Anda di halaman 1dari 4

SJK CHUNG HUA BINTULU NO.

Tajuk Cerita : Kisah Batu Belah Batu Bertangkup


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru dan rakan-rakan yang saya
hormati sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi
yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, Kisah
Batu Belah Batu Bertangkup. Iaitu, Kisah Batu Belah Batu Bertangkup.
Pada zaman dahulukala, ada sepasang suami isteri yang bernama Pak
Melur dan Mak Tanjung yang bekerja sebagai petani di sebuah kampung.
Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Melur dan Pekan. Pada suatu hari,
Pak Melur jatuh sakit dan meninggal dunia. Walaupun sedih, Mak Tanjung masih
tabah menjaga kedua-dua anaknya yang masih kecil itu.
Pada suatu hari, Mak Tanjung berasa teringin untuk memakan telur ikan
tembakul.

Maka, dia pun pergi ke sungai berhampiran untuk mencari ikan

tembakul. Dia bernasib baik kerana berjaya menangguk seekor ikan tembakul.
Dengan perasaan yang gembira dia membawa ikan itu pulang ke rumah dan
berpesan kepada Melur supaya memasak gulai.
Melur, Pekan, kamu makanlah ikan itu, tetapi tinggalkan telurnya sedikit
untuk ibu, ya, pesan Mak Tanjung. Kedua-duanya pun mengangguk. Lalu Mak
Tanjung pun keluar ke hutan untuk mencari sedikit ulam sementara Melur
memasak di dapur. Semasa di dalam hutan, Mak Tanjung terlihat seketul batu
belah yang sangat mengerikan.

Dia teringat cerita-cerita orang tua yang

mengatakan bahawa batu belah itu batu berpuaka. Ia akan terbuka jika lapar
dan akan bertangkup semula setelah mendapat mangsanya. Dalam diam-diam
Mak Tanjung berfikir di dalam hatinya, Siapakah pula yang akan menjadi
mangsanya nanti?
Di rumah pula, Melur sudah siap memasak gulai. Pekan berasa lapar lalu
Melur memberinya sedikit telur ikan. Pekan makan dengan gelojoh dan setelah
habis, dia meminta lagi.

Pekan menghentakkan kakinya ke lantai kerana

SJK CHUNG HUA BINTULU NO. 2

mahukan telur ikan yang separuh lagi. Melur berasa kasihan lalu memberinya
bahagian telur yang disimpan untuk ibunya.
Selepas seketika, Mak Tanjung pun pulang ke rumah sambil teringat akan
telur tembakul yang akan dimakannya nanti. Namun, apabila ditanya tentang
telur ikan tembakul itu, Melur mengatakan bahawa Pekan telah memakan
semuanya.

Mak Tanjung yang berasa terkilan itu berkata sambil menangis

teresak-esak, Sampainya hati kamu berdua.


Mak Tanjung yang merajuk dan makan hati itu terus melarikan diri dan
masuk ke dalam hutan. Melur dan Pekan mengejar ibu mereka sambil meraungraung, Ibu, janganlah pergi! Kasihanilah kami berdua!

Si ibu itu tidak mahu

mendengar kata-kata anaknya dan terus berlari sehingga tiba di hadapan batu
belah yang sedang membuka mulutnya dengan luas.
Dengan sedihnya Mak Tanjung berkata,Batu Belah Batu Bertangkup,
makanlah aku. Anak-anak aku tidak sayangkan aku lagi. Makanlah aku! Mak
Tanjung pun melompat masuk ke dalamnya. Dengan cepatnya ia bertangkup
kembali dengan meninggalkan kesan darah di tepi mulutnya itu. Apabila Melur
dan Pekan tiba di situ, ibu mereka sudah tiada lagi.
Mereka meraung-raung dan menangis lalu tertidur di situ.

Melur

bermimpikan satu mimpi yang aneh di mana ibunya telah meninggalkannya sebiji
telur ayam. Ibunya meminta Melur menjaga telur itu kerana ia akan membawa
nasib yang baik untuk mereka kelak. Apabila terjaga keesokan paginya, Melur
benar-benar terjumpa sebiji telur ayam di sisinya.
Kemudian, seorang nenek kebayan terjumpa mereka berdua. Dia berasa
kasihan lalu menjaga mereka.

Selepas beberapa tahun, Melur membesar

menjadi gadis yang jelita, manakala Pekan telah menjadi seorang pemuda yang
tampan dan berani. Telur yang disimpan Melur pun telah menetas dan menjadi
seekor ayam jantan yang hebat dan diberi nama Si Jalak.

SJK CHUNG HUA BINTULU NO. 2

Pada suatu hari, Raja Indera Sakti iaitu raja di negeri itu telah
mengadakan suatu perlawanan menyabung ayam.

Baginda akan memberi

hadiah yang lumayan kepada pemenang pertandingan itu. Pekan berasa sangat
gembira apabila mendapat tahu akan hal itu dan terus membawa ayam
sabungnya, Si Jalak ke perlawanan tersebut tanpa memberitahu Melur.
Apabila tiba di situ, Pekan melihat ramai orang yang menyabung ayam.
Lalu dia pun menyertai perlawanan itu dengan Si Jalak. Tidak lama kemudian,
Si Jalak berjaya menewaskan semua ayam jantan kecuali seekor iaitu ayam
Raja Indera Sakti. Maka, bermulalah pertandingan antara kedua ayam jantan
yang sama-sama hebat itu.
Semasa bertarung, ayam jantan Raja telah ditewaskan oleh Si Jalak.
Maka, Pekan telah memenangi pertandingan itu. Walaupun kalah, Raja Indera
Sakti berasa amat kagum dengan kehebatan ayam jantan milik Pekan itu.
Semasa ingin memberi hadiah kepada Pekan, tiba-tiba ada suara berkata,
Pekan, sanggup kamu membiarkan Si Jalak mencederakan ayam Raja!
Pekan terpinga-pinga apabila melihat Melur yang begitu marah. Namun
Raja terpesona apabila melihat Melur. Baginda tidak pernah bertemu dengan
seorang gadis cantik seperti Melur. Hati Raja terus terpikat. Tidak lama selepas
itu, Raja telah menghantar suatu rombongan meminang ke rumah nenek
kebayan. Melur menerima pinangan itu dengan hati gembira.
Tetapi, sebelum berumah tangga, Melur menceritakan segala-gala
mengenai dirinya dan Pekan, termasuklah kisah tentang batu belah batu
bertangkup yang telah menelan ibu mereka. Oleh sebab kasihankan Melur, Raja
Indera Sakti terus mengarahkan orang-orangnya untuk meletupkan batu belah
batu bertangkup itu.
Selepas itu, batu belah yang berpuaka itu tidak lagi menelan orang.
Manakala Melur dan Raja Indera Sakti telah berkahwin dan hidup dengan
bahagianya. Melur mengajak nenek kebayan dan Pekan untuk tinggal bersama-

SJK CHUNG HUA BINTULU NO. 2

sama mereka di dalam istana, dan mereka akhirnya hidup aman dan damai
sehingga ke akhir hayat.
Hadirin sekalian,
Daripada Kisah Batu Belah Batu Bertangkup yang telah saya ceritakan
tadi, pengajaran yang boleh kita perolehi berdasarkan cerita ini ialah yang
pertama, sebagai anak, kita hendaklah menghormati ibu bapa kerana merekalah
yang telah melahirkan dan mendidik kita sejak dari kecil lagi dan menunjukkan
rasa kasih sayang antara adik-beradik. Selain itu, kita hendaklah meminta izin
dan kebenaran terlebih dahulu sebelum mengambil hak orang lain.
Sekian sahaja daripada saya, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai