Anda di halaman 1dari 5

Kaitan Teori Pelaziman Operan Skinner Dalam Menyelesaikan Masalah Murid

Tidak
Mahu Menyiapkan Kerja Sekolah.

Pelaziman Operan yang diasaskan oleh Burhus Frederick Skinner atau lebih
dikenali
sebagai B.F. Skinner. Menurut Skinner (1953) dalam kajiannya
menunjukkan pelaziman
operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses
pembelajaran.
Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu
gerakbalas.
Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang
akan berlaku.
Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkahlaku itu diulang
kerana ada
unsur keselesaan atau rasa senang.
Peneguhan dalam pelaziman operan ada dua, iaitu peneguhan positif
dan
peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan
itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan
lagi. Contohnya
bagi masalah kami, pelajar yang tidak menyiapkan tugasan yang
diberi. Guru perlu
memberikan peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Dalam bilik
darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi
dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat
mendorong
pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.

Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah
laku
yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas
ketika memberi
peneguhan. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik
darjah ialah
seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu
tugasan
memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah. Menurut
Brophy (1981),
ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara
ikhlas, memuji
dengan cepat, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji
tingkah laku
yang spesifik dan memuji jawapan atau respons yang spontan.
Bagi kajian intervensi kami, kami telah menggunakan kaedah terapi bercerita.
Melalui
kaedah ini, murid mengalami masalah tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.
Sebagai
seorang guru, sekirannya pelajar tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan, kita perlu
bertanya terlebih dahulu masalah yang mereka hadapi sehingga tidak mampu
menyiapkan
tuagasan tersebut. Guru tidak seharusnya terus menjatuhkan hukuman
ke atas murid
tersebut. Sekirannya murid tersebut tidak memberikan jawapan yang
betul, guru perlu
memberikan peneguhan positif kepada murid tersebut. Contohnya, menegur
dengan baik
jika terdapat kesalahan yang dilakukan dan memberikan kata-kata
pujian yang baik
sekirannya murid dapat menjawab dan menyiapkan tugasan yang diberika

agi situasi di dalam kelas, guru boleh memberikan peneguhan positif kepada
pelajar
yang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Contohnya, Bagus, kamu
pelajar yang
baik kerana berjaya menyiapkan tugasan ini atau Bagus kamu pelajar
cemerlang kerana
berjaya menyiapkan tugasan. Secara tidak langsung, pelajar yang lain juga akan
turut sama
terpengaruh kerana menginginkan kata-kata pujian daripada guru juga.
Peneguhan positif
secara kosisten dapat memupuk sikap dan nilai di dalam diri pelajar. Peneguhan
positif yang
diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi.
Melalui peneguhan positif ini dapat memotivasikan murid-murid serta
dapat
membantu para guru mendisiplin mereka supaya proses pengajaran
dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang
diberikan oleh guru
yang menyebabkan murid untuk mengulangi atau mengurangi sesuatu
tingkah laku .
Mengikut Skinner, sebarang aktiviti yang membawa ganjaran yang tinggi
digunakan untuk
mengukuhkan aktiviti-aktiviti yang membawa ganjaran yang lebih
rendah. Sebagai
contohnya, guru-guru menyedaikan aktiviti kuiz yang menyeronokkan dengan
syarat muridmuridnya menghabiskan semua kerja rumahnya pada waktu rehat di sekolah.
Peneguhan
positif bertujuan untuk memberikan galakan kepada murid-murid untuk
mencapai matlamat
dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh para guru. Manakala peneguhan
negatif pula

untuk mengelakkan gangguan tingkah laku murid yang boleh


menjejaskan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut skinner juga, dalam proses pembelajaran guru-guru akan
menghadapi
pelbagai jenis halangan dan guru-guru boleh mengatasi pelbagai masalah
yang berlaku
dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan teori pelaziman operan ini. Salah
satu halangan
dalam proses pembelajaran adalah murid-murid menghadapi kegagalan dalam
menjalankan
sesuatu tugasan dan guru-guru boleh mengatasi masalah ini dengan
memberikan maklum
balas sebaik sahaja murid menyiapkan tugasan mereka ataupun guru boleh
bersama-sama
murid terus menyemak jawapan bagi latihan yang telah disiapkan oleh murid
serta merta
ketika itu juga.
Konklusinya melalui penggunaan prinsip pelaziman operan ini adalah sebagai
satu
kaedah bagi mengubah tingkah laku seseorang yang dinamakan teknik
modifikasi tingkah
laku atau behaviour modification. Skinner menggunakan modifikasi tingkah
laku ke atas
individu atau terhadap satu kumpulan kecil. Maka dengan adanya komponen
yang kedua ini
maka ianya akan dapat membantu kepada kewujudan teori kaunseling
behaviorisme. Oleh
itu, guru-guru perlu bijak menggunakan peneguhan ini seperti mana yang
disarankan oleh
Teori Peneguhan Skinner. Peneguhan ini digunakan bertujuan sama ada
untuk
meningkatkan prestasi akademik mereka ataupun untuk mengawal tingkah laku
mereka

Anda mungkin juga menyukai