Anda di halaman 1dari 4

Telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan
tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah jika ada orang yang mempersoalkan
tentang telinganya. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang
disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang
mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu
soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". 


"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab
lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga,
Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran
bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk
jauh dari saya." puji perempuan itu. 

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan


menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda
dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya.  Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" 


"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan
kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens
walaupun mereka duduk agak jauh. 

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.


Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh
terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak
sangkut kat mana".Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!
Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling
malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu
masih di situ?"

Pengemis gila

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.


Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

Demam Malaysian Idol

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu
- bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti
Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas
kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg
awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low
note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto
lemah...
p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .

Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang
berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok
encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan
sentiasa ceria?"
"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak,
makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun
bersenam", kata lelaki itu.
"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?
"Dua puluh empat."

Hidup kegelapan

Bila hidupmu dlm kegelapan, "


Maka berdoalah; dan
Apabila selesai berdoa, jika
Kegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah...

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer
di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail
kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui
kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di
Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada
majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk
menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-
mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda
tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya
dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam
skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku

Date : 16 May 2002

Subject :
Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah
menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail
kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke
sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah


melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi
tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang
doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai
contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya
semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.
Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan
berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti
tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....
SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..FAHAM!!! !!

Anda mungkin juga menyukai