Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 1 : Ulasan kritis tentang teknik pernafasan dan teknik phonation

Teknik pernafasan :
Teknik pernafasan dalam nyanyian adalah cara seseorang itu menyanyi atau
mengeluarkan vokal dengan pernafasan yang betul. Teknik pernafasan yang baik dapat
membantu seseorang penyanyi untuk mengeluarkan suara yang merdu dengan pic dan
melodi yang betul. Penyanyi dalam video menggunakan teknik pernafasan yang betul. Hal
ini kerana teknik nyanyian beliau amat cemerlang dari permulaan hingga pengakhiran lagu.
Setiap penyanyi boleh mengaplikasikan teknik pernafasan yang betul dengan melakukan
latihan-latihan sebelum menyanyikan lagu.
Pertama sekali seseorang itu harus menyebut vocal

A, E, I, O dan U secara

panjang-panjang. Contohnya, tarik nafas lalu suarakan AAaa dengan bulat sampai habis
nafas. Lakukan cara ini dengan membunyikan huruf vocal dari suara rendah hingga ke
suara tinggi. Latihan ini boleh diulang dengan membunyikan huruf vocal yang seterusnya.
Cara ini boleh melatih seseorang itu untuk mengawal pernafasannya.

Seterusnya, latihan pernafasan boleh dilakukan dengan mengambil nafas secara


perlahan-perlahan. Apabila udara sudah penuh di dalam paru-paru, hembuskan nafas
perlahan-lahan dengan berdesis bunyi ss..ss..ss yang mana menegeluarkan udara secara
putus-putus. Pada masa ini diafragma akan kelihatan seperti bergerak. Semasa menyanyi,
seseorang itu diingatkan agar tidak bernafas sehingga bahu terangkat. Hal ini kerana, jika
bahu terangkat semasa menarik nafas maksudnya seseorang itu bernafas menggunakan
paru-paru.
Seterusnya, latihan pernafasan harus dimulai dengan posisi yang betul.

Sikap

Badan, berdiri atau duduk dapat dilakukan dalam bernyanyi. Tidak boleh kaku dan tegang,
kedua belah tangan tidak boleh ada beban dan menggangu rongga dada, harus relax dan
bebas.

Pernafasan adalah unsur terpenting dalam menyanyi. Mengambil udara sebanyakbanyaknya dan mengeluarkan dengan hemat dan perlahan-lahan. Pernafasan dada dan
perut tidak baik karena sangat dangkal dan tidak dapat tahan lama atau cepat lelah.
Pernafasan diafragma inilah yang baik digunakan untuk bernyanyi, karena pernafasan ini
dapat di tarik lebih dalam dan dapat di tahan lebih lama.

Latihan nafas yang paling efektif yaitu dengan suara mendesis atau dengan notasi.
Contoh pada skor dibawah, latihan pernafasan dilakukan dengan menyanyikan nyanyian
solfa.

Di samping itu, teknik pernafasan suara juga boleh dibentuk dengan pi pi pi pi, mo
mo mo mo dan mu mu mu mu. Posisi lidah semasa ini harus dalam keadaan tidak
melengkung dan jangan menjulur sehingga melampaui gigi.

Teknik Fonasi :
Fonasi atau phonetik bermaksud pertuturan atau sebutan yang terhasil daripada
bunyi. Pertuturan dihasilkan dengan berbagai cara, bukan sahaja melibatkan sebutan
dari segi vowel dan konsonan, malah melibatkan segala aktiviti yang berkaitan
dengan

bunyi

yang

dihasilkan melalui sebutan contohnya seperti bercakap, menjerit,

ketawa, menyanyi dan sebagainya. Hasil pertuturan ini terjadinya melalui bunyi yang
dihasilkan daripada vokal kod yang terdapat di kawasan tekak.

