Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEKOLAH SMK Convent GURU Noor Irdina Yusra


Taiping bt Nortaza
TARIKH / HARI / 19 Selasa 6 KELAS Tingkatan 3
MINGGU September Mawar / 3
2022 Cempaka
KEHADIRAN 17/17
MURID
SUBJEK Pendidikan Muzik MASA 10:00 AM –
11:00 AM
TAJUK Penghasilan Ton dalam Nyanyian
BIDANG Bidang Ensembel Nyanyian
PEMBELAJARAN
STANDARD 1.1 Bernyanyi Secara Ensembel.
KANDUNGAN
STANDARD Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar dapat;
PEMBELAJARAN 1.1.1 Bernyanyi lagu dua lapisan suara dengan:
i) pic yang betul
ii) dinamik yang betul
iii) tempo yang betul

PENGETAHUAN Pelajar sudah mempelajari jenis not dan tanda rehat semibref,
SEDIA ADA minim, krocet dan kuaver.

PAK21 Komunikasi dan kolaboratif.


BAHAN BANTU Papan putih, notasi muzik, alat tulis dan kibod.
MENGAJAR
KAEDAH Kaedah Pembelajaran Koperatif
PENGAJARAN
OBJEKTIF Di akhir PdPc, pelajar dapat;
PENGAJARAN i) Menyanyi menggunakan pic yang betul.
ii) Menggunakan dinamik yang betul semasa beryanyi.
iii) Mengikut tempo yang betul semasa bernyanyi.
STANDARD Pelajar dapat;
PENCAPAIAN i) Membunyikan pic yang betul semasa bernyanyi.
ii) Menyanyikan lagu menggunakan dinamik.
iii) Mengira tempo semasa bernyanyi.
HASIL Pelajar dapat;
PEMBELAJARAN i) Menggunakan pic yang betul semasa bernyanyi.
ii) Menghasilkan dinamik yang betul semasa bernyanyi.
Menyanyi menggunakan tempo yang betul.
ELEMEN Matematik;
MERENTAS Mengira tempo semasa bernyanyi.
KURIKULUM
(EMK)
KAEDAH  Penerangan: Guru membuat penerangan cara bernyanyi
MENGAJAR menggunakan pic, tempo dan dinamik yang betul.
 Perbincangan: Pelajar dikehendaki menyanyikan lagu yang
diberikan oleh guru menggunakan pic, tempo dan dinamik
yang betul.
PENGURUSAN i) Guru perlu memastikan keadaan bilik darjah, bahan dan
BILIK DARJAH alatan pengajaran adalah terkawal.
ii) Sebelum pengajaran dimulakan, guru akan memberi peluang
kepada pelajar untuk bertanya sekiranya terdapat sebarang
soalan tentang pelajaran lepas.
iii) Guru akan bertanya kepada murid secara rawak tentang
kefahaman mereka berdasarkan demonstrasi yang diberikan.
iv) Guru perlu memastikan wujud interaksi antara pelajar.
PENGURUSAN Masa yang diberikan akan digunakan dengan baik. Kelas akan tamat
MASA pada masa yang ditetapkan mengikut rancangan pengajaran
PENGAJARAN (10.00AM – 11.00AM).
KAEDAH Terdapat 1 aspek yang akan dinilai melalui muzik kanon.
PENILAIAN Pemerhatian:
 Guru akan memilih beberapa orang murid untuk
menyanyikan lagu menggunakan pic, tempo dan dinamik.
KEMAHIRAN Pelajar dapat;
YANG DIPELAJARI i) Menyanyi menggunakan pic yang betul.
OLEH MURID ii) Menghasilkan dinamik yang betul semasa bernyanyi.
iii) Menggunakan tempo yang betul semasa bernyanyi.
MURID Tiada
BERKEPERLUAN
KHAS
(jika ada)
AKTIVITI
PEMBELAJARAN
DAN Aktiviti Guru Aktiviti Murid
PEMUDAHCARAAN
(PdPc)

Set Induksi  Guru bertanya kepada  Pelajar dikehendaki


(5 minit) pelajar mengenai untuk menjawab soalan
pengetahuan sedia ada guru mengenai not dan
tentang not dan tanda rehat tanda rehat yang telah
yang telah dipelajari. dipelajari secara lisan.
 Guru menerangkan kepada  Pelajar mendengar
murid tentang objektif dengan teliti penerangan
pembelajaran pelajaran guru terhadap objektif
semasa dan meminta pembelajaran.
untuk memberi tumpuan
sepenuhnya.

