Anda di halaman 1dari 7

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II MZU3091

BAHAGIAN B (PENULISAN AKADEMIK 100%)


1.0.

Pengenalan Aural dan Nyanyian Semerta II


Aural dan Nyanyian Semerta II merupakan satu kemahiran tambahan kepada guru

muzik. Kemahiran ini membantu guru muzik dalam mengendalikan aktiviti muzikal di dalam
bilik darjah. Aktiviti muzikal yang menarik dan kreatif akan membentuk insan yang beriman,
berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Guru muzik yang mempunyai
kemahiran diri yang tinggi dan keyakinan diri yang baik akan menjadi seorang guru muzik
yang efektif.
Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara mental iaitu
secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa
menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta dan latihan pendengaran merupakan
antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pemuzik ini.

Nada

Suara

Irama
Komponen
Asas Dalam
Nyanyian

Sebutan

Pernafasan

Rajah 1 : Komponen Asas Dalam Aural dan Nyanyian

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II MZU3091

Irama
Ekspresi

Melodi
Warna
Ton

Tekstur

Konsep Muzik
Dalam Aural
& Nyanyian
Semerta

Harmoni

Bentuk

Rajah 2 : Konsep Muzik yang Berkaitan dalam Aural dan Nyanyian Semerta

Aural

Fizikal

Daya Ingatan

Lagu
Sebagai
Sumber
Utama

Persembahan
Muzikal

Interaksi

Verbal

Komunikasi

Rajah 3 : Pembahagian Lagu Sebagai Sumber Utama

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II MZU3091

2.0.

Aspek-aspek teori muzik yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum bernyanyi
nyanyian semerta.
Aural dan Nyanyian Semerta merangkumi pelbagai aspek teori khususnya dalam

nyanyian semerta. Pelajar seharusnya peka terhadap beberapa aspek teori muzik sebelum
bernyanyi nyanyian semerta. Antara aspek-aspek teori tersebut adalah nada, irama,
pernafasan, sebutan dan suara. Nada dimaksudkan atau dikaitkan dengan pic kerana
lontaran suara pelajar dalam pelbagai nada memainkan peranan yang penting dalam
nyanyian semerta. Nyanyian semerta oleh pelajar perlu menepati nada yang bersesuaian
dan tepat picnya. Jika tidak, nyanyian semerta pelajar akan menjadi sumbang.

Keduanya, pelajar juga perlu mengetahui irama keratan lagu yang akan dinyanyikan
sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Setiap keratan lagu mempunyai irama atau detik yang
tersendiri. Oleh itu, wajar untuk pelajar memahami dan mempelajari teori muzik tentang
kepelbagaian irama. Kefahaman tentang irama dapat membantu pelajar untuk mendapatkan
corak irama yang betul dengan setiap nilai not yang terdapat dalam sesebuah keratan lagu.
Sebelum bernyanyi nyanyian semerta pelajar dapat membayangkan detik irama secara
penghafazan. Kefahaman tentang nilai-nilai not dan tanda rehat secara pembelajaran aspek
teori muzik sangat mempengaruhi nyanyian semerta seseorang penyanyi atau pelajar
muzik. Misalnya, pelajar perlu mengetahui carta nilai not seperti di bawah :

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II MZU3091


Seterusnya, pelajar juga perlu mengetahui aspek pernafasan sebelum bernyanyi
nyanyian semerta. Kebanyakan pendidik muzik atau guru-guru vokal akan memberi
penekanan

yang

lebih

utama

terhadap

pernafasan

dalam

nyanyian

kerana

ini

mempengaruhi penghasilan suara dan nyanyian yang lebih jelas dan tepat picnya.
Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian
semerta juga, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi
menghasilkan ton yang lebih resonan.
Dalam nyanyian semerta juga, pelajar seharusnya perlu mengetahui sebutan bunyi
vokal dan konsonan yang tepat dan jelas. Untuk menghasilakan pengeluaran ton yang baik
ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting, iaitu tenaga, intensity, kekuatan bunyi dan
harakat (panjang dan pendek). Pernafasan dan bentuk mulut akan mengahasilkan sebutan
yang jelas, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsosnan pada permulaan dan akhir
sesuatu perkataan perlu ditekankan. Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal adalah seperti
berikut :

Latihan mengikut solfege juga mempengaruhi nyanyian semerta seseorang pelajar.


Jadi, wajarlah kepada seseorang pelajar untuk bersedia lebih awal dengan aspek teori dari
segi solfege supaya nyanyian semertanya menepati melodi dan pic yang tepat. Contoh
latihan solfege tangan adalah seperti berikut :

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II MZU3091

Secara keseluruhannya, muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi
setiap insan. Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara
mental iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah
digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta merupakan antara
beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pendidik muzik. Kefahaman
tentang aspek-aspek teori muzik akan membantu untuk melahirkan seorang pemuzik yang
baik dan handal.

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II MZU3091


3.0.

Bincangkan persediaan umum yang perlu dibuat sebelum membaca dan


menyanyikan nyanyian secara semerta.
Nyanyian semerta merupakan satu elemen yang penting dalam bidang nyanyian.

Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan melaui nyanyian
kita dapat mempelajari dan memperluaskan budaya serta memahami perasaan dan budaya
sesebuah masyarakat. Nyanyian dapat memperkayakan imaginasi seseorang individu,
mempertingkatkan

daya

pemikiran,

memberikan

keseronokan

dan

kegembiraan,

memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan, memperbaiki kesihatan melalui
latihan pernafasan yang betul, membina keyakinan diri dan seterusnya dapat memberi
kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.
Oleh itu, wajarlah seseorang untuk membuat beberapa persediaan dalam nyanyian
sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta. Pertama sekali, kita perlu
mengenal pasti beberapa prinsip dan peraturan yang penting dalam latihan nyanyian. Bukan
itu sahaja malah kita perlu mempraktiskan peraturan tersebut dalam latihan nyanyian
semerta. Antaranya adalah sentiasa bersikap positif dan menganggap latihan nyanyian
sebagai satu tugasan yang menyeronokkan serta memberi fokus kepada konsep warna ton
yang ekspresif, bermutu dan ringan.
Latihan secara pendengaran dalaman boleh dilakuakan sebagai salah satu
persediaan sebelum menyanyikan nyanyian secara semerta. Kaedah ini juga lebih dikenali
sebagai latihan pengahfazan yang melibatkan inner hearing atau inner singing.
Keupayaan ini sangat penting dalam nyanyian mahupun permainan muzikal kepada
seseorang penyanyi.
Seterusnya, latihan solfege juga boleh dilakukan untuk mendapatkan melodi dan pic
yang tepat. Latihan solfa merupakan gabungan pengajaran secara hafalan not dan bacaan
notasi dengan menggunakan simbol seperti do re mi fa so la ti do digunakan sebagai
sebutan pic. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran
secara solfa. Kedua-dua sebutan simbol dan isyarat tangan membantu perkembangan
pendengaran dalaman sambil melihat notasi muzik.
Sebelum menyanyikan keratan lagu yang disediakan untuk nyanyian semerta kita
perlu memberi perhatian terhadap keseluruhan skor muzik terlebih dahulu. Kita perlu
mengenal pasti tanda nada, tanada masa, tanda kromat dan corak irama keratan lagu yang
telah diterima terlebih dahulu. Selepas itu, secara perlahan-lahan membuat latihan
penghafazan dalaman dalam tempo masa yang diberikan. Latihan corak irama juga

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II MZU3091


merupakan salah satu persediaan yang boleh dibuat sebelum bernyanyi nyanyian semerta.
Penyanyi boleh berlatih dengan tepuk corak irama dengan keadah Kodaly atau sebutan
corak irama mengikut tempohya.
Nyanyian semerta juga mempengaruhi persediaan dari segi pengahasilan warna ton.
Penyanyi seharusnya perlu melakukan latihan pernafasan atau pengahsilan ton sebelum
membuat nyanyian semerta. Latihan penghasilan ton ini dapat membantu untuk pernafasan
yang baik serta sebutan suara yang jelas semasa nyanyian. Postur juga sangat
mempengaruhi persediaan bernyanyai nyanyian semerta kita. Pengurusan postur badan kita
sama ada berdiri atau duduk mempengaruhi cara pernafasan seseorang penyanyi. Oleh itu,
kita perlu berada dalam keadaan postur badan yang sesuai sebelum menyanyikan nyanyian
secara semerta.
Secara keseluruhannya, persediaan umum yang telah dijelaskan di atas akan
membantu seseorang untuk membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta. Latihan
dan persediaan yang rapi akan melahirkan penyanyi yang baik.

Anda mungkin juga menyukai