Anda di halaman 1dari 3

Pendidikan Muzik

Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang
elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik dan
konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya
membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.

Konsep-konsep Muzik

Irama, melori ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti. Konsep-konsep yang
berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di bawah konsep-konsep utama iaitu irama, melori dan
ekspresi.

1.Irama
Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama
terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

1.1 Detik
Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah
elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik
diukur dengan nilai not muzik.

1.2 Meter
Secara konvensionalnya, detik dihimpunkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Lazimnya
jumlah detik adalah sama dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian
meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.

1.3 Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali terdapat detik yang
dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan
detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan sebagai tanda
tekanan pada detik yang berkenaan.

1.4 Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah
lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan
menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam
bentuk digit mengikut sukatan metronome.

1.5 Corak Irama


Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai
masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter
adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agar menepati bilangan
detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.

1.5.1 Corak Irama Rentak


Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama
rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Masri, Asli,
Sumazau dan Joget.

1.5.2 Corak Irama Ostinato


Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam
sesebuah lagu lazimnya sebagai iringan dan harmoni.

1.6 Tempoh Masa dan Nilai Not

Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk seperti

. Masa senyap (period of silence) dilambangkan dengan tanda rehat pelbagai bentuk

seperti .

2. Melori
Melori adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menarik, menurun atau mendatar.
Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melori yang
berkontur. Melori berubah apabila pic dan not diubah.

2.1 Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.

2.2 Skel
Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda tertentu dan
mewujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang
ditegaskan iaitu skel Major dan skel minor (harmonik).

2.3 Frasa
Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang signifikan atau
satu keratan lagu.

2.4 Harmoni
Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang
berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melori yang terdiri daripada dua lapisan suara, dalam
bentuk kaunter melori, kord, dron dan ostinato.

2.5 Warna Ton


Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau
suara, sama ada bunyi rehat atau bunyi ringan.
Contoh: Dram bes - bunyi berat
Kastanet - bunyi ringan

2.6 Tekstur
Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur
lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat
dalam sesebuah lagu.

2.7 Bentuk
Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh
terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan
untuk membentuk sesebuah karya muzik.

3. Ekspresi
Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh
sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui
mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

Anda mungkin juga menyukai