 Guru menerangkan
Langkah 1  Pelajar fokus terhadap
penghasilan ton dalam
(15 minit) penerangan guru
nyanyian secara asas.
berkaitan penghasilan
 Guru memberi arahan
ton dalam nyanyian.
kepada pelajar apa yang
 Pelajar dikehendaki
mereka perlu fahami
untuk melakukan latihan
terhadap topik yang
pemanasan suara.
dipelajari.
 Seterusnya membuat
 Guru memulakan
latihan nyanyian
pengajaran dengan
mengikut buku teks
membuat latihan
pada halaman 64 dan 65
pemanasan suara.
iaitu Latihan Nyanyian
 Selepas teknik pemanasan
9, 10, 11 dan 12.
suara, guru membuat
latihan mengikut buku
teks halaman 65 dan 65
iaitu Latihan Nyanyian 9,
10, 11 dan 12.

 Selepas latihan pemanasan


Langkah 2  Pelajar dibahagikan
suara dan latihan
(30 minit) kepada dua kumpulan
nyanyian, guru
iaitu Soprano dan Alto.
membahagikan pelajar
 Kumpulan Soprano dan
kepada dua kumpulan iaitu
Alto akan melakukan
Soprano dan Alto.
aktiviti nyanyian iaitu
 Guru akan melakukan menyanyikan lagu
aktiviti nyanyian ‘Can’t Help Falling In
menggunakan lagu ‘Can’t Love’.
Help Falling In Love’.  Pelajar dikehendaki
 Guru akan membuat untuk melakukan
demonstrasi aktiviti aktiviti tersebut dengan
tersebut dan membimbing bimbingan guru.
pelajar dengan  Pelajar akan
menggunakan kibod. menyanyikan lagu
 Guru akan memberi sehingga dapat
bimbingan kepada pelajar menguasai objektif
untuk menyanyikan lagu pembelajaran iaitu
menggunakan pic, tempo menyanyikan lagu
dan dinamik yang betul. menggunakan pic,
tempo dan dinamik yang
betul.

Penutup  Guru memilih beberapa  Pelajar yang dipilih


(10 minit) pelajar untuk dikehendaki untuk
menyanyikan lagu yang menyanyikan lagu yang
telah dipelajari telah dipelajari dengan
menggunakan pic, tempo menggunakan pic,
dan dinamik yang betul. tempo dan dinamik yang
 Guru menambahkan betul.
informasi tentang hasil  Pelajar memberi fokus
pembelajaran pada hari terhadap informasi
tersebut dan membuat tambahan oleh guru
kesimpulan. sebelum kelas berakhir.
NILAI  Bekerjasama
 Beretika
Refleksi

Secara kesimpulannya, PdPc kelas Pendidikan Muzik bagi Tingkatan 3 Mawar dan 3 Cempaka
yang dijalankan telah mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut dan pelajar dapat
memahami serta mempelajari sesuatu yang baharu iaitu penghasilan ton suara yang telah mereka
pelajari di dalam kelas. Walau bagaimanapun, terdapat masalah seperti beberapa pelajar kurang
aktif dan tidak memberi respon semasa guru memberi soalan. Hal ini kerana mereka merasakan
tidak seronok dan kurang berminat terhadap pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan. Tambahan
pula, masa kelas adalah selepas waktu rehat dan cuaca yang hujan menyebabkan mereka kurang
melibatkan diri dalam melakukan aktiviti. Sebagai contoh, semasa guru memberi arahan kepada
pelajar untuk menyanyikan rangkap lagu terdapat beberapa pelajar yang enggan berbuat demikian.

Berdasarkan teori pendidikan yang dapat dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh guru
semasa sesi PdPc yang telah dijalankan adalah teori pembelajaran kognitif. Ia memfokuskan
bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan
dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian
antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Hal ini berkaitan dengan pelajar-
pelajar yang masih tidak mahu memberi kerjasama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Guru harus mengulangi soalan beberapa kali untuk mendapatkan jawapan dari
pelajar. Hal ini bukan sahaja mengambil masa yang lama malah guru juga harus mempercepatkan
pengajaran bagi memastikan objektif pengajaran tercapai pada masa kelas tersebut. Pengajaran
yang dipelajari oleh guru adalah setiap pelajar mempunyai sikap yang berlainan antara satu sama
lain. Oleh itu, matlamat guru dalam mencapai objektif pengajaran haruslah sistematik terutama
dalam memastikan semua pelajar dapat memahami topik yang dipelajari dengan baik. Cadangan
penambahbaikan adalah guru harus memberi fokus yang lebih terhadap penglibatan semua pelajar
di dalam kelas terutama semasa melakukan aktiviti. Hal ini bagi memastikan pelajar dapat faham
dengan baik terhadap pembelajaran yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai