Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 3 : Ulasan Kritis.

1.0 PENDAHULUAN.
Menurut

Miarso

(2007),

teknologi

merupakan

suatu

bentuk

proses

yang

meningkatkan nilai tambah dimana proses yang berjalan tersebut dapat menggunakan atau
menghasilkan produk tertentu, dimana produk yang dihasilkan tidak terpisah dari produk lain
yang telah ada. Manakala menurut Campbell (1995), muzik adalah suatu kesenian yang
tertumpu pada aspek pendengaran atau aural.
Oleh yang demikian, teknologi muzik dalam aspek pendidikan boleh ditakrifkan
sebagai

kaedah

penggunaan

bahan-bahan

teknologi

pada

masa

kini

di

dalam

menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga adalah selaras dengan
proses PdP pada abad ke-21 yang menyarankan penggunaan kemudahan teknologi
maklumat atau TMK ke dalam proses meyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Di
dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik misalnya, murid-murid harus diperkenalkan dan
dibiasakan dengan penggunaan teknologi yang ada bagi meningkatkan lagi kreativiti dan
kemahiran mereka di dalam bidang muzik. Menurut Kenneth (2009), proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi dan komputer.
Antara contoh bahan teknologi yang boleh digunakan di dalam mata pelajaran pendidikan
muzik adalah seperti, computer dan internet, papan tulis elektronik, perisian, dan bahanbahan grafik.

2.0 FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI.


Antara faedah penggunaan teknologi muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti, dapat mengelakkan rasa bosan dalam kalangan muridmurid. Penggunaan kaedah pengajaran yang lama seperti kaedah chalk and talk telah tidak
sesuai digunakan pada masa kini dan hanya membuat murid-murid berasa bosan. Justeru
penggunaan teknologi dalam sesi PdP harus diterapkan agar murid berasa seronok dan
tertarik untuk belajar. Hal ini juga turut disokong oleh Rozinah Jamaludin (2006), menurut
beliau, Kemunculan penggunaan teknologi komputer dengan kemudahan internet telah
memberi kesan yang mendalam kepada semua pelajar agar dapat menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih seronok, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Sebagai
contoh, penggunaan audio dan video di dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik dapat
membuatkan murid-murid berasa seronok dan terhibur ketika sesi PdP berjalan. Melalui
cara ini juga murid akan lebih bersungguh-sungguh di dalam menjalankan sebarang aktiviti
muzik seperti melakukan pergerakan berdasarkan muzik dengan adanya bantuan teknologi
bunyi dan visual seperti audio dan video ini.
Kedua, Melalui penggunaan teknologi muzik ini juga, dapat meningkatkan kreativiti
dan kemahiran murid di dalam bidang muzik. Sebagai contoh, penggunaan perisian
muzik seperti Sonar, MIDI dan Cakewalk dapat membuatkan murid-murid menjadi lebih
kreatif dan inovatif didalam meneroka sendiri kegunaan dan kelebihan perisian-perisian ini.
Dengan ini secara tidak langsung dapat menerapkan kaedah Hands On terhadap murid
ketika proses PdP dan membuatkan murid-murid menjadi lebih faham setelah mereka
belajar dengan cara sendiri tanpa gangguan dan halangan. Hal ini juga secara tidak
langsung

dapat

meningkatkan

tahap

kreativiti

murid

secara

menyeluruh

dan

mengembangkan lagi daya pemikiran mereka. Menurut Ropp (1999), beliau mendapati
bahawa bahan pembelajaran yang berunsurkan teknologi dan multimedia interaktif mampu
bertindak sebagai satu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran
kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran.

Setersunya ketiga, Penggunaan teknologi muzik ini juga dapat menjimatkan masa
dan tenaga. Sebagai contoh di dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, guru tidak perlu
menyalin lirik lagu atau not lagu yang banyak pada papan tulis. Dengan adanya kemudahan
teknologi seperti peggunaan LCD dan perisian Finale, guru hanya perlu menayangkan notnot dan lirik tersebut kepada murid. Tambahan pula dengan adanya penggunaan pembesar
suara guru sekaligus dapat memperdengarkan kepada murid tentang bunyi-bunyi not yang
dipaparkan melalui LCD kepada murid. Dengan cara ini ianya akan dapat menjimatkan
masa PdP dan tenaga guru serta sekaligus dapat memaksimumkan isi pelajaran yang ingin
disampaikan kepada murid.
Keempat, melalui pengguaan teknologi muzik ini juga dapat memperkayakan
pengalaman belajar terhadap murid-murid. Sebagai contoh, dengan adanya penayangan
audio atau video melalui kemudahan teknologi seperti komputer dan pembesar suara guru
dapat melakukan pelbagai aktiviti muzikal seperti menyanyi dan menari bersama-sama
murid ketika proses PdP berlangsung. Menurut Rosenberg (2000), penggunaan teknologi
dan multimedia dapat menambahkan nilai dalam PdP dan dengan hanya menambahkan
teknologi dan multimedia kepada program program pembelajaran. Dengan cara ini juga
murid akan memberikan pengelibatan secara aktif terhadap aktiviti yang dijalankan kerana
tertarik dengan kemudahan teknolgi yang digunakan sekaligus dapat memberikan dan
memperkayakan pengalaman belajar yang berbeza melalui aktiviti PdP yang dijalankan.
Akhirsekali yang kelima,

melalui penggunan teknologi muzik ini juga dapat

merangsang pengguaan deria murid ketika proses PdP. Sebagai contoh, melalui aktiviti
aprisiasi muzik, murid memerlukan pengunaan deria pendegaran untuk mendegar dan
menghayati muzik seperti muzik instrumental yang menggunakan pelbagai jenis alat. Selain
itu deria pengelihatan juga turut digunakan ketika guru mengajar not-not kepada murid
dimana murid perlu memerhati dengan jelas dan tepat perbezaan not-not atau corak irama
yang ditayangkan oleh guru. Dengan cara ini proses PdP muzik secara tidak langsung dapat
merangsang penggunaan deria murid sekaligus dapat melahirkan murid yang cergas dan
cerdas di dalam semua aspek.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan


tertutamnya di dalam Pendidikan Muzik adalah suatu alat, prinsip dan pendekatan saintifik

yang boleh digunakan dalam merancang dan melaksanakan proses PnP berbantukan
teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau memperolehi
matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran
secara maksimum. Dengan cara ini juga dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti sistem
pendidikan di negara kita Malaysia agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang
lain di dalam bidang pendidikan.

3.0 RUJUKAN.

Campbell, N. A. (2011). Campbell biology. Boston: Benjamin Cummings / Pearson.

Kenneth H.S., (2009). The effect of computer-assisted instruction and field independence on
the development of rhythm sight-reading skills of middle school instrumental.
International Journal of Music Education, 27(7), 59-68. doi:
10.1177/0255761408099064

Miarso, Y. (1986). Teknologi Komunikasi Pendidikan: Pengertian dan penerapannya di


Indonesia. Rajawali.

Ropp, M.M (1999), Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use
Computers in Priservice Teachers Preparation Journal of Research on Caomputing
in Education. Boston: Pearson Education.

Rosenberg. M. J. (2000). E-learning: Strategies for delivering knowledge in the digital age.
New York: McGraw-Hill.

Rozinah Jamaludin (2006). Teknologi pengajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.

Anda mungkin juga menyukai