Anda di halaman 1dari 16

Isi Kandungan

Pengenalan

Apa itu Nyanyian Sofla ?

Solfa Isyarat Tangan

Cara Mengendalikan Kelas Nyanyian

Aktiviti untuk mengajar irama


Aktiviti untuk mengajar nyanyian solfa

Masalah Irama

Masalah Pic

Antara Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Pendekatan Dalcrove Dalam Pembelajaran Muzik

14

Rujukan

Pengenalan

Nyanyian adalah merupakan salah satu bidang yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Muzik KBSR dan KSSR. Nyanyian juga adalah salah satu elemen atau bidang muzik
yang amat penting bagi kanak-kanak. Dikebanyakan sekolah, matapelajaran pendidikan muzik
selalunya mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan kanak-kanak. Oleh yang
demikian, keberkesanan guru yang mengendalikan kelas muzik terutamanya bidang nyanyian
dituntut supaya murid sentiasa tertarik minat untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas
nyanyian. Kanak-kanak biasanya mempunyai kecenderungan untuk mempelajari dan memahami
sesuatu dengan cepat dan tepat. Teknik nyanyian yan betul haruslah diajar pada usia yang mudah
kerana ia adalah lebih mudah untuk memupuk kemahiran di kalangan kanak-kanak. Penggunaan
teknik nyanyian serta menyanyi pada notasi yang betul pada usia yang muda dapat membantu
seseorang memperkembangkan kemahiran di masa hadapan.
Terdapat beberapa teknik nyanyian dan teknik vokal yang betul semasa menyanyi. Salah
satu teknik nyanyian yang sering digunakan untuk mengajar kanak-kanak ialah teknik fonasi.
Selain dari teknik nyanyian fonasi, peletakan suara juga adalah sesuatu yang harus dipelajari
oleh kanak-kanak. Biasanya sebelum kanak-kanak disuruh menyanyi sesebuah lagu, lagu
tersebut hendaklah terlebih dahulu diperkenalkan kepada kanak-kanak. Ini amat penting supaya
kanak-kanak dapat menguasai lagu tersebut sebelum menyanyikan lagu yang dipelajari dengan
betul dari segi teknik nyanyian yang betul, seperti intonasi, sebutan, ekspresi, dinamik dan
sebagainya. Selain daripada teknik-teknik nyanyian dan vokal, guru seharusnya menyelitkan
unsur didik hibur dalam pengajaran mereka supaya murid tidak merasa bosan dan hilang minat
terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.
Tugasan ini, akan membincangkan bagaimana latihan nyanyian solfa dan menepuk irama
dapat diaplikasikan untuk membantu murid-muird memahami kedudukan pic lagu. Menerangkan
teknik baris demi baris dalam memperkenalkan lagu baru kepada murid-murid, cadangan aktiviti
improvisasi dan aktiviti soal jawab berdasarkan lagu yang diberi.

Apa itu Nyanyian Sofla ?


Dalam muzik, solfa merupakan satu teknik nyanyian menggunakan suku kata mengikut pic
tertentu. Tangga solfa menaik mengikut turutan 1 oktaf ialah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do'.

a) Susunan Solfa secara Menaik (DO, RE, MI, FA, SO, LA, TI, DO).

b) Susunan Solfa secara Menurun (DO, TI, LA, SO, FA, MI, RE, DO)
2

SOLFA ISYARAT TANGAN


Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari do baw ah yang berada
di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga do
atas yang terletak di paras kepala.
Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :

Cara Mengendalikan Kelas Nyanyian


Saya akan menggalakkan murid duduk atau berdiri dalam bulatan supaya pengajaran saya dapat
dilihat oleh semua murid. Saya akan berdiri di satu sudut bulatan dan murid-murid dikehendaki
duduk atau berdiri di sekeliling saya. Murid yang bermasalah akan berada di sebelah kiri dan
kanan saya. Dengan cara ini memudahkan saya untuk mengawal dan memberi perhatian kepada
murid yang lemah. Kedudukan ini boleh digunakan untuk mengajar pelbagai teknik nyanyian
seperti teknik pernafasan, sebutan perkataan dalam lirik lagu secara baris demi baris
memudahkan mereka untuk menghafal lagu atau memperkenalkan lagu secara keseluruhan.

