mahu darah”
Setiap hari baginda akan membunuh rakyatnya untuk diambil darah. Lama-kelamaan rakyat
menjadi marah dan bersatu menetang raja yang zalim.
Raja adil, raja disembah.Raja zalim, raja disanggah.
Raja menjadi takut.
Akhirnya, baginda pun melarikan diri ke dalam hutan
Semenjak hari itu, rakyat negeri Kedah berasa sedih kerana sejarah raja mereka yang zalim
dan mempunyai siong yang panjang.
Begitulah kisah raja bersiung.
Kawan-kawan, kisah ini hanyalah dongeng sahaja.
Baginda Sultan Kedah kita kacak dan segak orangnya Bukan sahaja baik budi tetapi juga
disayangi rakyat seluruh negeri. Sebelum saya mengundurkan diri terimalah pantun ini.
Berakhirlah sudah cerita ku ini,
Harap semua terhibur di hati,
Salah dan silap harap maafi,
Bertemu semula di lain hari

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai