Anda di halaman 1dari 6

ATE 4282 [PRINSIP-PRINSIP PENGARAHAN]

PRESET Suasana waktu pagi di kawasan Perkampungan Setinggan


Dukalara yang berada di celah-celah kesibukan kota Kuala
Lumpur yang sibuk.
Cahaya waktu pagi.
Bunyi kesibukan kota dengan bunyi kereta serta masyarakat
yang melalui sekitarnya (mengiringi perbualan dalam scene ini
dengan keadaan sayup-sayup bunyinya).
PENYAIR AGUNG : Ah! Di sinilah letaknya cabaran terhadap kewibawaanku
sebagai seorang penyair agung! Akulah penyair agung tanahair
yang menyair tentang segala-galanya. Tentang petani di desa,
tentang pelaut, tentang penoreh, tentang kerbau, tentang
lembu, tentang kudis, sopak dan kurap! Akulah penyair
masyarakat! Penyair rakyat yang tulen! Di sinilah aku dapat
mencanaikan kreativitiku yang total! Dan aku akan
menghasilkan puisi paling agung di sini! Ah! Bau longkang!
Rumah usang! Lopak air! Najis! Sampah sarap! Kudis! Nanah!
Itu semua sebahagian daripada puisiku! Nah! Idea! Ilhamku
datang! Ilham datang padaku!...
Ilham! Ilham datanglah padaku! Datanglah! Datanglah! Bau
longkang! , Pacat, dan nanah di perkampungan di pinggir kota
suram dan kelam hitam! Ureka! Ureka! Itu adalah puisi agung!
Pengkritik akan menuduh aku terlalu eksplisit! Puisiku terlalu
eksplisit! Ah! Nanti aku dituduh tidak ada taste! Citarasaku
hambar! Kreativitiku terhad! Tidak boleh jadi!...
Ah! Ini dia! Senja suram kelawar-kelawar tua datang dari kolong
langit, bau longkang dan kotoran sekelompok anjing tua dan
liar melemaskan ruang yang semakin sempit. Ureka! Itu adalah
visiku terhadap perkampungan setinggan. Lebih matang! Lebih
segar! Lebih simbolis! Ah! Nanti orang akan menuduh aku
mencopet karya Rendra anak gondrong itu. Ah! Ah!...
PELACUR : Tuan!... Tuan! Apa yang tuan buat di sini!
PENYAIR AGUNG : Menimba ilham! Di sini aku mendapat inspirasi untuk menyair
tentang masyarakat!
PELACUR : Tapi tanah itu kotor! Pakaian tuan juga akan kotor!
PENYAIR AGUNG : Ah! Penyair harus menjalinkan diri dengan dunia
kepenyairannya. Kalau mahu menulis tentang petani dia harus
berkubang di tengah permatang. Kalau dia mahu menulis
tentang pelaut, dia harus menjamah air laut!
KOTAKU OH KOTA (BABAK 3) – KARYA DATO’ JOHAN JAAFFAR | ARAHAN: ERWAN 1
AZZALY HJ AWANG TAIP (20113051)
ATE 4282 [PRINSIP-PRINSIP PENGARAHAN]

PELACUR : Oh! Berat sekali tugas seorang penyair!


