Anda di halaman 1dari 17

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Tajuk 8
8.0

Ensembel Alat Perkusi

Sinopsis
Dalam tajuk ini, anda dikehendaki mempelajari alat perkusi berpic dan tidak berpic.
Pengenalan kepada alat perkusi berpic dan tidak berpic,memainkan lagu mudah
dengan menggunakan alat perkusi yang berpic. seterusnya anda diperkenalkan pula
kepada alat-alat perkusi yang tidak berpic. Akhir sekali anda akan mengabungkan
ensembel alat perkusi dan tidak berpic dalam satu ensembel perkusi.

8.1

Hasil Pembelajaran
1.

Mempraktikkan kemahiran bermain alat-alat perkusi berpic

2.

Mempraktikkan kemahiran dan teknik bermain alat-alat perkusi yang tidak


berpic.

3.

Mengaplikasikan serta menggabungkan alat-alat perkusi berpic dan tidak


berpic dalam satu ensembel.

4.

Boleh mengklasifikasikan alat muzik mengikut sistem Sachs dan Hornbostel.

MZU3119

8.2

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Kerangka Tajuk

Xylophone
BERPIC

Marimba
Caklempong
Gamelan
Kastenet
Cymbals

ALAT
PERKUSI

Kayu Tik-Tok
Kerencing
Tamborin
TIDAK
BERPIC

Marakas
Loceng
Drum
Samping
Drum Tenor
Drum Bes
Sleigh Bell
Cowbells

8.3

Pengenalan kepada alat perkusi


Menurut Wikipedia alat perkusi bermaksud :
A percussion instrument is any object which produces a sound by being hit with an
implement, shaken, rubbed, scraped, or by any other action which sets the object
into vibration. The term usually applies to an object used in a rhythmic context or with
musical, (Wilkipedia)
Alat perkusi adalah daripada apa sahaja bahan yang menghasilkan bunyi apabila
diketuk.digoncang, dikikis, digetarkan pada permukaannya atau apa sahaja aksi
permainan dilakukan pada alat perkusi tersebut yang boleh menghasilkan bunyi.

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Istilah yang digunakan dikaitkan dengan irama

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai dengan muridmurid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik
melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan
praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan mermainkan corak irama yang
dipelajari.
Disamping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi
gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang
meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel
memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin dan rasa tanggungjawab. Oleh
yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan
alat perkusi.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan dengan teknik yang betul agar menghasilkan
bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik permainan yang betul
memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan
cara memegang dan cara memainkannya mengikut teknik yang standard

agar

murid dapat membina kebiasaan yang baik.

8.3.1

Klasifikasi Alat Muzik

Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik


berdasarkan ciri-ciri tertentu. Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat
diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik
tersebut. Antara bahan tersebut ialah logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu,
buluh dan kayu. Tamadun India purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut
klasifikasi gong / simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup.
Digunakan khusus bagi alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat iaitu
percussions, strings, brass dan woodwind.

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Percussions / perkusi
Alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan.
Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis dram, simbal, kerincing,
tamborin dan lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon,
glokenspil dan bellyre.
Strings / alat muzik bertali
Digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola,
violoncello, double bass, harps dan lain-lain.
Brass
Klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam.
Contoh brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausafon.
Woodwind
Alat muzik tiupan yang pada masa dahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan
alat ini menggunakan reed bagi menghasilkan bunyi. Reed dibuat daripada buluh
yang diraut nipis. Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo,
oboe dan basun. Terdapat juga alat muzik woodwind yang dibuat daripada logam,
plastik dan bahan gentian kaca.

Klasifikasi Sachs - Hornbostel


Klasifikasi ini diperkenalkan oleh Curts Sachs dan Eric Von Hornbostel pada 1914.
Ia bertujuan mengklasifikasikan pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang
tidak termasuk dalam klasifikasi alat muzik orkestra barat.
Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan kasifikasi yang
terdapat dalam kitab catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordofon,
Membranofon dan Erofon.
Idiofon
Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk
dalam klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan,
goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah
4

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

gong, saron (gamelan) bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang,


kertuk dan lain-lain..
Erofon
Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai
dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.
Kordofon
Alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharangi.
Membranofon
Mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat
muzik yang diperbuat daripada kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang,
kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.
Elektrofon
Alat muzik yang menggunakan elektrik. Pembesaran suara penggunaan litar-litar
elektronik bagi tujuan mengubah bunyinya.
Sebagai contoh : Gitar elektrik, kibod, digital piano.

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II


Alat-Alat Pemukul atau Mallets

Alat-Alat Perkusi Berpic


Mempunyai pic yang tetap definite pitch atau standard pitch
Memainkan melodi dan harmoni lagu
Boleh memainkan skel
Contoh-Contoh Alat Muzik Perkusi

Anda dikehendaki menguasai kemahiran


memainkan skel C dan G Major dalam tajuk ini.

