Anda di halaman 1dari 1

HARI : RABU

TARIKH : 15 APRIL 2015


Pada hari ketiga persekolahan, setibanya kami di sekolah pada petang itu, saya telah di
minta untuk menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah atas urusan luar. Saya telah
menerima dua kelas relief untuk Tahun 1 Unam dan Tahun Intan. Setelah saya memasuki kelas
itu, saya menerangkan serba sedikit tentang bahayanya dadah dan warna-warna yang sesuai
untuk poster itu seperti warna panas sebagai lambang benci kepada dadah. Saya telah
memberikan masa untuk mewarna poster itu sehingga siap kepada murid-murid meluahkan
rasa kreativitinya di atas poster itu.
Setelah selesai, saya mengutip semula poster-poster berkenaan dan menggredkan atau
memberi markah ke atas kertas poster itu lalu saya memilih tiga yang terbaik untuk di calonkan
untuk menjadi pemenang. Saya telah memilih karya yang menang berdasarkan kreativiti murid
dan kekemasan warnanya pada poster itu.
Hadiah akan diberikan selepas semua aktiviti yang di lakukan semasa minggu penutup
PPDa ini dijalankan pada waktu perhimpunan pada minggu hadapan.

Anda mungkin juga menyukai