Bunyi yang terhasil

akan dibentuk oleh kawalan otot-otot mulut, lidah, lelangit dan bibir yang akhirnya keluar
menjadi sebutan tertentu.
Penyanyi dalam video berjaya menggunakan teknik fonasi dengan betul kerana
setiap perkataan yang disebut oleh beliau adalah jelas. Peranan fonasi dalam nyanyian atau
percakapan adalah bertujuan untuk menghasilkan sebutan yang tepat. Teknik nyanyian
fonasi amat penting untuk kanak-kanak kerana teknik ini mengajar mereka menyebut setiap
perkataan dalam lirik menggunakan sebutan yang betul. Kesemua 26 abjad boleh
digunakan dalam teknik nyanyian fonasi ini. walaubagaimanapun, kanak-kanak yang
berlainan bangsa mempunyai masalah fonetik yang berlainan.
Fonasi adalah aktiviti dimana bunyi vokal dihasilkan melalui percakapan atau
nyanyian. Ia melibatkan pergerakan kod vokal (vocal chords) dan mekanisme pernafasan.
Teknik nyanyian fonasi adalah teknik nyanyian yang menggunakan bunyi fonasi untuk
mengajar nyanyian. Sebagai contoh, bunyi vowel seperti a,e,i,o dan u digunakan untuk
menyanyi not-not muzik. Dalam bahasa Inggeris, teknik ini dikenali sebagai Phonetic
Singing. Proses fonasi biasanya berlaku semasa seseorang menghembus nafas keluar.
Peringkat ini dikenali sebagai peringkat attack. Dalam nyanyian, perkataan yang paling
penting dalam sesuatu frasa muzik adalah perkataan yang pertama yang memerlukan
attack yang betul. Fonasi yang betul seharusnya bermula dengan attack yang berlaku di
apparatus pernafasan dan bukannya di kerongkong.
Beberapa latihan mudah yang dapat membantu dalam teknik nyanyian fonasi adalah
seperti berikut :
1. Bayangkan anda sedang meniup lilin pada kek hari jadi. Mulakan teknik ini dengan
menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi ooo pada pic yang
selesa.
2. Gunakan perkataan sss untuk menyanyikan lagu mudah seperti lagu London
Bridge.
3. Gunakan suku kata yang mempunyai perkataan h di hadapan seperti hah hih hoh
dan sebagainya untuk menyanyikan pic-pic yang mudah seperti yang ditunjukkan
dalam skor di bawah.
3

Teknik nyanyian fonasi adalah amat penting untuk kanak-kanak kerana teknik ini
mengajar mereka untuk menyebut setiap perkataan dalam lirik dengan menggunakan
sebutan yang betul. Dalam teknik nyanyian fonasi, kesemua 26 abjad boleh diajar dengan
menggunakan bunyi fonasi yang betul. Kanak-kanak yang berlainan bangsa biasanya
mempunyai masalah fonetik yang berlainan. Sebagai contoh, kanak-kanak Melayu biasanya
mempunyai masalah untuk menyebut perkataan-perkataan Inggeris yang mempunyai bunyi
th kerana bunyi ini tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. Bagi kanak-kanak Cina pula,
mereka biasanya mempunyai masalah dengan bunyi l dan r. Perkataan lori biasanya
disebut sebagai loli dan rotan disebut sebagai lotan. Kanak-kanak India pula mempunyai
masalah untuk menyebut perkataan yang mempunyai huruf w dan v. Mereka selalu
mengelirukan kedua-dua bunyi huruf ini.
Dalam nyanyian, teknik fonasi boleh diajar dengan menggunakan bunyi-bunyi huruf.
Latihan fonasi yang menyeluruh haruslah merangkumi kesemua 26 huruf. Maka dalam
setiap latihan, abjad-abjad yang lain haruslah disertakan dalam kelas-kelas nyanyian fonasi.
Skor di bawah menunjukkan cara untuk mengajar bunyi vowel dengan menggunakan teknik
nyanyian fonasi.

