Anda di halaman 1dari 4

Fattah Amin Nafi Gosip Bercinta Dengan Neelofa

Berlakon bersama dan kelihatan agak intim menerusi beberapa foto di Instagram, ada dakwaan mengatakan
Fattah Amin dan Neelofa sedang hangat bercinta. Ada yang suka mereka bergelar kekasih dan ada yang
sebaliknya.

Peminat tegar kedua-dua pelakon itu juga ingin tahu adakah benar Fattah dan Neelofa sedang menjalinkan
hubungan?
Mengulas mengenai gosip berkenaan, tuan empunya badan iaitu Fattah telah tampil menjelaskan perkara
sebenar. Fattah menjelaskan beliau dan Neelofa tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan kemesraan
yang mereka pamerkan hanya sekadar untuk menjayakan drama Suri Hati Mr. Pilot.

Kalau ada beranggapan video atau gambar yang dimuat naik tampak romantik, itu hanya dalam lakonan.
Perasaan itu tak terbawa-bawa ke luar lokasi. Cuma diakui perasaan romantik itu lebih sikit dalam drama ini
berbanding kebanyakkan drama lakonan saya sebelum ini.
Saya berpendapat mungkin disebabkan mutu lakonan yang bertambah baik antara faktor penjiwaan watak saya
dilihat berkesan. Apa-apa pun saya sudah memberikan yang terbaik.

Menurut Fattah, dari awal lagi beliau sudah bersedia jika ada pihak yang mengaitkan beliau dan Neelofa
bercinta.
Sejak awal kami memuat naik gambar bersama lagi saya sudah mendengar perkara itu. Ia menunjukkan
peminat memberikan perhatian kepada kami. Jadi saya sebagai pelakon mengambil ia sebagai sesuatu yang
positif.

Anda sudah dengar sendiri bukan penjelasan penuh daripada Fattah Amin? Maknanya mereka yang meminati
Fattah dan Neelofa ada la lagi peluang untuk mengorat mereka bukan? HeheDari awal lagi kami sudah tahu
ia adalah cerita yang boleh menghangatkan lagi drama lakonan mereka berdua.

Anda mungkin juga menyukai