Anda di halaman 1dari 22

Teknik dan Strategi Membantu klien :

Role-play Latihan asertif Token ekonomi Pengurusan kendiri Pemantauan kendiri Peneguhan kendiri

ROLE PLAY
Teknik ini bertujuan melatih klien dalam pelbagai pelakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan.
Ianya seperti, satu lakonan (stimulasi) dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor dengan mempunyai tujuan yang khusus. Kaunselor profesional yang mengikut pendekatan kaunseling behaviorisme menggunakan role-play apabila membuat latihan asertif, modeling (mencontohi perbuatan orang lain), dan kaunseling kerjaya.

Contoh :
bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap di hadapan atau mempunyai darah gemuruh boleh diajar dengan cara role-play, di mana murid itu diminta mengeluarkan pendapat kepada kaunselornya.

Ataupun latihan role-play boleh dilaksanakan di hadapan cermin di mana klien melihat sendiri bagaimana
perlakuannya.

Latihan Asertif
satu teknik untuk menberikan dorongan kepada klien untuk menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan orang yang ditakutinya. Teknik ini sesuai diberikan kepada murid yang mempunyai tingkah laku yang bergantung. Matlamat asas latihan asertif ialah untuk memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain dan mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.

seorang klien datang berjumpa kaunselor dan menceritakan masalahnya yang rakan sekelasnya sering mempermainkannya. Kaunselor perlu menyelidiki sikap dan punca kepada masalah itu. Cara yang boleh dilakukan kaunselor ialah dengan membantu klien membuat teknik main peranan bagi membantu klien tersebut mempertahankan diri sekiranya dipermainkan oleh rakannya. Cara ini dapat memberi idea dan alternatif kepada klien cara yang betul untuk mengangani masalahnya. Melalui teknik sebegini ini, klien dapat membentuk tingkah laku baru dalam suasana selamat bersama kaunselornya.

Contoh :

Selain itu, klien juga dapat bersama-sama dengan kaunselor untuk menganalisis perlakuan-perlakuan yang perlu dibentuk secara sedikit demi sedikit. Apabila keselesaan sudah dirasai dan boleh membuat respon dengan cara baru ini, klien boleh mencubanya di dalam situasi sehariannya atau situasi sebenarnya.

Terdapat beberapa cara latihan asertif dilaksanakan antaranya adalah : 1. main peranan dan melakonkan (modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan asertif yang biasa dihadapi oleh klien 2.melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah 3.mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali 4.role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan tingkah laku asertif dan melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit.

Sambungan

Digunakan dalam mencapai sesuatu sasaran. Ia digunakan bagi menghapuskan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dan mewujudkan sesuatu tingkah laku yang diingini. Apabila peneguhan sosial tidak berjaya mencapai objektifnya pemberian token boleh dipraktik. Sebagai contoh, seorang klien mempunyai masalah ponteng kelas. Masalah ini berpunca kerana klien masih tidak dapat sesuaikan diri dalam persekitaran kelasnya (kanak-kanak prasekolah misalannya).

Token ekonomi

Contoh :
Bagi menangani masalah ponteng atau tidak mahu masuk ke kelas, guru boleh melaksanakan sistem ekonomi kehadiran ke kelas. Setiap kali klien tersebut berjaya hadir ke kelas, dia akan mendapat token daripada guru bimbingan/ kaunselor. Apabila token ini telah berjaya mencapai bilangan tertentu,token tersebut boleh ditebus mendapat hadiah yang dijanjikan.

Pemberian dan penukaran token ini akan berterusan sehingga klien berjaya mencapai matlamatnya iaitu hadir kelas tanpa ponteng kelas walau sehari. Token ekonomi ini lebih sesuai digunakan di dalam sesi kaunseling kelompok. Hal ini kerana, disamping token yang diperolehi, klien akan memperoleh peneguhan berbentuk sosial dari rakan-rakannya. Persaingan yang sihat akan wujud.

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu untuk mengulangi tingkah laku yang dikehendaki. Misalannya seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku yang sesuai dilakukan. Contohnya ; GURU SYAKIR GURU : Apakah warna baju ini Syakir? : Biru : Bijak..( pujian )

Pengurusan Kendiri, Pemantauan kendiri, dan Peneguhan Kendiri


Klien sebagai peserta yg bekerjasama (collaborator) dan aktif dalam kaunseling o Peranan aktif setiap fasa kaunseling o Buah fikiran sendiri membina langkah tertentu yang membina o Proses permikiran klien diambilkira / diberi tumpuan o Klien lebih bt/jawab berusaha untuk mencapai perubahan yang dikehendaki o Memberi peneguhan sendiri Kaunselor sebagai o Interpretasi data sendiri
mentor

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri


Langkah 1 Mengkonsepsi dan mentakrif masalah dan memilih matlamat dalam bentuk behavioral A. Tentukan matlamat sasaran satu persatu B. Matlamatnya mesti: - mudah difahami,penting dan mempunyai nilai kepada klien - boleh diukur secara objektif dan dianalisis; - realistik dan boleh dicapai - positif dan membina C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mengandungi : - Kehendak klien boleh dicapai atau dilupuskan - pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri


Langkah 2 Mengurus dan memantau A. Tentukan matlamat sasaran satu persatu B. Matlamatnya mesti: - mudah difahami,penting dan mempunyai nilai kepada klien - boleh diukur secara objektif dan dianalisis; - realistik dan boleh dicapai - positif dan membina C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mengandungi : - Kehendak klien boleh dicapai atau dilupuskan - pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh Catatan klien : tingkahlaku dgn segera selepas berlaku guna media yg sesuai

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri


Langkah 3 Perubahan Suasana Mengambil Langkah yang sesuai Persekitaran dan

Terus mencatit atau merekodkah tingkah laku sasaran A. Elak persekitaran dan situasi rangsang respon tidak dikehendaki / maladaptif B. Ubah persekitaran, suasana dan situasi untuk pastikan : . Menyedari apa yang anda buat .Hadkan rangsangan melawa t/laku tidak dikehendaki .Memudahkan t/laku yang beri kepuasan

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri


Langkah 4 Menjana Peneguhan Yang sesuai dan Menentukan Akibat Yang Bermakna Serta Berkesan Bagi Klien Teruskan merekod tingkah laku sasaran Kenalpasti peneguhan dan akibatnya; yang mana peneguhan positif dan yg mana tidak selesa Laksanakan Pemberian peneguhan supaya 1. T/laku sesuai peneguhan segera 2. kriteria realistik dan mudah dibuat 3. sokongan orang terdekat 4. setiap peringkat diberi peneguhan 5. peneguhan intrinsik dan ekstrinsik 6. Peneguhan kuasa untuk beri kesan 7. Peneguhan dijadualkan : jangka pendik, sederhana + panjang

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri


Langkah 5 Meneruskan Kejayaan dan Mengira Apa Yang Telah Tercapai Terus mencatit Terus fikir ganjaran yang sesuai untuk perlakuan dikehendaki Bentuk satu sistem penilaian/feedback yang berkesan pengurusan, pemantauan dan peneguhan kendiri boleh diubah dan dibaiki serta kekal matlamat sasaran B. Meneruskan t/ laku yang telah dipelajari 1. Mengurangkan catitan-kendiri 2. kurangkan pemberian peneguhan 3. dapatkan sokongan sosial 4. Gubakan strategi ini mengubah sesuatu yang klien fikir penting untuknya

Anda mungkin juga menyukai