PENYAIR AGUNG : Ya, untuk menjadi seorang penyair harus begitu. Aku penyair
rakyat! Aku menyair penderitaan rakyat, keburukan rakyat,
kepayahan rakyat, kemiskinan rakyat, penipuan rakyat,
kekejaman rakyat!
PELACUR : Kalau begitu tuan teman Jebat!
PENYAIR AGUNG : Jebat?
PELACUR : Ya! Dia juga pejuang rakyat! Pembela rakyat!
PENYAIR AGUNG : Berkeriskah Si Jebat itu?
PELACUR : Ah! Jebat itu model baru, bukan model feudal, begitu katanya!
PENYAIR AGUNG : Kalau begitu dia penderhaka! Penderhaka model baru!
PELACUR : Tidak! Dia bukan penderhaka! Dia pembela kaum yang lemah!
PENYAIR AGUNG : Aku tak tahu tentang itu. Aku sekolah setakat S.R.P. tapi gagal.
Bakatku Cuma dalam bidang kepenyairan.
PELACUR : Penyair tidak perlu sekolah tinggi tuan?
PENYAIR AGUNG : Tidak perlu! Penyair tidak perlu sekolah tinggi! Yang pentingnya
citarasa, dayarasa, visi, ilusi, persepsi dan kreativiti!
Budak-budak lepasan sekolah tinggi mana ada bakat seperti
aku! Mereka egois! Menuduh puisiku tidak ada identiti!
Menuduh aku realis model kuno! Menuduh aku sentimental!
Mereka menidakkan kebolehan aku! Mereka menolak puisiku
kerana mereka tidak memahaminya!
PELACUR : Oh! Tidak patut budak-budak itu!
PENYAIR AGUNG : Aku menulis kerana seni! Mereka menulis kerana wang!
PELACUR : Ah! Tuan orang yang mulia kalau begitu!
PENYAIR AGUNG : Ya! Aku adalah pengantara di antara rakyat dan establishment!
Tapi mereka menuduh puisiku puisi slogan!
PELACUR : Ah! Tuan orang yang berjaya kalau begitu!
PENYAIR AGUNG : Aku adalah pemegang bintang A.M.N.
PELACUR : Ah! Tuan orang yang berjaya kalau begitu!
PENYAIR AGUNG : Aku pemenang Hadiah Sastera sebanyak empat kali berturut-
turut!
PELACUR : Ah! Tuan orang istimewa kalau begitu!
PENYAIR AGUNG : Wahai Pelacur! Sesungguhnya kau perempuan yang mulia!
Akan ku abadikan kau dalam puisi-puisiku!
PELACUR : Yaho! Yaho! Yaho!
PENYAIR AGUNG : Nah! Ini puisi untuk kaum pelacur seluruhnya! Pelacur-pelacur
kota Kuala Lumpur sekarang bangkitlah, sanggul kembali
rambutmu kerana setelah menyesal datanglah kini giliranmu…
Tapi… tapi itu plagiat! Nanti Rendra mendakwa aku di bawah
Akta Hakcipta!
TRANSISI SCENE Wajah Kuala Lumpur beralih kepada suasana tengahari, di
mana keadaan agak panas terik di kawasan Perkampungan
Setinggan Dukalara dan kesibukan kota semakin bertambah.

KOTAKU OH KOTA (BABAK 3) – KARYA DATO’ JOHAN JAAFFAR | ARAHAN: ERWAN 2


AZZALY HJ AWANG TAIP (20113051)
ATE 4282 [PRINSIP-PRINSIP PENGARAHAN]

Cahaya waktu tengahari.


Bunyi kesibukan kota dengan bunyi kereta serta masyarakat
yang melalui sekitarnya (mengiringi perbualan dalam scene ini
dengan keadaan sayup-sayup bunyinya).
PENGARANG AGUNG : Di sinilah A. Samad Said mencipta Salina! Aku juga mahu
mencipta karya yang agung! Lokasinya di sini! Ah!
Perkampungan setinggan lambang keburukan masyarakat,
manifestasi kegagalan rancangan untuk rakyat terbanyak…
disinilah akan kulahirkan karya yang paling agung! Ya! Akan
kutulis tentang manusia-manusia kerdil yang mendiami teratak-
teratak buruk ini! Akan kulukiskan secara terang-terangan
penderitaan mereka. Akan kutimbulkan konflik. Konflik yang
mengakibatkan ending yang tragis! Akan kunamakan tokoh
utamanya Wira! Wira dari Kampung Dukalara! Dia bercinta,
dengan Wirawati, anak gadis seorang menteri. Ah! Itu akan
lebih menarik! Cinta yang dibatasi oleh tembok sosial yang
ketara! Wira mentang penyangak yang cuba merampas
Wirawati! Dan Wira berjaya! Dan mereka berjaya! Bahagia!
Nanti pengkritik akan menuduh aku tidak ada originaliti! Tema
itu tema penglipur lara! Tema cerita Panji! Tema tradisional!
Tema konvensional! Pengkritik mahu aku bereksperimen! Wira
manusia aneh! Tidak makan, tidak tidur, tidak kahwin! Dia
orang pertapa! Dan dia menjadi raja! Itu aliran absurditi!
Absurd! Orang tidak boleh mempersoalkan logik tidaknya!
Realiti dalam cerita berbeza dengan realiti dalam hidup! Ah!
Orang akan menuduh aku eskapis! Aliran itu didukung oleh
manusia yang sudah kontang kreativitinya! Yang sudah tumpul
visinya! Ya! Aku akan menggunakan teknik! Stream of
consciousness tentunya! Aku lukiskan konflik dalam diri
seorang manusia yang sedang hajat besar! Separuh buku aku
sorot secara psikoanalisis! Ah! Pengkritik akan menuduh aku
lagi! Teknik itu semata-mata kerana aku tidak tahu apa yang
harus kulakukan dengan watakku!
PENGANGKUT NAJIS &
TUKANG SAPU : Tuan! Tuan!
PENGANGKUT NAJIS : Mengapa tuan menangis tuan?
PENGARANG AGUNG : Aku sedih! Aku sedih melihat penanggungan kalian!
TUKANG SAPU : Ah! Tuan seorang yang mulia! Tidak pernah ada seorang yang
KOTAKU OH KOTA (BABAK 3) – KARYA DATO’ JOHAN JAAFFAR | ARAHAN: ERWAN 3
AZZALY HJ AWANG TAIP (20113051)
ATE 4282 [PRINSIP-PRINSIP PENGARAHAN]

