Anda di halaman 1dari 12

POSTGARDUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEMESTER 1/ 2022

HMEF5023_V2

KEPIMPINAN PENDIDIKAN
(EDUCATIONAL LEADERSHIP)

NO. MATRIKULASI : CGS02687526


NO. KAD PENGENALAN : 960710-03-6074
NO. TELEFON : 018-3794496
E-MEL : yasmin107@oum.edu.com
PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran Kota Bharu
Artikle ini bertajuk Kepimpinan Instruksional: Peranananya dalam Penambahbaikan Sekolah
di Afrika Selatan. Artikle ini telah dikaji dan ditulis oleh George Saraf Shava dan Jan
Heystek pada tahun 2021. Artikle ini membincangkan kepentingan insturksional kepimpinan
pengetua dalam kecemerlangan sekolah.

Fokus artikle ini adalah mengkaji dan menilai amalan kepimpinan instruksional (IL) pengetua
(George. N. Shava, Jan Heystek dan Thompson Chasara, 2021). Konsep kepimpinan
instruksional telah diperkenalkan pada tahun 1980 yang menjurus kepada perubahan tentang
‘sekolah berkesan’. (Donnie Adams, Ravadhi Periasamy, Edward Devadason & Satinah
Awang, 2018). Kepimpinan instruksional boleh didefinasikan sebagai usaha usaha serta
pembangunan yang dilakukan oleh para pengetua terhadap pembelajaran dan pembelajaran
kurikulum di sekolah mahupun universiti. Artikel ini membincangkan bagaimana untuk
memahami, mengakaji serta menilai amalan atau aktiviti yang telah dijalankan oleh para
pengetua. Pengkajian ini dilakukan untuk melihat hasil peningkatan para pengetua sebagai
salah satu peranan utama sebagai pemimpin. Fokus pengkajian ini amatlah penting dalam
menilai dan mempelajari kejayaan para pengetua.

Antara kepentingan pengkajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan pembelajaran para
pelajar. Kepimpinan instruksional yang berkesan akan membawa kepada peningkatan
pembelajaran di kalangan para pelajar. Contohnya, pengetua membantu dalam menyelesaikan
masalah seperti menyediakan teknologi terbaru untuk kegunaan para pelajar. Contoh ini akan
meningkatkan pembelajaran dalam pengetahuan dengan lebih mendalam. Seterusnya,
pengkajian ini penting untuk perkembangan pembelajaran. Dengan adanya usaha-usaha
menyelesaiakn masalah pasti sekolah mahupun universiti akan bertambah maju dan
berkembang. Perkembangan ini dapat dicontohi oleh sekolah atau universiti yang lain dimana
ia menambahkan kemajuan kepada sekolah atau universiti yang sedia ada. Disamping itu
pengkajian ini penting kerana, pencapaian yang diperolehi dapat membantu sekolah
menyelesaikan masalah dengan sewajarnya. Jika tiada pengkajian dilakukan, masalah tidak
dapat diselesaikan. Dengan menyelesaikan masalah juga dapat membawa kepada
penambahbaikan dalam persediaan sekolah. Contohnya, penambahan para pelajar semakin
meningkat kerana keperluan kepada pembelajan. Disini, para pengetua perlu menyediakan
kelas yang banyak bagi menampung pertambahan pelajar supaya para guru lebih senang
untuk memberi tumpuan dan perhatian kepada kumpulan yang kecil. Jika pertambahan
bilangan pelajar didalam kelas bertambah, hal ini mungkin akan merumitkan keadaan guru
untuk mengawal keadaan kelas malah mungkin akan terlepas pandang pada pelajar yang
sedikit lemah. Tambahan lagi, pengkajian ini penting kerana dapat menetapkan matlamat dan
membangunkan perkembangan objektif pengajran. Sudah tentu matlamat sesebuah sekolah
adalah untuk melahirkan generasi bijak, pandai dan beradab. Dengan pengkajian ini matlamat
sesebuah sekolah akan lebih kukuh dan mudah dicapai. Antara yang dapat diketengahkan
adalah visi dan misi sekolah tersebut. Matlamat visi dan misi sesebuah sekolah dapat dicapai
dan diperbaharui melalui kajian ini. Akhir sekali, kajian ini penting kerana ia dapat
mewujudkan dan mengekalkan budaya pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian
tanggungjawab kepimpinan instruksional. Kepimpinan instruksional yang telah diwujudkan
perlulah dikekalkan supaya budaya tersebut menjadi pengajaran kepada para pemimpin yang
lain. Hasil daripada pengkajian ini menunjukkan para para pengetua telah melakukan
tanggungjawab kepimpinan instruksional namun tanggungjawab ini perlulah diteruskan agar
ianya sentiasa diikuti dan dicontohi.

Kajian ini mengandungi penyelidikan antara kepimpinan instruksional dan penambahbaikan


sekolah. Kajian ini membincangkan tentang peranan pengetua dalam meningkatkan
pembangunan akedemik serta kurikulum. Kepimpinan instruksional yang di ketenggahkan
dalam kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan ini adalah asas kepada penambahbaikan
dan rahsia kepada kejayaan di sekolah. Terdapat beberapa isu yang telah dijelaskan dalam
kajian ini. Antaranya ialah berkaitan dengan maksud konsep, pelaksanaan dan manfaatnya.
Masih terdapat persoalan mengenai makna konsep, penggunaan, dan utiliti walaupun terdapat
banyak penyelidikan mengenai kepimpinan instruksional (Hallinger P. , 2011).Di samping
itu, ada yang mendakwa bahawa idea itu memberi terlalu banyak penekanan pada
kepimpinan transaksi dan frasa kosong (Leithwood, K., Harris, A., & Hopkins, D., 2008)
(Hallinger, P. & Heck, RH, 1996). Disebabkan isu isu ini berbangkit, maka pengkajian ini
dijalankan bagi menilai dan menguatkan bahawa kepimpinan instruksional adalah penting
dan berkesan dalam menyumbang kepada peningkatan dan kejayaan sekolah. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif untuk lebih memahami persepsi dan pengalaman para
pengetua. Kajian ini juga menggunakan analisis tafsiran untuk menyiasat pengalaman dan
tingkah laku pengetua melalui konsep kepimpinan instruksional.

