Anda di halaman 1dari 3

Victor Vroom pada tahun 1964 telah mengemukakan Expectancy Theory di mana ia merupakan

salah satu teori motivasi yang lebih fokus terhadap hasil, yang berbeza dengan teori keperluan
yang telah diungkapkan oleh Maslow and Herzberg.

Terdapat 3 andaian utama yang dikemukakan oleh Vroom iaitu:

1. kita percaya bahawa apabila seseorang individu melakukan sesuatu dengan cara
tertentu, maka ia akan mendapatkan apa yang telah dibuat. Hal Ini biasa dikenal dengan
outcome expectancy yang merupakan penilaian seseorang secara subjektif mengenai
kemungkinan yang terjadi pada hasil yang diperoleh kesan daripada tingkah laku
individu tersebut.

2. nilai yang akan diperoleh ketika seseorang menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Hal
ini biasa disebut dengan valence di mana seseorang akan memiliki daya tarik yang
berbeza terhadap suatu hasil yang diharapkan.

3. Setiap hasil berkaitan dengan suatu persepsi mengenai seberapa sulit mencapai hasil
tersebut. Ini disebut harapan usaha (effort expectancy) sebagai kemungkinan bahawa
usaha seseorang akan menghasilkan pencapaian suatu tujuan tertentu.

Teori ini menyatakan bahawa kekuatan untuk memotivasi seseorang untuk bekerja giat
amat bergantung kepada hubungan timbal balik antara apa yang diinginkan dan diperlukan dari
hasil usaha tersebut. Vroom dalam Koontz (1990) mengemukakan bahawa seseorang akan
termotivasi untuk melakukan perkara-perkara tertentu bagi mencapai tujuan apabila mereka
yakin bahawa tindakan mereka akan mengarah pada pencapaian tujuan tersebut. Dengan kata
lain, kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang diambil, seterusnya
bertindak mengikut cara yang akan membawa kepada kejayaan serta pemberian ganjaran yang
paling besar sekali. Teori ini diwakili oleh rumus seperti di bawah:

Motivasi = Jangkaan Nilai

Mengikut teori ini, motivasi terdiri daripada dua pembolehubah, iaitu:


i. Jangkaan untuk mencapai kejayaan

Ia adalah untuk menjawab soalan seperti Mampukah saya selesaikan tugas ini? dan
Bolehkah saya capai prestasi yang tinggi?. Unsur ini dipengaruhi oleh dua faktor
asas iaitu :-
a) persepsi terhadap kesukaran tugas
Apabila kita mempersepsikan sesuatu tugas sebagai amat sukar, jangkaan
mereka untuk mencapai kejayaan lebih rendah jika berbanding dengan situasi
di mana persepsi mereka terhadap tugas itu mudah.

b) Skema kendiri
Merujukan kepada jaringan maklumat terurus tentang diri kita yang terdiri
daripada konsep kendiri, dan kepercayaan kita tentang siapa kita.

ii. Nilai tugas

Nilai tugas adalah untuk menjawab soalan seperti Mengapa saya siapkan tugas ini?
dan Apa kepentingan tugas ini kepada pembelajaran?. Ia dipengaruhi oleh 4 faktor:

a) Minat intrinsik
Merujuk kepada ciri satu-satu topik atau aktiviti yang menarik penglibatan
seseorang secara sukarela.
b) Kepentingan
Merujuk kepada sejauh manakah topik atau aktiviti tersebut membenarkan
individu berkenaan untuk mengesah atau tidak mengesahkan aspek-aspek
penting yang terkandung dalam skema kendiri.
c) Nilai utiliti
Merujuk kepada persepsi individu tentang kegunaan satu-satu topik atau aktiviti
untuk memenuhi matlamat masa depan, termasuk matlamat kerjaya.
d) Kos
Merujuk kepada aspek negatif yang dipersepsikan oleh individu berkenaan
akibat melakukan sesuatu tugasan.
Aplikasi Motivasi Mengikut Pendekatan Dalam Bilik Darjah

1. Guru memupuk dan mengembangkan jangkaan murid-murid untuk kejayaan dengan


memberi bimbingan yang optimum.
Misalnya:
Cikgu Pang menulis masalah Matematik pada papan tulis, beliau memberi peluang
murid-murid untuk memberi alternatif penyelesaian. Kemudian, setiap alternatif
dibincangkan secara mendalam.

2. Guru hendaklah memupuk nilai tugasan dengan menggunakan contoh konkrit bertujuan
menarik minat, serta memberi penekanan kepada kepentingan topik-topik yang diajar.
Misalnya:
Cikgu Lin menunjukkan beberapa contoh karangan yang baik dan buruk. Melalui
contoh-contoh tadi, beliau menegaskan kepentingan mencari idea utama dan idea-idea
kecil yang berkaitan bagi satu-satu tajuk.

Anda mungkin juga menyukai