Anda di halaman 1dari 7

1

PERKAHWINAN

PERK
AHWI
NAN
DALA
M
ISLAM

ewaktu saya masih kecil dahulu, saya sering


mengagumi ikatan yang terjalin antara ibu bapa
saya, iaitu perkahwinan. Melalui perkahwinan
mereka, lahirlah saya dan adik beradik yang lain.

Walaupun, pelbagai halangan dan tempuhan yang menimpa,


melalui ikatan perkahwinan, mereka laluinya dengan tabah
dan sabar. Kini, saya sudah pun meningkat dewasa dan
pastinya, perasaan ingin berkahwin itu sangat kuat. Namun
begitu, kebanyakan anak muda yang sebaya dan seagama
dengan saya, mempunyai konsepsi dan pandangan yang tidak
benar mengenai perkahwinan. Mereka lebih terikut-ikut
dengan cara dan adat perkahwinan agama lain hingga terlupa
akan halal dan haram sesuatu perkara. Melalui artikel ini,

saya akan mengupas beberapa perkara mengenai perkahwinan dalam Islam.


DEFINISI PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkahwinan bermaksud perikatan yang sah antara
lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri. Perkahwinan juga boleh dimaksudkan dengan
pernikahan. Dari segi bahasa, ia bermaksud himpun atau cantum. Dari segi istilah pula
bermakna akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan
melakukan persetubuhan.
Menurut Aisyah Mohd Fauzi
dalam tesisnya, Tesis-Tersusun03,
Perkataan zawaj digunakan di
dalam al-Quran bermaksud
pasangan dalam penggunaannya
perkataan ini bermaksud
perkahwinan. Allah s.w.t
menjadikan manusia itu
berpasang-pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
1

PERKAHWINAN

Allah s.w.t berfirman,


Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati
(kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah. (Surah AdzDzariyaat 51; Ayat 49)
Sudah menjadi fitrah alam bahawasanya setiap kehidupan dijadikan berpasangan. Bernikah
bukan sahaja dapat menunaikan tuntutan nafsu, malah dapat menenangkan jiwa dan mengisi
kekosongan dalam kehidupan.
HUKUM NIKAH
Ada lima (5) hukum nikah yang wajib kita ketahui, iaitu harus, wajib, sunat, makruh dan
haram. Rajah dibawah menerangkan mengapa adanya lima hukum nikah.
Hukum
Harus

Penerangan
Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak

Wajib

ada perkara yang mengharamkannya berkahwin


Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh
badan serta dikhuatiri terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal

Sunat

nafsu
Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh
badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus

Makruh

kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangannya


Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk

Haram

berkahwin
Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau
disyaki akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya

DALIL-DALIL PENSYARIATAN
Didalam al-Quran, ada banyak surah yang menyebut tentang tuntutan nikah. Antaranya ialah
surah An-Nisaa: ayat 1-3, surah An-Nur: ayat 32, surah An-Nahl: ayat 72, surah Yaasin: ayat
36, surah Ar-Rum: ayat 21, surah Adz-Dzariyaat: ayat 49, surah Luqman: ayat 10, surah Qaf:
ayat 7 dan surah Asy-Syuaraa: ayat 7.
2

PERKAHWINAN

RUKUN NIKAH DAN SYARAT SAH NIKAH

1.

Rukun Nikah
Bakal Suami

2.

Bakal Isteri

3.

Wali
i.
ii.
iii.
iv.

Wali Mujbir
Wali Aqrab
Wali Abad
Wali Raja/
Hakim

4.

Saksi

5.

Ijab dan Kabul

i. Ijab : lafaz yang


diucapkan oleh
wali.
ii. Kabul : jawapan
penerimaan yang

Syarat-syarat Nikah
1. Islam
2. Lelaki
3. Tidak beristeri empat pada satu masa
4. Bukan dalam ihram haji/umrah
5. Bukan muhrim
6. Dengan kerelaan sendiri
1. Islam / Ahli Kitab
2. Perempuan
3. Bukan isteri orang
4. Bukan dalam keadaan idah rajie
5. Bukan dalam ihram haji/umrah
6. Bukan muhrim
7. Dengan kerelaan sendiri (kecuali anak gadis)
1. Adil
2. Islam
3. Baligh
4. Lelaki
5. Merdeka
6. Tidak fasik, kafir atau murtad
7. Bukan dalam ihram haji atau umrah
8. Berakal
9. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
10. Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
1. Islam
2. Dua orang lelaki
3. Baligh
4. Adil/tidak melakukan dosa besar
5. Memahami lafaz ijab dan kabul
6. Sihat pancaindera
Syarat Ijab:
1.
2.
3.
4.

Dilafazkan oleh wali/wakil


Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
Bukan bahasa sindiran
Jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan

saksi
5. Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan
yang tidak berkaitan

dilafazkan oleh
bakal

suami

Syarat Kabul:
1. Tidak menyalahi ijab
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan

PERKAHWINAN

3.
4.
5.
6.

yang tidak berkaitan


Dilafazkan oleh bakal suami/wakil
Menyebut nama bakal isteri/ganti namanya
Tidak dengan lafaz taklik
Tidak dibataskan tempoh masa.

HIKMAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM


Menurut Shafi-Q dalam artikel blognya yang bertajuk Perkahwinan Menurut Islam, terdapat
beberapa hikmah yang dapat kita rasai melalui perkahwinan. Antaranya ialah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Menjaga keturunan
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Dapat mengeratkan silaturahim
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Suatu cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks
Perzinaan, pelacuran, liwat dan maksiat dapat dielakkan.
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

Perkahwinan yang mengikut ajaran Islam yang benar dapat menjamin keluarga yang bahagia
dan anak-anak yang dilahirkan adalah soeh dan solehah. Melalui perkahwinan, keluarga yang
sakinah dan mawaddah dapat diwujudkan.
ADAT PERKAHWINAN MELAYU YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA
ISLAM
Seperti kita ketahui, orang Melayu kaya dengan adat dan budaya. Sudah menjadi kepastian
bagi orang Melayu untuk meneruskan tradisi nenek moyang supaya ianya tetap terpelihara.
Namun, kita juga mestilah mengambil kira akan halal dan haramnya sesuatu perkara.
Terdapat beberapa adat perkahwinan Melayu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Antaranya ialah:
1.

Hantaran yang berlebihan

PERKAHWINAN

Melalui pembacaan saya, hanya maskahwin sahaja yang wajib dibayar


kepada pihak perempuan. Maskahwin boleh dibayar dalam apa saja bentuk,
asalkan bermanfaat dan berfaedah. Selain itu maskahwin juga tidak
ditentukan oleh syarak akan nilainya. Terpulang kepada pihak lelaki dan
perempuan untuk menentukan jumalahnya. Sabda Rasullulah s.a.w

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang


diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )
Maskahwin yang diterima oleh bakal iseri juga tidak boleh diambil oleh ibu
bapanya ataupun bakal suaminya, melainkan dengan kebenarannya.
2.

Persandingan
Persandingan merupakan salah satu cara bagi masyarakat Melayu untuk
meraikan

pasangan

pengantin.

Namun

begitu,

ajaran

Islam

idak

menggalakkan persandingan kerana ianya membazir. Kos untuk menghias


dan membina pelamin juga mencecah harga yang tinggi dan ianya
menyusahkan sestengah orang yang tidak mampu membayarnya. Selain itu,
adat menepung tawar dan beras kunyit juga diambil daripada adat agama
Hindu.
3.

Solekan yang berlebihan


Sesetengah bakal pengantin perempuan cenderung untuk mbersolek tebal
sewaktu majlis perkahwinan mereka. Namun begitu, sekiranya ianya
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, maka hukumnya ialah haram. Cukuplah
sekadar solekan nipis untuk menaikkan seri wajah.
Selain itu,
lelaki

juga

diharamkan

PERKAHWINAN

untuk memakai inai. Ianya jelas terbukti dalam hadis riwayat Bukhari dan
Muslim,
Daripada Anas dia berkata: Bahawa Nabi SAW melarang kaum
lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4.

Hiburan sewaku kenduri


Kenduri kahwin tujuannya ialah untuk menghebahkan kepada orang ramai
bahawasanya sepasang pengantin telah sah bernikah. Hiburan juga
dibolehkan dalam Islam berdasarkan hadis riwayat Bukahari,
daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki
Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah!
Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan
hiburan."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Namun begitu, kita mestilah membezakan antara hiburan yang haram dan
halal. Contoh hiburan yang halal ialah bunyi kompang dan bacaan ayat alQuran. Manakala contoh hiburan yang haram ialah nyanyian karaoke yang
melalaikan dan joget lambak.

KESIMPULANNYA, kita mestilah mengambil kira akan hukum agama dan pandangan alim
ulama terhadap pernikahan dan segala aspek yang berkaitan dengannya. Semoga dengan itu,
kita dapat dijauhkan dari dosa dan fitnah yang boleh membuatkan kita rugi.

Nuurshafiqah Anis binti Adnan


Penulis merupakan pelajar Fakulti
Pengurusan Maklumat dalam bidang
Pengurusan Pusat Sumber di Universiti
Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana.
Kini berada dalam semester pertama
pengajian.

BIBLIOGRAPHY

PERKAHWINAN

5 Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kahwin. (2015). Didapatkan


dari iKahwin.my: http://www.ikahwin.my/blog/262-5-perkarabertentangan-islam-dalam-majlis-kahwin
Anwar, K. (2014, January 11). Pendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan
Dalam Islam. Didapatkan dari slideshare:
http://www.slideshare.net/realkamy/pendidikan-islam-tingkatan-5perkahwinan-dalam-islam?related=2
Cikguruby. (2012, March 13). NOTA FIQAH - MUNAKAHAT KERTAS 1 -BHGN
A. Didapatkan dari Syariah STPM:
http://stpmsyariah.blogspot.com/2012/03/fiqah-munakahat-kertas-1bhgn.html
Fauzi, A. M. (2015). Tesis-tersusun03. Didapatkan dari Academia.edu:
https://www.academia.edu/6242860/Tesis-tersusun03
Hamzah, A. b., Isa, M. H., & Ujang, M. S. (2010). Pendidikan Syariah
Islamiah Tingkatan 5. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shafi-Q. (2013, December 22). Perkahwinan Menurut Islam. Didapatkan
dari Shafiqolbu:
https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/12/22/perkahwinan-menurutislam/
Shafi-Q. (2013, December 21). Rukun-rukun dan Syarat Sah Nikah.
Didapatkan dari Shafiqolbu:
https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/12/21/rukun-rukun-dansyarat-sah-nikah/
Teh, G. A. (2005, September 21). Bidang Kuasa Wali dalam Pernikahan.
Didapatkan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia:
http://www.islam.gov.my/node/33879
Yahya, M. Z., Rahman, Z. b., & Sahi, A. b. (2009). Pendidikan Islam
Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai