Anda di halaman 1dari 11

LANGKAH PENGAJARAN GAGNE

ROBERT MILLS GAGNE

Robert

Mills

Gagne

lahir

21

Ogos

1916,

di

North

Andover,

Massachusetts. Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu "Pendidikan untuk arahan.Dalam dan sebuah Proses rencana Belajar" yang signifikan bertajuk Peneliti,

Teknologi

(Pendidikan

1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran."

PERINGKAT-PERINGKAT PEMBELAJARAN DALAM LANGKAH PENGAJARAN GAGNE

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Penyelasaian masalah

Hukum

Konsep

Diskriminasi

Pertalian bahasa

Rangkaian motor

Gerak balas

Pembelajaran isyarat

(a) Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamat sejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

(b) Pembelajaran Gerak Balas

Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c) Pembelajaran Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

(d) Pembelajaran Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

(e) Pembelajaran Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f) Pembelajaran Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g) Pembelajaran Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.

(h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

LANGKAH PENGAJARAN GAGNE

Gagne telah menggariskan sembilan langkah pengajaran. Langkah pengajarag Gagne 1. Menarik perhatian Proses pembelajaran Penerimaan corak-corak impuls neural 2. Maklum pelajar tentang objektif Meletus satu proses kawalan eksekutif 3. Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada/ pembelajaran lepas 4. Mengemukakan bahan rangsangan 5. Memberikan bimbingan pembelajaran 6. Melaksanakan perlakuan 7. Guru memberi maklum balas 8. Tafsir perlakuan pembelajaran Menekankan ciri-ciri untuk persepsi pilihan Pengwkodkan semantik; klu untuk retrieval Meletus organisasi respons Menentukan peneguhan Meletuskan retrieval; memberikan ruang untuk peneguhan 9. Meningkatkan ingatan pemindahan pembelajaran Memberikan klu dan strategistrategi untuk retrieval. Retrieval pengetahuan sedia ada dalam ingatan jangka pendek

PENGGUNAAN PRINSIP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GAGNE

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara.

Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.

Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

PENGENALAN KERJA KURSUS TUGASAN 1 (KERJA KUMPULAN) ALAM BELAJAR (EDU 3103)

Pendekatan pengajaran guru di bilik darjah bergantung kepada penguasaan kandungan sesuatu mata pelajaran. Di samping itu, guru juga perlu memahami dan menguasai model, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dalam situasi bilik darjah yang berbeza agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. Tugasan 1 merupakan kerja kumpulan. Kami berempat ahli kumpulan telah bergabung dan menyiapkan tugasan 1 tersebut dengan berjaya. Kami telah memilih mata pelajaran major Matematik dan bina satu jadual rancangan pengajaran mengikut langkah-langkah pengajaran Gagne dalam satu tempoh masa pengajaran 30 minit. Dalam penyediaan langkah-langkah pengajaran Gagne kami telah mengenalpasti model, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang telah dilaksanakan dalam langkah pengajaran tersebut. Secara berkumpulan kami telah menyediakan rancangan pengajaran mengikut spesifikasi jadual yang diberi.

NAMA AHLI KUMPULAN : NAMA : G.D.P.JAY SURIARAO NAMA : THANAPAKIAM A/P ARJUNAN NAMA : ANUSIAH A/P RAMALU NAMA : SANTHI A/P MARIMUTHU NO. K/P : 800519-01-5395 NO. K/P : 710516-10-6452 NO. K/P : 810810-08-5208 NO. K/P : 801117-08-5168

REFLEKSI KUMPULAN KERJA KURSUS TUGASAN 1 (KERJA KUMPULAN) ALAM BELAJAR (EDU 3103)

NAMA : G.D.P.JAY SURIARAO NAMA : THANAPAKIAM A/P ARJUNAN NAMA : ANUSIAH A/P RAMALU NAMA : SANTHI A/P MARIMUTHU

NO. K/P : 800519-01-5395 NO. K/P : 710516-10-6452 NO. K/P : 810810-08-5208 NO. K/P : 801117-08-5168

Bersyukur kepada Tuhan yang telah memberi kesempatan ruang, peluang serta ilham yang melimpah ruah untuk menyiapkan kerja kursus Alam Belajar telah berjaya disempurnakan jua. Jutaan terima kasih kepada pensyarah yang terlibat atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan dalam mata pelajaran ini serta tidak lupa juga kepada ahli kumpulan saya yang memberi pertolongan dan kerjasama yang baik dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Pelaksanaan tugasan ini antara menjadi rentetan kepada pelajaran yang lampau di mana umum sedia maklum kami dikehendaki untuk melaksanakan tugasan yang merangkumi elemen-elemen dalam langkah pengajaran.

Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah merangkumi tajuk Langkah Pengajaran Gagne. Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan. Kami dikehendaki untuk menyediakan satu rancangan pengajaran mengikut spesifikasi jadual yang diberi.

Kekuatan :

Antara kekuatan yang kami dapat lihat sewaktu proses menyelesaikan tugasan ini ialah kefahaman yang jelas tentang langkah pengajaran Gagne yang

telah diajar oleh pensyarah dan diaplikasikan untuk membuat jadual rancangan pengajaran. Selain daripada itu kami juga ada merujuk laman web yang berkenaan tentang teori gagne dan belajar tentang cara membuat jadual rancangan pengajaran mengikut Gagne.

Antara kekuatan lain yang kami dapat lihat dalam menyiapkan tugasan ini ialah pengorbanan yang tidak berbelah bagi dari semua ahli kumpulan kerana sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyiapkan tugasan ini. Selain daripada itu, kami juga mendapati ahli kumpulan saya tidak mudah berputus asa untuk menyiapkan tugasan ini.

Kelemahan :

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat kami lihat sewaktu pelaksanaan kerja kursus ini ialah kami mengalami kesukaran dalam berkomunikasi antara satu sama lain kerana berduduk jauh antara satu dengan ahli yang lain dalam menyiapkan tugasan ini.

Kesimpulan :

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tugasan ini memberi manfaat kepada kami memahami dan menguasai model, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dalam situasi bilik darjah yang berbeza agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kami dapati bahawa tugasan ini sangat menarik kerana kami boleh mengaplikasikan pengetahuan ini dalam bilik darjah.

Setelah menjalani tugasan ini, kami mendapati tugasan ini sangat bermakna kerana selepas ini kami generasi guru yang baru akan meneruskan kesinambungan guru-guru yang terdahulu. Kami perlu kreatif mempelbagaikan cara untuk mengajar. Selain daripada itu, kami juga tahu untuk mencipta aktivti- aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Oleh itu, sebagai guru matematik, kita seharusnya lebih berfikiran kreatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran kerana keperluan dan kehendak murid dalam matematik pada masa sekarang telah jauh berubah dan berkembang.

Anda mungkin juga menyukai