Anda di halaman 1dari 19

KURSUS:

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KOD KURSUS:
PIX 1003

PENSYARAH:
DR. ABD RAZAK BIN ZAKARIA

TUGASAN
LAPORAN PROGRAM “ MASIH ADA YANG SAYANG “
LAPORAN KUMPULAN KUMPULAN 3

NAMA NO MATRIKS

ARIF DANIEL BIN MOKHTAR U2100261

MUHAMMAD HARIZ BIN HERWAN U2100386

MUNIRAH BINTI MOHD AZLAN 22005231

NUR ASMAA’ BINTI AZIZ 22005230

NURUL ZULAIKHA BINTI NOOR U2100338


ROSDI

NURSYAHIRAH BINTI SAPRI U2002359

AZZA FASIHAH BINTI MOHD AZMAN 22053873

HANI AMMISYA WILDANI BINTI U2002427


MOHAMMAD

NUR ATHIRAH BINTI JAMALUDIN U2100228

SEMESTER 1 SESI 2023/2024


SOALAN
Bahagian A
1. Boleh cerita sedikit tak mengenai latar belakang encik?
2. Sebelum masuk sini, encik kerja apa?
3. Mak ayah encik pula kerja apa?
4. Encik ada apa-apa minat? Atau apa-apa perkara yang encik selalu buat?
5. Encik berasal daripada keluarga yang macam mana? (Taraf kehidupan)
6. Dulu encik habis pendidikan sehingga peringkat mana?
7. Dekat sini ada tak sesiapa yang encik paling rapat?
8. Apa makanan kegemaran encik? Dekat sini ada sediakan tak makanan tu? Menu dekat
sini macam mana?
9. Encik sebelum ni jenis suka berkawan? Selalunya buat apa dengan kawan-kawan?
10. Encik ada mengalami apa-apa masalah kesihatan?

Bahagian B
1. Macam mana encik boleh berada di sini? Apa kesalahan yang encik buat menyebabkan
encik berada di sini?
2. Macam mana boleh terlibat dengan kes ni?
3. Kesalahan yang encik buat ini adakah secara berseorangan atau berkumpulan?
4. Apakah maksud warna baju dan nombor bersiri?
5. Apakah rutin harian encik sepanjang di Pusat Koreksional Dungun?
6. Berapa tahun dikenakan hukuman? Dan sejak bila?
7. Sepanjang encik berada di sini, ada tak ahli keluarga yang melawat encik?
8. Pernah tak encik terfikir balik dan menyesali terhadap perbuatan salah yang encik telah
lakukan pada masa lalu?
9. Kes encik ni adakah boleh meminta pengampunan?
10. Bagaimanakah hubungan di penjara dengan banduan lain?
Bahagian C
1) Apakah perancangan encik selepas encik keluar dari penjara?
2) Apakah azam encik selepas keluar ? Adakah encik takkan mengulanginya lagi?
3) Kalau boleh diundurkan waktu, adakah encik rasa encik akan melakukan kesalahan ini?
4) Selepas encik keluar bagaimana hubungan encik dengan keluarga?
5) Buat masa sekarang, adakah keluarga dapat menerima keadaan encik sekarang dan
bagaimana pula selepas encik keluar nanti?
6) Apakah yang encik harapkan daripada masyarakat selepas encik keluar?
7) Apakah encik akan berputus asa jika masyarakat luar tidak dapat menerima encik?
8) Apakah tindakan yang encik akan lakukan untuk menerima keadaan tersebut?
9) Setelah apa yang encik lalui apakah pesanan yang boleh encik sampaikan kepada generasi
sekarang?
10) Siapakah orang pertama yang encik ingin memohon maaf dan apakah perkara pertama
yang encik ingin lakukan sejurus encik keluar?
BAHAGIAN C
BANDUAN 1
Pada tarikh 14 Januari 2024, sekitar pukul 2.30 petang kami telah ditugaskan untuk
melakukan sesi curahan hati bersama banduan-banduan terpilih dalam ‘Program Masih Ada
Yang Sayang’. Sesi curahan hati ini dilakukan bertujuan untuk mendengar curahan isi hati,
pengalaman, dan pengajaran hidup mereka sebagai seorang banduan. Tidak ketinggalan,
kami juga berperanan untuk membantu golongan banduan ini supaya mereka berasa diterima
dan tidak tersisih dengan golongan masyarakat di luar sana setelah keluar dari penjara suatu
hari nanti. Ketika sesi ini, setiap kumpulan dibahagikan kepada empat orang banduan.
Keempat- empat banduan dalam kumpulan kami mempunyai warna baju yang berbeza yang
mana menunjukkan tempoh hukuman penjara juga berbeza. Pada awalnya, mereka kelihatan
agak kekok, namun setelah beberapa kali kami cuba mendekati dengan mesra, mereka
tampak lebih selesa dan tidak segan silu untuk berkongsi kisah masing-masing.

Banduan pertama yang ditemu bual adalah seorang banduan yang berpakaian serba hijau
dan mempunyai 2 baris nombor siri dan ada nombor 3 di atas 2 baris nombor siri tersebut
pada bahagian kiri bajunya. Seperti yang telah sedia maklum, banduan berpakaian hijau ini
merupakan banduan tahanan 6 bulan ke atas. Banduan ini memperkenalkan dirinya kepada
kami dengan panggilan mesra sebagai abang Azhar. Abang Azhar berusia 38 tahun dan
merupakan anak jati Terengganu yang berasal dari Kemaman. Sebelum ini, beliau hanya
bekerja sebagai seorang pelaut di bawah orang lain. Beliau merupakan anak kedua daripada 3
orang adik beradik. Beliau berasal daripada keluarga yang kurang senang dan mempunyai
kedua ibu bapa yang sudah bercerai. Sejak kedua ibu bapanya bercerai, beliau menetap
bersama neneknya yang disebut sebagai Tok di kampung. Tahap pendidikannya terhenti di
peringkat sekolah rendah dan mempunyai sijil kelayakan UPSR sahaja.

Sepanjang temu bual santai bersama abang Azhar, kami mendapati beliau merupakan seorang
yang tenang dan sangat responsif dalam memberikan jawapan.

Setelah itu, Encik Azhar juga mengatakan bahawa dia masih lagi berstatus bujang
memandangkan dia sudah masuk 3 kali ke penjara. Tidak ketinggalan, kami juga
berkesempatan bertanya tentang hobi yang suka dilakukannya pada waktu senggang.
Menurutnya,sebelum ini beliau suka untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di
kampung. Namun, di sini beliau lebih kerap bermain ‘carom’. Makanan kegemaran beliau
ialah roti canai. Menurutnya, beliau pasti berasa sangat seronok sekiranya dia berkesempatan
untuk makan roti canai di penjara memandangkan makanan kegemarannya itu tidak menjadi
sebahagian daripada hidangan yang disediakan di penjara. Beliau juga berkata bahawa
banyak ilmu agama yang dia telah pelajari sepanjang berada di penjara seperti solat dan
membaca Al-quran.

Hasil daripada temu bual bersama beliau juga, kami telah mendapat tahu bahawa
kesalahan yang menjadikannya masuk ke penjara adalah disebabkan kes dadah. Abang Azhar
memberitahu bahawa beliau mula mengambil dadah ketika umurnya masih 12 tahun. Beliau
membeli dadah hasil daripada gaji yang diperolehinya daripada menjadi pelaut. Abang Azhar
memberitahu bahawa pada awalnya beliau hanya ingin mencuba dadah atas sebab ingin
bersuka ria. Namun, percubaan itu menjadikan Abang Azhar tidak dapat menghentikan
dirinya daripada terus mengambil dadah kerana telah ketagih dengan dadah. Bukan itu sahaja,
Abang Azhar juga mengatakan antara faktor beliau mengambil dadah adalah untuk
menghilangkan serabut di fikirannya kerana beliau memberitahu kesan daripada dadah ini
akan menjadikan sesiapa yang memakannya akan dapat melupakan apa yang menjadikannya
tertekan.

Kami juga berkesempatan untuk bertanya mengenai kod pada bahagian kiri baju
Abang Azhar yang lain daripada lain. Dimana nombor siri yang ada padanya mempunyai
nombor 3 di dalam kurungan. Setelah membuat pernyataan mengenai nombor siri tersebut,
kami dapati bahawa ini merupakan kali ketiga Abang Azhar masuk ke penjara dan ketiga-tiga
kali itu dalam kes yang sama iaitu dadah. Pertama kali beliau masuk ke penjara adalah pada
tahun 2009 iaitu ketika umurnya 23 tahun. Ini bermaksud beliau berjaya menyembunyikan
kegiatannya dalam menghisap dadah selama 11 tahun kerana beliau telah mula mengambil
dadah pada umur 12 tahun. Ketiga-tiga kali beliau masuk ke penjara adalah hasil daripada
serbuan polis ke rumahnya. Untuk kali ketiga masuk ke penjara ini, beliau memberitahu akan
keluar pada tahun 2026 setelah mendapat hukuman 5 tahun penjara dengan sebatan.

