Anda di halaman 1dari 14

Topik2 X Unsurunsur

Muzik

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menghuraikan ekspresi daripada sesebuah lagu untuk menimbulkan mood; Mengaplikasi simbol-simbol dan ikonik-ikonik yang memperjelaskan unsur dinamik dalam sesebuah karya; Mengenal pasti isyarat muzik dan terminologi muzik; dan Mengenal pasti bentuk dalam sesebuah lagu melalui frasa-frasa, bentuk AB binari dan ABA tinari.

PENGENALAN

Muzik mempunyai beberapa unsur yang penting, antaranya adalah melodi, harmoni, warna ton, ekspresi, bentuk dan sebagainya. Topik ini akan menekankan mengenai unsur muzik yang penting iaitu ekspresi dan bentuk termasuklah dinamik. Konsep-konsep yang menekankan kepada unsur-unsur muzik adalah ekspresi iaitu intensiti bunyi muzik kuat atau lembut, perbezaan warna ton, tempo, elemen-elemen masa seperti tanda masa, meter dan nilai-nilai not, elemen-elemen pic tinggi atau rendah ton dan harmoni bunyi yang terhasil dari dua atau lebih ton secara serentak.

18 X

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

AKTIVITI 2.1
Apakah yang anda faham tentang ekspresi, stail dan mood dalam sesebuah karya muzik? Cuba anda menyanyi dengan mengaplikasi aspekaspek ekspresi seperti legato, dolce dan sebagainya.

2.1

EKSPRESI

Ekspresi merupakan satu tindak balas perluahan yang sangat mempengaruhi sesuatu persembahan muzik sama ada persembahan dalam nyanyian ataupun instrumental muzik. Ekspresi dalam muzik adalah bersangkutan dengan ciri-ciri muzikal itu sendiri seperti unsur-unsur dinamik, istilah-istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi dari ciri-ciri muzikal mampu menghasilkan interpretasi muzik yang baik dan tersendiri. Dalam mengekspresikan muzik, stail dan mood tidak boleh dipisahkan. Stail dan mood juga penting dalam penyampaian sesebuah karya muzik bagi menghasilkan satu karya yang hebat dan hidup. Menyampaikan sesebuah karya muzik yang hebat seperti yang terdapat dalam persembahan sesebuah simfoni, anda sebagai penonton mampu menghayati pada setiap inti pati persembahan kerana simfoni itu mampu mempersembahkan karya muzik itu secara ekspresi yang hebat. Penonton akan merasakan seolah-olah persembahan itu hidup dan dapat berkongsi bersamasama dengan ahli-ahli simfoni. Begitulah sebaliknya jika sesebuah persembahan tidak mempamerkan tahap ekspresi yang tinggi, maka persembahan itu terasa hambar dan tidak bermaya. Stail dan mood yang disampaikan dalam sesebuah karya muzik adalah berdasarkan kepada terminologi yang ada dalam skor lagu. Sesebuah persembahan yang mempunyai daya ekpresi yang tinggi mampu menyampaikan sesebuah karya muzik itu dalam stail dan mood yang baik. Dalam sesebuah simfoni, konduktor dan pemuzik-pemuzik akan memainkan peranan dalam menghidupkan persembahan mereka dengan stail dan mood yang dikehendaki dalam sesebuah skor lagu. Tahap ini memerlukan pengalaman, kemahiran dan latihan yang padu. Selalunya sesebuah simfoni yang telah lama dan berpengalaman dalam membuat persembahan mampu menyampai sesebuah karya muzik dengan ekpsresi yang tinggi berbandingkan dengan simfoni yang baru. Terminologi dalam sesebuah skor lagu akan menghasilkan satu interaksi dengan pemuzik atau penyanyi dengan menyatakan stail dalam permainan, mood dan ekspresi dalam sesebuah lagu. Kehebatan sesebuah ensembel akan terletak

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

19

kepada kemampuan konduktor, pemuzik-pemuzik mahupun penyanyi dalam menyampaikan sesebuah karya lagu itu dakam stail, mood dan ekspresi yang hebat. Ianya seolah-olah hidup dan berkomunikasi dengan khalayak yang menonton. Di bawah ini adalah antara terminologi yang digunakan dalam stail, mood dan ekspresi dalam sesebuah karya muzik.
Jadual 2.1: Terminologi yang digunakan dalam sesebuah karya muzik Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Terminologi Pengertian resah gelisah dengan penuh perasaan dengan penuh cinta dengan penuh sempurna menyanyi dengan stail dengan bertenaga dengan pergerakan dengan semangat dalaman enak didengar sedih dertenaga dengan ekpresi bermain-main gelonsor naik atau turun skala dengan pantas lemah gemalai not yang dimainkan secara bersambungan ringan penuh kemegahan ketukan penanda sedih mistikal menggunakan pedal untuk panjangkan bunyi tersangat berat tempo yang fleksibel, tidak tetap sustain lembut bunyi yang putus-putus, pendek-pendek tiada dibunyikan pegang girang, riang

agitato animoto appossionato brillante cantabile con brio con moto con spirito dolce doloroso energico espressivo giocoso glissando Grazioso legato leggiero maestoso martellato marcato mesto misterioso ped pPesante rubato sostenuto sotto voce staccato tacet tenuto vivo

20 X

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

AKTIVITI 2.2
Semasa anda memainkan alat muzik, cuba anda memainkan dengan penuh perasaan secara lembut dalam beberapa waktu dan anda menukar kepada tahap kuat. Apa yang anda rasai?

2.2

DINAMIK

Dinamik merupakan peringkat-peringkat bunyi muzik mengikut tahap kuat dan lembut. Dinamik merupakan salah satu elemen dalam aspek ekspresi dalam muzik. Ianya memainkan peranan dalam menghayati muzik melalui persembahan alat muzik atau dalam persembahan nyanyian. Tahap dinamik yang sering berubah dalam sesebuah persembahan muzik mengikut kesesuaian lagu dan muzik yang dimainkan. Perubahan dinamik dari bunyi yang lembut ke bunyi yang kuat seolah-olah menggambarkan satu keadaan yang ceria dan menyeronokkan. Bunyi yang lembut kebiasaannya menggambarkan situasi yang aman dan tenang. Perbezaan aras dinamik juga bergantung kepada bilangan pemuzik atau penyanyi yang membuat persembahan. Secara psikologinya, aras dinamik yang dipraktikkan oleh seseorang pemuzik akan menghasilkan impak dan respon yang baik dari penonton. Seorang pemuzik atau penyanyi yang dinamik menggunakan variasi kekuatan dan kelembutan bunyi atau suara untuk mengekspresikan emosinya. Dalam muzik, dinamik juga membawa pengertian terhadap penggunaan variasi aras pengeluaran bunyi atau suara. Seseorang pemuzik atau penyanyi harus dapat bermain muzik atau menyanyi dengan sekuat mungkin dan selembut mungkin dengan berbagai variasi. Antaranya adalah seperti berikut. (i) (ii) Beransur kuat Kuat

(iii) Sederhana kuat (iv) Sangat kuat (v) Lembut (vi) Sederhana lembut (vii) Sangat lembut

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

21

Sebagai contoh adalah crescendo dan decrescendo : Crescendo

Crescendo adalah pengeluaran bunyi pada permulaan yang lembut kepada yang
beransur kuat. Dalam permainan alat muzik, pada permulaan bunyi yang terhasil lembut atau perlahan aras pengeluaran bunyi hingga kuat secara beransur-ansur. Dalam nyanyian pula, suara pada permulaannya lembut dan perlahan-lahan menambah kekuatan fokus dan tekanan udara sehingga bertambah kuat secara beransur-ansur. Decrescendo

Decrescendo adalah tindak balas yang berlawanan dengan crescendo.


Pengeluaran bunyi pada permulaan yang kuat kepada yang perlahan dan lembut secara beransur-ansur. Dalam permainan alat muzik, pada permulaannya bunyi dihasilkan secara kuat dan beransur-ansur menjadi lembut dan perlahanlahan. Dalam nyanyian pula, suara yang difokuskan dan tekanan udara yang kuat untuk menghasilkan bunyi yang kuat dan dikurangkan pengeluaran suara dan tekanan udara secara perlahan-lahan. Pada ketika ini, pertahankan resonansi rongga yang terbuka dan stabil. Hindari perlakuan anda untuk menjadi relaks pada saat tekanan udara menurun.

2.2.1

Ikonik

Tahap dinamik dalam sesebuah skor lagu disimbolkan dalam ikon-ikon tertentu. Dalam Jadual 2.2 di bawah ini adalah contoh ikon-ikon yang sering digunakan dalam sesebuah skor lagu dan ianya memainkan peranan yang sangat berkesan untuk menghasilkan sebuah hasil muzik yang baik.

22 X

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

Jadual 2.2: Ikonik lagu

Bil

Simbol/Ikonik

Pengertian

cres

Semakin kuat

decres.

Semakin lembut

Lembut

pp

Terlalu lembut

mp

Sederhana lembut

mf

Sederhana kuat

Kuat

8 9 10 11

ff

Terlalu kuat

sf

Mendesak pada ton

fz

Tekanan pada not

dim.

Semakin lembut

2.2.2

Terminologi

Selain daripada simbol yang menjadi ikon kepada tanda-tanda dinamik, istilahistilah atau terminologi juga banyak digunakan dalam skor lagu yang membawa

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

23

maksud tertentu. Setiap pemuzik akan memahami dan bertindak balas dalam permainan alat muzik atau nyanyian jika didapati istilah-istilah tersebut ada tertulis dalam skor lagu. Antara istilah-istilah atau terminologi yang melambangkan aras dinamik adalah seperti dalam Jadual 2.3 di bawah ini.
Jadual 2.3: Terminologi Paras Dinamik

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Terminologi

Pengertian Semakin kuat Semakin lembut Lembut Terlalu lembut Sederhana lembut Sederhana kuat Kuat Terlalu kuat Semakin lembut Mendesak pada ton

crescendo decrescendo piano pianissimo mezzopian mezzoforte forte fortissimo diminuendo sforzando

AKTIVITI 2.3
Anda dikehendaki mendapatkan contoh lagu yang menunjukkan bentuk binari dan tenari. Cuba bandingkan perbezaannya dari sudut bilangan frasa-frasa yang terdapat dalam lagu yang anda pilih.

2.3

BENTUK

Sesebuah lagu atau karya muzik mempunyai struktur yang tertentu. Struktur sesebuah lagu pada amnya terbentuk daripada frasa-frasa melodi. Beberapa frasa melodi akan menghasilkan satu bentuk. Dalam sesebuah karya prosa seperti sajak ataupun puisi ia dipanggil rangkap. Setiap rangkap itu dipanggil bentuk.

24 X

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

Dalam sesebuah lagu atau karya muzik secara amnya mempunyai dua bentuk, iaitu: (ii) Binary atau AB (iii) Tinari atau ABA Walau bagaimanapun , terdapat juga lagu yang mempunyai frasa dan bentuk yang berbeza seperti berbentuk A, B, C dan D khasnya dalam lagu-lagu komposisi di zaman sekarang. Bentuk sering kali dikaitkan dengan struktur sesebuah lagu. Kewujudan bentuk ini menampakkan sesebuah komposisi itu melalui perancangan yang rapi dan mempunyai kesepaduan. Namun begitu, kesepaduan itu diperoleh melalui kepelbagaian yang terhasil dari gabungan organisasi elemen-lemen muzik yang lain seperti melodi, irama, harmoni, tekstur, tempo dan dinamik. Elemen-lemen muzik ini akan berhubungan dan berinteraksi antara satu lain untuk membentuk satu struktur lagu penuh.

2.3.1

Frasa Lagu

Frasa adalah asas kepada pembentukkan bentuk lagu sama ada berbentuk binari atau tenari. Ia merupakan seperti satu frasa dalam sebuah sajak atau puisi. Gabungan beberapa frasa akan membentuk segmen-segmen muzik yang akan membentuk lagu. Kebiasaannya dalam menghasilkan bentuk muzik, berapa frasa digunakan yang terdiri daripada frasa yang berulang-ulang dan frasa yang berbeza (kontras). Frasa yang berulang-ulang adalah bertujuan untuk kesepaduan dan mudah difahami, dihayati dan diikuti manakala frasa yang berbeza adalah bertujuan untuk kepelbagaian dan kelainan. Dalam sesebuah hasil komposisi atau lagu, terdapat frasa yang panjang dan yang pendek. Bagi frasa yang panjang, lagu ini kebiasaannya mempunyai dua bentuk atau struktur yang berbeza iaitu baris rangkap dan baris korus. Sebagai contoh dalam lagu Twinkle, Twinkle, Little Star:

Twinkle twinkle little star How I wonder what you are Up above tha world so high Like a diamond in the sky Twinkle twinkle little star How I wonder what you are

frasa pertama frasa kedua frasa ketiga frasa ketiga ulang frasa pertama ulang frasa kedua

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

25

Menerusi lagu di atas, gabungan frasa-frasa pertama dan kedua menjadikan bentuk A. Gabungan frasa ketiga dan keempat menghasilkan bentuk B. lagu tersebut telah mengulangi kembali frasa pertama dan kedua yang juga membentuk bentuk A. Oleh itu struktur lagu tersebut adalah ABA yang dipanggil tenari. Jika lagu tersebut hanya dinyanyikan pada frasa pertama, kedua, ketiga dan keempat tanpa mengulang kembali frasa pertama dan kedua, maka struktur lagu tersebut hanya AB yang dipanggil binari. Di bawah ini adalah contoh frasa pertama dan kedua Twinkle Twinkle Star.

2.3.2

AB Binari (Binary)

Sesebuah komposisi lagu mempunyai dua seksyen yang berbeza dipanggil seksyen A dan seksyen B atau dikenali sebagai bentuk AB. Ia juga dikenali sebagai binari. Sebagai contoh bentuk tenari terdapat dalam lagu Worried Man seperti dalam skor di bawah ini.

Bentuk A adalah melibatkan dua frasa lagu iaitu: Frasa pertama:

It takes a worried man to sing a worried song,


Frasa kedua:

It takes a worried man to sing a worried song.

26 X

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

Bentuk B pula melibatkan dua frasa iaitu: Frasa ketiga:

It takes a worried man to sing a worried song, Im worried now


Frasa keempat:

but I wont be worried long.


Secara rumusannya, lagu yang mempunyai bentuk AB dipanggil binari. Ia adalah gabungan beberapa frasa untuk membentuk bentuk A dan bentuk B. Sebagai contoh lagu di atas, bentuk A mempunyai dua frasa dan bentuk B mempunyai dua frasa.

2.3.3

ABA Tenari (Ternary)

Sesebuah komposisi lagu mempunyai dua seksyen yang berbeza dipanggil seksyen A dan seksyen B atau dikenali sebagai bentuk AB. Tetapi jika AB kembali mengulangi bahagian A, maka ia dikenali sebagai ABA dan dipanggil ternari. Sebagai contoh bentuk tenari dalam lagu Twinkle Twinkle Little Star seperti dalam skor di bawah ini.

Bentuk A adalah melibatkan dua frasa lagu iaitu: Frasa pertama:

Twinkle Twinkle Little Star,


Frasa kedua:

How I wonder what you are.

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

27

Bentuk B pula melibatkan dua frasa iaitu: Frasa ketiga:

Up a above the world high,


Frasa keempat:

Like a diamond in the sky.


Bentuk A adalah melibatkan dua frasa iaitun frasa kelima dan frasa keenam yang mengulangi frasa pertama dan kedua. Keseluruhan lagu Twinkle Twinkle Little Star mempunyai bentuk lagu ABA yang dipanggil tenari.

