Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 1 (SESI 2023/2024)


PIX2001 FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
LAPORAN CAKNA MASYARAKAT : MASIH ADA YANG SAYANG
KUMPULAN 2

NO. NAMA NOMBOR MATRIKS

1. AHMAD DANISH HAIQAL BIN MOHAMAD U2100385

2. AINUL ALIAH BINTI RIDZUAN U2100364

3. NUR SHAHIDATUL `IZZATI BINTI SHAHRULNIZAM U2100437

4. NUR SHARMIRA AIMUNI BINTI LESA U2002336

5. NUR FATEHAH BINTI HASHIM U2100284

6. NUR AISYAH BINTI MOHD TAHIR 22005279

7. NUR FARAH AISYAH BINTI ZAIDI 22005260

8. NUR AINI SAFIAH BINTI KHAIRIL AMIN 22005280

9. NUR ANIS QISTINA BINTI MOHD ZAIDI U2100155

LECTURER :
DR ABD RAZAK BIN ZAKARIA
PENDAHULUAN

Manusia dianugerahkan dengan pemberian berharga iaitu akal yang membezakan


manusia dengan hidupan yang lain. Kekuatan akal adalah penggerak utama yang membimbing
hati untuk membuat pilihan dan melakukan tindakan. Manusia yang telah baligh pada adatnya
sudah mahir membezakan baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Pertimbangan ini penting
diambil kira untuk mengekalkan kesejahteraan sekeliling mahupun diri daripada segala
penindasan dan kesan perbuatan tersebut.

Jenayah boleh jadi merupakan kesan daripada kurangnya pertimbangan sebelum


melakukan tindakan. Ianya juga boleh jadi dilakukan disebabkan keadaan yang memaksakan
diri untuk memilih jalan tersebut. Namun hakikatnya, manusia diberikan pilihan samada hidup
susah dalam ketaatan ataupun senang dalam kekufuran. Walhal jawapan yang jelas bagi jalan
yang benar adalah jalan yang baik di pengakhiran.

Setiap manusia sememangnya akan melakukan kesilapan dan daripada kesilapan


tersebut dijadikan pengajaran. Oleh itu, kajian mengenai jenayah dijalankan bersumberkan
primer untuk mengetahui hakikat kebenaran bagaimana dan mengapa jenayah tersebut
dilakukan. Pusat Koreksional Dungun, Terengganu dijadikan pilihan dan segala jawapan
tentang kajian ini dibincangkan dengan lebih terperinci melalui beberapa ahli koreksional yang
telah ditapis dan dipilih.
SOALAN

Bahagian A
1) Boleh encik perkenalkan diri kepada kami semua. Nama penuh dan Umur.
2) Semua dekat sini ada masalah kesihatan ka, darah tinggi, kencing manis?
3) Apa nama mesra encik atau nama gelaran disini?
4) Semua dekat sini tinggal di Terengganu ka atau negeri lain. Terengganu dekat mana ya?
5) Boleh encik ceritakan sedikit apa pekerjaan encik sebelum-sebelum ini?
6) Encik semua dulu sekolah sehingga tahap mana ya?
7) Ada tak yang bersekolah agama dulu?
8) Semua disini dah berumahtangga ka atau masih tinggal dengan keluarga?
9) Macamana dengan hubungan keluarga encik, adakah keluarga encik masih menerima encik
setelah encik berada disini?

Bahagian B
1) Macamana ya rutin encik semua disini, encik bangun pukul berapa, makan berapa kali,
sedap tak makanan disini?
2) Dekat sini siapa teman rapat encik?
3) Encik semua tinggal dalam sel yang sama ka? Satu sel berapa orang ya?
4) Waktu bila orang boleh melawat encik, berapa kali?
5) Dekat sini puasa macamana, meriah tak? Kalau raya ada jamuan tak? Bolehkah beraya
dengan keluarga waktu hari raya?
6) Kalau dekat sini apa aktiviti yang encik suka buat?
7) Apa yang encik dapat belajar disini?
8) Apa pekerjaan encik disini? Berapa gaji yang dibayar kepada encik?
9) Berapa lama encik sudah berada di sini?
10) Apakah yang menyebabkan encik berada disini?
11) Boleh encik ceritakan sedikit macamana encik boleh tertangkap? Di mana ya?
12) Adakah encik ambil ni disebabkan terpaksa atau memang sengaja?
13) Selain pil kuda, apa lagi yang encik pernah ambil?
14) Saya tertanya-tanya, apa yang best ambil pil kuda ni, dekat mana ya yang nikmatnya?
15) Masih ada lagi tak kesan pil kuda tu hingga harini?
16) Untuk kes ini, ada pengampunan ka yang boleh encik pohon?
17) Saya tengok ada macam-macam warna baju. Boleh encik beritahu baju hijau untuk apa biru
untuk apa?

Bahagian C
1) Sekiranya encik telah dibebaskan, siapa orang pertama yang encik nak jumpa?
2) Adakah encik insaf setelah mana encik berada disini?
3) Apa yang encik harapkan dan rancang untuk kehidupan encik selepas ini?
4) Sekiranya diputarkan masa, apa yang encik nak ubah?
5) Adakah encik akan mengulangi kesilapan yang sama nanti?
6) Sebelum ini, apa pandangan masyarakat terhadap encik setelah encik dikeluarkan?
7) Bolehkah encik percaya diri encik boleh berubah macamana keluarga dan orang terdekat
percaya pada encik?
8) Apa usaha encik nanti untuk elak dan berhenti daripada kesalahan ini?
9) Berdasarkan pengalaman hidup encik, apa nasihat encik kepada kami semua untuk
menghadapi masa muda ni?
10) Encik suka tak program harini?
RESPON

BANDUAN 1

Bahagian A

Bahagian A merupakan bahagian di mana kami menggali latar belakang banduan atau
lebih berbudi, kami gelar sebagai ‘klien’. Soalan pertama dimulakan dengan soalan yang ringan
dahulu iaitu nama penuh atau nama samaran, dan umur. Nama ‘klien’ yang pertama ialah Zali
Bin Omar atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Li atau Abe Li oleh rakan-rakannya. Pada
tahun ini, Pok Li telah mencapai umur 50 tahun dan tidak menghidapi sebarang masalah
kesihatan yang serius seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, dan sebagainya. Pok Li
menetap di daerah Besut, Kuala Terengganu. Pok Li menceritakan bahawa dahulu Pok Li
bekerja sebagai seorang pekerja laut atau nelayan. Pok Li bersekolah di sekolah menengah
berasrama, dan menamatkan pelajarannya pada peringkat menengah rendah iaitu pada
tingkatan dua. Pok Li turut memberitahu bahawa Pok Li pernah berkahwin sebanyak dua kali
sepanjang hidupnya hingga kini. Kemudian isterinya yang pertama meminta cerai dan Pok Li
masih kekal bersama isterinya yang kedua. Pok Li mempunyai 5 orang cahaya mata iaitu
bersama isteri pertama seramai dua orang dan isteri kedua seramai tiga orang. Anak-anak Pok
Li kesemuanya berada dalam keadaan yang baik, ada yang sedang belajar dan ada juga yang
sedang bekerja. Anak Pok Li yang paling kecil adalah berumur 14 tahun, tingkatan 2, katanya.
Pok Li menceritakan bahawa dia sekarang telah digelar sebagai atuk kerana dia mempunyai
seorang cucu yang tinggal jauh di Pahang namun tidak pernah bertemu dengan cucunya
sehingga kini. Pok Li turut menyatakan kesyukurannya kerana keberadaannya di penjara
diterima dan masih mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak dan isterinya.

Bahagian B

Pada bahagian B pula, soalan-soalan yang ditanyakan adalah mengenai kehidupannya di