Kami juga dapati faktor yang menjadikan Abang Azhar masuk ke penjara sehingga
tiga kali berturut-turut adalah disebabkan tidak dapat menolak ajakan rakan-rakannya yang
juga mengambil dadah. Beliau telah berusaha dan rasa menyesal setiap kali tertangkap,
namun, masih tidak dapat menolak pengaruh kawan setelah keluar daripada penjara. Hal ini
berkemungkinan disebabkan beliau tidak mempunyai ahli keluarga yang menjaganya dan
hanya mempunyai rakan-rakan sehingga terus mengikuti jejak rakan-rakannya. Beliau hanya
mempunyai adik beradiknya tetapi beliau memberitahu sepanjang berada di penjara, tidak ada
seorangpun yang datang melawatnya.

Bagi soalan bahagian yang menyentuh mengenai harapan Abang Azhar setelah habis
dikenakan hukuman penjara, beliau mengatakan bahawa beliau menginginkan perahu dan
kapal tersendiri. Hal ini berkemungkinan untuk lebih memudahkannya untuk bekerja sebagai
seorang pelaut. Beliau juga mengatakan bahawa orang pertama yang ingin beliau jumpa
setelah keluar daripada penjara ialah adik kandungnya kerana hanya adiknya sahaja ahli
keluarga yang masih berhubung dengannya. Kami cuba mengelakkan daripada bertanya
soalan-soalan sensitif berkenaan keluarga kepada Abang Azhar kerana beliau datang daripada
ahli keluarga yang berpecah belah ditambah pula dengan neneknya yang sudah meninggal
dunia.
Dalam konteks kesalahan yang dilakukan oleh Abang Azhar iaitu mengenai dadah,
beliau berkesempatan memberi nasihat kepada kami agar jangan sesekali melayan perasaan
ingin mencuba dadah dalam kehidupan. Katanya, sukar untuk meninggalkan kegiatan
tersebut sekiranya sudah ketagih walaupun pada awalnya hanya ingin mencuba. Namun
demikian, Abang Azhar mengatakan dia berazam untuk tidak mengambil dadah semula
setelah habis dikenakan hukuman penjara nanti. Dia juga berharap agar masyarakat di luar
dapat menerima dan melayaninya dengan baik walaupun sudah 3 kali mengulangi kes yang
sama.
BANDUAN 2
Banduan kedua merupakan satu-satunya banduan berbaju biru yang kami berkesempatan
untuk menemuduga semasa berada di Pusat Koreksional Dungun dan kami amat bersyukur
kerana tidak semua kumpulan mendapat peluang yang sama seperti kami. Sejujurnya,
pandangan pertama kami terhadap banduan kedua ini agak sedikit berbeza daripada banduan
lain kerana pertama sekali oleh kerana faktor warna kulitnya yang menyebabkan ramai
beranggapan bahawa beliau berkemungkinan bukan daripada kaum melayu. Sepanjang kami
menjalankan aktiviti-aktiviti bersamanya iaitu sebelum sesi curhat, kami dapat perhatikan
bahawa banduan kedua ini adalah seorang yang paling banyak memberi kerjasama, murah
dengan senyuman dan yang paling penting dialek percakapannya juga adalah biasa seperti
banduan melayu yang lain sehingga menimbulkan banyak persoalan di ruang minda kami
tentang siapakah diri beliau yang sebenarnya.