Xylophone
Alatmuzik pertama dimasukkan dlm.orkestra
Kepingan kayu, pelbagai saiz dan panjangnya.
Mempunyai resonator di bawah

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Menghasilkan bunyi yang keras, tajam dan bunyi pendek


Dimainkan dengan mallet
Marimba

Seperti Xylophone mempunyai 4 oktaf


Bunyi 1 oktaf rendah drpd.xylophone
Kayu rosewood, nipis panjang dan lebar
Bahagian resonan sangat penting
Menghasilkan bunyi yg.dalam
Cara bermain sama dgn.xylophone dan 2 mallet digunakan dlm.satu tangan supaya
senang menghasilkan bunyi berterusan
Digunakan dalam orkestra sejak 1950

Glokenspeil

Alat perkusi berpic


Tiun mengikut skel diatonik
Bunyi dihasilkan dengan memukul kepingan besi dengan mallet kayu atau
plastik
Seperti piano dan nama not ada ditulis

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Vibraphone

Dicipta di Amerika
Kepingan besi, satu-satunya alat mallet yg.dpt.menghasilkan vibrato atau
tremolo menggunakan kipas elektrik di atas tiub resonan
Kepingan disusun seperti kibod
Boleh dimainkan motor dipasang atau dipadam tetapi bunyi sustain agak
kurang
Had kelajuan motor tersebut menentukan cepat atau lambat vibrato
Ada foot-pedal utk.sustai / dampen
Terdapat 3 saiz-keci, sederhana & besar

Cak Lempong

Berasal dari Negeri Sembilan, masyarakat Minamgkabau


Dibuat daripada logam
Dimainkan dengan kayu pemukul
Dimainkan semasa pencak silat, tarian Inai dan Randai
Boleh memainkan melodi dan harmoni lagu.

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Alat Muzik Tidak Berpic


Hanya bunyi tertentu sahaja
Memainkan irama lagu
Tidak dapat memainkan melodi atau harmoni

Chimes
Chimes adalah alat muzik perkusi yang diperbuat daripada tembaga
Tiub-tiub tembaga yang pelbagai ukuran digantung pada kayu atau besi
Mallet belulang digunakan untuk memainkan bunyi lembut / mallet besi gunakan
untuk bunyi nyaring

Cymbals
Tembaga yang berbentuk bulat dan cembung di tengah
Pelbagai saiz; contoh. 10 14 inci, 15-18 inci
Terdapat pelbagai jenis simbal untuk.pelbagai jenis muzik cth; Crash, ride, dan
splash yang digantung
Ada yang digantung

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Triangle (Kerincing)

Sudah lama digunakan dalam orkestra


Berasal dari Turkey
Penting dalam opera
Logam yang dibengkok berbentuk segi tiga
Pelbagai jenis dan saiz
Dipukul dengan pemukul logam
Saiz; 6, 8 & 10 inci
Boleh dimain secara lembut dan kuat
Bunyi berdering

Cowbells

Digunakan di Eropah
Pelbagai saiz dan ukuran 3-10 inci utk.tujuan muzik tertentu
Dibuat daripada logam
Banyak digunakan di Amerika Latin di mana mereka menari dengan orkestra.

10

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Sleigh Bells

Dimainkan untuk muzik percutian / bunyi loceng kuda


Juga dipanggil jingle bells
Merupakan buah loceng yg.berbiji di dalam
Loceng bulat dan terbuka di tepi supaya dapat mengeluarkan bunyi
Dipasang pada kulit dan disusun pada kayu

Wood Block

Kayu keras bersegi empat


Menghasilkan bunyi yang mendalam (penetrating, dry sound)
3 4 saiz dalam.pic yg.berbeza
Boleh dimainkan dgn.pelbagai jenis pemukul; kayu, plasti atau getah

11

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Kayu Tik-Tok

Kayu keras berbentuk bulat serta berlubang di kiri dan kanan


Menghasilkan bunyi yang mendalam (penetrating, dry sound) seperti Wood Block
3 4 saiz dalam pic yg.berbeza pada kiri dan kanan kayu
Boleh dimainkan dengan pelbagai jenis pemukul; kayu, plasti atau getah

Kastenet
Berasal dari timur tengah ratusan tahun dahulu
Komposer abad 16-17 memasukkan bunyi Kastanets melambangkan negara
Sepanyol
Memberi penekanan kepada irama
Dibuat drpd.kayu keras yg.kecil berbentuk kulit kerang atau shell diikat bersama
atau digosok dengan hujung jari

12

KERINCING

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Contoh teknik bermain beberapa alat muzik perkusi :


Cara bermain Kerincing

Pegang tali kerincing dengan tangan kiri dan pengetuknya


dengan tangan kanan.
Pastikan tangan kiri memegang tali dengan tidak menyentuh kerincing
Terdapat dua cara bermain:
a) Ketuk tepi luar / dalam dengan satu-satu
b) Ketuk tepi dalam sudut atas berlanjutan.
Cara pegang dan bermain Kastenet

Letakkan kastanet di atas tapak tangan kiri.


Getah kastanet disarungkan pada jari tengah

Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan ( satu atau


dua jari)

13

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Cara pegang dan bermain Kayu Tik-Tok

Pegang kayu tik tok dengan tangan kiri dan


pengetuknya dengan tangan kanan.

Ketuk kayu tik tok pada bahagian kiri &


kanannya secara bergilir gilir.

Cara pegang dan bermain Tamborin

Pegang tamborin dengan tangan kiri atau kanan


dan goyang mengikut rentak.

Pegang tamborin dengan tangan kiri dan ketuk tepi


tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan
kanan.

14

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Cara pegang dan bermain Loceng

Pegang loceng dengan tangan kiri atau kanan dan


goncangkan mengikut rentak.

Pegang loceng dengan tangan kiri dan tumbuk tangan kiri


dengan tangan kanan.

Cara pegang dan bermain Simbal

Simbal

Pegang tali pemegang simbal dengan


kedua-dua tangan dan pukul layang
kedua-dua simbal ke atas dan
kebawah
Contoh skor lengkap alat perkusi berpic (Cak Lempong)

15

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Contoh skor perkusi tanpa pic

Gabungan Ensembel Alat Perkusi

16

MZU3119

CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

17

Anda mungkin juga menyukai