penjara dan kisah disebalik kesalahan yang terjadi. Berdasarkan jawapan yang diberi, kami
mendapati bahawa Pok Li telah ditangkap bersalah di bawah Seksyen 39C (1)(B) Akta Dadah
Berbahaya 1952 di mana Pok Li ditangkap kerana kesalahannya mengambil barang terlarang
dan didapati bersalah lebih daripada dua kali. Pok Li menceritakan bahawa dia mengambil
barang terlarang iaitu dadah jenis pil kuda untuk dijadikan sebagai penguat diri ketika berasa
penat. Pok Li turut menerangkan cara pengambilan pil kuda iaitu dengan membakar pil kuda
sehingga mengeluarkan asap lalu asap tersebut disedut menggunakan straw. Pil kuda tersebut
pada awalnya berasa pahit kemudian terasa manisnya serta asapnya yang wangi
menyebabkan ketagihan pada pil kuda tersebut. Pok Li mengambil pil kuda untuk
menambahkan tenaganya ketika bekerja kerana katanya, kesegaran pil kuda itu mampu
bertahan sehingga dua atau tiga hari. Pok Li membeli pil kuda pada harga RM10 sebiji. Pok Li
mengatakan bahawa kebanyakan golongan yang mengambil pil kuda ini adalah pelajar
daripada sekolah menengah. Selain itu, Pok Li juga menerangkan tentang kategori pemakaian
bagi setiap banduan seperti baju merah adalah banduan yang mengalami fasa satu iaitu baru
dimasukkan ke dalam penjara, baju hijau adalah fasa pertengahan manakala baju biru adalah
banduan yang hampir tamat daripada tempoh dipenjarakan. Turut dijelaskan bahawa setiap
baju berwarna yang dipakai oleh para banduan itu perlu dibeli oleh mereka dengan harga
RM0.60 atau RM0.80 mengikut warna baju. Pok Li menerima hukuman penjara selama 5 tahun
dan dikenakan sebanyak satu sebatan sahaja namun baki hukuman penjara bagi Pok Li adalah
sebanyak 3 bulan sahaja lagi. Pok Li akan dibebaskan pada bulan April 2024. Menurut Pok Li,
pada kali pertama dan kali kedua disabitkan bersalah, Pok Li masih tidak serik dengan
kesalahannya dek kerana tidak dikenakan hukuman yang berat sehingga menyebabkan Pok Li
mengulangi kesalahan yang sama untuk kali ketiga kerana tidak dapat menahan diri untuk
mengambil pil kuda tersebut walaupun telah dimarahi oleh isterinya berulang kali. Pok Li
ditangkap oleh polis di rumahnya atas aduan yang telah dilakukan oleh jiran-jirannya. Walaupun
Pok Li mengambil dadah berbentuk pil kuda, namun Pok Li tidak pernah mengambil dadah
selain daripadanya seperti ketum dan lain-lain. Pada bulan puasa pula, Pok Li menceritakan
bahawa kebiasaannya para banduan akan bersahur pada pukul 1 pagi mengikut masa yang
ditetapkan oleh pegawai penjara. “Keadaan Ramadhan di dalam penjara tidaklah semeriah di
luar, tapi kami diberi makanan secukupnya dan kami juga boleh meminta ahli keluarga yang
melawat untuk menghantar makanan kepada kami”, kata Pok Li. Pada Hari Raya pula, akan
diadakan satu program yang diberi nama “Jalinan Kasih”, di mana banduan yang menunjukkan
prestasi yang baik dibenarkan untuk berjumpa dengan ahli keluarganya tanpa sebarang
halangan, boleh bersalaman, dan makan bersama. Pok Li dengan wajah yang ceria
memberitahu bahawa ahli keluarganya tidak pernah terlepas daripada menelefonnya setiap
minggu dan juga datang melawatnya di penjara. Kehidupan harian Pok Li di penjara bermula
dengan bangun tidur pada pukul 5 pagi, mandi, dan menunaikan solat sunat tahajud. Pok Li
menerima makanan yang cukup iaitu sebanyak tiga kali sehari namun pada waktu pagi, Pok Li
dan para banduan yang lain hanya akan mendapat roti sebagai sarapan. Di penjara, Pok Li
bekerja sebagai ISBM iaitu menjadi tukang cuci di kawasan sekitar penjara seperti pencuci
longkang. Ada juga banduan yang bekerja sebagai pekerja kilang roti, tukang masak di kantin
dan petani seperti menanam kacang bendi, sawi dan lain-lain. Gaji yang diperoleh bagi setiap
pekerjaan adalah berbeza, namun Pok Li mendapat gaji yang tertinggi bersama sebilangan
rakannya yang lain iaitu sebanyak RM500 sebulan. Mereka juga dibenarkan untuk menonton
televisyen yang bersaluran Astro di dalam ruangan tertentu. Pok Li juga tinggal di dalam
penjara bersama 9 orang banduan yang lain. Pok Li gemar bermain carrom bersama rakan-
rakannya di dalam penjara. Sepanjang Pok Li tinggal di penjara, terdapat rakannya yang
berjaya keluar lari daripada penjara namun masih tertangkap dan dikenakan hukuman yang
sewajarnya. Namun Pok Li memberitahu bahawa dia sedikit pun tidak pernah mempunyai niat
jahat untuk keluar lari dari penjara. Pok Li juga menceritakan bahawa terdapat bilik
pengasingan untuk banduan yang baru masuk serta banduan yang bergaduh. Akhir sekali, Pok
Li memberitahu bahawa antara makanan yang teringin untuk dimakan setelah sekian lama
adalah nasi dagang.

Bahagian C

Pada bahagian ini kami ingin mengetahui tindakan yang ingin dilakukan oleh banduan
pada masa depan. Pok Li mengatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan isteri dan anak-
anaknya setelah keluar daripada penjara pada bulan April nanti. Pok Li telah insaf daripada
perbuatannya dan tidak akan mengulangi kembali akan kisah silam hitamnya kerana tidak
mahu masuk semula ke dalam penjara. Harapan Pok Li adalah untuk mengucapkan kata maaf
kepada keluarganya terutama isterinya kerana tidak mendengar kata nasihat isterinya selama
ini. Pok Li ingin menyambut hari raya bersama keluarga besarnya. Pok Li juga ingin membuka
buku baharu bersama ahli keluarganya yang tercinta. Pok Li turut mengatakan bahawa setiap
banduan tidak akan mendapat hukuman ringan serta pengampunan daripada raja. Pok Li
menyatakan hasratnya iaitu ingin melihat cucunya setelah keluar daripada penjara nanti.
Hubungan Pok Li dan keluarga masih rapat kerana isterinya akan melawatnya sekali seminggu
dan membawa bekal makanan kegemarannya. Pandangan masyarakat terhadap Pok Li ketika
keluar dari penjara, dia merasakan dirinya akan disisihkan dan tiada orang kampung yang
bertanyakan khabar dan keadaan Pok Li ketika berada di penjara. Pok Li ingin berusaha untuk
berhenti daripada mengambil pil kuda tersebut untuk kebaikan isteri dan keluarganya.
Tambahan lagi, Pok Li telah menasihati kami agar tidak melakukan kesalahan sepertimana
yang berlaku pada dirinya dan ingin kami belajar bersungguh-sungguh serta mendapat
pekerjaan yang elok satu hari nanti. Pok Li sangat gembira akan kehadiran kami di penjara
kerana merasakan dirinya disayangi dan masih diambil cakna oleh masyarakat luar tentang
kehidupan banduan di penjara ini.

BANDUAN 2

Bahagian A

Nama yang diberikan kepada banduan kedua ialah Muhammad Faisal bin Safi’e. Encik
Faisal dikenali sebagai ‘faisal kartun’ kerana minatnya yang mendalam terhadap cerita kartun
seperti spongebob. Encik Faisal berumur 43 tahun dan lahir di Terengganu. Encik Faisal
merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradiknya dan masih lagi belum berkahwin.
Sebelum dimasukkan kedalam Pusat Koreksional Dungun Encik Faisal tinggal di Kampung
Bukit Pauh di daerah Dungun berdekatan dengan Kampung Cendering. sejak berumur 12 tahun
lagi dia telah kehilangan satu-satunya tempat bergantung iaitu kedua ibu bapanya yang tercinta.
Oleh disebabkan itu, dia perlu bekerja keras demi menyara kehidupan dirinya dan lima orang
adik beradiknya dengan membuat kerja-kerja kampung seperti menanam rumput dan
membersih longkang. Lama kelamaan akibat daripada kesempitan dan kesusahan hidup, Encik
Faisal memilih jalan pintas untuk menjana pendapatan. Dengan pemikiran sedemikian, dia mula
merasakan bahawa pekerjaan mengedar dadah merupakan satu pekerjaan yang tepat bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bukan sahaja, Encik Faisal menjual pelbagai jenis
dadah seperti pil kuda dan ais batu malah dia juga turut menghisap dadah.

Bahagian B

Pilihan Encik faisal untuk mengambil dadah tersebut, namun malang tidak berbau dadah
membawa padah. Sekali diri terjebak dengan dadah amat sukar untuk keluar darinya. Dadah ini
merupakan asap yang wangi tetapi berasa pahit dan saiznya sangat kecil seperti ubat selsema.
Kesan selepas pemakanan dadah adalah halusinasi seperti pokok dan bagunan seakan-akan
sentiasa bergoyang dan bergerak serta badan lebih mengambil dadah bukan disebabkan oleh
pengaruh dari rakan sebaya akan tetapi ia merupakan pilihannya sendiri atas dasar kehendak
atau nafsu. Dia pernah berniat untuk berhenti daripada bertenaga sekurang-kurangnya selama
tiga hari. Manakala bau dadah yang wangi membuatkan pengisap dadah ketagih kerana rindu
akan baunya. Penagih dadah juga boleh kelaparan selama 3 hari tetapi masih lagi
menginginkan dadah berbanding makanan. Oleh hal yang demikian, Ini merupakan kali ke tiga
Encik Faisal telah mendapat hukuman dipenjarakan iaitu 3 kali sebatan dan hukuman penjara
selama 5 tahun. Hukuman ini merupakan hukuman paling berat dan lama yang dijalaninya
kerana Encik Faisal tidak pernah dipenjara lebih daripada setahun dan sebatan tiga kali yang
dikenakan amat perit sehingga tak terperi rasanya iaitu sebatan pertama adalah sehingga
tercabut kulit dan sebatan seterusnya sehingga melengkuk ke dalam. Tidak ada perkara-
perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan hukuman. Akan tetapi, untuk membebaskan
diri semasa siasatan polis memberikan peluang kepada banduan dengan syarat memberikan
maklumat berkaitan penjual dadah bagi memudahkan siasatan. Kisah penangkapan Encik
Faisal kedalam penjara bermula apabila terdapat seorang rakannya telah menghubunginya
untuk membeli dadah. Ketika Encik Faisal datang ke rumah kawannya untuk menghantar
dadah, tiba-tiba polis datang dari semua arah untuk menangkapnya. Encik Faisal berasa sangat
marah terhadap rakannya pada waktu itu kerana menikam belakang. Namun begitu, rasa
marahnya hanya dengan mengeluarkan kata-kata amarah, Encik Faisal memaklumkan bahawa
dia tidak menyimpan apa-apa dendam terhadap rakannya itu. Setelah dimasukkan ke dalam
penjara tubuh Encik Faisal menjadi sangat lemah dan dia hanya tidur sepanjang hari kerana
tidak dapat mengambil dadah. Kini sudah dua tahun lebih Encik Faisal menerima hukuman
dipenjarakan dan berbaki lagi empat bulan sebelum dibebaskan. Bagi hukuman hari, jumaat
dan sabtu tidak akan dikira. Maka, walaupun telah sebulan dalam penjara ianya hanya dikira
sebagai 20 hari sahaja dalam penjara. Oleh hal demikian Rutin harian yang mereka hadapi
adalah, bangun pada pukul 5.00 pagi setiap hari. Makanan disediakan 3 kali pada waktu pagi
tengah hari dan malam kecuali hanya pada bulan Ramadan mereka akan bersahur pada pukul
1:00 pagi. Encik Faisal tinggal didalam bilik bersama lapan orang dan Televisyen bersama
pakej Astro juga disediakan di dalam bilik. Setiap individu memakai pakaian yang berlainan
warna mengikut warna. Kod siri yang berada di baju merupakan panggilan yang dipanggil oleh
pegawai kepada banduan. Ini bertujuan bagi menundukkan ego banduan apabila menghadapi
pegawai. Manakala baju yang dipakai juga perlulah dibayar sebanyak 50 sen setiap hari.
Kemudian pada waktu tengah hari sehingga petang banduan akan melakukan kerja yang telah
ditugaskan. Encik Faisal merupakan salah seorang pekerja SSDN iaitu pekerjaan dalam
penjara yang terhad hanya kepada sembilan orang yang terpilih sahaja antara semua banduan
dan mendapat gaji sebanyak 500 ratus ringgit setiap bulan. Antara pekerjaan lain yang
ditawarkan di penjara adalah kerja berkebun, membuat roti dan membuat kain.
Bahagian C