Setibanya masa yang ditunggukan iaitu sesi curhat, kami memulakan sesi ini dengan
meminta beliau untuk memperkenalkan serba sedikit tentang latar belakang hidupnya.
beliau memperkenalkan dirinya dengan nama Robi Bin Hussin. Pernyataan pertamanya telah
membuktikan anggapan pertama kami terhadapnya pada awal pertemuan adalah salah sama
sekali kerana dapat dikenalpasti melalui namanya bahawa beliau juga merupakan seorang
melayu. Kata Encik Robi juga, beliau berasal daripada Kemaman dan sekarang ini berusia 44
tahun. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai pemandu lori selama 15 tahun iaitu sejak
usianya 24 tahun. Seterusnya, beliau menceritakan tentang latar belakang keluarganya di
mana dia masih berstatus bujang akan tetapi mempunyai tiga orang adik-beradik yang terdiri
daripada seorang kakak dan seorang abang lalu menjadikan dirinya sebagai anak bongsu
dalam keluarganya. Dia juga pernah menetap dengan ayahnya sebelum dimasukkan ke pusat
tersebut. Encik Robi menamatkan pengajiannya di tahap yang boleh dikatakan agak tinggi
iaitu sehingga tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semasa menjadi pemandu lori, beliau
sejenis yang suka berkawan dan mempunyai ramai kawan yang boleh dilepak bersama
semasa masa terluangnya. Di dalam penjara ini juga katanya beliau mempunyai beberapa
kawan rapat, dua daripada banduan yang kami temuduga mengatakan bahawa Encik Robi
adalah kawan rapat mereka dan kami beranggapan bahawa Encik Robi mungkin seorang
yang amat disenangi oleh rakan-rakannya yang lain selama berada di situ.

Sebelum beralih kepada soalan lain kami amat tertarik dengan warna-warna baju
yang berbeza dipakai oleh setiap banduan termasuklah Encik Robi yang berbaju biru, beliau
menerangkan kepada kami bahawa baju biru itu hanya dipakai oleh banduan yang telah
berada di penjara setelah 18 bulan dan ke atas yang menjadikan Encik Robi antara banduan
yang terlama berada di penjara daripada banduan lain yang berada di situ. Beliau juga
kelihatan sangat sudi untuk berkongsi kepada kami tentang maksud-maksud warna setiap
baju lain dan dengan jelasnya menerangkan tentang maksud disebalik nombor bersiri yang
telah ditulis dan terpapar di sebelah kiri bajunya. Hasil daripada temubual, kami dapat
mengetahui bahawa Encik Robi telah dimasukkan ke dalam penjara berpunca daripada
kesalahannya yang mengonsumsi dadah. Menurutnya lagi, pengambilan dadah tersebut
sangat membantu khususnya untuk menghilangkan rasa mengantuk dan rasa penat beliau
ketika bekerja sebagai pemandu lori. Setelah dipenjarakan, beliau melalui rutin harian yang
biasa dan sama seperti banduan lain iaitu bangun seawal 5 pagi pada setiap hari dan diikuti
dengan muster di mana semua banduan akan diminta berkumpul di suatu tempat yang telah
ditetapkan bagi memastikan keberadaan mereka di penjara. Kemudian setelah semua banduan
selesai bersarapan pagi, mereka akan bergerak untuk memulakan pekerjaan masing-masing.
Di Pusat Koreksional Dungun ini ada banduan yang bekerja di bahagian kantin, penenunan
songket dan banyak lagi.

Untuk bahagian soalan seterusnya, kami banyak bertanyakan tentang kes Encik Robi.
Seperti yang telah dimaklumkan, Encik Robi berada di PKD ini disebabkan kes dadah.
Tambahan daripada En. Robi, beliau dipindahkan daripada penjara Marang ke penjara
Dungun atas sebab keperluan bekerja. Setelah itu, kami turut bertanyakan kepada beliau
adakah beliau berasa kesal akan tindakannya menyalahgunakan dadah, dan jawapan yang
kami terima sudah semestinya ‘Ya’. Beliau berasa menyesal akan tindakannya yang salah
gunakan dadah dan menyebabkannya berada di PKD. Di PKD ini, mereka menerima pelawat
setiap hari kecuali hari Khamis. Oleh itu, kami berpeluang bertanyakan kepada En. Robi
tentang adakah beliau menerima kunjungan pelawat. En. Robi menyatakan bahawa ahli
keluarga beliau kerap menziarahinya di PKD pada setiap bulan. Dalam bahagian soalan kami
yang seterusnya, kami berpeluang bertanya kepada En. Robi apakah perancangannya setelah
dibebaskan memandangkan hanya berbaki 1 tahun 8 bulan sahaja lagi tempoh En. Robi di
penjara tersebut. En. Robi menyatakan bahawa beliau ingin memulakan semula dalam bidang
menternak kambing. Beliau menambah bahawa sebelum beliau ditangkap masuk ke penjara,
beliau mempunyai ladang kambing di mana ladang kambing itu dijaga oleh anak saudaranya
selepas beliau dimasukkan ke dalam penjara. Beliau turut menyatakan bahawa beliau ingin
mengembangkan ternakannya memandangkan beliau masih mempunyai modal. Di akhir sesi
soalan, kami bertanyakan kepada En. Robi tentang penerimaan keluarganya setelah beliau
dibebaskan kelak. Beliau menyatakan bahawa ahi keluarganya akan menerimanya setelah
dibebaskan memandangkan mereka tidak pernah jemu melawat En. Robi di penjara. Beliau
turut menyatakan perkara pertama yang beliau ingin dilakukan setelah dibebaskan kelak ialah
meminta maaf terhadap ayahnya akan kesalahan yang telah dilakukannya. Di akhir sesi, En.
Robi menasihati kami semua supaya jangan pernah sesekali terlintas untuk mencuba dadah
yang jelasnya akan membawa kepada kesan buruk
BANDUAN 3