Antara keputusan utama pengkajian ini adalah, ciri-ciri kepimpinan teori asas dalam
Pendidikan. Dalam kajian ini pengkaji menumpukan perhatian kepada model yang
dicadangkan oleh Hallinger dan Murphy (1985). Model ini menunjukkan ciri-ciri kepimpinan
melalui tiga aspek. Pertama, menentukan objektif sekolah, menyelia kurikulum, dan
menggalakkan persekitaran pembelajaran yang sihat. Seterusnya, Strategi penting untuk
mempengaruhi pencapaian pelajar adalah melalui kepimpinan instruksional. Mengikut
kajian terdahulu, gaya pengurusan pengetua memberi kesan ketara kepada beberapa ciri
persekitaran sekolah, seperti sikap guru dan kakitangan, pembelajaran pelajar, dan
pencapaian akademik. (Bush, 2013). Contohnya, jika seorang pengetua sentiasa membuat
rondaan dari kelas ke kelas, maka dia akan dapat mengetahui permasalahan para pendidik dan
pelajar. Mungkin terdapat masalah bilangan pelajar yang ramai, mungkin terdapat pelajar
yang ponteng kelas atau mungkin terdapat pendidik yang tidak mengajar dan hanya
memberikan tugasan untuk pelajar menyiapkannya. Selain itu, kepimpinan instruksional
dan pencapaian pelajar. Terdapat analisa-analisa daripada para penyelidik yang
menyatakan kepimpinan instruksional dapat membantu pencapaian pelajar. Perilaku
kepimpinan ini memberi dorongan dan kesan positif contohnya, pengetua menetapkan displin
tidak membenarkan guru untuk menggunakan telefon semasa proses pembelajaran
berlangsung. Penetapan ini membri contoh kepada murid supaya mereka juga tidak akan
menggunakan telefon mahupun menggunakan alatan lain untuk bermain. Penetapan ini akan
membawa kepada nilai mematuhi peraturan. Guru sebagai contoh kepada murid murid
haruslah mencerminkan peranannya terlebih dahulu. Tambahan lagi, terdapat kesan
kepimpinan instruksional terhadap kaedah pengajaran. Interaksi pengetua bersama guru-
guru amatlah penting dalam menyelesaikan dan membentuk kaedah pengajaran. Kepimpinan
instruksional akan meningkatkan kaedah pengajaran para pengajar. Pengetua yang
mengamalkan kepimpinan instruksional akan lebih mudah memahami permasalah para
pengajar di dalam kelas. Contohnya, pengetua meminta pengajar untuk mengajar
dihadapannya dan mendapatkan maklumat cara mengajar melalui murid murid. Daripada
amalan ini, pengetua akan dapat menilai sejauh mana kefahaman dan cara guru mengajar.
Akhir sekali, membangunkan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Budaya
ini dapat dibangunkan dengan adanya kepimpinan instruksional yang bagus. Jika pengetua
tidak mengamalkan kepimpinan instruksional, mungkin memberi kesan kepada para pengajar
dan pelajar. Contohnya, pengetua tidak mengendahkan masalah para pengajar dan
membiarkan para pengajar untuk mengawal murid yang ramai. Hal ini akan membawa
kepada tekanan perasaan dan fikiran kepada para pengajar. Jika para pengajar merasa
tertekan mereka tidak akan fokus untuk menyampaikan pembelajaran. Hal ini juga akan
membawa kepada kemerosotan pembelajaran di sekolah.
Temuduga mendalam
Objektif penyelidikan:
Untuk menilai dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh para pengetua dalam kepimpinan
pengajaran dan pembelajaran.
Tema utama penyelidikan: Apakah cabaran mendesak yang dihadapi oleh pengetua dalam
kepimpinan pengajaran pengajaran mereka?
Soalan Profil:
Pengetua 1:
Nama: Tuan Hj. Mohd Ghani Bin Mat Noh
Umur: 59
Latar belakang pendidikan: Bersekolah rendah bermula dari tahun 1969-1974 di Sekolah
Kebangsaan Pa’Pura Bachok, Kelantan. Kemudian melanjutkan pengajian di peringat sekolah
Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus pada tahun 1975-1977 bagi
tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Beliau telah berpindah sekolah kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Bachok pada tahun 1978-1979 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains
bagi tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajaran ke
Akademi Kenali Kubang Kerian (Tingkatan 6) pada tahun 1980 sehingga 1982. Setelah
menamatkan pembelajarn sehingga tingkatan 6, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab
Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(PPAK) bermula pada tahun 1983 sehingga 1985. Perjalanan pengajian beliau terus
disambung lagi dengan beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang
Pengurusan Pendidikan di Universiti Tun Hussin Onn di bawah Program Pensiswazahan
Guru Besar anjuran AIB bermula 19 Julai 2006- 18 Julai 2009.
Latar belakang personal: Pada tarikh 9 November 1963 lahirlah seorang putera yang diberi
nama Mohd Ghani. Berasal dari Kampung Beris Tengah, Tanjung Pauh Kelantan. Anak
pertama daripada Ayahanda Mat Nor bin Mat Husin dan Anak Bongsu daripada bonda Lijah
binti Abd. Rahman. Beliau mempunyai sebelas orang adik beradik dan beliau merupakan
anak tunggal kepada pasangan Mat Noh dan Lijah. Beliau telah berkhawin Puan Sabariah
pada tahun 1983 dan telah dikurniakan 6 orang anak iaitu 1 Putera dan 5 Puteri. Anak
pertama beliau merupakan seorang guru dan sedang berkhidmat di Sekolah Menengah
Bandar Sri Alam. Manakala anak kedua beliau berkerja dengan syarikat swasta di Bukit Jalil,
Kuala Lumpur. Seterusnya, anak ketiga beliau sedang berkhidmat di Hospital Raja
Perempuan Zainab 2 (HRPZ2) di Kota Bahru. Selain itu, anak beliau yang kempat pula
sedang berkhidmat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Tambahan lagi, anak beliau yang kelima merupakan seorang Mahasiswa Universiti Tun
Hussin Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang Sains Komputer. Akhir sekali, anak beliau yang
keenam merupakan Siswazah Institusi Perguruan Bahasa Antarabangsa (TESL) Kuala
Lumpur. Beliau mempunyai dua orang cucu. 1 Putera dan 1 Puteri .
Latar belakang pekerjaan: Beliau mula berkhidmat pada tahun 1986 sehingga tahun 1993
(selama 7 tahun) sebagai Guru Penolong. Penempatan pertama beliau adalah di Sekolah
Kebangsaan Tawang, Bachok, Kelantan. Pada tahun 1989, beliau telah bertukar penempatan
mengajar ke Sekolah Kubur Datu, Jeli, Kelantan. Beliau telah berkhidmat selama 5 tahun di
Sekolah Kubur Datu dari tahun 1989 sehingga tahun 1993. Di Sekolah Kubur Datu, beliau
telah dilantik sebagai Guru Kanan Pentadbir, sejurusnya memangku jawatan Guru Besar.
Pada tahun 1992, beliau telah memangku jawatan Guru besar di sekolah tersebut. Seterunya
beliau telah ditukarkan ke Sekolah yang lain bermula pada tahun 16.12.1993 sehingga tahun
30.7.1994 (selama 7 Bulan) di Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan dan
memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Beliau seterusnya melanjutkan
perkhidmatan sebagai Guru Besar dari tahun 1.8.1994 sehingga kini. Beliau akan bersara
pada tahun hadapan pada tarikh 8.11.2023. Perkidmatan beliau sebagai Guru Besar sehingga
kita adalah selama 28 tahun . Beliau memulakan kerjaya Guru Besar pada 1994-2001 di
Sekolah Mempelam Jelawang, Dabong, Kuala Krai, Kelantan. Pada bulan Jun 2001 beliau
telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Tegayong Kota Bharu. Walaubagaimapun khidmat
beliau di sekolah tersebut berakhir pada bulan ogos 2004. Beliau telah bertukar ke Sekolah
Kebangsaan Pauh lima pada bulan September 2004 sehingga bulan Jun 2012. Perkhidmatan
beliau diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah bermula Julai 2012 sehingga Mei
2016. Seterunya beliau telah bertukar khidmat di Sekolah Tanjong Jenara pada bulan Mei
2016 sehingga bulan Jun 2017. Setelah tamat berkhidmatan beliau di Sekolah Tanjung Jenara
beliau telah berkhidmat di Sekolah Bukit Marak bermula bulan Jun 2017 sehingga bulan Mac
2019. Akhir sekali, beliau sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelawat dari bulan
April 2019 sehingga sekarang.