Skor di atas adalah salah satu contoh teknik nyanyian fonasi. Dalam teknik ini, pic yang
diberi adalah pic C Natural. Pic untuk latihan ini ditetapkan pada C Natural kerana ia adalah
pic yang selesa untuk kebanyakan jenis suara kanak-kanak. Jangan tukar pic untuk setiap
detik kerana ini akan mengelirukan palajar. Dalam mana-mana latihan, fokusnya haruslah
jelas. Untuk latihan fonasi ini, fokusnya haruslah tertumpu pada bunyi fonasi yang betul dan
bukannya pic setiap not. Jadi semasa menyediakan latihan, jangan menguji terlalu banyak
elemen muzik pada satu masa kerana ini akan mengelirukan pelajar. Walaubagaimana pun,
dalam latihan ini terdapat sedikit variasi ritma dalam bar 2 dan 4 ini adalah untuk menguji
kepekaan pelajar semasa menjalankan latihan ini.
Skor di bawah menunjukkan beberapa contoh latihan nyanyian fonasi yang boleh
digunakan untuk menguji pelajar. Setiap suku kata dalam latihan fonasi haruslah disebut
4

dengan betul kerana tujuan latihan ini adalah untuk menguji ketepatan sebutan pelajar.
Selain daripada menguji fonasi, latihan ini juga menguji ketepatan ritma pelajar. Jika
diperhatikan, setiap latihan dalam skor di atas mempunyai tanda masa dan ritma melodi
yang berlainan. Guru boleh mengadaptasikan contoh-contoh ini untuk kanak-kanak Tahap 1
dan 2.
Skor latihan teknik fonasi untuk pelajar Tahap 1 :

Skor latihan teknik fonasi untuk pelajar Tahap 2 :

Langkah lain bagi teknik fonasi pula adalah seperti di bawah :


Langkah 1 :
Latihan pembentukan mulut bagi menghasilkan sebutan vowel a,e,i,o,dan u dengan sebutan
- Pic mendatar, menaik dan menurun
- Panjang/lanjut

( a..........e........i........o........u......)

- Pendek/terputus-putus (aaaa/eeee/iiii/oooo/uuuu )
Langkah 2 :
Latihan pembentukan mulut termasuk lidah,gigi,bibir dan lelangit untuk menghasilkan
artikulasi lirik lagu yang baik
- Sukukata terbuka . Contoh , la / ma/ mo/ lo / ma
- Sukukata tertutup . Contoh, ka....n, ma....n,..tu....p
- Cuba nyanyikan satu lagu dan sila beri fokus pada perletakan lidah
mengikut sukata lagu
Langkah 3 :
Latihan mengaplikasikan kemahiran fonasi dalam aktiviti nyanyian dengan menyanyikan
beberapa contoh lagu kanak-kanak atau lagu patriotik dengan menggunakan unsur dinamik:
Forte (f), mezzoforte (mf), fortissimo (ff), Piano (p), mezzo piano (mp), pianissimo (pp),
crescendo (crese), decrescendo (dec), diminuendo (dim)

BIBLIOGRAFI
Caruso, E., & Tetrazzini, L. (1975). The Art of Singing. New York: Dover
6

Publications.
Christy, V.A. & Paton, J.G. (1997). Foundations in singing. Boston: McGraw Hill.
Lawson, J.T. (1955). Full-Throated Ease: A Concise Guide to Easy Singing.
Canada: Wastern Music Company.
Marafioti, P. M. (1949). Carusos Method of Voice Production: The Scientific
Culture of The Voice. New York: Dover Publications.
Miller. R. (1986). The Structure of Singing. System and Art In Vocal Technique.
New York : Schirmers Book.
Philips, K.H. (n.d.) Teaching kids to sing. New York: Macmillan Inc.
Telfer. N. (1993). Successful Warmups, Book 1. California: Neil A. Kjos Music
Company.
Stanton, R. (1983). Steps to singing for voice classes (3rd ed.) Belmont:
Wadsworth Publishing
Kantharoa Superemany (2014). Kaedah nyanyian.
https://plus.google.com/109676583451327531421/posts/jWVUByLC9Vb
Rizky Melgiansyah (1995). Teknik Pernafasan Tenaga Dalam.
https://rizky1995.wordpress.com/teknik-pernafasan-tenaga-dalam/
Syaamila Gadgetia (2014). Trik Mangatur Nafas Bernyanyi. http://trikaturnafas.blogspot.com/2014/08/trik-pernafasan-dalam-bernyanyi.html
Selly Fatma (2010). Teknik Cara Mengatur Nafas Semasa Bernyanyi dengan Benar.
http://sellyissinger.blogspot.com/2010/03/teknik-cara-mengatur-nafas-dalam.html

Anda mungkin juga menyukai