Anda di halaman 1dari 2

Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

Bila melihat foto-foto Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir di Instagram, pasangan ini kelihatan cukup
bahagia sekali menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Sekejap sahaja masa berlalu, bernikah pada 16
September lepas, kini mereka sudah sebulan lebih mendirikan rumah tangga.

Malah, menurut sumber kepada Poklip di portal Utusan Online, Saharul bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Deena dikatakan sudah hamil. Baru sebulan usia kandungannya itu.
Walaubagaimanapun, sumber berkenaan memberitahu Saharul belum mahu mengumumkan berita gembira itu
kerana kandungan isterinya itu masih berada di peringkat awal.

Jika benar Deena sudah sebulan hamil, kiranya bunting pelamin bukan? Terbukti kejantanan Saharul Ridzwan.
Hehe.. Harapnya ibu dan anak didalam kandungan akan sentiasa sihat. Kena rehat secukupnya dan jangan
melakukan pekerjaan yang berat-berat.

Anda mungkin juga menyukai