Anda di halaman 1dari 3

Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap

Proses Pengajaran dan Pembelajaran




Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan
implikasi teori Behaviorisme terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti yang berikut.

Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara
rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari.
Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid
beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh
mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan.
Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan
gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,
semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru
ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran
matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka
latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur
mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru
bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang
sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang
sukar.

Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi
boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam
situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru
mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam
sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi
dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang
melanda Bandar Acheh.

Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan
bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting
bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini
pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh
ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru
dengan betul maka guru boleh memberikan pujian
kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada
waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan
lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk
memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar
tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru
perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak
berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama
memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu.


Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran
tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal
hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh
mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih
awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid
menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham
tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat
pemulihan terhadap dirinya.


Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika
peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu
tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran,
tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep
pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru
meningkatkan keberkesanan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai