Anda di halaman 1dari 1

Kupas isu dan cabaran yang di hadapi oleh guru, pelajar serta pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan PBS dari aspek sumber rujukan, pengurusan,
sokongan, kesediaan guru dan prasarana dalam menjayakan PBS.

Berdasarkan jurnal Hamimah Abu Naim dan Rohaya Talib (2014), PBS adalah pentaksiran
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat menghasilkan murid-murid seimbang dari
pelbagai aspek. Namun, terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh uru dalam
pelaksanaan PBS. Guru-guru masih menganggap PBS telah dilaksanakan secara
mendadak dan menjadi kejutan budaya dalam pentaksiran walaupun PBS ini
dilaksanakan sejajar dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Keadaan ini
menyebabkan banyak masalah terutamanya dalam aspek pengurusan seperti penyediaan
evidens, sistem pengkalan data, pengurusan fail, dan pemantauan murid. Masalah dalam
penyediaan evidens seperti ketidak setaraan kod, evidens yang banyak, dan terpaksa
menyediakan instrumen yang berbeza-beza mengikut penguasaan murid. Selain itu,
guru turut berdepan masalah dalam pengurusan data kerana ‘server’ yang perlahan dan
perlu mengambil masa yang lama untuk memasukkan data, dan ada sebahagian guru
tidak tahu menggunakannya.

Daripada aspek kemudahan pengajaran dan pembelajaran, guru berdepan masalah seperti masalah
bilik darjah, komputer dan capaian internet. Kebanyakan sekolah masih kekurangan bilik darjah
dan setiap bilik darjah dimuatkan dengan bilangan murid melebihi 30 orang. Bilangan murid yang
ramai ini menyebabkan bilangan komputer yang ada di sekolah tidak mencukupi, dan masih
menggunakan komputer versi lama. Murid-murid perlu berkongsi komputer atau membuat
aktiviti secara bergilir-gilir, situasi ini menyebabkan proses pembelajaran murid mengambil masa
yang panjang.

Berdasarkan aspek kesediaan guru pula, guru-guru beranggapan mereka mempunyai kompetensi
yang kurang dalam melaksanakan PBS. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara,
antaranya; kursus PBS yang mereka hadiri tidak fokus kepada pentaksiran, dan guru-guru kurang
pengetahuan dalam membina instrumen.

Anda mungkin juga menyukai