Anda di halaman 1dari 24

Belajar Gitar Paling

Mudah Dan Ringkas


Untuk Pemula.
Panduan belajar gitar untuk permulaan
Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain gitar, ini lah situs terbaik
untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat seorang pemain gitar dan mempunyai keinginan untuk
bermain gitar. Untuk menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa 5
sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang atau bermain gitar, hanya
satu hari digunakan untuk kamu mengenal, berlatih dan bermain beberapa kord yang mudah.
Pertama sekali yang kamu harus buat ialah mengenal alat muzik gitar. Seperti dalam gambar di
bawah.
Peluang Mendapat Duit Cepat Melalui CharityID

Nombor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari kamu nanti di atas
fretboard gitar.

Gunakan alat penala string atau tuner untuk menala / tune setiap tali gitar mengikut standard tune
not. Atau boleh juga tune gitar menggunakan Guitar Tuner Online di internet.

Tuner / penala

Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C major dan Aminor.
Kord C major biasanya akan ditulis "C" sahaja manakala kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia
akan bertulis "C m". Kord C major atau C selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor
seperti A minor dan E minor selalunya ditulis "A m" dan "E m" sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu
mode sedih. Beza anatara "minor" atau "major" ialah "minor" itu mempunyai mood yang sedih.
"Major" pula jikalau dibunyikan akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama
utama yang berasal dari budaya kehidupan orang Eropah.

Chord C major

C major

E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.

A minor

Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang seterusnya,
Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula
mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk

satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk
membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan kanan sahaja.

strum pertama C

strum kedua Am

Sekarang cuba pula chord progression ini C - G - Am - F

petikan pertama C

petikan kedua G

strum keempat F

strum ketiga Am

______________________________________________________
Chord progression untuk kord A minor. Am - F - C - G

Petikan pertama A minor

Petikan kedua F

Petikan ketiga C

Petikan keempat G

Dalam chord progression lain yang bermula dari kord C atau Am, E minor dan D minor juga ada
diguna.

kord E minor

Kord D minor

Chord progression untuk kord C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik klasikal
sepertiCanon karangan Pachelbel dan Air on G String karangan J.S.Bach.

C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G
atau prog biasa seperti dibawah

C - G - Am - G
Di bawah chord progression untuk chord atau kord A minor.

Am - F - C - G
atau prog biasa seperti dibawah

Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am
Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga berasal dari chord progress
muzik klasikal eropah seperti dalam karangan lagu komposer Mozart, Beethoven dan Nikolai Rimsky
Korsakov. Cuba mainkan dan berlatih kord progression diatas dua kali strum untuk satu kord.
Setelah kamu mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu berlatih teknik strum yang lain
pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di atas serba sedikit dapat mengajar dan membolehkan
kamu bermain gitar dalam masa beberapa hari hingga satu minggu.
Teruskan ke bawah untuk Panduan Belajar Gitar Bahagian Ke 2

Peluang Mendapat Uang Dengan Amat Pantas CharityID


Panduan Belajar Gitar Bahagian 2

Kamu tidak boleh menjadi seorang pemain gitar pro mega super shredder dalam 1 hari. Kerana tidak
ada orang yang boleh belajar dan terus pandai bermain seperti tahap pro dalam satu atau dua hari
saja. Untuk menjadi menjadi seorang yang betul-betul pandai bermain gitar, kamu mesti
belajar dari asas. Seorang pemain gitar perlu kira-kira 5 hingga 10 tahun untuk menjadi seorang
pemain gitar profesional yang betul-betul mahir. Perkara yang paling penting yang kamu mesti
belajar pertama adalah kord gitar. Bermula dari bahagian pertama diatas kamu telah
diajar untukbermain kord gitar asas seperti C, G dan F major.
Kord yang diajar dalam bahagia pertama ialah jenis kord terbuka atau open kord.
Perkembangan kord atau kord progression yang bermula dengan kunci utama kord C juga
bolehdimulai dalam kord yang lain.
Mari kita lihat apakah chords utama (open chords) yang lain.

A major

E major

D major

G major

C major

kord utama dalam mode minor (minor open chord)

E minor

A minor

D minor

Peringatan : Kord-kord selalu di tulis dalam huruf besar E F G A D


Kord ditulis seperti Em Fm Gm Am Bm Cm or Dm.

Pelajaran 1. Susunan Kord bar atau barre chord


Dalam muzik, kord bar atau barre chord (juga dikenali sebagai kord bar atau jarang Barre kord)
adalah sejenis kord gitar, di mana satu atau lebih jari digunakan untuk menekan kesemua string tali
gitar dari tali pertama hingga tali ke enam (seperti bar menekan tali), membolehkan pemain
memainkan kord tanpa ada batasan tona bunyi string gitar yang tidak ditekan. Barre chords sering
dirujuk sebagai kord yang bergerak, secara keseluruhan tangan boleh dengan mudah digerakkan dari
hujung leher gitar (dekat kepala gitar) hingga ke leher gitar yang dekat pada badan gitar.Biasanya
digunakan dalam muzik yang paling popular dan klasik, mereka sering digunakan dalam gabungan
dengan open chord atau standard chords gitar. Walaupun sedikit menjejaskan kualitinada.

Barre chord atau kord bar sama seperti menggunakan capo pada fret guitar. Dari fret pertama kamu
boleh menggerakkan tangan ke fret yang tertinggi berdekatan badan gitar tanpa menukar walau satu
pun jari.

Barre kord adalah kord yang punya asas seperti dari kord utama (open chord) E major seperti contoh
gambar dibawah ini.

Letak jari telunjuk kamu pada fret ke 3 seperti garisan dalam gambar ini untuk membentuk kord barre
G major

Teknik menekan chord barre.


Letak jari di atas fret yang untuk note G (atau note lain yang dikehendaki untuk membentuk barre
cord) pada fret ketiga (atau lain-lain fret) dan kesemua string pada fret itu ditekan menggunakan satu
jari. Posisi jari pertama (jari telunjuk) ini ialah sebagai kepala utama untuk barre chord.

Kemudian tekan note dibelakang guna jari untuk note yang lain seperti gambar diagram barre kord di
bawah. Kalau tidak menekan jari tengah maka ia adalah barre chord G minor. Apa bila jari tengah
menekan strings nombor 3 fret ke 3 maka ia menjadi barre chord G major.

Cuba gerakkan jari pertama ke fret 5 pula didikuti jarikelingking pada fret 7 tanpa mengubah susunan
jari. Tekan jari tengah pada string ke 3. Tekan kord itu dan strum. Kord yang berbunyi itu adalah nada
kord A major (barre kord)

Sekarang gerak susunan tangan atau keseluruhan tangan ke fret sebelah kanan (fret ke 6) tanpa
menukar sebarang jari. Sekarang kord major ini berubah nada menjadi sharp atau pitch lebih tinggi
dari semasa fret sebelumnya. Nama untuk kord itu ialah A# atau A sharp major.

Mainkan kord A lagi kemudian pindahkan ia ke fret sebelah kiri (fret ke 4). Kord yang baru
dipindahkan itu ialah kord Aflat. Kamu boleh memainkan kord flat atau sharp untuk semua jenis kord
bar atau cord biasa.
Ingat saja, kalau mana-mana kord yang terkeluar dari tempat asal ia berada dalam kunci / key sharp
atau flat.
Kalau kamu tidak menekan jari nombor 2, kord harmoni akan berbunyi seperti kord minor. Ini ialah
kord bar Am

Ketahui Cara Mendapat Wang Cara Pantas - CharityID


Pelajaran 2. Mari bermain kord bar minor.
Kord G minor

Barre kord G minor

Barre Chord G minor

C minor.
Untuk barre chord root C minor, bentuk hampir sama tetapi posisi jari 2,3 & 4 diturunkan pada string
ke bawah seperti dalam gambar chord digram dibawah.

Barre chord C minor

G minor

A m - Sekarang kamu boleh bermain kord Am sama seperti kord Gm dalam gambar gambar
diatas. Tetapi pastikan ia berada di fret nombor 5
B flat minor - Jari nombor 1 kamu berada di tali ke 5 pada fret 2. Jari no 2 tali ke 2 fret no 3. Jari
ke 4 nombor tali ke 3 fret no 4. Jari ke tiga pada tali 4 fret ke 4.
C m - Kamu boleh memainkan kord C minor sama seperti kord bar B flat minor pada fret no
3.
Berlatih menekan kord-kord ini & ingatkan dalam memori minda kamu.

Kord C major seperti dibawah ini boleh ditekan seperti dalam gambar ini atau pun ditekan
menggunakan jari 2,3 & 4 seperti gambar terbawah sekali

Jari 2,3 & 4 menekan strings

Anda mungkin juga menyukai