Anda di halaman 1dari 2

Selasih Ku Sayang

Ramai peminat setia RTM dalam tahun-tahun 70han pernah didendangkan lagu Selasih Ku Sayang
melalui pelbagai saluran Radio RTM waktu itu. Lagu tersebut adalah ciptaan dan gubahan Taib
Osman (pemusik RTM) dengan lirik diilhamkan olih Zainal Abas (adik saya Juruhebah RTM waktu itu)
dinyanyikan mantan Bintang Radio kebangaan Negeri Terengganu Saudara M.Ibrahim dengan
gabungan suara olih biduanita Hafsah Zakaria.

Kedua artis ini anak kelahiran negeri Terengganu. Biduan M.Ibrahim tinggal di Kuala Trengganu
manakala biduanita Hafsah Zakaria di Kuala Brang, Ulu Terengganu. Kedua mereka pada waktu itu
adalah artis regular Kombo RTM Kawasan Timur di Studio RTM Kuala Terengganu dibawah pimpinan
Pemusik Taib Osman (Allahyarham).

-----

Menerbitkan drama tv dalam siri Panggung RTM tugasan yang sangat mencabar bagi saorang
Penerbit/Pengarah TV. Siri Panggung RTM berupa 'Made For TV Movies' difilemkan dengan
menggunakan sistem pengambaran filem ukuran 16 mm (sistem filem reversal atau negative).

Siri Panggung RTM diwujudkan bagi mengatasi kekurangan cereka filem Melayu untuk saluran TV1-
RTM waktu itu.

Waktu itu TV Malaysia masih dalam Hitam Putih - hatta penerbitan Panggung RTM Selasihku Sayang.

------

Naskah teleplay Selasihku Sayang telah saya tulis sendiri. Dipadankan dari naskah novel berjudul
LUBUK MATI BERTIGA karya rakan penulis (wartawan dan ahli politik) Pantai Timur Alias Ali (Tan Sri).
Waktu itu Alias Ali saorang Yang Berhormat - ahli parlimen mewakili kawasan Ulu Terengganu. Kesah
LUBUK MATI BERTIGA berupa cerita rakyat yang dipercayai berlaku di Ulu Terengganu - kawasan
parlimen yang di wakili beliau.

Kebetulan Tan Sri sahabat lama saya. Kami pernah sama-sama seangkatan penulis Pantai Timur.
Sama-sama berhijrah ke Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 1960han. Beliau bertugas di Berita
Harian dan saya di Radio Malaysia. Beliau telah dihantar ikut kursus Penulisan Kreatif dan
Kewartawanan di luar negeri, manakala saya berkursus penyiaran di kota London.

Perkenalan ini memudahkan saya mensesuaikan kandungan novel LUBUK MATI BERTIGA sebagai
sabuah teleplay yang lengkap. Saterusnya saya beri judul SELASIHKU SAYANG.

-----

Allahyarham Taib Osman pula saorang pemusik kenalan lama. Kami pernah berjiran selang sepintu di
perumahan Ampang Jaya semasa allahyarham menganggotai Orkestra RTM di Angkasapuri.

Kami sangat serasi dan sangat menghormati antara satu sama lain. Bukan mudah untuk kenal rapat
dengan saorang seniman saperti allahyarham. Munkin kerana kami 'collegue' dari RTM dan tinggal
berjiran, sering lepak bersama berbincang bidang musik dan drama yang kami sama-sama minati,
menjadikan keakraban itu persahabatan yang sebati.

Saya telah tidak ragu-ragu minta allahyarham Taib Osman mencipta, mengubah dan merakamkan
lagu tema khusus untuk telemovie SelasihKu Sayang yang sedang saya rancang penerbitannya itu.
Saterusnya saya minta adik saya Zainal Abas (saorang penyair, ketika itu bertugas di RTM Kuala
Terengganu) menuliskan senikatanya. Naskah lengkap teleplay SELASIHKU SAYANG telah dikirimkan
untuk penghayatan khusus kedua mereka.

Pengambaran telemovie Selasihku Sayang dilakukan dilokasi Ulu Terengganu - di bintangi oleh
Ahmad Tamimi Seregar, Umar Abdullah, Noriah Abdullah (allahyarhamah) artis muda dari Singapura,
Seniwati Umi Kalsum (Datin), Seniwati Normadiah( allahyarhamah) dan beberapa orang artis
tempatan. Penerbitan tersebut saterusnya telah berjaya di siarkan di saluran TV1.

Lagu SelasihKu Sayang kemundiannya memenohi ruang udara radio RTM - dan waktu itu menduduki
carta tertinggi buat beberapa minggu.

Kepopularan lagu tersebut telah menguja beberapa artis rakaman untuk merakamkan. Antara
mereka bidunita Rafeah Buang (Datin) dan biduan Ahmad Jais (Dato'). Terdapat juga beberapa artis
lain menyanyikan ciptaan tersebut melalui pelbagai persembahan Orkestra RTM, dan di beberapa
persembahan pentas.

----

Secara peribadi saya sangat mengkagumi kejayaan allahyarham Taib Osman dan penulis lirik Zainal
Abas yang bagitu serasi mengilhamkan pinciptaan SelasihKu Sayang, yang kini sinonim sebagai
sabuah lagu rakyat dari Pantai Timur.

Anda mungkin juga menyukai