Anda di halaman 1dari 2

Faye Kusairi Akui Bekas Suami Elly Mazlein Kekasihnya,

Mula Rapat Selepas Penceraian


Setelah sekian lama berdiam diri dan berteka-teki, akhirnya Faye Kusairi telah tampil membuat pengakuan
bahawa bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta adalah kekasihnya. Sebelum ini memang telah bertebaran
gosip bahawa Faye dan Azmi bercinta sehingga Elly Mazlein telah membuat sindiran pedas menerusi
Instagramnya. Malah ada desas-desus menyatakan punca penceraian antara Elly dan Azmi adalah kerana
Faye Kusairi yang menjadi orang ketiga. Namun sebenarnya Faye Kusairi mula rapat dengan Azmi Hatta
selepas pengarah drama tersebut bercerai dengan Elly Mazlein.

Faye Kusairi juga memaklumkan yang dirinya tidak akan rapat dengan mana-mana lelaki yang bergelar suami
orang. Faye juga sempat menjawab sindiran pedas Elly Mazlein yang ditulis menerusi akaun Instagramnya. Kata
Faye Kusairi:Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan
selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka. Ketika perceraian mereka saya
sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya
meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya. Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih
suami orang.
Saya malas hendak komen apa tujuan dia (Elly) yang kerap kali menyerang saya. Saya juga tidak ambil tahu
atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan
orang-orang sekeliling sahaja yang lebih mengetahuinya.
Sebelum ini saya sering gagal bercinta dan tak jadi kahwin, ia membuatkan saya agak takut untuk terlalu
merancang. Insya-Allah, kalau ada jodoh kami adalah, namun ia bukan dalam masa terdekat ini

Elly Mazlein dan Azmi Hatta


Sebelum ini, rumah Faye Kusairi pernah diserbu oleh JAIS kerana tuduhan khalwat sehingga menimbulkan
kontroversi kerana tuduhan tersebut adalah palsu. Apa-apa pun, semoga Faye Kusairi dan Azmi Hatta bahagia.
Dua-dua pun dah single mingle. Memang sesuai sangat kahwin dengan cepat untuk mengelakkan sebarang
masalah. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Anda mungkin juga menyukai