Pengetua 2:
Nama: Che Salma Binti Che Daud
Umur: 59
Latar belakang pendidikan: : Bersekolah rendah bermula dari tahun 1970-1976 di Sekolah
Kebangsaan Badak Bachok, Kelantan. Kemudian melanjutkan pengajian di peringat sekolah
Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Badak pada tahun 1977-81 bagi tingkatan 1
sehingga tingkatan 5. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajaran ke Akademi Kenali
Kubang Kerian (Tingkatan 6) pada tahun 1982 sehingga 1984. Setelah menamatkan
pembelajarn sehingga tingkatan 6, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan
Kuala Terengganu Batu Rakit dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK) bermula
pada tahun 1984 sehingga 1986. Perjalanan pengajian beliau terus disambung lagi dengan
beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.
Latar belakang personal: Pada 19 Mei 1963 lahir lah seorang puteri yang ke ketujuh
daripada lapan adik beradik di kampung Kuala Melawi Bachok Kelantan. Merupakan puteri
yang kedua daripada pasangan Che Daud dan Mek Wok. Beliau telah berkhawin pada tahun
1988 dengan Hassan Besri dan dikurniakan tiga orang puteri. Anaknya yang pertama sedang
berkhidmat di Syarikat Petronas, manakala anak yang kedua sedang melanjutkan pelajaran di
Institut Ltihan KKM Sultan Azlan Shah dan yang terakhir sedang melanjutkan pelajaran di
Institut Perguruan Bangi.
Latar belakang pekerjaan: perkhidmatan beliau bermula sebagai guru disekolah Sekolah
Kebangsaan Rompin Pahang bermula pada tahun 1979-1981. Beliau kemudian telah
ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Kedondong Pasir Mas Kelantan dan telah
berkhidmat selama 4 tahun. Setelah menamantkan perkhidmatan beliau di Sekolah
Kebangsaan Kedondong pada tahun 1985, beliau ditawarkan berkhidmat sebagai penolong
kanan di Sekolah Kebangsaan Beris Kubur Besar, Kelantan selama 2 tahun. Kemudian beliau
telah berhijrah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Marak dari tahun 1987 sehingga tahun 1990.
Pada tahun 1991 beliau telah berkhidmat di Sekolah Tawang. Perkhidmaatan beliau sebagai
Pengetua bermula dari tahun 2001 di Sekolah Mempelam Jelawang. Kemudian beliau telah
ditukarkan berkhidmat ke Sekolah Kebangsaan Bakong pada tahun 2007. Setelah itu, pada
tahun 2010 beliau telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Legeh. Pada tahun 2017 beliau
telah berpindah dan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Badak. Akhir sekali bermula tahun
2020 beliau telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Dua. Di sinilah tempat beliau bakal
menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Guru.
Cabaran yang dihadapi oleh para pengetua:
1. Pengurusan
Pengurusan bermaksud proses bekerja, merancang dan mengawal individual,
persekitaran untuk mencapai matlamat dan objektif yang sama. Menurut kajian
(Jamalullail Abdul Wahab, Nor’Azlin Salamun @ Mohamed, Ameer Hazim Mustapa,
Fairous Ismail & Md Fuad Md Rafik, 2012) yang menyatakan pengurusan yang baik
dapat membina insan yang unggul dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intekrual yang mana selaras dengan aspirasi negara. Makluman utama menyatakan
bahawa menjalankan pengurusan yang baik adalah cabaran kepada mereka dalam
meningkatkan kemajuan sekolah. Encik Ghani (P1) menyatakan:
“... cabaran dalam pengurusan merupakan salah satu cabaran yang saya hadapi.
Terdapat banyak cabaran pengurusan terutamanya pengurusan sumber manusia. Ada
guru yang sudah lama, harus dikembalikan semangat dan motivasi mereka sebagai
pendidik.” Daripada pernyataan ini dapat di simpulkan bahawa masih terdapat guru
lama yang kurang bermotivasi. Oleh yang demikian, pengetua sebagai pemimpin
haruslah mempunyai kebolehan untuk memberi kefahaman dan garis panduan kepada
guru.
Walaubagaimana pun cabaran ini dapat ditangani. Menurut Encik Ghani (P1) terdapat
usaha-usaha positif telah dijalankan untuk menangani cabaran ini antaranya
Mendekati dan mengambil tahu masalah para guru terutamanya guru yang lama.
Beliau juga menyatakan bahawa pihak pentadbir selalu menjalankan aktiviti-aktiviti
bagi memastikan para guru sentiasa bersemangat dan positif. Beliau menggunakan
pelan strategik.
“..saya akan menyemak dan membetulkan jika ada kesalahan yang dilakukan.
Walaupun saya kurang mahir tetapi saya akan menjadikan ia sebagai satu benda baru
untuk diterokai.”
Menurut Pn. Salma (P2) beliau juga menyatakan terdapat cabaran dalam pengurusan
sumber manusia. Beliau menyatakan terdapat sikap guru yang mudah dipengaruhi
tanpa berfikir panjang menyebabkan para murid terkesan.
“...Ada cikgu terutamanya guru yang baru yang mana mereka dilahirkan dalam zaman
era pendidikan yang pesat dan terdapat perubahan. Mereka senang diprovokasi dan
mengikut budaya tak tidak sepatutnya.”
Namun beliau menegaskan bahawa cabaran ini dapat dikurangkan. Beliau selalu
mengadakan perjumpaan mesyuarat dengan guru-guru. Malahan beliau menyatakan
beliau selalu melakukan pemantau kelas ke kelas untuk melihat bagaimana guru
mengajar.
2. Sumber kewangan dan aset
Terdapat cabaran dari segi sumber kewangan dan aset yang mana masalah peruntukan
wang kerajaan yang ridak mengcukupi. Hal ini banyak terjadi kepada sekolah-sekolah
yang berada diluar bandar dimana kemasukan pelajarnya tidak ramai. Sememangnya
peruntukan wang kerajaan adalah berasakan bilangan pelajar sesebuah sekolah iaitu
Bantuan Per Kapita Gran (PCG) bagi mata pelajaran yang tertentu.
Menurut En. Ghani (P1): “...peruntukan kewangan daripada kerajaan menjadi satu
cabaran disebabkan PCG adalah berasakan mata pelajaran tertentu. Ada mata
pelajaran yang elektif seperti Bimbingan dan Kauseling yang mana ia selalu
mengalami kekurangan peruntukan. Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk
mencari inisiatif yang lain. Contohnya saya akan ke Pejabat Pentadbir Daerah (PPD)
untuk cuba meminta peruntukan bagi penyelenggaraan.”
Dapat disimpulkan dari kenyataan beliau bahawa, cabaran ini akan dikurangkan
dengan inisiatif yang beliau lakukan. Walaupun masih terdapat jurang dan
kekurangan namun ianya dapat ditangani. Beliau menggunakan sepenuhnya bantuan
daripada pihak PPD disamping mendapatkan sumbangan daripda PIBG, YB dan
orang perseorangan.
Manakala menurut Pn. Salma (P2) sekolah beliau tidak menghadapi masalah
kewangan peruntukan dimana hasi dari dapatan temubual dan permerhatian Pn. Salma
(P2) sebenarnya mempunyai kekuatan dari segi aspek hubungan dengan ibu bapa,
guru-guru dan juga komuniti setempat. Hal ini dipengaruhi dengan beliau merupakan
anak jati yang lahir dari kampung tersebut.
“...alhamdulilah sekolah mempunyai Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang sentiasa
memberi kerjasama yang baik apabila berkaitan dengan hal-hal murid.”
Pernyataan beliau menjelaskan bahawa PIGB menjadi tugak sokongan kepada
peruntukan sumber kewangan di sekolahnya.
3. Sokongan Ibu Bapa
Ibu dan Bapa merupakan teladan kepada anak anak kerana mereka merupakan orang
yang paling terdekat dan berpengaruh kepada anak-anak. Bak kata pepatah “ Ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Pepatah ini sering kali didengari yang
mana maksudnya ibu bapa wajib memberi contoh yang baik kepada anak-anak.
Menurut En. Ghani (P1) tahap sokongan ibu bapa kedua duanya sangat rendah dan
tidak memuaskan.
“...Mereka sering memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan
meraka. Namun jika ada penyampaian bantuan barulah ramai Ibu Bapa yang hadir.
Jika mengenai prestasi anak-anak mereka saya berasa amat kesal.”
Hal ini juga disokong oleh Pn. Salma (P2) yang mana beliau juga sering mengalami
situasi ini.
Menurut beliau “... jika mesyuarat prestasi diadakan kebanyakan yang hadir adalah
ibu, manakala jika ada penyampaian sumbangan bantuan kebayakan yang hadir
adalah Bapa. Iainya menjadi satu tren baharu.”
Oleh hal yang demikian pihak sekolah dan PIBG haruslah mencari inisiatif bagi
mengatasi masalah tersebut khusunya yang melibatkan prestasi dan peningkatan
akedemik. Bagi mengurangkan cabaran ini En.Ghani (P1) menyatakan beliau selalu
melakukan perjumpaan PIBG.
“...untuk cabaran ini selalunya saya akan melakukan perjumpaan PIBG bagi