SEMAK KENDIRI 2.1


(a) (b) Apakah yang anda faham berkaitan dengan ekspresi dalam aktiviti muzik? Berikan lima terminologi berkaitan dengan unsur-unsur dinamik.

SEMAK KENDIRI 2.2


(a) (b) (c) (d) Apakah yang dimaksudkan crescendo dan decrescendo? Apakah perbezaan antara mezzopiano dengan mezzoforte? Apakah yang dimaksudkan dengan sforzando? Berikan kelebihan mengaplikasikan unsur-unsur dinamik dalam permainan alat atau nyanyian.

SEMAK KENDIRI 2.3


(a) (b) (c) Apakah yang anda faham tentang bentuk binari dan tenari? Apakah perbezaan antara bentuk binari dan tenari? Cuba anda kaitkan antara frasa dalam lagu dengan frasa dalam sajak atau pantun.

28 X

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

Sesebuah lagu atau karya muzik mempunyai struktur yang tertentu. Struktur sesebuah lagu pada amnya terbentuk dari frasa-frasa melodi. Beberapa frasa melodi akan menghasilkan satu bentuk. Dinamik merupakan salah satu elemen dalam aspek ekspresi dalam muzik. Ekspresi merupakan satu tindak balas perluahan yang sangat mempengaruhi sesuatu persembahan muzik sama ada persembahan dalam nyanyian ataupun instrumental muzik. Sesebuah lagu atau karya muzik mempunyai struktur yang tertentu. Struktur sesebuah lagu pada amnya terbentuk daripada frasa-frasa melodi. Beberapa frasa melodi akan menghasilkan satu bentuk.

x x

AB - Binari ABA - Tinari

Forte piano (fp) Fortissimo (ff) Mezzoforte (mf) Mezzopiano (mp) Piano (p)

Crescendo Decrescendo Forte ( f)

Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asas dalam muzik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Elliot, R. (1960). Learning music: basic consepts for elementary teachers. Ohio: Charles E. Merrill Books, Inc. Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

29

LATIHAN 1
Berdasarkan keratan skor di bawah ini, sila jawab soalan-soalan yang diberi.

(i) (ii)

Tanda dinamik p pada bar pertama adalah ___________? Tanda crescendo dapat dikesan pada bar ke ____ dan bar ke ____.

(iii) Apakah makna tanda ff pada bar kelima? _________________________. (iv) Tanda mf pada bar ketujuh bermaksud ____________________________. (v) Pada bar ketiga dan keempat mempunyai tanda dinamik yang sering digunakan pada skor lagu. Apakah nama tanda tersebut?

__________________________

LATIHAN 2
Apakah yang dimaksudkan bentuk binari? Berikan satu contoh lagu yang mempunyai bentuk binari yang anda tahu. Jelaskan bagaimana frasa-frasa dalam lagu tersebut dapat menghasilkan bentuk binari.

LATIHAN 3
Apakah yang dimaksudkan bentuk tenari? Berikan satu contoh lagu yang mempunyai bentuk tenari yang anda tahu. Jelaskan bagaimana frasa-frasa dalam lagu tersebut dapat menghasilkan bentuk tenari.

30 X

TOPIK 2

UNSUR-UNSUR MUZIK

LATIHAN 4
Isikan jawapan yang betul dalam jadual di bawah ini.
Simbol AB ABA Bentuk

LATIHAN 5
Berdasarkan jadual di bawah ini, anda dikehendaki mengisi terminologi yang sesuai dari pergertian yang diberi.
Bil 1 2 3 4 5 6 Pengertian Semakin kuat Semakin lembut Terlalu lembut Sederhana lembut Kuat Semakin lembut Terminologi

LATIHAN 6
Lengkapkan jadual di bawah ini dengan makna yang betul. Bil 1 2 3 4 5 6 Terminologi Pengertian

con spirito dolce doloroso energico espressivo giocoso

Anda mungkin juga menyukai