Anda di halaman 1dari 14

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB

DAN POTONGAN AYAT AL-QURAN


Oleh
NUR ASHIKIN BINTI ABD ROHIM
Guru j-QAF (Bahasa Arab)
SK Kpg Pahlawan, Limbang.

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Kampung Pahlawan, Limbang merupakan sebuah sekolah yang


digolongkan dalam kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini
adalah mata pelajaran Bahasa Arab sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata
pelajaran elektif oleh sebilangan murid.

Ini kerana, pada anggapan mereka mata

pelajaran Bahasa Arab adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata
pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh
murid-murid terbabit semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Mereka juga menganggap mata pelajaran Bahasa Arab menjadi satu bebanan
kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang
yang terdapat di dalam mata pelajaran Bahasa Arab seperti nahu dan soraf. Bidang
Bahasa Arab contohnya, amat memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap
kalimah-kalimah biasa di gunakan yang perlu dibaca, dihafaz dan diingat dan ini
berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan
memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.
Kajian ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam membaca
perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab dan
ayat-ayat Al-Quran menggunakan kaedah Iqra sebagaimana yang dilaksanakan dalam
Program j-QAF melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab, Khatam AlQuran dan Tasmik. Kelemahan murid dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa

Arab adalah berpunca daripada kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran


membaca Buku Iqra.
Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid yang masih
membaca Buku Iqra 3 & 4 dari kelas tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kampung
Pahlawan, Limbang. Kajian bagi mengenalpasti masalah ini adalah melalui pemerhatian
dan analisis terhadap markah Peperiksaan Pertmgahan Tahun Bahasa Arab dan
Laporan Pencapaian j-QAF (Mei 2014). Kajian tindakan ini adalah penting untuk
dilaksanakan bagi tujuan merealisasikan dan mencapai objektif dan matlamat program
j-QAF.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran)
tahun 5. Saya dapati murid yang masih membaca Buku Iqra 4 & 5 tidak dapat
menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab sepertimana yang terdapat
dalam Buku Teks Bahasa Arab. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Khatam Al-Quran
yang dilaksanakan dengan hanya menggunakan Buku Iqra sebagai Bahan Bantu
Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini.
Hasil keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 Bahasa Arab mendapati
mereka tidak dapat menjawab soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar
untuk menjawab soalan kerana mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa Arab dengan
betul dan lancar. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca
mereka dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran serta bahan
bantu mengajar dalam PdP Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran.

3.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mendapat markah lulus
paling minimum dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 Bahasa Arab kerana:
i.

Murid kurang mahir tentang menyambung huruf, sistem tanda dan baris dalam
huruf dan perkataan Bahasa Arab menyebabkan mereka sukar untuk membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

ii.

Ada murid yang sudah boleh mengenal dan mengaplikasikan sistem tanda dan
baris bagi huruf-huruf tunggal Arab, tetapi sukar untuk mengenal dan
mengaplikasikannya bagi huruf-huruf Arab yang bersambung dalam satu
perkataan.

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat
latihan dan mengulangkaji bacaan Buku Iqra walaupun saya sering berpesan kepada
mereka untuk membaca hanya satu muka surat pada setiap hari kerana setiap Buku
Iqra mempunyai lebih kurang 30 muka surat yang boleh dihabiskan dalam masa
sebulan.
PdP Khatam Al-Quran di sekolah adalah tidak mencukupi bagi mengatasi
masalah ini kerana realitinya guru hanya mampu mendengar bacaan setiap murid
secara individu selama 2-3 minit sahaja dalam setiap PdP yang dijalankan. Keadaan ini
bertambah buruk apabila terdapat murid yang langsung tidak mempunyai Buku Iqra di
rumah mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan menggunakan persembahan
multimedia dan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik serta latih tubi bacaan
Buku Iqra satu muka surat pada setiap hari di sekolah.

4.2 Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini adalah supaya :
i.

Murid dapat memahami cara mengaplikasikan sistem tanda dan baris


dalamhuruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.

ii.

Murid dapat membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran denganbetul
dan lancar.

iii.

Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperiksaan.

iv.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

5.0 ANALISIS
5.1 Analisis Pemerhatian
Dalam setiap PdP Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan jalankan adalah
meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam Buku Teks Bahasa Arab, tulisan
saya di papan hitam atau yang dipaparkan pada Kad Imbasan. Hasil pemerhatian saya,
hanya murid yang sudah pandai membaca Al-Quran sahaja yang boleh membaca
perkataan dan ayat Bahasa Arab dengan betul dan lancar.
Ini adalah kerana mereka sudah mahir untuk mengaplikasikan sistem tanda dan
baris bagi huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab. Begitu juga
dalam PdP Khatam Al-Quran, apabila saya meminta mereka membaca perkataan atau
ayat Al-Quran, mereka sukar untuk melakukannya walaupun diminta membaca setiap
huruf demi huruf yang bersambung dan diletakkan pelbagai tanda dan baris itu dalam
satu perkataan.