membincangkan isu-isu terkini untuk membantu meningkatkan prestasi para murid.”
Manakala bagi Pn. Salma (P2) menyatakan salah satu cara beliau utnuk
meningkatkan penglibatan ibu bapa adalah melalui penjelasan dan tindakan yang
teliti terhadap sesuatu perkara. Contohnya isu mengenai perubahan dasar pendidikan
iaitu sistem pentaksiran bilik darjah. Kenapa sistem ini diwujudkan,bagaimana sistem
ini akan dijalankan. Penjelasan yang teliti akan membawa kerjasama yang lebih jelas
kepada para Ibu Bapa.
4. Pengurusan guru
Tanggungjawab sebagai seorang guru amatlah memainkan peranan penting dan tidak
boleh dipandang remeh. Hal ini kerana seorang guru yang bertanggungjawab akan
memberi kesan yang baik dalam pembelajaran dan pengajaraan mereka. Kedua dua
pengetua menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah pengurusan guru.
Komunikasi antara pengetua dan guru haruslah di terapkan bagi mengatasi cabaran
ini.
Menurut En. Ghani (P1) beliau menangani masalah ini melalui pendekatan psikologi.
“....kita tidak lepas daripada membuat salah. Jadi saya walaupun sebagai pegetua
mungkin tersalah bercakap. Jadi haruslah mengunakan psikologi bagaimana nak
menarik minat para guru-guru. Haruslah ada cabarannya seperti ada guru lama yang
lambat menerima perubahan dalam era teknologi ini, namun saya sebagai pengetua
harus memikirkan strategi untuk mengatasinya.”
Manakala menurut Pn. Salma (P2) beliau pula menggunakan cara penglibatan semua
penolong kanan dalam menyelesaikan masalah. Jika masalah itu adalah dari aspek
pengurusan maka Penolongan Kanan Hem akan bersama dengannya untuk
menyelesaikan masalah. Selain itu, jika masalah tersebut datangnya dari segi aspek
kokurikulum maka beliau akan meminta untuk berbincang dengan Penolong Kanan
Kokurikulum.
“....saya akan melibatkan semua penolong kanan saya jika terdapat isu-isu yang
berbangkit. Jika hal pengurusan hem maka saya panggil PK Hem, jika berkaitan
dengan kurikulum maka saya panggil PK Kuri, tetapi kadang kadang jika masalah
tersebut tidak dapat diselesaikan dan memerlukan keputusan yang besar maka saya
akan panggil semua guru.”
Pernyataan ini menjelaskan penglibatan para guru amatlah memainkan peranan yang
penting. Guru merupakan orang kedua yang paling dekat dengan pelajar.
Kebanyakkan pelajar banyak menghabiskan masa mereka dengan guru. Contohnya
dari pagi sehingga tengah hari di Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah
manakala di sebelah petang pula mungkin ke Sekolah Agama untuk belajar Agama
tambahan jika terdapat peperiksaan besar seperti SPM, mungkin meraka akan
menyambung pelajaran sehingga ke kelas malam. Bimbingan dan contoh yang
sewajarnya mestilah ditunjukkan oleh guru.
Dapat disimpulkan terdapat empat tema cabaran yang dihadapi oleh pengetua hasil
daripada temual mendalam yang dijalankan ini. Cabaran yang pertama adalah cabaran
pengurusan sumber manusia. Bagi kedua dua pengetua menyatakan bahawa meraka
merasakan sumber manusia itu haruslah cukup dan tepat dalam melaksanakan
pembangunan pendidikan. Sumber manusia amatlah penting terutamanya kepada
sekolah hal ini kerana pertambahan pelajar disekolah memerlukan guru yang ramai
bagi membantu mereka. Seterusnya, cabaran yang kedua adalah sumber kewangan
dan aset. Sumber kewangan amatlah penting pada era globalisasi ini. Kewangan yang
kukuh dan stabil akan membawa kepada keselesaan kepada murid dalam proses
pembelajaran mereka. Tambahan lagi, cabaran yang ketiga adalah sokongan Ibu
Bapa. Sokongan Ibu Bapa kepada sekolah perlu disemarakkan bagi mencapai
kesepakatan dalam mengatasi masalah prestasi akedemik dan sosial. Akhir sekali,
cabaran peranan guru. Guru perlulah komited memainkan peranannya sebagai
pembimbing dari segi aspek akhlak, intelektual, percakapan, pergaulan dan
sebagainya. Bagi mengatasi cabran cabaran yang sedia ada kini, pengetua harus lah
sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang
lain lagi. Kepesatan ekonomi turut menjadi penyumbang kepada cabran yang bakal
dihadapan.
RUJUKAN