Pada hari Ahad bersamaan 14 Januari 2024 yang lalu, kami telah menjalankan satu sesi temu
ramah dengan seorang banduan yang ditahan di bawah kesalahan dadah di Pusat Koreksional
Dungun, Terengganu. Temu ramah ini dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumat
mengenai kesnya. Soalan bagi temu ramah kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian,
bahagian A ialah latar belakang, bahagian B ialah kenapa berada di sini dan bahagian C ialah
tentang masa depan.

Selepas ditemuramah, serba sedikit mengenai latar belakang banduan ini ialah nama
beliau ialah Zakaria dan berumur 33 tahun. Beliau berasal dari Kemaman,Terengganu dan
merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik. Beliau masih mempunyai ibu dan ayah
dan Ibunya berumur 68 tahun. Encik Zakaria menamatkan sesi persekolahannya di tingkatan
tiga. Beliau merupakan seorang yang suka berkawan dan melepak di kampung. Beliau juga
suka meluangkan masa dengan memancing, bermain bola sepak dan juga badminton.
Sebelum ditangkap polis dan masuk ke penjara, Encik Zakaria bekerja di ladang sawit. Beliau
juga menceritakan bahawa beliau pernah berkahwin pada usia 19 tahun dan mempunyai 4
cahaya mata yang berusia 13 tahun, 12 tahun, 8 tahun dan 4 tahun. Namun, beliau dan
isterinya telah pun mengambil keputusan untuk berpisah.

Sepanjang kami melakukan aktiviti bersama banduan - banduan tersebut, kami dapati
bahawa Encik Zakaria ialah seorang yang pendiam dan kurang bercakap meskipun sesama
mereka sendiri. Walaupun beliau seorang yang pendiam, tetapi beliau sangat memberikan
kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Beliau merupakan seorang yang berseni
kerana dapat menghasilkan lukisan yang cantik dan origami katak yang berfungsi dengan
baik semasa program pada pagi tersebut.

Encik Zakaria menceritakan sebab yang menyebabkan dia berada di penjara iaitu
terlibat dengan kes syabu dan dadah sejak berusia 23 tahun iaitu 10 tahun yang lalu. Beliau
terlibat dengan kes ini akibat pengaruh dari rakan di tempat kerja. Beliau dikenakan hukuman
selama 5 tahun beserta 3 sebatan dan sehingga kini, beliau masih berbaki setahun dan lapan
bulan sebelum bebas daripada hukuman. Sepanjang Encik Zakaria berada di penjara, ahli
keluarganya termasuk anak-anaknya sering melawat beliau di situ dan menurutnya lagi,
hubungannya bersama keluarga termasuk anak-anaknya sangat baik.

Ketika ditemuduga, Encik Zakaria memakai baju banduan berwarna hijau. Setelah
disoal, beliau mengatakan bahawa baju berwarna hijau tersebut bermaksud bahawa beliau
telah pun menjalani hukuman lebih setahun ke dua tahun. Beliau turut menjelaskan makna
disebalik nombor yang ada di baju yang dipakainya. Nombor 3 di bajunya menunjukkan
bahawa beliau telahpun tiga kali dikenakan hukuman penjara. Hukuman kali pertama ialah
pada tahun 2010 iaitu selama enam bulan. Seterusnya, hukuman kali kedua ialah pada tahun
2016 selama lapan bulan dan kali ketiga pada tahun 2020 dan sehingga kini. Encik Zakaria
menceritakan rutin hariannya sepanjang berada di sana. Kebiasaanya mereka akan bangun
pada jam 5.00 pagi dan akan bersiap untuk solat subuh berjemaah. Kemudian mereka akan
melakukan aktiviti muster iaitu mengira ahli banduan serta melakukan aktiviti berkawad.
Selepas itu, mereka akan sarapan pagi dan akan keluar untuk bekerja sehingga jam 5.00
petang. Pekerjaan yang mereka akan lakukan ialah sama ada berkebun, membuat roti di
bengkel roti ataupun membuat kerja-kerja dapur di kantin. Mereka akan dibayar gaji
mengikut warna baju yang dipakai. Sebagai contoh, banduan yang memakai baju berwarna
merah akan dibayar sebanyak RM0.60 sehari. Kemudian, Encik Zakaria menceritakan serba
sedikit kehidupan di dalam penjara. Mereka tinggal di dalam cell dimana satu cell tersebut
mempunyai lebih kurang 40 orang banduan. Mereka akan tidur di atas katil double decker
yang telah disediakan. Di dalam cell tersebut juga telah disediakan bersama tandas, dan
terdapat televisyen. Mereka bebas untuk menonton televisyen namun ada waktu-waktu yang
tidak dibenarkan contohnya seperti waktu solat dan waktu bekerja. Oleh itu, mereka dapat
mengetahui perkembangan semasa seperti isu di Palestin, keadaan semasa virus covid-19 dan
sebagainya melalui siaran langsung berita. Beliau juga menceritakan banduan-banduan akhir
disitu boleh meminta pengampunan dengan syarat bebas berlesen. Beliau juga menyebut
bahawa beliau berkawan dengan semua orang namun rakan karibnya sepanjang berada di
sana ialah abang Robi.

Encik Zakaria memberitahu perancangannya selepas keluar dari penjara iaitu


mempunyai ladang kelapa sawit sendiri. Hal ini dikatakan kerana, pekerjaan beliau sebelum
masuk ke penjara hanya bekerja di bawah orang lain di ladang kelapa sawit. Encik Zakaria
berazam untuk berubah selepas keluar dari penjara kerana dia berasa menyesal kerana terlibat
dengan kes syabu ini. Beliau juga berharap masyarakat sekelilingnya boleh terima akan
kehadirannya di kampungnya. Selepas bebas dari penjara, orang pertama yang ingin Encik
Zakaria ingin memohon maaf ialah ibunya. Kemudian beliau menyebut perkara pertama yang
ingin lakukan selepas keluar nanti ialah berjumpa dengan ibu dan ayahnya serta anak-anak
yang dikasihinya.Ketika ditanya, apakah Encik Zakaria menyesal terlibat dengan kes ini,
beliau menjawab bahawa beliau sangat menyesal dan andai diberi peluang kedua, beliau tidak
akan sesekali mahu untuk mencuba untuk menyentuh dadah. Di akhir sesi ini, beliau
memberi pesanan ringkas kepada pelajar pelajar Universiti Malaya sebagai generasi muda
masa kini untuk tidak sesekali terlibat dengan kes dadah kerana beliau sendiri pun bermula
dengan rasa ingin tahu akan apakah rasa dadah itu namun akhirnya terjebak sehingga
membawa kepada ketagihan yang melampau. Beliau juga menyebut bahawa dadah ini banyak
mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri terutama sekali masa depan akan musnah.
BANDUAN 4

Banduan keempat yang kami temuduga adalah banduan yang menjadi “model” ketika aktiviti
mereka fesyen. Ketika pertama kali melihat banduan ini, dia adalah seorang yang pemalu,
mendengar kata dan kelihatan sedikit berumur. Kami mendengar rakan-rakannya
memanggilnya “Ayah” yang menyebabkan kami menyangka dia adalah banduan yang paling
tua di kalangan banduan yang menyertai program itu tempoh hari.

Semasa sesi Curhat, kami memanggil setiap banduan dengan panggilan abang. kami
bertanya beberapa soalan yang terdiri daripada tiga bahagian kepadanya iaitu bahagian Latar
belakang, Sebab berada dalam penjara dan tentang masa hadapan. Untuk bahagian pertama,
kami meminta banduan itu menceritakan sedikit latar belakangnya terutamanya nama, umur
dan taraf perkahwinan sama ada sudah bernikah, belum atau sebagainya. Nama banduan itu
adalah Alias bin Ahmad dan sering dipanggil Aliah oleh rakan-rakannya. Dia tinggal di
Kuala Terengganu dan berumur 46 tahun dan belum menikah.

Abang Aliah juga menyatakan bahawa beliau adalah seorang buruh sebelum beliau
memasuki penjara. Dia kehilangan mak ketika berumur 15 tahun manakala ketika umurnya
mencapai 36 tahun ayahnya pula meninggal. Dia mempunyai 14 orang anak, tiga daripadanya
adalah perempuan dan sebelas adalah lelaki. Dia merupakan anak yang keenam.

Semasa program, kami sempat menanyakan perihal perbezaan warna baju yang
mereka pakai. Ketika itu, abang Aliah memakai baju berwarna merah cerah. Abang Aliah
menjawab bahawa pemakaian warna baju adalah berbeza berdasarkan tempoh mereka telah
berada di dalam penjara. Baju berwarna mereka memberi maksud banduan telah berada
selama tiga hingga enam bulan, warna hijau bermaksud banduan telah berada selama satu
atau dua tahun, warna biru muda bermaksud 18 bulan dan biru gelap bermaksud mereka
tinggal di penjara selama lapan tahun ke atas.

Abang Aliah juga menceritakan rutin harian ketika dia berada di dalam penjara.
Menurutnya para banduan akan bangun pada pukul lima pagi untuk melakukan muster iaitu
sebuah istilah untuk sesi mengira penduduk sel. Menariknya, para banduan akan tersedar
sendiri pada pukul lima pagi tanpa bantuan penjaga penjara dan bantuan jam loceng. Selepas
melakukan muster, mereka meneruskan aktiviti kendiri seperti mandi, solat subuh secara
berjemaah, membaca al quran dan bersiap-siap untuk bekerja. Para penjaga penjara akan
memberitahu banduan-banduan ketika masuk waktu solat. Mereka akan bekerja bermula
daripada pukul lapan pagi dan akan berhenti mengikut pekerjaan yang mereka lakukan.
Pekebun akan berhenti pada pukul sepuluh pagi dan pekerja kilang roti akan berhenti pada
pukul lima petang. Sarapan akan disediakan pada pukul sembilan pagi. Kebiasaannya mereka
akan menu bagi sarapan adalah roti. Setiap pekerjaan yang mereka lakukan adalah kerja tetap
sepanjang di penjara yang mana telah mereka pilih semasa awal-awal masuk penjara.

Abang Aliah mempunyai ramai kawan sebelum dipenjarakan. Mereka kebiasaannya


akan lepak di rumah. Namun selepas dipenjarakan, abang Aliah tidak pernah menerima
sebarang lawatan daripada kawan-kawannya mahupun ahli keluarganya. Abang Aliah juga
menceritakan pengalaman belajar beliau. Beliau sempat belajar sehingga memasuki tingkatan
empat. Namun dia berhenti belajar kerana guru yang beliau sayangi telah meninggal.

Setelah menanyakan beberapa soalan, Abang Aliah juga ada menyatakan bahawa
mereka didalam penjara turut dibayar gaji mengikut warna baju yang mereka pakai iaitu baju
yang berwarna merah sebanyak 30 sen dan baju yang berwarna hijau sebanyak 60 sen. Hal ini
kerana gaji ini adalah penghargaan atas khidmat kerja mereka sepanjang didalam penjara.
Gaji ini menurut Abang Aliah akan dikumpulkan dan dibayar setelah mereka keluar nanti.
Abang Aliah juga turut bercerita yang mereka didalam satu sel adalah seramai 45 orang.
Setelah itu, kami juga menanyakan hobi Abang Aliah yang mana dia menyatakan bahawa dia
meminati sukan bola.

Menurut Abang Aliah, dia memulakan terlibat dengan dadah ketika usia 18 tahun. Hal
ini menurutnya senang untuk didapat pil tersebut dengan hanya ada RM10 ataupun RM30
sahaja sudah boleh membelinya. Menurut Abang Aliah, dia telah memasuki penjara sebanyak
2 kali, waktu pertama kali pada tahun 2010 yang dikenakan hukuman selama 1 tahun
disebabkan kes yang sama iaitu dadah. Seterusnya, pada kali kedua pada tahun 2023 yang
dikenakan hukuman selama 3 tahun 4 bulan. Menurut responden iaitu Abang Aliah, pada
awalnya apabila masuk ke dalam penjara menyebabkan dia tidak dapat makan dan
menyebabkan seluruh badan mengalami kesakitan kesan daripada dadah tersebut. Hukuman
yang telah dijatuhkan keatas responden adalah 1 sebatan dan juga penjara.
Abang Aliah juga turut menceritakan bahawa mereka apabila hukuman penjara hanya
tinggal 1 tahun lagi, pihak penjara akan mengarahkan untuk membuat parol iaitu setiap
banduan dibenarkan untuk bekerja di kawasan-kawasan tertentu di luar penjara dan akan
diawasi oleh pegawai penjara selama 2 bulan. Oleh itu, setiap banduan dapat melakukan kerja
diluar daripada kawasan penjara.

Menurutnya juga, dia menyesal melakukan perbuatan tersebut kerana hukuman


penjara akan bertambah setiap kali masuk penjara jika didapati kes yang sama. Menurutnya
sebelum masuk ke penjara dia pernah menjual daging, jadi selepas keluar nanti dia akan
meneruskan perusahaan dagingnya. Namun begitu, hubungan Abang Aliah dengan ahli
keluarganya masih baik. Selepas keluar nanti, dia ingin berjumpa keluarganya dan ingin
memohon maaf dengan mereka iaitu adik beradiknya memandangkan dia sudah tidak
mempunyai ibu dan ayah. Dia juga sempat menyampaikan beberapa pesanan kepada kami
iaitu supaya jangan pernah sesekali ingin mencuba dadah dan jangan sesekali ikut kata hati
kerana kita sudah mengetahui kesan buruknya pada masa akan datang.
KELEBIHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Hariz
Kekuatan - semua ahli memberikan kerjasama yang cemerlang semasa program
Kelemahan - cerita terlalu banyak dan soalan tidak dapat dihabiskan

Arif
Kekuatan - Setiap pihak ramah dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program.
Pihak penjara memberikan kerjasama yang baik dan mengurangkan kegugupan pelajar. Pihak
banduan sentiasa senyum, ramah dan memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti. Ahli
kumpulan sentiasa menyokong dan berusaha menutup kelompongan semasa aktiviti. Ahmad
minat cendol.

Kelemahan - Ruangan penjara yang sempit untuk beraktiviti. Sebahagian aktiviti tidak dapat
dijalankan kerana peralatan telah dihalang untuk memasuki penjara. Ruangan penjara ini
menjadikan suasana menjadi bising dan pelajar tidak dapat mendengar jawapan banduan
semasa sesi CURHAT. Sebahagian kumpulan tidak memahami jawapan banduan kerana
sebahagian kumpulan tidak mempunyai orang Kelantan atau Terengganu. Banduan menipu
(bergurau) . Banduan banyak main-main.

Athirah
Kekuatan - Aktiviti yang diadakan dapat mencungkil bakat setiap banduan seperti melukis,
membuat origami katak, mereka cipta fesyen baju pada model
Kelemahan - Suara banduan yang perlahan dan kurang jelas ketika sesi curhat menyebabkan
sukar untuk mencatat maklumat yang mereka sampaikan
Zulaikha
Kekuatan - aktiviti yang santai dan arahan yang mudah difahami
Kelemahan - Air mineral tidak disediakan kepada peserta program semasa sesi pagi
menyebabkan peserta kurang selesa.

Azza
Kekuatan - Pihak pegawai penjara memberi perhatian yang baik kepada setiap pelajar dan
memastikan banduan memberi respon dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh pelajar.
Banduan-banduan yang dipilih memberi kerjasama kepada semua aktiviti yang dijalankan.
Kelemahan - Masa curhat bersama banduan terlalu singkat.

Hani
Kekuatan- Aktiviti dan sesi curhat yang dijalankan telah mendapat sambutan yang baik oleh
pihak banduan
Kelemahan- Ruang yang disediakan khas untuk mengadakan aktiviti agak terhad

Asmaa'
Kekuatan
-Pihak Banduan memberi kerjasama yang baik dalam menjawab sebarang soalah yang
diajukan

Penambahbaikan
- Pihak penganjur perlu lebih memperbanyakkan aktiviti yang lebih menyentuh jiwa
para banduan

Kelemahan
- kekangan masa untuk interview banduan
Syerah
Kekuatan:
● pihak banduan memberi respon kepada soalan yang ditanya

Kelemahan:
● Banduan memberi respon dalam loghat yang agar sukar difahami oleh kami

Penambahbaikan
● Jalankan program pada hari pertama dan selebihnya aktiviti santai yg lain

Munirah
Kekuatan: aktiviti yang berjaya menarik minat banduan
Penambah baikan: masa aktiviti curhat yang lebih panjang

Anda mungkin juga menyukai