5.2 Analisis Ujian Pengesanan


Berdasarkan ujian Bahasa Arab dan Al-Quran, masalah yang sama sering berlaku. Ini
menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas.

6.0 TINDAKAN

6.1 Tindakan yang dijalankan


Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Oleh itu, langkah
pertama yang perlu dilakukan ialah memberi galakan kepada murid-murid terbabit
untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan
ayat Al-Quran. Tindakan selanjutnya ialah:
i.

Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris
kepada murid-murid.

ii.

Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung dengan sistem


tanda dan baris kepada murid-murid.

iii.

Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah.

iv.

Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat.

7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

7.1 Aktiviti 1:
Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris

Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan mengenal huruf-huruf


tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris ini ketika Tahun 1, tetapi adalah tidak
menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk mengulangkaji perkara ini dalam
peringkat pengenalan untuk kumpulan murid Tahun 4 yang lemah ini supaya mereka
benar-benar menguasainya dengan betul dan lancar kerana biasanya mereka tahu
menyebut dan membaca huruf-huruf tunggal Arab ini dengan betul tetapi tidak lancar.
Aktiviti dijalankan seperti berikut:
i.

Guru menunjukkan semua huruf tunggal Arab tanpa system tanda dan baris.

ii.

Guru membaca semua huruf tunggal Arab tersebut dan meminta murid
membaca mengikut contoh bacaan guru secara ramai, individu atau mengikut
giliran.

iii.

Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab kepada setiap murid.

iv.

Guru meminta wakil murid untuk menyebut satu huruf dan murid yang
mempunyai kad huruf tersebut diminta menunjukkannya atau menampalnya di
papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.

v.

Guru menyebut satu huruf dan meminta murid menuliskan huruf tersebut di
papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.

vi.

Guru meminta setiap murid membaca huruf yang ada pada kad imbasan mereka.
Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca
huruf-huruf yang berbeza.

7.1.1 Pemerhatian
Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapia pabila mereka
sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan lancar, maka mereka
boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri
apabila membaca perkataan pula.

7.1.2Refleksi
Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat
menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbagaian aktiviti
walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja.

7.2 Aktiviti 2:
Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda
dan Baris

Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau bersambung
perlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran asas dan sederhana (sekolah
rendah dan menengah) supaya murid dapat mengenal dan membaca huruf dan
perkataan dengan betul dan lancar. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
i.

Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di atas
dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

ii.

Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di
bawah dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

iii.

Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di
depan dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

iv.

Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal Arab yang berbaris satu
di atas, satu di bawah dan satu didepan, dan meminta murid mengikutnya secara
ramai dan individu.
8

v.

Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal Arab yang berbaris dua di
atas, dua di bawah dan dua didepan, dan meminta murid mengikutnya secara
ramai dan individu.

vi.

Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai baris itu kepada
setiap murid dan meminta mereka membaca huruf berbaris tersebut secara
individu. Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang
membaca huruf-huruf yang berbeza barisnya.

vii.

Guru menyebut satu huruf berbaris yang berbeza dan meminta murid
menuliskan huruf dengan barisnya di papan hitam.

Proses ini dilakukan

sehingga selesai semua huruf.


viii.

Kali ini, guru menunjukkan satu perkataan yang terdiri daripada huruf-huruf
yang bersambung dengan pelbagai baris. Pada peringkat permulaan, murid
diminta untuk membaca setiap huruf berbaris itu satu persatu secara ramai atau
individu.

ix.

Apabila sudah lebih lancar, guru menunjukkan beberapa perkataan yang


mengandungi huruf-huruf yang bersambung dengan baris yang berbeza. Murid
diminta untuk membacanya secara ramai atau individu.

7.2.1 Pemerhatian
Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi apabila mereka
sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan lancar, maka mereka
boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri
apabila membaca perkataan pula.

7.2.2 Refleksi
Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat
menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbagaian aktiviti
walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja.

7.3 Aktiviti 3:
Membaca Perkataan Bahasa Arab dan Potongan Ayat Al-Quran yang Mudah
Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan kad imbasan, slaid multimedia/
powerpoint, buku teks dan buku Iqra. Ia sedikit berbeza dengan aktiviti 2 kerana pada
peringkat ini terdapat penambahan sistem tanda asas seperti tanda sukun (mati),
syaddah (sabdu) dan mad (panjang). Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
i.

Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan
pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda sukun (mati).

ii.

Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya
secara ramai atau individu.

iii.

Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan
pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu).

iv.

Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya
secara ramai atau individu.

v.

Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan
pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu).

vi.

Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya
secara ramai atau individu.

vii.

Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid-murid atau memaparkan pada


slaid, perkataan Bahasa Arab atau potongan ayat Al-Quran yang mempunyai
pelbagai tanda dan baris.

viii.

Guru meminta murid membacanya dengan betul dan lancar.

7.3.1 Pemerhatian
Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem baris dalam membaca perkataan
Bahasa Arab, dengan menggabungkan sistem tanda sukun (mati) dan syaddah (sabdu)
ke dalam sistem baris, maka murid dapat mengenal dan membaca perkataan Bahasa
Arab dengan betul.

10

7.3.2 Refleksi
Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat AlQuran dengan betul dan lancar kerana mereka sudah mengenali dan menguasai sistem
tanda dan baris yang asas dalam huruf tunggal dan huruf bersambung serta perkataan
Bahasa Arab.

7.4 Aktiviti 4:
Latih Tubi Bacaan Buku Iqra Setiap Hari Satu Muka Surat

Oleh kerana murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca perkataan
Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini didapati mereka malas dan tidak membuat latihan
mengulangkaji bacaan Buku Iqra di rumah, maka saya perlulah mengadakan aktiviti
setiap hari satu muka surat di sekolah. Cara aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
i.

Guru meminta murid membawa Buku Iqra milik sendiri dari rumah atau
menggunakan Buku Iqra milik sekolah pada setiap hari persekolahan.

ii.

Pada

hari

yang

diadakan

PdP

Khatam

Al-Quran,

maka

aktiviti

ini dilaksanakan dalam waktu PdP.


iii.

Diadakan aktiviti ini juga pada waktu PdP Tasmik.

7.4.1 Refleksi
Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan yang paling
penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka ia adalah lebih baik
daripada meminta murid ini membuat latih tubi bacaan sendiri tanpa pengawasan
ibu bapa atau penjaga di rumah.

11

8.O REFLEKSI KAJIAN

8.1 Penilaian Pencapaian Murid


Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke atas murid-murid
saya dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak mempelbagaikan alat dan bahan
bantu mengajar dengan hanya membataskan kepada penggunaan papan hitam,
Buku Teks dan Buku Iqra sahaja. Apabila menggunakan buku sahaja, maka aktiviti
yang berpusatkan murid tidak dapat dipelbagaikan dan diperbanyakkan.
Setelah semua aktiviti ini dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai
kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran adalah sangat
baik khususnya bagi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Kesemua aktiviti yang dirancang dapat
berjalan dengan lancar dan keyakinan diri murid juga menunjukkan perubahan yang
lebih positif. Walaupun dalam ujian PKBS 1, markah yang diperolehi mereka
tidak cemerlang (A) atau baik (B), tetapi sekurang-kurangnya sasaran saya untuk
mengeluarkan mereka daripada mendapat markah gagal (E dan D) kepada markah
lulus dengan memuaskan (C) sedikit sebanyak tercapai.

8.2 Rumusan Pemerhatian


Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih baik, atau
sebelum ini mereka selalu gagal dan sekarang boleh lulus dalam ujian, maka saya
dapat lihat perubahan sikap yang lebih positif dalam diri mereka seperti bertambah
minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih rajin membuat latihan yang diberikan
oleh guru.

12

9.0 CADANGAN SETERUSNYA

Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan
ayat Al-Quran ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi aspek kemahiran bahasa yang
lain iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis.
Dengan melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat aspek kemahiran bahasa
ini, maka ia dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang masalah
dan penyelesaian PdP Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran.
Tambahan pula, kajian ini bukan sahaja dapat menghasilkan kesan yang
positif kepada diri saya sendiri sebagai seorang guru, tetapi apa yang lebih penting
ialah ia dapat meningkatkan penguasaan murid.

Saya juga bercadang untuk

meneruskan program ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca


perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran bagi murid lemah di tahap lain pula.
Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa berfikiran positif, kritis, kreatif dan inovatif
sentiasa fleksibal dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan.

13

10.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti :

Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa baris, huruf tunggal
berbaris satu/dua di atas/di bawah/di depan)

Marker Pen = 3 (tiga warna iaitu hitam, biru dan merah)

Gunting, pembaris, pen, pensel, pensel warna, kertas A4

Kertas Soalan Ujian Bahasa Arab

Kertas Soalan Ujian Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran)

14

Anda mungkin juga menyukai