Bush, T. (2013). Instructional leadership and leadership for learning: global and South
African perspectives. Education as Change, 8-20.
Donnie Adams, Ravadhi Periasamy, Edward Devadason, Satinah Awang . (2018). Amalan
Kepimpinan Instruksional Guru Besar Di Sekolah Vernakular Negeri Selangor Dan
Wilayah Persekutuan . School Leaders’ Instructional Leadership Practices at
Selangor and Federal Territory Vernacular School, 111.
George. N. Shava, Jan Heystek dan Thompson Chasara. (2021). Kepimpinan Instruksional:
Peranannya dalam Mengekalkan Penambahbaikan Sekolah. Jurnal Antarabangsa
Pembelajaran Sosial, 118-131.
Hallinger, P. & Heck, RH. (1996). Menilai semula peranan pengetua dalam keberkesanan
sekolah: Kajian semula penyelidikan empirikal. Pentadbiran Pendidikan Suku
Tahunan, 5.
Hallinger, P. (2011). Kepimpinan untuk pembelajaran: Pelajaran daripada 40 tahun
penyelidikan empirikal. Jurnal Pentadbiran Pendidikan., 125-142.
Hallinger, P. (2011, 2013). Leadership for learning: Lessons from 40 years of empirical
research. Journal of Educational Administration, 125-142.
Jamalullail Abdul Wahab, Nor’Azlin Salamun @ Mohamed, Ameer Hazim Mustapa, Fairous
Ismail & Md Fuad Md Rafik. (2012). Amalan Pengurusan Sekolah Berkesan
Pentadbir Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor. Bangi: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Leithwood, K., Harris, A., & Hopkins, D. (2008). Tujuh dakwaan kuat tentang sekolah yang
berjaya kepimpinan. Kepimpinan dan pengurusan sekolah, 27-42.

Anda mungkin juga menyukai