Anda di halaman 1dari 35

APA ITU NYANYIAN ?

 Nyanyian adalah bunyi yang dihasilkan


mengikut nada serta tempo sehingga
menjadikan ianya sebuah melodi.

 Nyanyian adalah syair (lirik) yang dilafazkan


mengikut nada, tempo, dengan
menggunakan melodi tertentu sehingga
membentuk harmoni (sebuah lagu).

 Dalam nyanyian, ianya boleh dilakukan


secara acapella (tanpa iringan muzik) atau
secara iringan muzik.
ADA 5 HUKUM
MENYANYI, APAKAH
HUKUM MENYANYI ?
1. SUARA
• Suara yang bagus
• Warna suara yang sedap didengar

2. TEMPO
• Dapat menguasai ketukan. Dalam sesuatu
lagu ada ketukan yang tertentu (Beat)

3. DINAMIK
• Dalam nyanyian terdapat banyak dinamika /
dinamik yang bertujuan untuk mencantikkan
dan megindahkan lagi nyanyian
4. Feel / Rasa / Penjiwaan
• Menyanyi dengan jiwa sesuai dengan lirik /
syair didalam sesebuah lagu. Jika mood lagu
itu sedih, seorang penyanyi itu harus
mengaplikasikan kesedihan dalam nyanyian
nya itu.

5. SENSE OF MUSIC (Kepekaan kepada muzik)


• Sebagai seorang penyanyi yang baik, anda
harus peka dengan apa yang dinamakan
muzik.
DARI MANA SUARA
MANUSIA TERHASIL ?
 Suara manusia terhasil dari getaran yang
dihasilkan oleh pita suara (Vocal Chords)
 Peti suara atau laring (larynx) adalah salah
satu daripada struktur penting di bahagian
dalam leher. Ia bersambung dengan mulut
dan tekak (pharynx) di bahagian atas dan
saluran nafas (trakea) di bawah. Peti suara
berfungsi dalam menghasilkan suara dan
juga bertindak sebagai laluan udara
pernafasan ke paru-paru.
 Dari getaran itu maka manusia boleh
bercakap, membaca, menyanyi, menangis,
menjerit, ketawa dan bermacam lagi.
BAGAIMANA BENTUK
PETI SUARA
(VOCAL CHORDS) ?
Tahukah anda ?
Bahagian peti suara dan saluran nafas akan ditutup
oleh struktur yang dipanggil ‘epiglotis’ semasa kita
makan atau minum untuk mengelakkan daripada
makanan masuk ke dalam bahagian tersebut lalu
menyebabkan tercekik.
Semasa menarik nafas epiglotis akan
terangkat, tisu di bahagian peti suara ( vocal
cord) membuka dan udara akan masuk ke
saluran pernafasan (trakea) lalu ke paru-paru.
BAGAIMANA UNTUK
MENGHASILKAN SUARA
YANG BAGUS ?
 Untuk menghasilkan suara yang bagus,
seorang yang bergelar penyanyi itu harus
tahu mengaplikasikan teknik apungan suara
yang betul (Tone Placement)
 Untuk menghasilkan suara yang bagus itu,
seorang penyanyi itu harus tahu bagaimana
menghasilkan suara yang bulat (Rounded
Sound)
 Sebutan yang jelas, teknik pernafasan yang
baik antara faktor yang menyumbang kepada
terhasilnya suara yang baik
TEKNIK PERNAFASAN YANG
BAIK DALAM NYANYIAN
Ada 2 laluan pernafasan :

1) Melalui Hidung
* Sekiranya seseorang penyanyi itu mempunyai waktu, sebaiknya
bernafaslah melalui hidung kerana, didalam hidung manusia terdapat bulu hidung
yang mana fungsinya adalah untuk menjadi penapis. Jadi udara yang disedut
akan menjadi lebih bersih dan hangat.
* Dan secara semula jadi, bernafas melalui hidung lebih senyap

2) Melalui Mulut
* Kebiasaannya ketika menyanyi, ruang pernafasan menjadi terlalu terhad dan
pantas, maka seseorang penyanyi itu terpaksa bernafas melalui mulut kerana
bernafas melalui mulut lebih cepat, mudah dan udara yang disedut lebih cepat
masuk ke diafragma.
* Cara untuk memastikan udara yang disedut melalui mulut lebih hangat,
bersih dan senyap iaitu dengan menumpukan aliran udara ke bahagian atas,
belakang tekak dibahagian lelangit lembut.
APA ITU “TONE
PLACEMENT” ?
 “Tone Placement” adalah kedudukan suara yang tepat ketika
menyanyi, dimana suara kita akan berada disekitar rongga hidung.
Sekiranya keadaan itu terjadi, maka akan terhasillah suara yang
bulat serta ringan.
 Dalam teknik mengaji (bertaranum), ada teknik yang disebut sebagai
dengungan / berdengung, dan dalam menyanyi teknik itulah yang
dipanggil sebagai “Tone Placement”
 Ada penyanyi yang dilahirkan secara semulajadi telah mempunyai
“Tone Placement” yang baik, tetapi ada penyanyi yang perlu dilatih
secara teori dan praktikal untuk mengaplikasikan teknik tersebut.
 Antara pendekatan yang ditekankan untuk menghasilkan teknik ini
adalah dengan mengaplikasikan teknik menguap atau menangis.
 Beza penyanyi yang mempunyai suara yang merdu atau tidak,
tergantung kepada penguasaan teknik “Tone Placement” serta
penjiwaan
 Teknik ini dapat diaplikasikan jika seseorang penyanyi itu menjalani
latihan vokal yang kerap dengan jurulatih vokal yang bertauliah
(Vocal Warming Up / Vocalise)
ANTARA PENYANYI
MALAYSIA YANG
MEMPUNYAI “TONE
PLACEMENT” YANG BAIK
ADA BERAPA JENIS
SUARA MANUSIA ?
1. SOPRANO
• Suara wanita yang tinggi (Higher Voice)

2. ALTO
• Suara wanita sederhana (Lower Voice)

3. TENOR
• Suara lelaki yang tinggi (Higher Voice)

4. Baritone / Bass
* Suara lelaki rendah (Lower Voice)
BAGAIMANA NAK
MENYANYIKAN NADA
TINGGI DENGAN BAIK ?
* Elakkan mendongak ketika menyanyikan nada-nada tinggi
kerana secara logiknya kita telah meletakkan ketegangan
(stress) di sekitar leher kita. Bila berlaku regangan di bahagian
luar leher, ini akan menjadikan regangan dibahagian dalam leher
juga. Ini akan mengakibatkan penghasilan bunyi yang tegang
dan tidak santai.

* Bayangkan notasi tinggi itu tadi tidak terlalu tinggi, penyanyi


seharusnya membayangkan not tinggi itu adalah not yang
rendah. Jangan selalu fikir not tinggi itu diatas, fikirkan not tinggi
itu berada dibawah. Dengan cara itu, pengeluaran suara akan
menjadi lebih santai (relax) , tidak stress dan nada tinggi itu tadi
dapat diaplikasikan dengan baik dan sempurna.

* Pemilihan nada yang bertepatan dengan julat suara (Vocal


Range) antara salah satu faktor seorang penyanyi itu dapat
menyanyikan nada tinggi dengan sebaiknya.
BAGAIMANA NAK
MENYANYIKAN NADA RENDAH
DENGAN SEMPURNA ?
* Seorang penyanyi yang mahu menyanyikan nada rendah
dengan baik seharusnya lebih santai (relax) dan tidak terlalu
mencuba (try hard) untuk menyanyikan nada rendah itu,
sekiranya berlaku ketegangan ketika pengeluaran nada
rendah, tentu sekali notasi yang keluar tidak akan sempurna.

* Seharusnya penyanyi lebih fokus kepada “teknik bercakap


rendah” ketika menyanyikan nada-nada rendah ini, agar bunyi
yang terhasil lebih sempurna, bulat dan jelas.

* Jangan fikirkan nada rendah itu dibawah, bayangkan nada


rendah itu berada di atas, ini akan membantu notasi yang
dihasilkan lebih jelas, sempurna dan tepat pada not nya.
PECAHAN DALAM
NYANYIAN
1. SOLO
* Nyanyian secara berseorang diri

2. DUET
* Nyanyian berdua

3. TRIO
* Nyanyian secara bertiga

4. CHOIR
*Nyanyian secara beramai-ramai beserta harmoni
GENRE / JENIS
MUZIK
1. Sebagai seorang penyanyi yang berkualiti,
anda harus tahu apakah jenis muzik / genre
yang anda kuasai.
2. Antara beberapa contoh genre / jenis muzik
yang ada :
*Muzik Klasikal Barat
*Pop
*Rock
*Pop Rock
*Jazz
*Irama Malaysia
* Balada
3. Untuk menjadi seorang penyanyi yang
versatile, anda mestilah sekurang-
kurangnya menguasai lebih dari 3
genre sedia ada.
4. Pada Pandangan saya, untuk
menguasai sesuatu genre itu, haruslah
dimulakan dengan genre Tradisional /
Irama Malaysia dulu.
5. Sekiranya kita dapat menguasai genre
Tradisional dengan baik, pasti akan
lebih mudah untuk anda mempelajari
genre lain.
VOCAL WARMING UP /
VOCALISATION
 1. Bubbling
 2. Staccato
 3. Ma He Hi Ho Hu Hö Aspirato
 4. Ma Ho Hu - Aspirato
 5. Ma Ho Hu - Aspirato
 6. Ma Hu - (Piano, Forte, Staccato)
PERSEDIAAN
SEBELUM MENYANYI
1. Vocalise (Warming Up Session)
2. Pilih lagu yang tepat mengikut kemampuan suara (Bukan pilih
lagu yang anda suka dan jangan syok sendiri hokayyyy!!!).
3. Pilih nada atau key yang sesuai dengan kemampuan suara
(Jangan kau jenis suara rendah berangan nak nyanyi lagu
tinggi, memang kelautan hindi la jawabnya)
4. Pastikan anda memahami lirik dan jenis lagu yang ingin
dinyanyikan.
5. Buat note diatas lirik anda, kenal pasti masalah dan tulis di
lirik tersebut mengikut “part by part”
6. Belajar melodi lagu dulu, dan kemudian baru improvekan feel,
serta dinamika dalam lagu.
7. Cari jurulatih yang bertauliah untuk membantu dan melatih
anda didalam kelas vokal.
8. Lepastu try la nyanyi sedap ke idok suara tu.
9. Bila dah popular, jangan buat gossip murahan.
Now, YOU CAN SING
PROPERLY ;)

Anda mungkin juga menyukai