Anda di halaman 1dari 3

Cara menjaga rekorder Ada dua jenis rekorder, satu dibuat daripada kayu dan satu lagi dibuat

daripada plastik. Ia mengandungi dua atau tiga bahagian yang boleh diceraikan. Bila hendak menceraikannya, pulas perlahan-lahan, jangan ditarik atau direntap kerana ini mungkin meretakkan bahagian penyambung rekorder itu. Bahagian atas tempat meniup disebut pemipit. Pada bahagian dalam pemipit ini dibuat saluran angin yang halus. Jika bahagian ini rosak, rekorder itu tidak berguna lagi. Janganlah gunakan alat yang tajam seperti pin rambut atau pisau untuk mengoreknya jika saluran angin tersumbat. Gunakan bulu ayam. Jika air masuk ke dalam saluran angin ini, hembus (daripada saluran angin) ke bawah sambil menutup bahagian bibirnya dengan jari dan air itu boleh keluar. Bahagian badan rekorder mengandungi 10 lubang penjarian (termasuk lubang ibu jari). Jika air bertakung di dalam badan rekorder, ia mestilah dikeringkan dengan menggunakan secebis kain lembut yang diikat dengan benang. Badan rekorder yang dibuat daripada kayu mestilah disapu minyak sedikit supaya kayunya tidak merkah. Rekorder plastik atau kayu tidak boleh disimpan di tempat panas atau dijemur kerana ia boleh jadi retak menyebabkan bunyinya rosak.

Peringatan: (a) Untuk memainkan lagu-lagu dalam buku ini, guru boleh mengiringkannya dengan piano atau gitar. Jika diiring dengan muzik, bunyi muzik itu jangan lebih kuat atau sama kuat dengan bunyi rekorder. Lebih baik diiringi dengan piano atau gitar perlahan-lahan.

(b) Sebaik-baiknya bila bermain rekorder tidak perlu diiring dengan alat-alat muzik kerana jika berbuat demikian, guru tentulah tidak akan dapat mendengar bunyi dan melihat cara murid bermain alat itu dengan betul.

Cara memegang rekorder

Rekorder hendaklah dipegang dengan betul, selari pada sudut antara 45 hingga 65 darjah dan terletak di atas ibu jari tangan kiri pemain. Masih didapati setengahsetengah murid atau orang dewasa memainkan rekordernya dengan cara menundukkannya. Ini satu kesalahan yang kerap dilakukan di bilik-bilik darjah kerana murid cuba membaca muzik di atas meja atau bangku yang rata. Oleh itu dicadangkan murid menggunakan dirian sama ada bermain sambil duduk atau berdiri.

Cara meniup rekorder

Ketapkan gigi bawah dengan bibir bawah dan gigi atas dengan bibir atas sementara kedua-dua bibir mengulum pemipit rekorder itu menjadikan udara tersimpan di dalamnya dan tidak lepas keluar. Jika rekorder dikulum di hadapan gigi, ada kemungkinan gigi bahagian atas kamu menghalang perjalanan saluran nafas. Jari mesti menutup lubang rekorder betul-betul dan isi jari di bawah kuku pula mestilah terletak betul-betul di atas lubang.

Pernafasan Semasa memainkan rekorder, mula-mula kita hendaklah bersedia betulbetul dengan nafas yang tenang dengan menggunakan bahagian sekat rongga badan sebagai urat pengawas. Jadi, nafas itu terpaksa diawasi sepenuhnya daripada sekat rongga badan dan bukannya dipaksa tekan melalui bahagian pemipit rekorder itu. Perlu diingatkan bahawa pemain mesti bernafas dari mulut ketika bermain rekorder.

Untuk mendapatkan tekanan yang sebenarnya, tiuplah rekorder dengan sekuat-kuatnya. Bunyinya sangat mersik. Kemudian tiup dengan seberapa perlahan. Bunyi yang lemah ini tidak bersemangat. Akhirnya tiup dengan sederhana, dan bunyi yang sederhana inilah didapati lebih menarik di antara kedua-dua bunyi tadi.

Apabila not-not muzik disambungkan dengan tanda slur atau kaitan/ (2 atau lebih not), not yang pertama dibunyikan, tetapi yang lain di dalam sambungan itu hendaklah dimainkan dengan senafas yang tidak putus.

Peringatan:

(a) Jangan mengambil nafas di garisan bar, kecuali dengan sebab yang tertentu. (b) Jangan mengambil nafas sebelum not yang penuh atau sebelum hujung setiap rangkai lagu; pernafasan boleh diambil selepas not penuh. (c) Jika kamu hendak menguatkan bunyi not, jangan tiup terlalu kuat, tetapi meringankan bunyi not sebelumnya. (d) Awaslah apabila bermain kaitan dari not yang lemah ke not yang kuat.

Anda mungkin juga menyukai