Encik Faisal memaklumkan yang dia berasa bersyukur kerana tubuhnya semakin sihat,
tidak seperti saat dia mengambil dadah sebelum ini. Apabila ditanyakan kepada Encik Faisal,
sama ada dia pernah berniat untuk melarikan diri daripada penjara atau tidak. Jawapan Encik
Faisal ialah dia tidak pernah berniat untuk melarikan diri kerana kawalan yang sangat ketat di
penjara tersebut, malahan jika dia lakukan cubaan larikan diri dari penjara sudah tentu dia tidak
akan berjaya. Di penjara banyak perkara yang mengajar Encik Faisal berkenaan erti kehidupan
yang sebenar. Encik Faisal bercerita bahawa selama dia berada di penjara, dia sentiasa
mendirikan solat malahan bangun pagi disaat Tahajud tidak perlu dibangunkan oleh pengawai
penjara, dia akan terbangun sendiri. Ilmu agama, kelas mengaji dan pengisian yang bermanfaat
disediakan oleh pihak penjara membantu Encik Faisal untuk lebih dekat dengan Sang Pencipta.
Banyak perkara yang telah Encik Faisal lakukan diluar sana yang membinasakan diri sendiri.
Jadi dia berasa insaf dan berniat tidak mahu melakukan perbuatan keji dan jijik itu lagi. Encik
Faisal juga bercerita bahawa dia ingin berjumpa dengan adik-beradiknya sejurus keluar
daripada penjara. Encik Faisal juga berasa bersyukur kerana masih ada adik-beradik yang
sanggup menerima dirinya walaupun merupakan banduan. Perkara yang Encik Faisal harapkan
dan rancang untuk kehidupannya selepas ini ialah dia ingin mencari pekerjaaan yang halal dan
ingin bekerja bersungguh-sungguh. Walaupun pekerjaan sebelumnya itu memberikan
keuntungan yang lumayan (berniaga dadah), namun dia sering diselubungi rasa takut ingin
keluar rumah kerana takut akan herdikan orang kampung dan risau jika pihak polis dapat
menangkapnya. Malahan ada suatu ketika Encik Faisal pulang kerumah, ada orang kampung
yang mengeluarkan kata yang kurang sopan seperti “ Ha, balik dah tauke dadah kita”. Oleh itu,
Encik Faisal berharap bahawa orang kampung tidak lagi memandang serong terhadapnya dan
dia akan membuktikan pada masyarakat bahawa dia telah berubah dengan melakukan
pekerjaan yang halal dan bersungguh-sungguh melakukannya. Pada pendapat Encik Faisal,
besar kemungkinan apabila dia keluar daripada penjara orang kampung akan mengata namun
begitu dia masih bersyukur kerana mempunyai adik-beradik yang sudi menerimanya. Perkara
yang Encik Faisal ingin ubah jika diberi peluang untuk memutarkan masa, Encik Faisal memilih
untuk melakukan perkerjaan yang halal, mendekatkan diri dengan Tuhan serta menunjukkan
perilaku yang baik dan paling menyayat hati ialah, Encik Faisal ingin menjaga keluarganya
dengan baik. Encik Faisal rasa sangat menyesal dengan apa yang dia telah lakukan, dan
berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Encik Faisal juga
bernekad untuk tidak terlibat lagi dengan kerja jijik itu lagi. Encik Faisal tidak mahu lagi terjebak
dengan dadah dan tidak ingin berjumpa dengan rakan-rakannya yang merupakan penagih
dadah juga kerana takut akan terjebak semula. Encik Faisal sempat memberi kami nasihat
antaranya, Encik Faisal berpesan bahawa belajarlah bersungguh-sungguh, jangan sesekali
ingin mencuba dadah. Banyak padah yang perlu dihadap jika terlibat dengan dadah, badan
menjadi tidak sihat, hidup merana malah akan membazirkan masa hanya duduk dipenjara
bertahun-tahun. Encik Faisal juga berpesan agar bijak memilih rakan yang tepat, jangan tersilap
memilih rakan. Kumpulan kami juga sempat berseloroh dengan Encik Faisal berkenaan
perasaan Encik Faisal terhadap kehadiran kami. Encik Faisal memaklumkan yang dia rasa
gembira dengan adanya program sebegini malah sempat berkata “ Kalau ada masa datang
lagi. Seronok korang ada”

BANDUAN 3

Bahagian A

Nama banduan ketiga yang kami temuduga ialah Saiza yang berasal dari Kemaman,
Terengganu. Banduan ketiga ini kelihatan agak gementar dan kurang bercakap berbanding
dengan banduan-banduan lain. Saiza juga terlihat kurang sihat kerana tangannya menggeletar
dan matanya merah. Saiza berumur 37 tahun dan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan
namun Saiza hanya ketagih dengan dadah yang menyebabkan imun badannya lemah. Saiza
hanya melanjutkan pelajaran sehingga tingkatan tiga ketika sekolah menengah namun tidak
sempat mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Selepas Saiza berhenti sekolah,
Saiza membuat kerja-kerja di sekitar kampung nya seperti mencuci longkang. Saiza
kemudiannya bekerja sebagai kontraktor rumah dan membuat kerja-kerja berkaitan membina
rumah. Saiza belum berumah tangga dan masih tinggal dengan adik-beradiknya. Kedua ibu
bapa Saiza telah lama meninggal dunia meninggalkan Saiza dan adik beradiknya.

Bahagian B

Pada bahagian ini, kami lebih memfokuskan kepada apakah punca utama yang
menyebabkan Saiza ditangkap dan dihukum masuk penjara. Kisah Saiza, seorang individu
yang kurang bernasib baik kerana terjerumus dalam keruntuhan hidup melalui keterlibatannya
dengan jenayah dadah. Kisah ini bermula dari perasaan ingin mencuba yang mulai meresap
dalam ruang hatinya. Perasaan ingin tahu dan keinginan untuk mencuba perkara baharu telah
membawanya ke dalam episod lembaran kehidupan yang penuh dengan kegelapan. Dorongan
untuk mencuba perkara baharu yang tidak terkawal itulah menjadi punca utama yang
membawanya ke dalam dunia terlarang yang penuh risiko dan bahaya ini. Selain daripada itu,
pergaulan yang tidak sihat dengan individu-individu yang terlibat dalam dunia dadah turut
membentuk jalan ke arah kehancuran kehidupan Saiza. Pengaruh negatif daripada rakan
sebaya yang terlibat dalam aktiviti dadah juga merupakan salah satu punca utama Saiza tidak
dapat berhenti daripada terus menerus terlibat dalam pengambilan dadah. Pada akhirnya, Encik
Saiza telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa. Dia kemudiannya dihukum masuk penjara
sebagai hukuman pelanggaran undang-undang dan telah dikenakan denda mengikut seksyen
39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Selain itu, Saiza juga berkongsi cerita mengenai rutin hariannya bersama banduan lain
di penjara. Penceritaan mengenai rutin harian Saiza bersama banduan lain di penjara telah
membuka tirai kepada sisi kehidupan di dalam penjara yang mungkin tidak difahami oleh
masyarakat luar. Selain daripada kisah gelap akan penglibatannya dengan dadah, Saiza juga
berkongsi suatu rutin kehidupan penjara yang menarik untuk didengari oleh kami. Tahajud,
qiamullail dan solat malam sudah menjadi kebiasaan semua banduan untuk melaksanakannya.
Keutamaan solat ini tidak hanya dipraktikkan sebagai amalan keagamaan semata-mata, tetapi
ia juga sebagai bentuk pengukuhan diri buat para banduan dalam menghadapi cabaran dalam
sistem pemulihan. Kami juga sempat bertanya adakah mereka dipaksa atau dikejutkan oleh
pegawai di penjara untuk melaksanakan solat itu, rupanya tidak sama sekali. Hakim iaitu
banduan empat mencelah dengan menyatakan bahawa mereka sememangnya akan terbangun
sendiri daripada tidur tanpa dikejutkan oleh orang lain. Hal ini disebabkan oleh, sudah menjadi
kebiasaan selama bertahun-tahun melaksanakan rutin tersebut. Hal ini menunjukkan betapa
kukuhnya amalan kerohanian dalam kehidupan penjara jika ingin dibandingkan dengan amalan
kerohanian masyarakat di luar sana. Banduan empat juga memberitahu kami bahawa Saiza ini
sering menjadi tok imam dalam kalangan rakan sel mereka kerana mempunya alunan suara
yang merdu. Saiza yang perwatakan pendiam dan agak kurang bercakap itu kelihatan tersipu
malu disebabkan oleh keriangan banduan 1 dan 2 yang menyokong kata-kata banduan 4.
Mereka juga dibenarkan untuk menonton televisyen di dalam satu bilik sel tersebut dan sudah
semestinya segala isu semasa dapat mereka perolehi melalui perkara tersebut.

Bahagian C
Bahagian ini kami menumpukan tentang apakah yang banduan ingin lakukan setelah diri
mereka dibebaskan. Meskipun Saiza mengetahui bahawa dirinya masih perlu menjalankan
hukuman selama 7 tahun lagi namun dia menerimanya dengan redha. Apabila Saiza
dibebaskan kelak, orang pertama yang hendak dijumpai ialah ahli keluarganya iaitu yang terdiri
daripada adik-beradiknya. Saiza juga mengatakan bahawa sepanjang dia berada disini, dia
berasa insaf dan dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Sekiranya diputarkan masa,
Saiza mengatakan bahawa dia tidak mahu terlibat dengan jenayah dadah yang telah
merosakkan hidupnya dan rakan-rakannya. Apabila ditanyakan tentang perancangan hidupnya
setelah keluar dari penjara, Saiza mengatakan bahawa dia belum mempunyai apa-apa
rancangan kerana dia masih mempunyai 7 tahun untuk menjalankan hukuman disini jadi dia
masih mempunyai banyak masa untuk memikirkan perancangan hidupnya sementara
menjalankan hukuman di penjara. Saiza telah 3 kali keluar masuk penjara dan antara
pengalamannya setelah keluar dari penjara, masyarakat di kampungnya memandangnya
dengan pandangan serong dan tidak lagi mahu mempercayai Saiza. Saiza mengatakan
bahawa dia betul-betul mahu berubah untuk mengembalikan kepercayaan ahli keluarganya dan
orang terdekat dan dia berharap bahawa ahli keluarganya dan masyarakat masih boleh
menerima dirinya. Saiza juga menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh dan
mencari kawan-kawan yang baik supaya tidak terjebak dengan gejala-gejala yang tidak elok.

BANDUAN 4

Bahagian A

Pada bahagian ini, kami hanya menfokuskan tentang latar belakang banduan
termasuklah biodata diri, ahli keluarga dan sebagainya. Nama banduan yang kami dapati ialah
Abdul Hakim dan nama gelarannya ialah Hakim. Dia berumur 35 tahun dan berasal dari
Terengganu. Dia juga menetap di Padang Midin, Terengganu. Dia merupakan anak ke-2
daripada 6 orang adik beradik, masih belum berumah tangga dan menetap bersama keluarga.
Hakim berada dalam keadaan sihat tidak mempunyai apa apa masalah kesihatan. Sebelum
dimasukkan ke penjara, dia bekerja bersama bapa saudaranya sebagai penjual songket dan
kain sutera. Dalam pekerjaan ini, dia ulang-alik dari Terengganu ke negeri lain untuk mencari
pendapatan hidup. Hakim mempunyai tahap pendidikan sehingga berumur 16 tahun iaitu
tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Terengganu dan merupakan
banduan yang paling tinggi tahap pendidikannya dalam kumpulan kami. Menurut banduan,
hubungan Hakim dengan keluarganya masih seperti biasa dan keluarganya dapat
menerimanya dengan baik walaupun dia terjebak dalam jenayah dadah.

Bahagian B

Banduan ke 4 hanya Menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan warna pakaian yang
dipakai oleh banduan yang ada. Menurutnya,banduan yang memakai baju merah merupakan
banduan reman yang baru ditangkap dan menjalani hukuman di bawah 9 bulan. Banduan yang
berpakaian hijau merupakan banduan yang telah menjalani tempoh hukuman 2 tahun dan ke
atas. Manakala banduan yang berpakaian biru merupakan yang paling lama tinggal di dalam
penjara iaitu hampir 5 tahun dan ke atas. Banduan ini juga memberitahu bahawa dirinya telah
duduk di dalam penjara selama 2 tahun diamana sebelumnya dia ditempatkan di penjara
Marang sebelum dipindahkan ke Pusat Koreksional Dungun ini. Kami tertanya tanya apakah
penyebab bahawa dia boleh dimasukkan ke pusat tersebut dan jawapannya adalah kerana dia
terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah jenis pil kuda. Dia melakukan hal tersebut
disebabkan oleh kehendak diri sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak dengan rasa ingin
mencuba yang tinggi. Dia menyatakan bahawa di dalam pusat moreksional itu, en Saiza yang
merupakan banduan ketiga merupakan kawan rapatnya yang sering dia andalkan untuk
beberapa perkara. Disebabkan mereka berempat merupakan kawan yang baik dalam masa
yang sama juga mereka adalah rakan satu sel. Disebabakan perkara itu kami bertanya juga
berkaitan dengan jumlah banduan di dalam sel dan dia menjawab bahawa terdapat 9 orang
dalam satu sel. Kehidupan mereka selesa dengan adanya televisyen sebagai medium hiburan
untuk mereka menghabiskan masa bersama setiap hari sambil menikmati makanan setiap
waktu makan. Sewaktu di sana, rutin hariannya adalah sama setiap hari dimana mereka perlu
bangun seawal jam 5 pagi untuk melakukan qiamullail dan sejak itu dia sudah terbiasa untuk
bangun seawal itu. Menurutnya rutin harian yang paling dia gemari dan berasa ralat sekiranya
tidak melakukannya adalah dengan berbual- bual bersama banduan yang lain. Mungkin kita
terfikir adakah mereka akan berbual di balik jeriji besi. Namun, Hakim berkata semua pintu sel
akan terbuka luas untuk mereka berhubung sesama mereka dan hanya pintu penjara sahaja
yang ditutup dan dikunci dengan rapi. Oleh yang demikian, dapatlah mereka menghilangkan
bosan dengan berbual sesama mereka berkongsi permasalahan hidup sewaktu di dalam
penjara. Mereka juga menghabiskan masa dengan melakukan pekerjaan yang disediakan oleh
pihak penjara seperti membuat roti, menenun songket, berkebun dan membersihkan sekitar
kawasan penjara. Yang mengejutkan kami adalah mereka melakukan semua pekerjaan itu
dibayar atau dengan kata mudah dibayar gaji dan bukan secara percuma. Hakim ditugaskan
untuk melakukan kerja di bidang perkebunan. Menurutnya, dia telah banyak menanam pelbagai
jenis tanaman yang menguntungkan seperti sawi, bendi dan taugeh. Hasil tanaman ini
kemudiannya akan dipungut dan dijual di luar penjara. Melalui kehidupan di dalam penjara ini,
Hakim dapat mempelajari banyak ilmu agama yang sebenarnya tidak dapat diamalkan
sekiranya berada di kehidupan luar. Menurutnya, kemungkinan di luar dia tidak akan solat
kerana merasakan tiada keperluan kepada solat dek kerana terlalu sibuk menghabiskan masa
dengan menghisap dadah. Hatinya jauh dengan segala kebaikan terutama solat dan amalam
sunat lainnya seperti mengaji dan tahajjud.

Kami kemudiannya masuk ke bahagian yang agak sulit dan mungkin sukar untuk
dijelaskan oleh banduan ini. Namun, percayalah bahawa dia memberikan kerjasaam yang
begitu baik dengan menceritakan segala perkara yang berlaku sebagai iktibar buat kami. Kami
tertanya tanya bagaimanakah dia boleh ditangkap dan didapati bersalah dqn kemudiannya
dijatuhkan hukuman begitu. Dia menjawab bahawa pihak polis membuat serbuan di rumahnya
pada waktu malam. Dia mengesyaki bahawa ada jiran sekeliling yang memerhatikan gerak
gerinya dan melaporkan kepada pihak berwajib atas tingkah lakunya. Kemudian, pihak polis
mengambil aduan itu secara serius. Tanpa membuang masa, pihak polis menyerbu rumahnya
dan didapati bahawa dia bersalah kerana ujian air kencingnya meunjukkan positif terhadap
dadah.

Bahagian C

Pada bahagian ini pula, kami menumpukan terhadap apa yang ingin dibuat atau
harapan banduan setelah di dibebaskan dari penjara. Menurut persoalan yang ditanyakan,
siapakah orang pertama yang banduan ingin berjumpa ialah adik beradik dan ayah kepada
banduan kerana merupakan insan yang penting dalam hidup Hakim. Seterusnya, banduan ke-4
ini mengatakan bahawa setelah dia dimasukkan ke dalam penjara dalam jangka masa yang
lama, rasa insaf terdetik dalam dirinya. Ia berlainan dengan ketika dia dimasukkan ke penjara
pada awalnya di mana pada awalnya dia dimasukkan penjara dalam jangka masa pendek iaitu
selama 7 bulan. Oleh itu, rasa insaf dalam dirinya tidak timbul kerana dia beranggapan bahawa
masih ada peluang untuk banduan tersebut melakukannya selepas dibebaskan. Menurut
banduan itu juga, apabila seseorang banduan dimasukkan ke dalam penjara dalam masa yang
singkat, mereka tidak ada keinginan untuk berubah. Harapan dia untuk masa hadapan selepas
dibebaskan ialah kngin mencari pekerjaan yang halal dan tidak akan lagi terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Sekiranya diputarkan masa, Hakim mengatakan bahawa dia akan
berusaha untuk mencari kawan-kawan yang baik, sentiasa komited dengan kerjayanya dan
berbakti kepada keluarga serta hidup seperti manusia normal dan bukanlah dalam keadaan
ketakutan. Kesilapan yang dilakukan oleh Hakim sekarang ini tidak akan diulangi lagi pada
masa akan datang kerana ia telah menyedari bahawa perkara tersebut hanya membuang
masanya dan merosakkan tubuh badanya. Seperti yang kita tahu, sesiapa yang dibebaskan
dari penjara semestinya akan dipandang negatif oleh masyarakat. Namun persiapan Hakim
adalah menerima segala kritikan yang akan dilempar kepada dirinya kerana dia menyedari
bahawa ia merupakan kesalahannya. Hakim mengatakan bahawa walapun dia sudah
mengetahui perkara tersebut adalah salah namun dia melakukannya kembali kerana ingin
keseronokan dan terpengaruh rakan sebaya. Jadi, langkah untuk mengelakkan daripada
perkaraini terus berlaku ialah menjauhkan diri daripada rakan sekampung yang terlibat dalam
dadah dan berusaha untuk mencari kelompok rakan yang baik. Pesanan terakhir daripada
Hakim sebelum sesi ini berakhir adalah belajar bersungguh-sungguh sehingga cita-cita
tercapai. Selain itu, carilah rakan-rakan yang baik di mana mereka boleh mengajak kita ke arah
kebaikan bukannya terpesong dalam landasan yang benar,

KELEBIHAN & PENAMBAHBAIKAN PROGRAM


No KELEBIHAN PENAMBAHBAIKAN

1 Dapat menginsafi diri Memperuntukkan masa yang lebih lama

2 Dapat pengalaman berkaitan kehidupan Memperbaharui aktiviti yang lebih kreatif


sebagai banduan di penjara dan matang

3 Ahli kumpulan memberi kerjasama yang Tepati masa


baik

4 Pandai mengambil hati banduan Lebih bertanggungjawab terhadap barang


yang diperlukan

5 Dapat melihat kawasan persekitaran di Menyediakan ruang aktiviti yang lebih


penjara sesuai dengan bilangan peserta

6 Dapat banduan yang memberi Membuat perancangan sebelum melakukan


kerjasama yang baik tindakan

7 Membuka minda tentang stigma Perbanyakkan komunikasi yang jelas antara


masyarakat mengenai banduan ahli unit yang bertugas untuk menguruskan
kelancaran program

8 Memberi sokongan dan motivasi Memberi sumbangan yang lebih lumayan


terhadap banduan dari segi kepada banduan
pengetahuan dan mental

9 Memberi peluang kepada pelajar untuk Membuat persediaan yang lebih rapi dan
mengendalikan program dengan sentiasa peka dengan arahan semas
masyarakat tanpa mengira latar
belakang

10 Memberi kesedaran terhadap diri dan Membuat makluman yang lebih awal supaya
juga ahli koreksional tentang akibat aktiviti dapat berjalan dengan lancar.
jenayah dadah

Anda mungkin juga menyukai