Anda di halaman 1dari 4

1) Senaraikan empat Falsafah Pendidikan Muzik serta nyatakan pandangan tokoh mengenai falsafah-falsfah tersebut.

Terdapat empat Falsafah Pendidikan Muzik . Antaranya naturalisme, idealisme, realisme dan pragmatisme. Menurut Leucipus dan Democritus menjelaskan

ialah falsafah

bahawa

falsafah

naturalisme segala-gala dalam ala mini boleh dikategorikan kepada dua aspek iaitu ruang dan atom dimana ruang dan atom tidak boleh dipecahkan lagi dan teori ini diperkembangkn lagi oleh Thomas Hobbes, Jean Jacques Rosseau dan Herbet Spencer bahawa realiti dunia bukan pada atom mahu pun ruang tetapi tenaga. Dan pada abad ke 20 para saintis menemui kewujudan proton dan atom dan ini sekali gus membuktikan pendapat Spencer. Mengikut pandangan falsafah aliran naturalisme ini, cara yang terbaik hidup di dunia adalah dengan mendekatkan diri dengan alam. Sifat semulajadi manusia adalah bersederhana dan baik dan sekiranya bertentangan adalah berpunca daripada masyarakat. Menurut mereka alam memberi perkara yang baik dan malapetaka adalah disebabkan oleh salah guna alam. Pandangan asas mengenai falsafah naturalisme ini ialah, alam boleh dikenali dengan pancaindera manusia dan ilmu sains merupakan deria manusia yang canggih dan dengan demikian mereka yakin pada kaedah saintifik. Falsafah yang kedua pula merupakan falsafah idealisme dan falsafah ini dibentangkan oleh tokoh ilmuwan terkenal iaitu Socrates dan seterusnya turut dibentangkan oleh Plato. Menurut Plato, Saya fikir, oleh itu saya wujud, segala realiti adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran manusia. Ini bermakna bahawa kewujudan objek-objek fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang timbul dalam fikiran manusia. Selain itu, pendidik beraliran idealisme sangat mementingkan aspek nilai yang tinggi dalam muzik. Nilai muzik dianggap kekal, oleh itu hanya muzik yang berkualiti sahaja dipelajari oleh para pelajar. Dari segi perancangan dan

pembentukan kurikulum juga diberikan perhatian serta tumpuan yang bersungguhsungguh. Secara umumnya falsafah ini berasaskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan mengikut logik akal untuk mengenalpasti apa yang benar. Logik merupakan alat untuk menentukan apa tindakan yang perlu dilakukan dan tidak boleh digunakan berulangkali dalam semua situasi dan pada masa yang

sama logik adalah senjata utama idealisme, tapi tidak semuanya boleh dipakai kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa. Falsafah ini lebih bersifat statik, stabil dan sukar berubah.

Falsafah yang seterusnya ialah falsafah realisme dibentangkan oleh Aristotle. Pada pendapat beliau, realiti yang sebenarnya terletak kepada apa yang dapat dilihat secara fizikal dengan mata, bukan menerusi idea mahu pun pandangan. Aliran realisme ini secara amnya tertakluk kepada sesuatu yang jelas dan nyata tetapi bukan kepada sesuatu yang ghaib dan abstrak. Kebanyakkan tokoh falsafah ini bersetuju bahawa persepsi manusia atau akal manusia boleh dianggap sebagai refleksi dunia realiti kerana apa yang dilihat merupakan satu realiti yang sebenarnya. Akal manusia hanya boleh menggambarkan dan memahami apa yang terdapat dalam fizikal sahaja. Maka, sistem pemerhatian dan pembuktian secara saintifik boleh dikirakan yang paling sah bagi pengikut-pengikut realisme. Pendapat falsafah ini bertentangan dengan falsafah naturalisme di mana pelajar boleh belajar dengan lebih berkesan dengan kaedah jumpa sendiri. Mereka juga menolak pendapat falsafah idealisme bahawa cara yang terbaik untuk menghasilkan sesuatu adalah melalui pemikiran yang rasional.

Yang terakhir iaitu falsafah pragmatisme. Ahli-ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti. Segala yang wujud sentiasa berubah dan tidak tetap atau kekal. Jadi, sesuatu idea harus dipraktikkan terlebih dahulu secara objektif untuk mengesahkan kebenaran sesuatu idea. Maksudnya sesuatu idea perlu diuji terlebih dahulu untuk memastikan kebenarannya.

Mereka menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu tujuan yang tersembunyi daripada manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak nyata kerana manusia tidak dapat mengalaminya. Maka, dalam pragmatisme, manusia adalah pengukur utama. Ia terikat ketat dengan cara saintifik (kaedah yang memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan dengan teliti). Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses untuk mendapat

kebenaran.

Cara saintifik merupakan cara yang dianggap paling sesuai untuk

mengenali yang benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar. Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat. Falsafah ini turut menghasilkan konsekuen awam. Nilaian akhir dibuat apabila terdapat kesan sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat. Setiap tindakan wujud hanya dalam konteks pengalaman manusia. Tindakan tersebut akan dikatakan baik apabila masyarakat menganggap tindakan tersebut berguna.

Oleh itu sebagai konklusi para pendidik perlu memahami keempat-empat falsafah Pendidikan Muzik tersebut iaitu falsafah naturalisme, idealisem, realisme dan pragmatisme kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk kita sebagai warga pendidik untuk lebih memahami kaedah yang lebih berkesan dalam penyampaian maklumat dan ilmu kepada para pelajar. Kita juga sebagai warga pendidik boleh mengaplikasikan serta menambah baik kekurangan beberapa kelemahan pendapat-pendapat keempat-empat aliran falsafah tersebut serta mengubahsuai mengikut kesesuaian suasana dan keadaan pelajar bagi

memudahkan proses penerimaaan maklumat dan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai