Anda di halaman 1dari 2

Saya Keturunan Raja Siam, Sebab Itu Kahwin Di Songkla

Awie
Wow. Siapa sangka susur galur keturunan Awie sebenarnya adalah keturunan Raja Siam. Memang Abang Nara
dah nampak lama dah aura seorang raja dan pemimpin setiap kali melihat wajah Awie, tetapi tak sangka lah
pulak keturunan Raja. Kerana itulah juga Awie telah mengambil keputusan untuk berkahwin baru-baru ini dengan
Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand. Orang kata tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat susur galur
keturunan.

Malah Awie juga menjawab kritikan pedas para netizen yang mempersoalkan perkahwinannya yang berlaku di
Thailand. Biasalah bila kahwin di Thailand ini macam-macam masalah yang boleh timbul. Namun Awie
menegaskan yang dia mengetahui undang-undang pendaftaran perkahwinan. Kata Awie:Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan sendiri, saya dapati saya sebenarnya adalah keturunan
Raja Sulaiman yang berasal dari lokasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini saya berkahwin di
lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri.
Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand memandangkan perkahwinan ini bukan dibuat
secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.
Adalah hak saya untuk berkahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undangundang, bukanlah bodoh sangat

Sebenarnya tak kisahlah kahwin di mana-mana asalkan ia menepati syarak. Cuma yang penting kena daftar
perkahwinan selepas pulang ke Malaysia untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan. Apa pun,
selamat pengantin baru Awie dan Sharifah Ladyana. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan ke akhir hayat.
Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai