Anda di halaman 1dari 3

Dongeng warisan Melayu - Batu Belah Batu Bertangkup

Menurut hikayat orang tua-tua, pada zaman dahulu kala, di sebuah negeri ada sebuah gua
yang penuh keajaiban. Gua ini digelar Batu Belah Batu Bertangkup dan digeruni segenap
lapisan masyarakat di negeri berkenaan. Pintu gua ini boleh terbuka bila diseru. Akan tetapi,
sesiapa sahaja yang masuk ke dalam gua itu pasti tidakkan dapat keluar lagi!
Hendak dijadikan cerita, di kampung berdekatan dengan gua itu tinggallah Mak Tanjong
bersama-sama dua anaknya, si Melor dan si Pekan. Mak Tanjong asyik bersedih kerana baru
kehilangan suami tersayang. Tekanan emosi menjadikan Mak Tanjong kurang seimbang,
tambahan pula dia terpaksa menjaga anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.
Kesedihan, tekanan perasaan dan kedaifan hidup membuatkan Mak Tanjong terlupa akan
rahmat Tuhan. Depresi yang terlalu lama dirasai membutakan hati Mak Tanjong akan dua
keajaiban dalam hidupnya Melor dan Pekan. Kasihan Mak Tanjong terus berasa
keseorangan walaupun Pekan dan Melor sebenarnya amat dekat kepadanya.
Pada suatu hari, Mak Tanjong teringin sangat memakan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke
sungai untuk menangkap ikan itu. Bukan main suka hati Mak Tanjong apabila seekor ikan
tembakul yang besar dapat ditangkap.
Besarnya ikan tu mak! teriak si Pekan sambil menepuk tangan kegembiraan.
Ya nak, ni namanya ikan tembakul. Mak rasa ikan ni ada telurnya. Lama mak teringin
makan telur ikan tembakul, balas Mak Tanjong.
Mak Tanjong terus menyiang ikan tembakul tersebut. Setelah bersih diberikan kepada Melor
untuk dibuat gulai.
Buat gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ni, ya Melor? Mak ke hutan cari kayu. Kalau
mak lambat balik, Melor dan Pekan makan dulu, ya? Tapi, jangan lupa, tinggalkan sikit telur
ikan untuk mak nanti, pesan Mak Tanjong.
Selesai membuat gulai, Melor menggoreng pula telur ikan tembakul itu. Dia terus
menyimpan sedikit telur ikan seperti pesanan Mak Tanjong. Namun, walau lama menunggu,
ibu mereka tidak pulang-pulang. Pekan, si kecil nakal, menangis kelaparan. Melor terus
menyajikan nasi putih, telur goreng dan gulai ikan tembakul untuk dinikmati bersama Pekan.
Sedapnya telur ikan ni, kata Pekan sambil menikmati juadah yang tersedia.
Tapi Pekan, jangan adik asyik makan telur ikan tu saja. Makanlah nasi dan gulai juga,
pesan Melor kepada adiknya yang baru berusia 5 tahun itu.
Kak, telur dah habis. Minta lagi, minta lagi. Adik nak lagi! rayu Pekan merengek-rengek.
Dik, telur ikan tak banyak. Nah, adik ambil bahagian kakak, ya? Melor yang berusia 13
tahun itu berkorban demi melayan kehendak adiknya yang terlalu dimanja.

Pekan makan telur ikan kakaknya dengan lahap. Mungkin kerana enak rasa telur ikan itu,
mungkin juga kerana minda kanak-kanaknya yang belum matang, si Pekan mula merengek
lagi sambil menangis yang dibuat-buat.
Kak, Pekan nak lagi. Nak lagi kak, nak lagi kak. Bagi telur ikan tu kak... Pekan nak, kak!
Pekan meraung-raung sambil menarik-narik tangan si Melor.
Mana ada lagi! Dah habis. Sudahlah, Pekan makan nasi dan gulai ikan, ya? Lagipun, telur
ikan yang sikit lagi tu untuk mak. Mak dah pesan supaya kakak simpan sikit telur ikan untuk
dia, Melor menjelaskan.
Sayangnya, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Raungannya kuat kedengaran dan dia
meronta-ronta di atas tikar mengkuang di lantai dapur mereka. Puas Melor memujuk Pekan
tetapi si kecil nakal itu terus berdegil. Secara tiba-tiba, Pekan melompat dan mencuri telur
ikan yang disimpan oleh Melor untuk ibu mereka.
Kan dah dapat... adik dah dapat. Adik dapat telur ikan! Adik dapat telur ikan! teriak Pekan
begitu gembira.
Pekan!!! jerit Melor. Adik jangan makan telur tu! Kakak simpankan untuk mak telur tu,
pekik Melor sambil cuba mengambil kembali telur goreng berkenaan.
Malangnya, Pekan langsung tidak mempedulikan pekikan kakaknya. Dengan lahap, Pekan
menelan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjong pun pulang. Melor
terus menyajikan makanan untuk ibunya.
Mana

