Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF 3

Pengurusan Masa Pengajaran Yang Kurang Baik

Masalah

Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran
harian yang telah dibuat. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat
dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa
guru untuk mata pelajaran selepasnya.

Analisis Masalah
Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya
menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan
isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas
dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus
terutama bagi kelas 5D yang mempunyai masalah kurang dikawal dengan baik.
Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan bagi kelas Bahasa Cina, ia
mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan. Ini dapat dilihat apabila
murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak
langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.
Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid
mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara
lebih mendalam kerana apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat
memberi kerjasama sehingga mereka tidak sedar akan masa yang bergerak
pantas. Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan
terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah
disasarkan kepada mereka.
Cadangan

Setelah membaca artikel yang bertajuk “Time Management for Teachers”


daripada laman web “Scholastic”, saya mendapati bahawa panjang masa
mengajar dan konten pengajaran mempunyai ikatan yang sangat rapat. Oleh itu,
saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan
memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan
tentang pengurusan masa. Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik
minat murid dengan mata pelajaran Bahasa Cina dan Pendidikan Muzik dan
meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer. Saya
akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,
guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

Tempoh Penyelesaian

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa


yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

Tindakan Susulan

Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut
kehendak masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu
menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

Rujukan

Scholastic : Time Management for Teachers. diperoleh daripada


http://www.scholastic.com/teachers/article/time-management-strategies

Anda mungkin juga menyukai