Anda di halaman 1dari 2

MENENTUKAN NADA LAGU

1. Setiap ciptaan atau gubahan muzik ditulis/digubah dalam satu nada atau biasa
disebut sebagai kod.
2. Nada ini ditentukan oleh tanda nada (key signature) iaitu sekumpulan tanda
sharp atau flat di awal muzik tersebut.
3. Muzik tersebut berkemungkinan dalam nada major atau minor.
4. Selain daripada tanda nada, beberapa perkara boleh dianalisis untuk
menentukan nada yang digunakan iaitu:
(a) Not terakhir biasanya dalam pic tonik.
(b) Nada minor biasanya not pimpin (leading not) dinaikkan 1 semiton.
5. Analisis keratan muzik berikut:

(a) Tanda nada = 1# = F# = G major (G B D) atau E minor (E G B).


(b) Lagu ini tidak menggunakan tanda kromat.
(c) Lagu ini tamat dengan not G iaitu tonik dalam triad G major (G B D).
* Maka, lagu ini adalah dalam nada G major.

6. Analisis pula keratan muzik berikut:

(a) Tanda nada = 2b = Bb Eb = Bb major (Bb D F) atau G minor (G Bb D).


(b) Lagu ini tamat dengan not G.
* Triad Bb major (Bb D F) tidak mempunyai not G.
* Maka, ia bukan dalam nada Bb major.
(c) Penggunaan tanda kromat = F#.
* F adalah not pimpin/leading not kepada G.
* Tamat dengan not G iaitu tonik dalam triad G minor (G Bb D).
* Maka, lagu ini adalah dalam nada G minor.

LATIHAN
Namakan nada bagi melodi berikut.

(a)

(b)

(c)

(d)

Anda mungkin juga menyukai