bersimpati dengan kami selama ini! Siapakah tuan?


PENGARANG AGUNG : Aku novelis agung! Aku sedang mencari ilham untuk novelku
yang kedua puluh tiga!
PENGANGKUT NAJIS : Tuan menemui ilham di sini?
PENGARANG AGUNG : Ya! Terlalu banyak ilhamku di sini hingga aku tidak tahu
bagaimana aku harus menulisnya!
PENGANGKUT NAJIS : Ah! Tuan seorang yang beruntung!
TUKANG SAPU : Kalau begitu anak saya harus belajar dengan tuan! Dia boleh
jadi novelis seperti tuan!
PENGARANG AGUNG : Ah! Tidak semudah itu menjadi pengarang!
TUKANG SAPU : Tuan cuma berdiri di sini dan ilham datang pada tuan!
Bukankah mudah namanya itu!
PENGARANG AGUNG : Ah! Kalian tidak mengetahui sahabatku! Tidak semudah itu
menjadi pengarang agung seperti aku! Bakat harus ada! Dan
pembacaan harus luas. Aku harus tahu teknik penulisan! Kau
harus tahu membezakan fakta crude dari kehidupan sehari-hari
untuk dimasukkan ke dalam sebuah hasil karyamu! Kau harus
banyak membaca karya-karya penulis agung yang lain!
Ah! Aku dapat ilham, baru!
TUKANG SAPU : Begitu cepat?
PENGARANG AGUNG : Ya! Aku akan menulis tentang kau!
TUKANG SAPU : Tentang saya?
PENGANGKUT NAJIS : Tentang saya?
PENGARANG AGUNG : Ya. A. Samad Said terlupa memasukkan Pengangkut Najis dan
Tukang Sapu dalam karyanya! Aku akan memasukkan kau
dalam karyaku!
TUKANG SAPU &
PENGANGKUT NAJIS : Yaho! Yaho! Yaho!
TRANSISI SCENE Wajah Kuala Lumpur beralih kepada suasana jam 3 petang, di
mana keadaan agak panas di kawasan Perkampungan
Setinggan Dukalara dan kesibukan kota semakin bertambah.
Cahaya waktu petang.
Bunyi kesibukan kota dengan bunyi kereta serta masyarakat
yang melalui sekitarnya (mengiringi perbualan dalam scene ini
dengan keadaan sayup-sayup bunyinya).
PERANCANG BANDAR : Kawasan ini tidak termasuk dalam skima rancangan Bandar
Satelit tuan!
PEMIMPIN RAKYAT : Alangkah dukacitanya! Kawasan ini akan merosakkan
panorama! Apa program Unit Perancang Bandar mengenai
kawasan ini?
PERANCANG BANDAR : Lot 3, 8/12 akan didirikan sebuah hotel bertaraf antarabangsa
dua puluh tingkat, lengkap dengan kawasan rekreasi seluas

KOTAKU OH KOTA (BABAK 3) – KARYA DATO’ JOHAN JAAFFAR | ARAHAN: ERWAN 4


AZZALY HJ AWANG TAIP (20113051)
ATE 4282 [PRINSIP-PRINSIP PENGARAHAN]