Cara-cara lain yang digunakan adalah seperti kaedah kumpulan dan rakan sebaya. Contohnya
murid dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan menepuk corak irama lagu dan satu
kumpulan lagi menyanyikan lagu tersebut dengan pic dan melodi yang betul dan diiringi oleh
kibod. Setiap kumpulan diletakkan murid yang lebih cemerlang untuk membantu rakan-rakan
lain. Murid-murid akan cepat belajar dengan cara ini kerana mereka akan memerhati sesama
rakan-rakan.
(i)

Aktiviti untuk mengajar irama


Teknik Eurhythmics yang diperkenalkan oleh Dalcroze adalah sesuai dan berkesan
untuk mengajar irama kepada murid orang asli. Dalam teknik ini, pergerakan
digunakan untuk mempelajari elemen-elemen muzik seperti dinamik, kelajuan iaitu
tempo dan sebagainya. Untuk aktiviti ini , murid akan menepuk tangan berdasarkan
corak irama yang ditunjukkan seperti di bawah. Kemudian apabila murid sudah
selesa dengan corak irama ini, saya akan menyuruh murid menepuk dengan pelbagai
tempo.

Contoh Irama untuk aktiviti Eurhythmics yang digunakan :

(ii)

Aktiviti untuk mengajar nyanyian solfa


4

Untuk mengajar not-not dalam sesebuah lagu kaedah nyanyian solfa adalah amat
berkesan untuk murid Tahap Satu. Skor di bawah adalah sebuah contoh aktiviti
nyanyian solfa yang boleh digunakan untuk mengajar lagu lenggang kangkung.
Dengan cara ini murid akan dapat mengenali dan menghafal pic untuk setiap solfa.
Contoh Nyanyian Solfa :

Masalah Irama
5

Pertama mulakan latihan dengan menepuk irama yang mudah seperti irama yang hanya
menggunakan not-not krocet. Kemudian teruskan aktiviti ini dengan menerapkan beberapa not
yang mempunyai nilai kuaver. Pastikan anda memulakan dengan tempo yang perlahan dahulu.
Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dijalankan untuk murid-murid yang mempunyai
masalah irama.
Pilih sebuah lagu yang mempunyai corak irama yang mudah.
Sebelum memulakan kelas, perkenalkan lirik lagu kepada murid-murid dengan menepuk
corak irama.
Murid-murid kemudian dikehendaki untuk meniru gaya guru dan mengulangi frasa yang
telah diberikan oleh guru.
Selepas semua murid dapat melafazkan lirik lagu dalam irama yang betul, tepuk irama
lagu tersebut tanpa menyanyikan melodinya.
Pastikan murid menepuk pada irama yang betul. Teruskan dengan tempo yang betul dan
menepuk serta melafazkan lirik lagu secara serentak.
Latihan ini adlah penting kerana ia memberi penekanan kepada koordinasi murid.

Contoh lagu Lenggang Kangkung untuk latihan irama :

Masalah Pic
6

Murid-murid biasanya akan mempunyai masalah dengan pic lagu jika lagu tersebut berada di
luar tessitura suara mereka ataupun lagu tersebut mempunyai renj suara yang sangat luas.
Tetapi terdapat juga murid yang mempunyai masalah pic dengan lagu yang mudah. Ini adalah
kerana mereka tidat dapat membezakan antara bunyi pic yang dimainkan atau dinyanyikan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menyelesaikan masalah pic :
Perkenalkan lagu yang mempunyai jeda yang lebih kecil dahulu.
Bagi pelajar yang tidak mengenal notasi gunakan istilah menaik dan menurun untuk
menerangkan perubahan pic.
Gambarkan sesuatu dengan pergerakan, contohnya not tinggi berdiri dan not rendah
duduk.
Anda juga boleh memainkan not-not dengan kibod dan menyuruh pelajar mengenalpasti
not tinggi dan rendah.
Anda boleh menggunakan isyarat tangan solfa untuk menunjukkan perbezaaan not.

ANTARA KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

1 Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. Gordon juga
mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada
pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik
diperkenalkan.
2. Emile Jacques Dalcroze banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam
kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik.
Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic merupakan pendekatan
Dalcroze.
3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzikal. Satu
unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik direka atau
dipilih khas untuk pendidikan muzik.

Imitasi (Mengajuk Balik) Perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan


menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan seperti aktiviti bertepuk tangan,

petik jari dan sebagainya.


Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal

dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.


Improvisasi- Belajar dari asas ton. Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
Creation (Mencipta) - Penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.
Literasi Menulis dan membaca nota muzik.

4. Zoltan Kodaly telah merancang satu program muzik secara berperingkat atau sequential
dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan
permainan alat muzik. Beliau menekankan aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari
peringkat awal. Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangan nada
pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik). John
Spencer Curwen dari England mencipta isyarat-isyarat tangan untuk mengiringi suku kata solfa
(do re mi).

5. Pendekatan Shinuci Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzuki menamakan
kaedahnya talent education atau pendekatan bakat. Pendekatan Suzuki melibatkan ibu
bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu.

PENDEKATAN DALCROZE DALAM PEMBELAJARAN MUZIK


Emile Jaques-Dalcroze (18651950) seorang pendidik muzik berbangsa Swiss. Beliau adalah
seorang profesor muzik yang berkaliber, yang telah bertugas di Konservatori Muzik Geneva
Switzerland. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Harmoni, Solfege dan Komposisi.
9

Sebagai pendidik muzik, beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan atau inovasi kepada
pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan
amali dan bukan semata-mata secara teori. Beliau berpendapat bahawa latih- tubi pendengaran
(aural training) adalah perkara terpenting kepada seseorang pelajar muzik.
Semasa beliau menjalankan kajiannya dengan sekumpulan pelajar muzik, beliau mendapati
merek sentiasa menyanyi sambil menggerakkan sebahagian daripada anggota badan mereka
seperti menggerakkan tangan atau kaki, mengangguk-anggukkan kepala atau mengayunkan
badan. Semua pergerakan itu berlaku secara spontan. Oleh yang demikian, hasil daripada
pemerhatian tersebut, beliau berpendapat hasil nyanyian adalah lebih berkesan dengan
melakukan pergerakan.
Setelah memerhatikan pula gaya dan cara pelajar-pelajarnya berjalan di dalam kampus, beliau
percaya bahawa irama badan, gerak geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh
manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan
muzik.
Seterusnya hasil kajian beliau melalui eksperimentasi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik
telah membawa kepada kesan yang positif. Beliau mendapati tahap pembelajaran dan kefahaman
berkaitan dengan elemen muzik atau unsur muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan
lain-lain telah meningkat di kalangan pelajar-pelajarnya dan menjadi bertambah baik melalui
aktiviti gerakan dengan muzik (music and movement). Ini membuktikan bahawa terdapat pelajar
atau kanak-kanak yang cerdas dalam kinestetik dan kecerdasan ini dapat dimanipulasikan untuk
pemahaman sesuatu pembelajaran. Dengan yang demikian beliau berpendapat cara terbaik bagi
kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing).

10

Kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. Pelbagai


analog pergerakan digunakan untuk konsep muzikal, untuk membangunkan rasa bersepadu dan
semulajadi bagi ungkapan muzik. Mengubah badan kepada instrumen muzik diperkemaskan,
Dalcroze berpendapat, jalan terbaik untuk menjana asas yang kukuh, muzik bertenaga. Dalcroze
berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu. Gaya seseorang berjalan,
irama badan, gerak-geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh manusia menjadi
sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik.
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan
muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses
penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta
penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak
berumur 1-3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan orang dewasa.
Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan
seumpamanya.
Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginankeinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenal pasti 9 keinginan kanak-kanak
iaitu...
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)
viii)
ix)

Untuk bergerak.
Berjaya dan diperkenalkan.
Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat.
Untuk bersaing.
Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.
Untuk mengembara.
Memperoleh kepuasan kreativiti.
Melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama.
Untuk mengetahui.

