Anda di halaman 1dari 2

Kisah Angin Dan Matahari

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada
pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Kisah Angin dan Matahari. Iaitu Kisah Angin dan Matahari
Alkisahnya tersebut satu kisah menceritakan persahabatan diantara Sang
Matahari dan Sang Angin. Matahari dengan gahnya memancarkan cahayanya ke
serata bumi tanpa mengenal penat lelah sementara sahabatnya Sang Angin pula
bertugas memberi udara yang nyaman dan segar kepada hidupan di muka bumi.
Pada suatu hari semasa mereka sedang rancak menjalankan tugas masingmasing, berkatalah Sang Angin kepada sahabatnya Sang Matahari:
"Wahai sahabatku Sang Matahari, kekuatan sinaranmu dapat membakar
hutan-hutan yang besar dan mengeringkan lautan yang luas, sementara aku pula
dapat melakukan kerosakan yang amat2 besar dan dapat menghembus gunungganang yang terpacak kukuh bagaikan kapas yang berterbangan. Apa kata jika
kita bertanding dalam menentukan siapakah yang lebih kuat diantara kita." Kata
Sang Angin penuh bangga.
Setelah berfikir sebentar lalu Sang Matahari berkata, "Baiklah sahabatku, aku
terima cabaranmu. Tapi bagaimanakah caranya kita bertanding?" Kata Sang
Matahari.
Lalu Sang Angin berkata, "Lihatlah ke bumi wahai sahabatku, aku
melihat seorang lelaki sedang berjalan berseorangan di sebatang jalan raya.
Barangsiapa diantara kita berdua dapat membuatkan pemuda tersebut membuka
kemejanya maka dialah yang menjadi pemenang."Kata Sang Angin penuh
keyakinan.
"Baiklah sahabatku, aku terima cadanganmu. Silakanlah sahabatku
memulakan pertandingan ini." Kata Sang Matahari.
Lalu Sang Angin pun dengan penuh keyakinan akan memenangi
pertandingan tersebut mula berhembus lembut ke arah pemuda itu. Pemuda
tersebut merasakan angin yang berhembus pada tengah hari itu amat nyaman
lalu membuka satu persatu kancing baju kemejanya. melihat perbuatan pemuda
itu, Sang Angin berhembus lebih kuat lagi ke arah pemuda tersebut.

Suasana yang nyaman bertukar menjadi sejuk dan lebih sejuk lalu
pemuda tersebut membatalkan niatnya untuk membuka baju akibat kesejukan.
Terlalu kecewa Sang Angin kerana tidak dapat membuatkan pemuda tersebut
membuka bajunya lalu Sang Angin berkata kepada Sang Matahari, "Wahai
sahabatku sekarang tibalah giliranmu."
Lalu Sang Matahari pun memulakan tugasnya memancarkan cahaya terik.
Pemuda tersebut mula berpeluh akibat suasana yang panas namun masih tidak
membuka bajunya. Semakin lama Sang Matahari semakin memancarkan cahaya
yang terik dan suhu pun semakin menaik. Oleh kerana tidak tahan dengan
kepanasan yang melanda dirinya maka pemuda tersebut cepat-cepat membuka
bajunya dan melindungi dirinya menggunakan baju tersebut. Maka dengan itu
juga rasmilah bahawa Sang Matahari menjadi pemenang dalam pertandingan
itu.
Lalu berkatalah Sang Angin kepada Sang Matahari, "Wahai sahabatku
Sang Matahari, Aku ingin meminta maaf kepadamu kerana memperkecilkan
kebolehanmu. Aku menyangka bahawa selama ini aku ini lebih baik dan lebih
hebat dari dirimu. Dengan nada yang lembut Sang Matahari berkata, "Janganlah
difikirkan lagi wahai sahabatku, sesungguhnya kita ini mempunyai kelebihan
dan kekurangan masing-masing. Jika kita rasa diri kita ini lebih baik dan lebih
hebat dari makhluk lain, maka ketahuilah bahawa apa yang kita fikirkan itu
adalah salah dan tidak benar."

Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada cerita ini ialah kita
janganlah bersikap sombong dan bongkak terhadap orang lain. Selain itu, kita
juga harus membantu antara satu sama lain dan janganlah mementingkan diri
sendiri.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai