Anda di halaman 1dari 3

Pelakon Baharu Jangan Asyik Kejar Populariti Lisa

Surihani
Bukan mudah untuk mengekalkan nama didalam industri sehingga sekarang dan hanya bermula daripada
bawah, pelakon Lisa Surihani ada memberikan pandangan beliau sendiri mengenai kehadiran pelakon baharu
yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kini.

Menurut Lisa, pendatang baharu tidak perlu terlalu mengejar glamor kerana ia hanya bersifat sementara. Apa
yang penting disiplin dan terapkan sikap menghormati orang sekeliling.
Jika terlalu mengejar glamor, kita hanya mampu bertahan sementara. Saya tahu, populariti penting dalam
mempengaruhi perjalanan kerjaya, tetapi jangan jadikan ia sebagai sasaran utama. Dalam meraih kejayaan
sebagai pelakon, jangan lupa menghormati orang di sekeliling kita.

Tidak dinafikan pelakon baharu mungkin boleh memberikan kelainan dan mencorak lagi industri tetapi biarlah
populariti itu hadir dengan sendiri seiring dengan usaha dan bakat yang ada.
Saya dulu menyertai industri hiburan kerana mahu belajar dan dalam masa sama, mencari sumber pendapatan.
Tetapi perlu diingatkan, usah terlalu mengejar populariti kerana ia akan hadir dengan sendiri.

Nasihat dan pandangan yang agak baik diberikan oleh Lisa Surihani buat mereka yang baru ingin menapak
dalam bidang seni. Janganlah terlalu ingin menjadi popular kerana ia memang tidak kekal lama, buktikan bakat
yang anda ada dan berusaha keras untuk melakukan yang terbaik jika ingin kekal lama.

Anda mungkin juga menyukai