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam


teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari
7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu, muzik dengan gerakan adalah

11

elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas
pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.
Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana
tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya
mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk
membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik. Berbagai
usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami
muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.
Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah
elemen utama dalam muzik. Terdapat tiga komponen asas Dalcroze iaitu Euritmik, Solfege dan
Improvisasi.
a) Euritmik
Euritmik ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik
atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada
seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi.
Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting
yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan menganalisis bunyi,
muzik dan perasaan. Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan
seterusnya ditukar kepada sumber muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan
imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak
isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vokal seperti nyanyian atau muzik
instrumental (muzik tanpa nyanyian). Ia juga memerlukan penglibatan diri individu
secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara
total di mana individu perlu mendengar, merasai, berimaginasi, mengintrepetasi bunyi,
bertindak/respon/bergerak serta perlu membayangkan maksudnya secara luaran

12

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep atau
unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan
seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh
menghasilkan satu bentuk kreografi.
b) Solfage
Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan
kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman dapat mempertingkatkan
daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya
melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor
seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.
c) Improvisasi
Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya, postur dan gerak
isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan
elemen yang mengeluarkan ritma (ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm).
Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh
kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan iaitu:1)

Pergerakan Setempat - tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin),

2)

membongkok, bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.


Pergerakan di ruang udara - berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur, melompat
bergelop, merangkak dan seterusnya.

Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada iaitu penumpuan, konsentrasi, mengingati,
menghasilkan semula, menukar dan automate. Kemahiran ini diajar melalui pergerakan fizikal
yang melibatkan pendengaran, tangan/suara, penglihatan dan pemikiran. Terdapat empat
langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:1. Preparation - Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu dijauhkan dari dada dalam
tempo, detik sepanjang proses menarik nafas.
2. Attack - Menghembus nafas (strike kedua belah tangan).
13

3. Prolongation - Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.


4. Kembali kepada preparation - Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula
Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964) yang
menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara atau mod pengajaran iaitu..
i)
ii)
iii)

Mod Enaktif - melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya.


Mod Ikonik - melalui penggunaan symbol grafik gambar atau lukisan.
Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik

Kanak-kanak menerima implikasi positif yang lebih banyak dalam penggunaan kaedah ini. Ini
disebabkan oleh, kaedah ini secara tidak langsung dapat meransang aspek perkembangan kanakkanak selain dapat memberikan kesan terhadap kefahaman ritma dan improvisasi melalui
pergerakan dalam aktiviti muzik.
Aktiviti yang dijalankan mencakupi aspek fizikal, emosi, pendengaran, minda, kreativiti dan
sosial kanak-kanak. Menurut Halberstadt et.al (2001), mengatakan bahawa petunjuk pertama
mengenai emosi apabila kita mula merasai suatu perasaan dalam diri. Melalui perasaan atau
emosi yang wujud ianya akan berkembang kepada aspek yang lain seperti mengekspresikan
emosi melalui mimik muka dan suara.
Menurut Susanne dan Rosemary (2003), menyatakan bahawa dalam mengekspresikan emosi
boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan, dimana dalam falsafah Dalcroze, ekspresi diri juga
amat dititiberatkan. Dalam melakukan pergerakan, minda kanak-kanak akan teransang untuk
berfikir mencari pergerakan kreatif yang sesuai dengan muzik yang didengar dan meluahkan apa
yang difikir bersama-sama kanak-kanak yang lain. Kesemua aspek perkembangan kanak-kanak
saling berkait rapat antara satu sama lain melalui satu aktiviti fizika

RUJUKAN
https://www.google.com/#q=kelebihan+pendekatan+dalcroze
http://mzu3111.blogspot.com/2009/11/dalcroze-powerpoint.html
14

https://www.academia.edu/5771650/APLIKASI_KAEDAH_EURHYTHMICS_DALCROZE_B
AGI_MEMBANTU_KEFAHAMAN_KANAKKANAK_TADIKA_MENGENAI_RITMA_DAN_IMPROVISASI_MELALUI_AKTIVITI_GE
RAKAN_MUZIK
https://www.academia.edu/8339659/ASAIMEN_MUZIK_PRM3102
http://www.slideshare.net/noorulizzah/kodaly-14139253
http://cikgu-yati.blogspot.com/2012/12/kaedah-kodaly-dalam-pembelajaran-muzik.html
https://www.scribd.com/doc/175914676/Pengenalan-Muzik-Tentang-Kodaly-Orff-dan-Dalcroze
http://music-wawa.blogspot.com/p/info-muzik.html

15

Anda mungkin juga menyukai