Anda di halaman 1dari 1

Tugasan 1 : Menghasilkan sebuah penulisan kritis tentang teknik permainan dalam

pelbagai repertoire gitar yang dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar.


Gitar adalah sebuah alat muzik berdawai yang dimainkan dengan cara dipetik.
Umumnya menggunakan jari. Terdapat beberapa teknik permainan dalam pelbagai repertoire
gitar yang dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar.
Teknik pertama adalah teknik broken kord. Broken kord bermaksud setiap not dimainkan
satu per satu. Contohnya not C E G dalam kord C major. Permain perlu tekan not C lepas itu
not E dan bersambung dengan not G. Maksud broken kord di sini adalah setiap not dalam suatu
kord akan dimainkan bersambungan satu per satu.
Teknik kedua adalah teknik Staccato. Bagi teknik permainan staccato, tali gitar tidak
perlu dipetik dengan kuat, Ia hanya perlu dipetik lalu dihentikan dengan serta merta. Pendek
kata, staccato merupakan cara permainan nada dengan pendek. Teknik bermain staccato
adalah agak mudah, dimana kita hanya perlu memetik tali lalu menghentikannya dengan tangan
kanan. Ketika staccato dimainkan dengan bending, hentikan secara langsung setelah mencapai
nada yang telah ditentukkan.
Teknik ketiga adalah teknik Rasguedo. Rasguedo adalah bunyi strumming di mana
setiap orang mengenal pasti dengan muzik Flamenco. Ia adalah bunyi yang menarik orang
kepada bentuk seni. Pada mulanya, letakkan ibu jari kanan pada tali yang keenam sebagai
sauh. Pastikan jari kanan pada kedudukan genggaman yang santai. Stum seluruh tali ringin dan
cepat. Harus bunyi sebagai salah satu serangan. Melanjutkan jari selepas main untuk lancar
susulan.

Anda mungkin juga menyukai