Anda di halaman 1dari 5

MUZK3113 AKTIVTI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH

Bahagian C: Penulisan Aktiviti Muzikal

Aktiviti muzikal ini mengaplikasikan penggabungan pergerakan secara kreatif, nyanyian serta
apresiasi muzik dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Aktiviti
ini sesuai untuk dijadikan sebagai aktiviti peneguhan dan pengayaan semasa guru
memberikan pendedahan tentang pengajaran berkaitan nyanyian, apresiasi muzik dan
pergerakan secara kreatif sebelum ini.

Aktiviti muzikal ini sesuai dijalankan bagi murid-murid Tahun 2. Berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun 2, murid akan mencapai hasil pembelajaran seperti;

i) Menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan
pernafasan yang betul mengikut tempo
ii) Memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan berdasarkan
dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik
iii) Mengenalpasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar

Ketiga-tiga hasil pembelajaran di atas mengikuti kriteria penggabungan aspek-aspek


nyanyian, pergerakan secara kreatif serta apresiasi muzik. Oleh itu, penggunaan lagu-lagu
aksi diaplikasikan pada aktiviti muzikal ini.

1. Menonton beberapa contoh lagu-lagu aksi (action songs)

Sebelum memulakan aktiviti muzikal di bilik darjah, guru akan menunjukkan beberapa
contoh lagu-lagu beserta aksi tersendiri berbentuk video. Guru boleh memperoleh video-
video tersebut melalui internet. Semasa menayangkan video tersebut, guru boleh
menjelaskan konsep muzik yang didapati di dalam video tersebut. Guru perlulah
menerangkan bagaimana pergerakan kreatif dan ekspresi dapat membantu dalam
penyampaian mesej di dalam drama muzikal. Melalui penayangan video ini, murid
memperoleh motivasi dan perincian dalam menjalankan aktiviti drama muzikal ini.

Contoh lagu-lagu aksi yang boleh guru gunakan ialah:

i) Row, Row, Row Your Boat (Lampiran 1)


ii) Eency, Weency Spider (Lampiran 2)

Seterusnya, guru mengajak murid-murid untuk membuat imitasi pergerakan berdasarkan


video tersebut sambil memainkan lagu-lagu aksi tersebut menggunakan komputer riba
dan alat pembesar suara. Pada tahap ini, murid akan meniru pergerakan berdasarkan
MUZK3113 AKTIVTI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH

melodi dan seterusnya mengekspresikan diri. Aktiviti ini mampu menghilangkan rasa
bosan dan menyeronokkan sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Nyanyian lagu Senaman Si Tommy berdasarkan audio

Seterusya, guru akan melatih murid untuk menarik nafas dan menghembus nafas secara
perlahan-lahan. Latihan ini merupakan latihan warm-up untuk melatih pernafasan dan
intonasi semasa menyanyi. Seterusnya, guru akan memainkan lagu Senaman Si Tommy
(audio) menggunakan komputer riba dan alat pembesar suara. Pada masa yang sama,
guru juga akan menayangkan lirik lagu Senaman Si Tommy (Lampiran 3) pada layar
projektor. Berdasarkan lirik lagu Senaman Si Tommy, guru perlulah menekankan bahawa
lirik lagu tersebut sentiasa berulang dan hanya anggota badan sahaja yang berubah.
Contohnya pada rangkap pertama, tangan kiri digunakan dan pada rangkap ketiga
selepas korus, tangan kanan pula digunakan. Lagu tersebut berterusan dan hanya
menukarkan anggota badan yang akan digunakan.

Kemudian, guru akan melakukan demonstrasi dengan menyanyikan lagu Senaman Si


Tommy tanpa iringan muzik. Nyanyian lagu tersebut perlulah diulang baris demi baris agar
murid mudah mengingat irama dan lirik. Kemudian, guru meminta murid menyanyikan lagu
tersebut secara beramai-ramai dengan intonasi yang kuat dan bersemangat. Seterusnya
murid akan menyanyikan keseluruhan lagu Senaman Si Tommy dengan iringan muzik.
Guru perlu mengambil kira beberapa aspek seperti postur, pernafasan dan penghasilan
ton semasa murid-murid menyanyi.

3. Nyanyian lagu Senaman Si Tommy berdasarkan video

Guru akan menayangkan video Senaman Si Tommy pada layar projektor. Di dalam video
tersebut, pergerakan akan ditunjukkan mengikut muzik. Oleh itu, guru harus memainkan
peranan untuk mewujudkan suasana yang ceria dan gembira di dalam bilik darjah. Murid
perlu melakukan imitasi terhadap pergerakan yang ditunjukkan di dalam video tersebut.
Bagi tujuan ini, guru perlulah menyediakan ruang yang selesa bagi murid untuk melakukan
aktiviti tersebut. Guru perlu menggalakkan murid-muridnya untuk menyanyi sambil
membuat pergerakan mengikut irama dan melodi. Guru juga perlu mengambil kira
beberapa aspek seperti ekspresi yang gembira, tempo dan intonasi. Aktiviti yang
melibatkan pergerakan memberi murid-murid kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di
samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekspresif.
MUZK3113 AKTIVTI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH

4. Modifikasi lagu Kalau Rasa Gembira

Guru akan menunjukkan satu rangkap lirik lagu Kalau Rasa Gembira (Lampiran 4) pada
layar projektor. Melodi lagu Kalau Rasa Gembira bersifat ostinato (berulang). Oleh itu,
guru melakukan modifikasi pada lirik lagu Kalau Rasa Gembira dengan menukarkan aksi
demi aksi yang lain. Berdasarkan lirik lagu Kalau Rasa Gembira, frasa tepuk tangan boleh
diubah kepada aksi-aksi seperti berikut:

i) Hentak kaki
ii) Kenyit mata
iii) Pusing-pusing
iv) Petik jari
v) Dan sebagainya

Oleh itu, guru memainkan peranan untuk menjelaskan kepada murid-murid turutan aksi-
aksi sebelum menyanyikan lagu tersebut untuk mengelakkan sebarang kekeliruan terjadi.

Seterusnya, guru bersama-sama murid menyanyikan lagu Kalau Rasa Gembira tanpa
iringan muzik sambil melakukan pergerakkan berdasarkan aksi-aksi yang diubah oleh
guru. Guru juga perlu mengambil kira aspek-aspek seperti mewujudkan ekspresi dan mud
gembira dan ceria, tempo dan melodi semasa menyanyi bersama-sama murid.
MUZK3113 AKTIVTI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH

LAMPIRAN

Lampiran 1: Contoh video yang ditunjukkan kepada murid (Lagu Eency Weency Spider)

Lampiran 2: Contoh video yang ditunjukkan kepada murid (Lagu Row Row Row Your
Boat)
MUZK3113 AKTIVTI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH

Lampiran 3: Lirik lagu Senaman Si Tommy

Lampiran 4: Lirik lagu Kalau Rasa Gembira

Anda mungkin juga menyukai