Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN AKTIVITI MUZIKAL

Aktiviti muzikal yang saya rancang ini menggabungkan aspek nyanyian dan pergerakan
dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Aktiviti ini sesuai
dijadikan sebagai aktiviti peneguhan semasa guru memberikan pendedahan tentang
pengajaran berkaitan nyanyian dan pergerakan kreatif.

Aktiviti muzikal ini sesuai dijalankan bagi murid-murid Tahun 2. Berdasarkan


Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun 2, murid akan mencapai standard
pembelajaran seperti:

i) membuat pergerakan mengikut ruang diri berdasarkan dinamik kuat/lembut dan tempo
cepat/lambat.

ii) membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik melalui lagu aksi.

iii) menyanyi pelbagai repertoire secara solo.

1. Menonton beberapa contoh lagu-lagu aksi

Guru menunjukkan beberapa contoh lagu-lagu aksi melalui paparan video. Semasa
tayangan lagu-lagu tersebut, guru perlu menjelaskan konsep muzik yang terdapat
didalamnya. Guru juga perlu menerangkan bagaimana pergerakan kreatif dan ekspresi
dapat membantu dalam penyampaian mesej di dalam drama muzikal. Tayangan video
tersebut dilakukan agar murid memperoleh motivasi dan perincian dalam menjalankan
aktiviti drama muzikal. Contoh lagu-lagu aksi yang boleh digunakan ialah ‘Gummy Bear’,
‘Row Row Your Boat’, ‘Head, Shoulders, Knees and Toes’ dan ‘Wheels on the Bus’.

Kemudian, murid dikehendaki membuat imitasi pergerakan berdasarkan video yang


ditayangkan. Imitasi adalah peringkat kedua dalam pendekatan pengajaran muzik Orff. Pada
tahap ini, murid akan meniru pergerakan berdasarkan melodi dan seterusnya
mengekspresikan diri.

2. Nyanyian lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ berdasarkan audio.

Lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ dipilih kerana lagu ini menggunakan bahasa ibunda. Menurut
Kodaly, penggunaan bahasa ibunda dalam lagu adalah penting kepada kanak-kanak. Guru
membimbing murid melakukan latihan warm-up iaitu dengan menarik dan menghembus
nafas secara perlahan-lahan untuk melatih pernafasan dan intonasi semasa menyanyi.
Seterusnya, guru memainkan lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ dan menayangkan lirik lagu
tersebut pada projektor. Berdasarkan lirik lagu ‘Kalau Rasa Gembira’, guru perlu
menerangkan bahawa melodi lagu tersebut sentiasa berulang (ostinato).

Guru seterusnya melakukan demonstrasi dengan menyanyikan lagu ‘Kalau Rasa


Gembira’ tanpa iringan muzik. Kemudian, murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut
secara beramai-ramai dengan intonasi yang kuat dan bersemangat. Seterusnya, muid
menyanyikan keseluruhan lagu tersebut dengan iringan muzik. Guru perlu mengambil kira
beberapa aspek seperti postur, pernafasan dan penghasilan ton semasa murid-murid
menyanyi.

3. Nyanyian lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ berdasarkan video.

Guru menunjukkan pergerakan mengikut rentak muzik melalui tayangan video lagu ‘Kalau
Rasa Gembira’. Murid dikehendaki melakukan imitasi terhadap pergerakan yang ditunjukkan
di dalam video tersebut. Bagi membolehkan murid melakukan pergerakan dengan selesa
dan selamat, guru perlu menyediakan ruang yang bersesuaian. Guru juga perlu
menggalakkan murid untuk menyanyi sambil membuat pergerakan mengikut irama dan
melodi.

Langkah kedua yang boleh dilakukan oleh guru ialah dengan membahagikan murid
kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan pertama akan menyanyikan lagu tersebut manakala
kumpulan kedua akan membuat pergerakan berdasarkan frasa lagu yang dinyanyikan tanpa
melihat paparan video. Seterusnya, kumpulan kedua pula akan menyanyi manakala
kumpulan pertama akan membuat pergerakan. Akhir sekali, kedua-dua kumpulan akan
menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakan mengikut irama dan melodi lagu.

4. Improvisasi lagu

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Secara berkumpulan, guru
meminta murid melakukan improvisasi pada lirik lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ dengan
menukarkan frasa yang terdapat pada lirik tersebut dengan aksi atau pergerakan yang lain.
Contohnya, frasa ‘tepuk tangan’ boleh ditukarkan kepada:

1. Hentak kaki
2. Kenyit mata
3. Pusing-pusing
4. Petik jari
5. Toleh kanan
6. Toleh kiri
7. Tepuk paha
8. Tengok kawan
9. Angkat kaki

Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan nyanyian dan


pergerakan mereka di hadapan kelas. Murid-murid yang lain akan mengikut pergerakan
tersebut bersama-sama. Guru perlu memastikan murid menyanyi dan membuat pergerakan
menggunakan tempo, tekstur dan dinamik yang betul.

Anda mungkin juga menyukai