Anda di halaman 1dari 3

Tiada Persefahaman Punca Wak Doyok Dan Azrinaz

Mazhar Hakim Berpisah


Bila Wak Doyok mengumumkan beliau sudah sah berpisah dengan kekasih hati, Azrinaz Mazhar Hakim,
ramai juga yang tertanya apa puncanya.

Iyalah, sebelum ini Wak Doyok dan Azrinaz ibarat merpati dua sejoli dan tidak pernah pula dengar sebarang
berita yang mereka mempunyai masalah bersama.
Tidak mahu orang ramai terus membuat spekulasi mereka tersendiri, Wak Doyok menjelaskan mereka membuat
keputusan untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada lagi persefahaman.

Wak Doyok menerima ketentuan takdir itu dengan hati terbuka dan kini mahu fokus pada kerjayanya.
Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima
hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa. Selepas ini saya nak buka buku baharu dan fokus pada kerjaya
seni dan perniagaan.

Dalam setiap perhubungan harus ada persefahaman, kalau tiada mungkin susah untuk mengekalkan cinta yang
ada. Daripada terus bergaduh dan tidak berpuas hati, berpisah adalah jalan yang terbaik

Anda mungkin juga menyukai