dua puluh ekar! Kolam renang seluas tiga ekar! Parking space
ultra moden, drive-in cinema…
PEMIMPIN RAKYAT : Aku tidak mahu detailnya!
PERANCANG BANDAR : Tapi kawasan sekitarnya juga penting tuan!
PEMIMPIN RAKYAT : Baiklah teruskan!
PERANCANG BANDAR : Lot 6, 8/12 gradien di hujung sana akan didirikan rumah kelas
atasan bernilai $100,000 tiap-tiap sebuah. Lot 7, 8/12 akan
dibina tempat rekreasi waktu sore yang paling moden di Asia
Tenggara! Menelan belanja hampir sejuta ringgit. Taman bunga
dengan kaktus yang diimport, batu-batu dari Taiwan dan tugu
dari Itali…
PEMIMPIN RAKYAT : Aku mahu tahu tentang kawasan ini saja!
PERANCANG BANDAR : Ah! Lot 12, 8/12 mengikut pelan induk ini...ah! Padang
permainan tuan! Padang bola lengkap dengan fasiliti up-to-
date!
PEMIMPIN RAKYAT : Itu saja!
PERANCANG BANDAR : Kolam renang tuan! Kolam renang untuk publik! Kolam renang
yang terbaik di Kuala Lumpur!
PEMIMPIN RAKYAT : Lain?
PERANCANG BANDAR : Lain? Oh ya! Stesen pemancar tuan! Stesen pemancar untuk
jabatan penyiaran!
PEMIMPIN RAKYAT : Itu saja?
PERANCANG BANDAR : Itu saja tuan!
PEMIMPIN RAKYAT : Jadi rumah-rumah ini akan dirobohkan?
PELACUR, TUKANG
SAPU & PENGANGKUT
NAJIS : Robohkan? Rumah kami akan dirobohkan?
PERANCANG BANDAR : Ya! Ini kawasan tanah kerajaan! Kamu mendudukinya secara
haram!
TUKANG SAPU : Di mana kami akan tinggal nanti tuan?
PERANCANG BANDAR : Itu bukan soal kami!
PELACUR : Tolonglah kami tuan!
PEMIMPIN RAKYAT : Kamu tahu bahawa kamu adalah penceroboh?
PELACUR : Tidak tuan! Mengikut perlembagaan kami juga berhak memiliki
harta!
PEMIMPIN RAKYAT : Apa kamu semua tahu tentang perlembagaan!
PELACUR : Perlembagaan memberikan perlindungan kepada setiap orang
termasuk kami!
Perlembagaan memberikan kami hak yang sama dengan tuan-
tuan!
TUKANG SAPU : Di mana kami akan tinggal nanti tuan?
PERANCANG BANDAR : Itu bukan soal kami!
PEMIMPIN RAKYAT : Tapi perlembagaan juga menyebutkan bahawa adalah menjadi
satu kesalahan besar kalau kamu mencerobohi tanah kerajaan!
PENGANGKUT NAJIS : Tapi Jebat tidak memberitahu kita hal ini!
KOTAKU OH KOTA (BABAK 3) – KARYA DATO’ JOHAN JAAFFAR | ARAHAN: ERWAN 5
AZZALY HJ AWANG TAIP (20113051)
ATE 4282 [PRINSIP-PRINSIP PENGARAHAN]

TUKANG SAPU : Ya! Ya! Dia tidak memberitahu hal ini pada kita!
PEMIMPIN RAKYAT : Jebat? Siapa Jebat?
TUKANG SAPU : Pelindung kami tuan! Pejuang rakyat!
PEMIMPIN RAKYAT : Kamu jangan biarkan dirimu dihasut olehnya! Elemen jahat itu!
Kamu harus pindah dari sini secepat mungkin!
DOKTOR : Mari tinggalkan tempat ini tuan! Di sini tempat virus membiak!
Segala-galanya very unhygienic tuan! Tuan harus menjaga
kesihatan tuan! Mari pergi tuan!
PEMIMPIN RAKYAT : Tapi mereka ini boleh tinggal di sini Doktor!
DOKTOR : Mereka sudah immune tuan! Mereka germ-carrier! Merbahaya!
Lihat tuan, najis bersepah, lopak air. Ah! Di sini tempat denggi
merebak, tempat kuman denggi membiak! Mari kita pergi tuan!
Tempat ini harus dimusnahkan secepat mungkin! Secepat
mungkin tuan!
PEMIMPIN RAKYAT : Aku pemimpin yang rasional. Kuharap kau dengar kataku baik-
baik! Aku beri masa seminggu untuk kamu berpindah dari sini!
Kamu harus tinggalkan tempat ini dalam masa seminggu… dan
ingat! Aku pemimpin yang rasional dan bertimbang rasa! Aku
beri masa untuk kamu! Aku tidak mahu menyusahkan kamu
semua! Ingat! Seminggu dari sekarang!
CURTAIN CALL Semua barisan pelakon diperkenalkan termasuk barisan krew
teknikal dan akhir sekali pengarah.

KOTAKU OH KOTA (BABAK 3) – KARYA DATO’ JOHAN JAAFFAR | ARAHAN: ERWAN 6


AZZALY HJ AWANG TAIP (20113051)

Anda mungkin juga menyukai