dia

telur

ikan

tembakul

mak,

Melor?

tanya

Mak

Tanjong.

Melor... Melor... Melor ada simpankan. Tapi mak, Pekan dah ambil semuanya. Bahagian
Melor pun dia ambil mak. Melor dah larang tapi dia ambil juga!
Jadi?

Jadi

sikit

pun

tak

ada

untuk

mak?

Mak

Tanjong

hampa.

Melor terdiam tidak menjawab. Dia terasa amat bersalah. Dia sedih melihat ibunya yang
sebegitu
hampa
kerana
tidak
dapat
merasa
telur
ikan
tembakul.
Mak dah lama mengidam makan telur ikan tembakul. Ya Tuhan, sedihnya hati... sanggup
anak-anak mak lupakan mak... sanggup kamu berdua... sanggup kamu!
Mak Tanjong bingkas berdiri. Dia memandang Melor dan Pekan dengan penuh rasa pilu lalu
berjalan tidak bermaya menuju ke hutan. Hatinya bertambah sayu mengenangkan arwah
suami. Mak Tanjong merasakan dirinya tidak disayangi lagi. Kesedihan membuat Mak
Tanjong semakin yakin bahawa anak-anaknya teramat bencikan dirinya.
Mak Tanjong terlupa amanah yang diberi Tuhan. Mak Tanjong terlupa nikmat memberi
kemaafan. Mak Tanjong nekad meninggalkan anak-anaknya, meninggalkan dunia kerana
tidak dapat menikmati telur ikan tembakul. Melor dan Pekan berlari mengejar ibu mereka.
Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya ikut pulang.

Mak, jangan pergi, jangan pergi mak! Pekan minta maaf, Mak! Ampunkan Pekan mak!
Ampun mak! Ampun mak! Pekan tak buat lagi mak! jerit Pekan sekuat hati sambil memeluk
erat
kaki
Mak
Tanjong.
Melor juga turut menangis sekuat hati, berteriak meminta simpati Mak Tanjong, Mak,
kesianlah kami mak! Ampunkan kami mak! Jangan pergi mak! Jangan pergi mak!
Malangnya kasihan sudah hilang dari hati ibu tunggal itu. Tidak ada secebis pun rasa simpati
buat Pekan dan Melor. Semuanya sudah diganti rasa hampa dan marah. Bagi Mak Tanjong,
tidakkan ada kemaafan untuk anak-anak yang tidak mengenang budi. Sekuat-kuat hatinya
Mak Tanjong menolak Pekan ke lantai hutan dan berlari sepantas yang termampu.
Melor menarik tangan adiknya sambil mereka berdua mengejar Mak Tanjong. Sayangnya
mereka terlambat, Mak Tanjong tidak mempedulikan rayuan mereka. Ternyata, Mak Tanjong
sudah menyeru Batu Belah Batu Bertangkup agar membuka pintunya. Sebaik sahaja Mak
Tanjong
melangkah
masuk,
pintu
gua
itu
pun
tertutup
rapat.
Tinggallah dua-beradik itu menangis, meraung sekuat hati. Namun, air mata darah sekali pun
tidakkan dapat mengembalikan Mak Tanjong ke dunia. Mak Tanjong sudah mengambil
nyawanya sendiri. Tinggallah Pekan dan Melor sebagai yatim piatu, hidup lara tidak terbela.

Anda mungkin juga menyukai